Sabtu, 29 Jun 2013

Tesis

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah thum Alhamdulillah masih diberi peluang lagi untuk bernafas di dunia ini... menyambung sisa hidup yang tidak tahu bila penghujungnya... Ya Allah... ampunilah dosa-dosaku terangilah hati ku dengan cahaya imanMu... hampir seminggu sahaja lagi bakal bertemu bulan yang kita nanti-nantikan... AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN... rasa tak sabar nak berpuasa, solat terawih secara berjemaah di masjid... pasti suasananya cukup indah... alhamdulillah dapat berpuasa bersama keluarga... tiba-tiba fikiran ni melangkau jauh meningatkan kenangan sewaktu berpuasa di KUIS dahulu... sahur dan berbuka bersama-sama dengan akak bilik... miss you all akak-akakku sekalian... dalam masa yang sama berpuasa dalam keadaan tengah musim final exam.. memang mencabar... lagi-lagi bila paper petang,.. (tak tercakap perot time tu dah macam-macam muzik ada...hehe)...

berbalik kepada tajuk asal... terasa cepat masa berlalu.. untuk tahun 3 pengajian ni bakal bertemu dengan cik Tesis lagi... sebenarnya tahun 4 nanti... time sem 7... tapi bagi ana...ana lebih suka bersiap sedia awal... mula bersungguh mencari tajuk yang bersesuaian... kalau dulu dalam bhasa melayu tapi untuk degree ni full in arabic.. wah... agak mencabar sedikit.. apapun kena tetap berusaha juga menyiapkannya...
untuk sekarang ni... tiba masanya untuk ana bersama-sama menolong teman di sana menyiapkan tesisnya... sementara menunggu turn ana pula..hehe.. hidup ini perlu give and take... seperti yang selalu dia ingatkan...mana yag kita kurang sentiasa di ingatkan dan diperbetulkan..

oklah nak bersiap-siap ke nilai... ilalliqa'..


(sejarah bible.. agak mencabar tajuknya.. tapi kita cuba positifkan minda dengan menganggap mudah untuk di fahamai dan disiapkan..insya Allah..mudah dengan izinNya..)



(selepas penat duduk lama di PNM.. langkah di lajukan untuk ke himpunan blackout tapi sayangnya dah terlewat sikit.. jalan semunya ditutup... haluan di tukar ke KLCC untuk mencari popcorn garrett...hehe)


(Tesis ana sewaktu diploma dahulu..sangat-sangat memberi kenangan dalam menyiapkannya)



International Night

Bismillahirrahmanirrahim....

sementara menunggu masuk waktu isyak sekejap lagi... terasa tercabar pula...hehe... ada orang tu dah update blog.. selepas puas memujuk...(mesti kembang dia...hehe...jangan marah)...ingin ana kongsian di sini... kenangan sewaktu menghadiri international night event... bagi ana di sini... ana tolak kan politik atau ketaksuban agama ke tepi sebentar... niat ana menghadiri untuk mengetahui tradisi, budaya, pemakanan pakaian dan sebagainya bagi setiap negara...most of them from arabian... by the way..sepanjang perjalanan dari pintu fakulti ke dewan utama... terdapat lebih 20 booth dari setiap negara... oleh kerana peluang seperti ini bukan selalu di dapati, makanya tanpa membuang masa ana dan sahabat lain mengadakan sesi lawatan ke setiap booth.. yang pasti kompomnya baunya almaklumlah... tahan jela..hehe... sebenarnya bukanlah bau busuk..tapi bagi rakyat malaysia ianya agak kurang menyenangkan... bagi mereka kemian itu di gunakan untk wangian seperti perfume.. but seperti yang kita sedia maklum bagi orang malaysia kemian itu digunakan untuk upacara memanggil jin, bomoh dan perkara-perkara khurafat dan syirik... jauh terpesong dari agama...

berbalik pada tajuk asal... event ni bermula pada pukul 8 malam dan berakhir pada pukul 12 tengah malam... sangat seronok dan cukup terhibur... sempat juga merekod dengan mengunakan hp baru...hik2... dan malam itu jugalah lah countdown birthday ana 22 mei...hehe... selesai program jam 12 tengah malam... lakah di aturkan secepat mungkin... mana tak ye.. nak drive balik tengah2 malam... Allah...hanya Dia sahaja yang tau perasaan ketika itu... melalui jalan yang gelap... agak seram... bukan taut dengan hantu... tetapi takut dengan manusia yang berniat jahat... sebab dah ada kes di situ pelajar kena samun... huhu.. maklumlah jalan menuju ke usim sekarang dah cantik macam2 boleh jadi.. alhamdulillah selamat sampai di kolej kediama sutera indah berdekatan dengan tesco... sampai-sampai pagar dah tutup dan di soal oleh pengawal... adoi...jenuh nak menjawab... rasa nak je angkut NC sekali bagi lepas masuk gate...hehe... untuk akhirnya.. ingin ana katakan di sini... pengalaman sewaktu belajar ni mungkin kita tak akan jumpa bila kita selesai habis belajar nanti...


(salah satu tarian dari negara...(tak ingat dah sebab terlalu banyak)...)





(bila iphone dah lama tak bertemu galaxy grand... pastinya banyak perkara yang ingin di sembangkan dan bincangkan... tak gitu teman di sana... hehe...)

Khamis, 27 Jun 2013

Heppy Heppy

Assalamualaikum semua....

Menjengah ke blog sebentar sementara menunggu masuk waktu Maghrib untuk berbuka dan menunggu orang di sana pulang mengajar...

Alhamdulillah cukup seminggu ana selesai menamatkan final exam bagi second year... dan masuk 3rd year... (mood: xsabar nak habis belajar...hehe...)... siapa2 yang faham buat faham lah ye... alhamdulillah sepanjang menjawab final...Allah permudakan untuk menjawabnya walaupun tatkala hampir ke penghujung final menghadapi dua masalah besar... alhamdulillah masih mampu di atasi... masakan untuk tiba di penghujung paper.. ana terpaksa mematikan hp untuk keamanan... thank you teman selalu di samping ana dan hormat ana time final exam...saling memahami masa masing-masing...

penat tu tak payah nak cakap... rasa nak tercabut tangan dengan kaki ni turun naik angkat barang... terpaksa dua kali angkut... tu pakai kereta....kalau rumah jauh naik bas... tak tahulah nak gambarkan macam mana..

oklah...nak bersiap-siap utuk iftar... jumpa lagi..

Khamis, 13 Jun 2013

Berehat Sebentar

Bismillahirrahmanirrahim....

Saat kita duduk jatuh ditimpa ujian... hati kita di uji dengan bermacam perasaan... senyum yang cuba dipalitkan di wajah hilang sedikit demi sedikit di hijabi dengan air mata yang mengalir... itulah lumrah kehidupan... tidak semuanya yang kita harapkan itu benar-benar terjadi... namun.. jangan sekali-kali berundur dan kalah dengan semua yang dihadapi... kelak akan datangnya berita gembira buatmu... sabar itu kunci dalam kehidupan kita....

sedikit waktu diambil semasa rehat yang senggang ni... gap 3 hari sebelum bertemu 5 paper lagi pada minggu hadapan... dan terus bercuti semester.... pastinya inilah masa yang sangat-sangat ditunggu....

ingin ana coretkan sedikit ruangan di sini... walaupun tidak seberapa...

alhamdulillah 5 paper sudah berlangsung dan exam pada hari ini sangat mencabar... tatkala bertemu dua subjek yang agak mencabar dalam masa satu hari...perasaan yang terbuku dihati hanya Allah sahaja yang tahu... bertemankan air mata setiap waktu tatkala hati di serahkan pada Allah... mengharapkan satu keajaiban dan pertolonganNya... Subhanallah... Allah tidak mengecewakan hambaNya, bahkan menghiburkan hati kita dengan segala pemberiannya...

sedikit ruang masa yang ana ada ni, sempat ana isikan masa menonton cerita cinta dan wahyu...(episod akhir)..pasti tidak akan dilepaskan... siapa yang tak seronok dan ternanti-nanti apakah ending ceritanya... ^_^... satu cerita yang bagi ana bagus berbanding drama-drama lain... ada juga drama yang bagus.. sumanya serita ini adalah salah satu cerita yang bagus... sejak dari drama warkah cinta sehingga cinta dan wahyu, setiap sudutan kisahnya ana ikuti... tengok bukan sekadar suka-suka, yang penting isi dari ceritanya yang kita ambil... paling ana terkesan dalam cerita ini pada episode akhir... Cinta dah Wahyu (Last Episode),,,  jangan lupa saksikan... hihi...

apa yang ana dapati dari cerita ini....

1) Cinta itu fitah manusia... sejauh mana kita cuba lari dari memikirkannya pasti akan tetap memikirkannya...
2) Hati dan perasaan kita tidak mampu untuk dipaksa-paksa...
3) Jodoh itu sudah di tetapkan... tetap atau lambat pasti akan bertemu juga dengan pasangan kita... bersertakan dengan usaha...
4) Ana seronok tengok cerita ni, walimah yang diadakan simple dan kehadiran pihak pengantin lelaki datang di sambut dengan selawat... seperti kedatangan Rasulullah s.a.w. ketika tibanya di Madinah... orang-orang Madinah menyambut kehadiran Rasulullah s.a.w. dengan perasaan dan suasana yang cukup gembira dengan dendangan selawat...
5) Yang paling ana suka, wanita di dalamnya memakai niqab... seperti yang ana inginkan dan cuba istiqamahkan...
6) Andai kita betul inginkan sesuatu itu, berdoalah dengan istiqamah dan tidak putus asa... 

dan seteterusnya....hehe...

banyak lagi...

sebelum cuti bermula sudah beberapa kad undangan perkahwinan diterima... dan berita gembira kami terima minggu lepas... seorang sahabt kami telah selamat melahirkan anak perempuan... dah dapat anak buah kami semua..ni yang ke berapa tak tahu dah..hehe... ana bila lagi nak bagi anak buah... tunggu kahwinlah kan... doakan urusan ana dan pasangan dipermudahkan dalam melalui laluan ke arah membina baitulmuslim... untuk  coretan kata penutup di sini... mohon maaf andai ada kata-kata yang menyakiti hati hati sesiapa yang mengenali ataupun tidak... waillalliqa'....ma'assalam..