Rabu, 23 Februari 2011

ALHAMDULILLAH



(rakan sekuliah)


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah setinggi kesyukuran ku panjatkan kepadaMu Ya Allah di atas segala kenikmatan yang engkau berikan selama ini...

*******

Alhamdulillah sekali lagi aku panjat panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah
akhirnya aku diberi peluang untuk menghabiskan pelajaran ku di peringkat diploma ini tanpa ada halangan-halangan lain
tidak dilupakan juga buat sahabat-sahabat lain yang masih lagi di dalam landasan perjuangan...
teruskan perjuangan kamu semua
sesungguhnya setiap yang terjadi itu pasti ada hikmahnya

******


Tidak dapat dibayangkan perasaan tatkala berjumpa penyelia tesis
berbagai perkara yang terlintas dipikiran tatkala melangkah keluar dari bilik
ditambah pula bakal menghadapi paper terakhir keesokannya
itulah janji Allah
setiap apa yang ditentukan buat hambanya pasti ada hikmahnya
sungguh tidak percaya tatkala mendengar kata-karta dari penyelia
"tahniah...awak sudah berjaya menyiapkan tesis...awak boleh jilidkan..minggu depan boleh hantar pada saya"
Allahuakbar...terasa ingin sujud syukur di situ juga tapi apa kan daya ana tidak mahu menganggu penyelia yang sedang sibuk memeriksa kertas jawapan final...

********

semalam adalah hari terakhir menjawab exam bagi peringkat diploma ini
ketika sedang khusyuk menjawab paper tafsir di PKK
tiba-tiba 1 dewan gelap..terdengar suara-suara terkejut sebentar
tetapi masing-masing tetap terus sibuk meluahkan segala ilmu di papernya
satu kenangan yang tidak dapat dilupakan

******

esok bermula perjalan kami sekelas ke ulu yam
untuk program mentoring
mungkin di sana lah pertemuan terakhir kami semua
semoga Allah melindungi kami semua dari perkara-perkara yang tidak diingini

ilalliqa'





Khamis, 17 Februari 2011

DETIK KEMUNCAK

(bergambar selepas jamuan semester 6)



Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah di kesempatan masa terluang ini..
Ingin ana coretkan sedikit bingkisan mengisi ruangan teratak buruk ini
kini tiba masanya kemuncak segala-galanya....
paper yang begitu mencabar bakal dilalui sepanjang beberapa hari lagi di sini...
tesis yang tidak tahu bagaimana hendak diungkapkan..
Ya Allah..aku percaya sesungguhnya ada hikmah disebalik apa yang terjadi ini...semoga penyeliaku cepat pulih dari sakitnya...
Ya Allah berikanku kekuatan untuk melalui semua ini...

Meniti satu hari yang yang tidak sabar untuk menemuinya
Semoga Allah permudahkan segala urusan untuk tiba di saat itu...
^_^


Khamis, 10 Februari 2011

DETIK DEMI DETIK


Bismillahirrahmanirrahim….

Alhamdulillah dengan izin Allah….hadirnya peluang untuk mengupdate blog yang serba kurang ini…

Alhamdulillah ana baru sahaja selesai dua paper minggu ni….insya Allah…dalam masa terluang seminggu ini sebelum menemui 3 paper terakhir lagi yang terasa cukup mencabar….subjek-subjeknya: ISLAMIC MENAGMENT AND ADMINISTRATION…MANAJIH AL-MUHADDIDTHIN….TAFSIR WA HIFZU II...yang berakhir pada 23 februari 2011…namun di dalam benak

fikiran ini..masih tertanggung lagi satu tanggungjawab yang belum selesai iaitu tesis….Allah…mampukah aku menyiapkannya dalam masa dua minggu ini…Ya Allah bantulah hamba mu ini…Alhamdulillah..draftnya yang baru diterima dari penyelia semalam, Cuma kesilapan teknikal yang perlu diperbetulkan….

hari berganti hari…kini tinggal beberapa hari sahaja lagi berbaki bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan di sini….bilakah lagi kita bakal berjumpa selepas ni…semua itu aturan Allah…

(bersama sahabat-sahabat sekelas)