Rabu, 29 Februari 2012

sakit sebagai kafarah dosa

Assalamualaikum semua... maaf sudah sekian lama tidak mengupdate...diharapkan antum semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa di dalam lindungan dan jagaan Allah...Amin Ya Rabb...
Minggu kedua sebagai seorang pelajar... sungguh menguji kesabaran... kelas yang semakin padat dan kerja yang diberikan semakin bertimbun-timbun.... Allahuakbar... kadang-kala...bisikan syaitan yang cuba menghanyutkan apa yang sudah terlintas di akal dan di hati... Kalimah Istighfar menyelamat diri dari terus dikuasi oleh syaitan... keadaan kesihatan merupakan salah satu ujian yang dihadapi dan menjejaskan mood belajar... terima kasih sahabtku nurain kerana sanggup temankan ana ke klinik... sakit yang dirasakan semakin lama semakin teruk... Ya Allah ampunkan dosa-dosaku... suhu badan yang mula beruba-ubah... kini terasa mahu meletakkan kepala di bantal... namun ada urusan yang perlu di selesaikan... terasa wap panas belegar-legar di dalam telekong sewaktu menunaikan solat maghrib tadi... ya Allah... terasa peritnya tekak sewaktu menelan makanan..sungguh perit dan menyeksakan...

Jumaat, 24 Februari 2012

DEMAM

Subhanaallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

zikir yang sentiasa menemani diri ana
terasa cukup kuat untuk mengharungi kehidupan di situasi baru
Ya Allah berikan kepadaku kekuatan untuk melalui kehidupan sebagai pelajar
hari-hari yang dilalui dengan tangisan
saat keseorangan pasti mudah sahaja mengalirkan air mata

mungkin hampir setahun zaman belajar berlalu
untuk menghadirkan semula mood belajar itu memerlukan sedikit masa...
tekanan demi tekanan di rasakan
perlbagai urusan yang perlu di selesaikan
ditambah dengan kelas yang padat
satu demi satu kerja diterima dan perlu dihantar pada minggu depannya
perlu berhadapan dengan pembentangan yang semua nya di dalam bahasa arab dan bahasa inggeris
Ya Allah... sungguh mendebarkan... sudah lama tidak berkata-kata di dalam kedua-dua bahasa itu

terasa badan mula berubah keadaan
semakin lemah dan tidak bermaya
mungkin terlalu banyak memikirkannya
hanya mampu berdoa sebagai pengubat segala kesakitan
ubat-ubatan sebagai sampingan untuk mencegahnya dari terus teruk

syafakillah

doakan untuk saya semoga kembali pulih seperti sedia kala...

'ala kulli hal
mohon maaf di atas segala kekurangan...

assalamualaikum





Rabu, 22 Februari 2012

Pengalaman Pertama

Kaifahalkum jami'an..
atamanna antum fi sihhati wa salamah

eh2...tiba2 cakap arab pulak.... sebenarnya pagi tadi ana ada kelas bahasa arab... kelas kedua yang pertama kali di hadiri pada pukul 8.00 pagi... seawal pagi lagi sudah terjaga... prepare untuk solat dan ke kelas... dengan perasaan yang berdebar-debar sambil menunggu sahabat baik di hadapan blok asrama... rupa-rupanya dia terlelap...huhu...nasib baik sampai-sampai kelas lecture tak masuk kelas lagi... standart orang melayu bila ke kelas sahaja atau ada apa sahaja majlis yang di hadiri, pasti mencari tempat di belakang... mungkin nasib ana tadi ada sit kosong di hadapan sekali... namun ana tidak berani sebab ini kelas pertama.. ana lari ke belakang sekali... Ya Allah... terasa mahu menanggi sepuas-puasnya.. namun hanya simpan di dalam hati... tatkala mendengar keputusan bahasa arab setiap seorang... sungguh mantap... melihatkan suasana komunikasi di antara pelajar dan pensyarah di dalam bahasa arab.. sungguh mencabar untuk diri ana... setahun sudah ana meninggalkan zaman belajar... terasa tepunya otak ni untuk mengeluarkan semula apa yang pernah dipelajari suatu ketika dahulu.... huhu...  terasa malunya dengan adik-adik di dalam kelas yang berkebolehan berbanding ana... hanya mampu mengeluarkan air mata seusai melaksanakan solat dhuha tadi... tidak mampuku bendung segala apa yang terpendam di dalam hati... kini mungkin kehidupan ana sedikit berubah... ana perlu bermuhajadah untuk menempuh kehidupan... hari-hari yang di lalui tanpa kata-kata smnagat dan nasihat dari seseorang..mungkin jarang untuk mendapatkan kata-kata semangat darinya... mungkin juga tidak lagi... nauzubillah... apa pun ana hanya mampu berdoa dengan linangan air mata....walaupun bagi ana sukar untuk menerima apa yang terjadi... andai dia di ciptakan Allah dengan seseorang yang lagi terbaik... ana terima dengan hati yang terbuka... Allahuyubarikfik...cukup sekadar di sini... insya Allah...ada kelapangan masa kita bertemu lagi di lain perkongsian... maaf salah dan silap...assalamualaikum...

Selasa, 21 Februari 2012

Welcome To USIM

Alhamdulillah
Setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang buat diri ana untuk menghirup udara di bumi ini
terlalu besarnya kuasa Allah dan sayangnya Allah pada kita
sedangkan kita sering melakukan dosa di atas muka bumi ini
kita selalu alpa dengan nikmat yang telah diberikan
Astaghfirullahhal'azim
Ampunkan kami ya Allah

alhamdulillah
Dengan izin Allah... ana selesai melakukan urusan pendaftaran di tempat baru... sungguh menguji kesabaran hati... 
syukur alhamdulillah diizinkan Allah untuk bersama umi dan ayah sepanjang hari
mereka sanggp menunggu ana sehingga semua urusan selesai...
saat perpisahan sungguh menyedihkan
kerna hampir setahun ana bersama dengan mereka oleh kerana ana terpaksa menunda belajar
semalam ana berkesempatan untuk menghubungi umi untuk bertanya khabar...
salah satu nada soalan dari ana
"...mesti ummi sunyikan shikin tak ada untuk bersembang-sembang..."
umi hanya dia seketika...
namun ana tahu apa yang terbuku dihatinya

p/s: 
ummi dan ayah
terima kasih di atas segala pengorbananmu...
tak dapat anakmu ini membalas segala jasamu...
anakmu ini sentiasa mendoakanmu pada setiap saat
anakmu ini memahami apa terbuku di dalam
doakan anakmu ini berjaya di dunia dan di akhirat
andai kata anakmu ini pergi dahulu menemui Allah dahulu dari mu
di sini lah coretan yang dapat anakmu ini luahkan
maafkan segala dosa anakmu ini
terlalu banyak dosa anakmu ini selama ini
doakan untuk anakmu ini tenang di alam yang baru
selalu sedekahkan al-fatihah dan yaasin

Insya Allah anakmu cuba melakukan yang lebih terbaik seperti kejayaan di KUIS dahulu

20/2/2011 (8.00am)
saat memulakan perjalan ke USIM... ana menerima ucapan semangat dari sahabat-sahabat...
seharian suntuk menyelesaikan semua urusan pendaftran... sungguh menguji kesabaran berhadapan dengan birokrasi kerajaan...
dan alhamdulillah semalam hampir keseluruhannya selesai...
semalam hari pertama memasuki kelas dan berkenalan dengan kawan-kawan baru...
kawan-kawan perempuan sahaja... 
ana bersyukur sangat dapat meneruskan perjuangan bersama-sama sahabat ana sejak di KUIS...
alhamdulillah doa kami dimakbulkan untuk bersama kembali
hanya mampu mengalirkan air mata di dalam doa di atas nikmat yang diberikan
dan syukur pada Allah kerana memberi ana rakan sebilik yang sefikrah yang menjaga solatnya
saling meningat satu sama lain... sentiasa mengamalkan solat berjemaah
alhamdulillah


sungguhpun
ana tidak tahu apa yang bakal ana lalui selepas ini....
ana mengharapkan agar Allah permudahkan segala urusan ana...
Insya Allah,.. 
ana tetap setia dengan apa yang ana ada tanpa mengubahnya... melainkan dengan kuasa Allah... hatinya berubah kepada yang lain atau tidak sanggup menunggu ana...

'ala kulli hal..
maafkan ana andai ana ada melakukan kesilapan
ana undur diri dulu untuk sarapan pagi



Ahad, 19 Februari 2012

REDHA DENGAN KEPUTUSANMU

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah... 
Ungkapan pertama yang sering disebut oleh setiap muslim apabila menuturkan kata-kata sebagai penghargaan atas rezeki yang Allah kurniakan buat hambaNya...

Pejam celik... Pejam celik...
 Sudah tiba pada satu tarikh yang sememangnya di tunggu-tunggu...
Sungguhpun pada awalnya hati ini berat untuk menerima apa yang telah diberi...
Namun kata-kata yang terbit di sudut hati itu di pulihkan secara perlahan-lahan...
Dengan berserah segalanya pada kuasa Allah s.w.t
Kerana Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya...
Dia telah merancangkan sesuatu yang terbaik berbanding apa yang kita rancangkan...

Siapalah saya untuk memilih atau menolak takdir
Sedangkan diri ini hanya insan yang kerdil.. yang penuh dengan dosa-dosa...
walaupun pada awalnya terasa cemburu melihat kawan-kawan mendapat apa yang diimpikan
Melihat kawan-kawan gembira dengan universiti yang ditawarkan...
Sungguhpun jauh di sudut hati ini berasa bersyukur sangat kerana Allah memberi peluang lagi untuk menyambung pelajaran bagi peringkat Ijazah...
Kerana saya sedar siapalah saya untuk kufur atas nikmat Allah... saya lapangkan dada untuk menerima apa yang diberikan...
Pengalaman lama mungkin dijadikan sebagai satu pengajaran untuk terus bangkit mencipta kejayaan dalam hidup
Mungkin ini kafarah atas kesilapan masa lampau...

Ya Allah lapangkanlah dada ku seluas-luasnya untuk menerima segala ketentuanMu...
Aku redha Ya Allah ke atas apa yang telah Engkau telah rancangkan buatku....
Kerana aku yakin ada sesuatu yang telah Engkau aturkan yang terbaik buatku untuk kehidupanku..
Aku yakin.... setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya disebalinya...

Ya Allah....
Ampunilah dosa-dosaku selama ini... 
Tetapkanlah hatiku untuk sentiasa mensyukuri segala nikmatMu...

Istajib du'aana Ya Allah..

Amin Ya Rabbal'alamin



Insya Allah... pada esok hari saya akan mula mendaftar pengajian di USIM... 
Berbagai perasaan yang hadir apabila masa yang dinantikan semakin hampir...
Mungkin terlalu banyak yang difikirkan di dalam fikiran ini...

Apakah????
Siapakah????
Bagaimanakah????
????

Terima kasih Ummi dan Ayah kerana bersusah payah mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk membiyai pendahuluan belajar anakmu ini

Insya Allah... 
Untuk perancangan yang kedua masih di dalam perancangan dan perbincangan dengan keluarga...
Semoga dipermudahkan segalanya...




Memandangkan azan pun sudah berkumandang... Maka perkara yang wajib perlu di aulakan dahulu... sehingga bertemu lagi sahabat semua di lain perkongsian... Mohon maaf dari saya andai ada kesilapan yang dilakukan... Doakan saya dipermudahkan melalui pembelajaran di Usim nanti...

Ilalliqa' ma'aassalam

^_^

Jumaat, 17 Februari 2012

Murah Rezeki dengan Perkahwinan

Islam sebagai satu jalan dan cara hidup komprehensif memberi penekanan penting meletakkan garis panduan serta piawaian tinggi yang terperinci bagi membimbing manusia ke arah keredaanNya. Dalam Islam, perkahwinan dan hubungan suami isteri serta seisi keluarga adalah perkara mulia dipandang penting.
Allah SWT yang mencipta manusia dengan sebaik kejadian, meletakkan unsur syahwat dan menanam perasaan kasih sayang yang bergerak selari dengan perkembangan kemanusiaan itu sendiri. Islam meraikan fitrah dan keperluan hidup manusia, contohnya keperluan ingin dikasihi, mempunyai pasangan hidup serta keluarga sebagai tempat menerima serta mencurahkan kasih sayang.
Oleh itu, semua orang yang berkemampuan dan cukup syarat dianjurkan berkahwin dan membina keluarga. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah al-Rum, ayat 21)
Islam turut memberi panduan bagi golongan muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya sama ada mencukupi atau tidak untuk menanggung keluarga. Dalam hal ini, sekiranya usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepasnya, yakinlah bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu. Ia dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud:
“Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur, ayat 32)
Namun begitu, sekiranya seseorang belum mempunyai kemampuan dan persediaan menempuh kehidupan berkeluarga, maka hendaklah berusaha menahan hawa nafsu dengan sebaiknya. Panduan itu diberikan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud:
“Wahai orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) dapat mengawal mata dan kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Islam sebenarnya tidak menggalakkan umatnya mengambil sikap berkecuali dengan tidak mementingkan urusan perkahwinan. Rasulullah SAW pernah menggambarkan kegembiraan Baginda di akhirat dengan bilangan umatnya yang ramai hasil daripada perkahwinan berlangsung di kalangan umatnya. Sabda Baginda SAW bermaksud: “Nabi SAW menyuruh kami supaya berkahwin dan melarang kami membujang. Larangan itu beliau tekankan dengan cukup keras dengan bersabda:
“Nikahilah wanita yang subur dan penyayang, kerana aku berasa bangga melihat umatku yang ramai pada hari kiamat kelak.” (Riwayat Ahmad)
Namun begitu, kita perlu melihat dengan lebih terperinci bahawa apa yang menjadi impian Rasulullah SAW adalah umatnya ramai, berkualiti, mempunyai jati diri Muslim sebenar. Apakah yang dikatakan perkahwinan itu? Dr Wahbah al-Zuhayli dalam kitabnya al-Fiqh al-Islamiy meletakkan definisi perkahwinan atau al-nikah sebagai ‘satu akad yang menghalalkan pergaulan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan bukan muhrim, menimbulkan hak dan kewajipan antara kedua-dua mereka.’ Menerusi definisi ini, beberapa perkara penting dapat dikeluarkan:
Pertama, perkahwinan menyatukan antara dua insan yang saling menyintai dengan menggunakan akad ijab kabul yang sah dalam Islam. Ia berkait perjanjian dengan Allah untuk menjaga perkara yang digariskan antara mereka selepas akad dilaksankan. Justeru, perkahwinan mempunyai nilai keagamaan, ketundukan kepada Allah dan mematuhi peraturan yang Allah tetapkan untuk dijaga di sepanjang prkahwinan berlangsung.
Kedua, adalah jelas bahawa perkahwinan hanya boleh berlaku di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Dengan itu, Islam tidak membenarkan hubungan sesama muhrim walaupun mereka saling mencintai seperti anak dan bapa, adik beradik, anak saudara dengan bapa saudara dan sebagainya. Termasuklah hubungan muhrim yang terbina dari pertalian darah, susuan dan persemendaan.
Ketiga, hanya selepas wujudnya akad perkahwinan, barulah wujud hak dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi dan ditunaikan pasangan terbabit. Hak isteri adalah tanggungjawab suami untuk tunaikan dan hak suami menjadi tanggungjawab isteri untuk tunaikan. Hak anak yang lahir selepas ikatan itu menjadi tanggungjawab ayah dan ibu untuk tunaikan. Istilah tanggungjawab pula memberi konotasi yang besar, perkara yang ditanggung dan perlu ditunaikan dengan ikhlas, jika gagal maka ada pertanggungjawaban di hadapan Allah di akhirat kelak terhadap pengabaian dan kegagalan itu. Itulah elemen keagamaan dan ketundukan kepada Allah di dalam perkahwinan.
Keempat, definisi itu juga menjelaskan bahawa pasangan yang belum berkahwin, sama ada yang sedang bercinta atau bertunang, belum wujud sebarang hak dan tanggungjawab antara mereka. Hubungan mereka belum dihalalkan agama dan mereka tidak boleh bebas bergaul, berpegangan tangan, berpelukan apatah lagi melakukan hubungan kelamin kerana Islam tidak mengiktiraf mereka sebagai pasangan yang sah. Inilah yang paling ketara antara perkahwinan di sisi pandangan barat dan Islam. Bagi golongan barat, apabila pasangan saling cinta mencintai, maka hubungan kelamin adalah suatu yang lumrah. Agama tidak mempunyai peranan dalam pembawaan dan keputusan dibuat. Kerana itu, melakukan hubungan kelamin, mempunyai anak sebelum berkahwin adalah perkara bukan mengaibkan atau pelik dalam masyarakat mereka. Islam tidak membenarkan kita menyerupai dan mengambil langkah seperti mereka.
Kelima, akad perkahwinan adalah ikatan murni antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama dalam sebuah rumah tangga. Nilai keagamaan sangat jelas dizahirkan di mana tertolaklah perkahwinan sama jantina, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Barat menerima perkembangan yang berlaku di mana lelaki boleh berkahwin dengan lelaki dan wanita berkahwin dengan wanita. Ia kerana perkahwinan bagi mereka adalah titik akhir penzahiran kecintaan antara dua insan. Tidak ada hubung kait dengan elemen keagamaan. Sedangkan Islam sama sekali tidak mengiktiraf hubungan gay atau lesbian. Bahkan Islam tidak mengiktiraf perkahwinan mana-mana pihak yang membuat pembedahan tukar jantina. Islam tidak mengiktiraf perkahwinan lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki.
Keenam, perkahwinan adalah ikatan suci yang bukan saja menggabungkan dua insan, tetapi dua keluarga dan keturunan. Maka silaturahim antara manusia akan berkembang dan kehidupan lebih berseri.

Ahad, 12 Februari 2012

Debaran Kian Terasa

Bimillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah bi iznillahita'ala..saya cuba untuk mengisi sedikit masa dengan mengisi ruangan blog yang tersedia kosong ini....

sedar tak sedar tinggal berbaki seminggu sahaja lagi... bila memikirkannya pasti terasa berdebar-berdebar...

Ya Allah aku sangat-sangat perlukan mu untuk meluahkan apa yang terbuku di hati...

*...Ya Allah...tetapkan hati kami untuk sentiasa mengingati Mu saat berada di dalam kesenangan mahupun di dalam kesusahan....