Rabu, 27 Oktober 2010

WALIMATULURUS




بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah kerana dengan izin-Mu
kiranya dapatlak ana untuk mengisi sedikit masa yang ada ini untuk menhdupkan teratak buruk ana ini....


Di kesempatan ini masa yang ada ini
Ana cuba untuk berkongsi bersama teman-tema
n seperjuangan
kisah-kisah yang terjadi dipermualaan semester baru
sungguh menguji kesabaran

Alhamdulillah program di UKM berjalan dengan lancar
Terima kasih kepada semua yang sudi bekerjasama membantu
kami berempat yang menguruskannya
Seminar hadith yang menarik bagi ana
Terlalu banyak ilmu yang diterima, seronok mendengar
pembentangan dari golongan yang pengetahuan luas dalm bidang ilmu hadith ini


(gambar pinjam dr cassmate...hehehe...xsempat nak masukkan dari hp ke laptop)

apa yang diharapkan semoga kita semua yang menghadiri seminar hadith ini memperoleh ilmu yang berguna
bukan dapat makan sedap je..hehehe...



(selepas solat zohor..sementara menunggu pengantin sampai)

eh!!!!..macam dah lari topik pula..hehe...maaf ye...
sebenarnya ana ingin berkongsi kegembiraan tatkala seorang dari sahabat telah mendirikan rumah tangga
semoga jodoh mereka kekal sehingga ke akhir hayat
dia pembuka untuk batch ana
giliran siapakah selepas ini?????
tunggu dan lihat...hehehe

(gambar bersama pengantin)

Alhamdulillah setakat ini hari-hari yang dilalui untuk semester akhir ini dipermudahkan Allah
dan yang paling penting rahmat dan keberkatan sentiasa mengiringi setiap apa yang dikerjakan
Insya Allah....


masa untuk bersiap-siap ke kelas tafsir wa hifzu
sehingga bertemu di lain masa
Insya Allah dengan izin-Nya
waallahu'alam

assalamualaikum
@_@


Khamis, 21 Oktober 2010

PENGEMBARA ILMU





بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله ويركته

Alhamdulillah setinggi kesyukuran kepada yang maha Esa kerana memberi peluang dan keizinan untuk ana melangkah lagi ke semester yang terakhir ini....
Apa yang ana harapkan semoga perjalanan di semester akhir ini berjalan dengan lancar seterusnya dapat menamatkan pembelajaran untuk diploma ini dengan ilmu yang berguna seterusnya dapat berkongsi ilmu dengan masyarakat luar...
Insya Allah....






Kehangatan semester terakhir ini sangat dirasai tatkala kerja-kerja dan tanggungjawab sedang menunggu untuk dilaksanakan....
Saat hari pertama menjejakkan kaki untuk melangkah meneruskan perjuangan ini....
Satu arahan dari YDP lajnah diterima untuk menyahut cabaran dari ketua jabatan lajnah..
supaya menghendel satu program seminar hadith yang diadakan di UKM pada hari isnin ini...
agak tertekan bagi kami untuk menguruskannya dalam masa yang tidak sampai beberapa hari menjelangnya program besar ini....




Namun..kami yakin..sesuatu yang Allah takdirkan itu pasti ada hikmahnya...
Usaha dan Doa sentiasa mengiringi gerak kerja yang dilaksanakan....
Alhamdulillah....reaksi yang positif dari sahabat-sahabat untuk menyertai program ini.....
semoga semuanya berjalan dengan lancar...Insya Allah...



Perjuangan sudah bermula....
Ayuh!!!!...terus bangkit lakukan perubahan.....
Semoga Allah memberkati setiap langkah dalam perjuangan ini......


Waalllahu'alam
^_^

Isnin, 18 Oktober 2010

PERPISAHAN

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركته




Alhamdulillah.....syukur ke hadrat-Mu ya Allah....sehingga ke detik ini...masih memberi peluang untuk ana merasa nimat-Mu yang sangat besar.....

Detik demi detik....
Masa kian meninggalkan kita.....


Ya Allah...Kuatkan semangat hambamu ini dalam melalui ujian ini....

Ya Allah..aku mengetahui..engkau sayangkan aku...aku redha dengan ujianmu ini...

*****************************














(kumpulan kami semasa program dakwah untuk subjek madkhal fi ilm ila dakwah....
ain...k.khai..shikin..aini)

****************************

Perpisahan yang tanpa ku duga....

Semester baru akan bermula tidak lama lagi....esok ana akan pulang ke KUIS..untuk memulakan persedian untuk semester terkhir... mengambil barang-barang di stor dan mengemas barang di bilik, seterusnya mendaftar pada keesokan harinya...

20/10/2010 bermulalah perjalanan hidup ana untuk semester terakhir ini....mampukah ana laluinya....Ya Allah....Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik buat ku...

Hati ana terdetik untuk memberi msg kepada sahabat baik ana...pada awalnya ana bertanya mengenai exam muet yang bakal dihadapi esok hari oleh sahabat-sahabat ana....namun...tiba-tiba ana menerima satu msg yg membuatkan ana terkedu tanpa kata-kata..namun setelah beberapa minit kemudian baru terasa sebak...mungkin terlalu terkejut dengan berita yang diterima...sungguhpun ana redha dengan ketentuan Ilahi....walaupun berat dihati ini untuk menerimanya...namun semua ni Allah telah rancangkan yang terbaik untuk kami semua....

******************************














(aini...shikin..k.khai)



Ana tidak dapat membayangkan macam mana kehidupan kami untuk semester depan ni....
Sahabat yang sama-sama susah dan senang sejak semester 1 lagi tiba-tiba tiada di sisi....(menahan sebak)...sabar duhai sahabat-sahabatku...ain..aini...kita kehilangan seorang sahabat dalam kumpulan kita....dan tidak lupa juga...sahabat sekelas ku yang lain....sama-sama kita menempuh semester terakhir ini....


*******************************



















(program mentoring di PD)


Impian kami untuk bergraduate bersama-sama semester depan mungkin tidak kesampaian.....mungkin ada hikmah disebaliknya....walau apa pun...ukhuwah ini pasti tidak akan terputus....kami sentiasa mengingati sesama kami....

*******************************














(lakonan untuk tugasan bahasa arab semester 5..aini...shikin..ain)

Satu persatu kenangan terlintas dipikiran ana tatkala menaip kata-kata di entry ini....saat pertemuan ana dengan nya semasa orentasi suatu ketika dahulu....kamudian kami bertukar nombor hp...ana tidak menyangka rupanya itu lah pertemuan kami untuk persahabatan ini....




*************************************













(jamuan semester 5)
Kak khai...sekiranya k.khai baca apa yang shikin tulis ni....ini yang mampu shikin ungkapkan untuk akak...

"Kak sungguhpun kita tidak meminta perpisahan ini terjadi...namun setiap pertemuan ada perpisahannya....shikin dan sahabat yang lain pasti terasa kekurangan ini kak....lebih-lebih lagi shikin+ain+aini...yang sentiasa bersama sejak dari semester 1 lagi...macam-macam ujian kita lalui...senang..susah...sedih...gembira..berselisih paham...tapi semua itu kita berjaya harungi bersama akak...terima kasih segalanya....kak...shikin masih ingat pertemuan pertama kita berkenalan di sebuah bilik di bangunan blok 2 suatu ketika dahulu..kemudian kita bertukar-tukar no..tak di sangka-sangka kita menjadi rakan sekelas seterusnya menjadi sahabat sekerja kumpulan.... shikin minta maaf sekiranya selama ni...ada mengguris hati akak..maaf segalanya.. semoga kita berjumpa lagi dengan izin-Nya...kenangan kita bersama tetap terpahat di memori...jaga diri....doakan kami di kuis dapat mengharungi semester terakhir ini..."





















(shikin dan k.khai)


wallahu'alam....
@_@

Khamis, 14 Oktober 2010

REDHA DENGAN KETENTUAN-MU

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi...
Sehingga hari ini masih memberi pelung untuk bernafas di muka bumi ini.....
Dan syukur kepadaMu Ya Allah dengan segala kurnian nikmat yang telah engkau berikan...

**************************

Terasa masa lalu begitu cepat sekali....
Sedar-sedar cuti semester ana semakin ke penghujungnya....
20/10/2010 adalah tarikh mendaftar bagi fakulti ana...
Bermula lah perjalanan ana untuk semester yang terakhir ini...
Terlalu banyak kelemahan yang perlu ana perbaiki....
Lebih-lebih lagi hubungan ku dengan Allah....


***********************


Ana perlu kuat untuk melalui semester yang terakhir ini....
Semakin sibuk dengan kerja-kerja....
Ya Allah tetapkan lah hati ku hanya pada Mu Ya Allah supaya aku tidak leka dari mengingati-Mu....
Ana perlu tabah untuk lalui semua ini....
Ana pasti ada hikmahnya setiap apa yang menimpa diri ini...














**********************

Semakin berdebar untuk menempuh semester 6 ini.....
Mampukah aku mengembalikan semula detik kemanisan seperti seperti semester sebelum ini.....
Ya Allah..berikanku kekuatan untuk mengharunginya......
Ya Allah...aku tidak pernah merasa detik seperti ini...Namun aku percaya ini lah dikatakan takdir buatku...Aku redha dengan segala ketentuan-Mu Ya Allah...walaupun perit untuk aku laluinya......





















***********************************

Hidup umpama roda....
Adakalanya kita berada di atas, ada kalanya kita berada di bawah....
Sungguh perit untuk melalui kedudukan di bawah....
Namun kita perlu berusaha untuk mengubah kedudukan untuk naik ke atas semula.....

wallahu'alam...

wailalliqa' ma'assalam....

Sabtu, 9 Oktober 2010

BERSEDIAKAH???

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Alhamdulillah Allah mengizinkan ana untuk menghidupkan blog ini semula..
setelah sekian lama tidak di update kan....

Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi......
Sehingga di saat ini masih memberi peluang untuk bernafas dan meneruskan perjuangan di dunia ini...

Sedang asyik memikirkan isi-isi yang hendak di taipkan....
tiba-tiba terlintas dalam ingatan terhadap seorang sahabat yang telah kembali ke rahmatullah....
kadang kala masih terasa dia ada di dunia ni..sedangkan dia telah pun pergi dahulu lagi...
Bersyukurlah kita yang masih diberi nafas lagi untuk hidup di dunia ni....
Ajal maut semuanya ketentuan Ilahi....
Bersediakah kita untuk menemuinya...
Sudah banyak kah amalan yang akan di bawa nanti untuk di jadikan bekalan....
Allahuakbar.....
Lemahnya hambamu ini.....
















Allahyarhamah Hafiza Nur Ain bt Hamzah (pic sebelah kanan)




Teringat semasa ana di sem 1 dahulu...
Pada satu malam ana dapat msg dari sahabat-sahabat sekolah dulu...
Tentang berita pemergiannya....
Pada awalnya ana tak percaya....
Namun selepas daripada tu, ana mendapat msg dan panggilan dari sahabat berkenaan pemergiannya....
Tak mampu dibendung lagi air mata ini....
Rasanya baru sahaja jumpe sebelum kami semua masuk ke IPT masing-masing...
Kami keluar bersama sahabat-sahabat yang lain ke shah alam....
Gelak tawa dan gurau senda masih terngiang-ngiang lagi tatkala bermain boling,jalan-jalan dan makan bersama-sama...
Beberapa hari sebelum dia meninggal, ana msg dengan dia.....
Ana minta tolong dia untuk check kan tawaran ana.....
Rupanya itulah msg kami yang terakhir.....
Namun ana sedih tidak dapat pergi ziarah semasa pengebumiannya...

Semoga rohmu ditempatkan bersama-sama orang yang beriman....

Sabtu, 2 Oktober 2010

RATU CANTIK di SEBALIK FURDAH DAN ABAYA

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله ويبركته

Allahmdulillah di saat ini....
Allah masih memberi nikmat untuk menarik nafas di dunia ini...
Semoga kita terus menjadi hambanya yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan-Nya....

Di sini ana cuba untuk berkongsi cerita dengan antum semua mengenai sebuah kisah yang yang boleh kita ambil pengajaran daripadanya.....


************************


SUKAINA al-Zayer tidak mungkin berpeluang menang sebarang... pertandingan ratu cantik kerana dia memakai purdah dan abaya yang tidak membolehkan orang menilai kecantikan wajahnya.

Dia juga mengaku bertubuh gempal.

Tetapi dalam satu-satunya pertandingan ratu cantik di Arab Saudi, hakim tidak mempedulikan bentuk tubuh atau kecantikan wajah. Apa yang mereka cari dalam pertandingan itu ialah 'Ratu Cantik Akhlak' di kalangan peserta yang berjaya menunjukkan kasih sayang dan rasa hormat terhadap ibu bapa masing-masing.

"Matlamat peraduan itu ialah untuk mengukur komitmen peserta terhadap moral seperti yang dikehendaki Islam. Ia alternatif kepada ratu cantik lain yang bertentangan dengan ajaran Islam dan hanya mengambil kira bentuk tubuh dan wajah wanita," kata pengasas peraduan itu, Khadra al-Mubarak.

"Yang menang tidak semestinya cantik. Bagi kami, yang penting ialah kemurnian hati dan moral," katanya.

Selepas pertandingan itu dirasmikan Sabtu lalu, hampir 200 peserta akan menghabiskan masa 10 minggu menghadiri kelas dan diuji dengan tema termasuk 'Menyedari kekuatan dalaman anda,' 'Pembentukan menjadi pemimpin' dan 'Ibu, syurga di bawah tapak kakimu.'

Tema terakhir itu berdasarkan hadis Rasulullah SAW bagi menggariskan peri pentingnya rasa hormat kepada ibu bapa, antara tunggak uta
ma dalam ajaran Islam.

Peserta juga akan menghabiskan masa sehari di sebuah rumah di luar bandar bersama ibu masing-masing. Di sana mereka akan diawasi oleh hakim wanita dan diberi markah mengenai cara mereka berinteraksi dengan ibu mereka," kata Khadra.

Memandangkan pertandingan itu tidak akan disiarkan menerusi televisyen dan tidak membabitkan lelaki, peserta boleh menanggalkan purdah dan abaya mereka.

Ratu Cantik Akhlak itu adalah contoh terbaru yang diubah suai oleh masyarakat Islam daripada format gaya barat yang bertujuan menyebarkan mesej dalam menangani pengaruh budaya kuning yang semakin merebak di rantau itu menerusi Internet dan televisyen satelit.

Satu rangkaian muzik Islam diwujudkan oleh seorang peniaga Mesir baru-baru ini bagi menyiarkan pertandingan ala 'American Idol' untuk penyanyi yan
g menyanyikan lagu berkonsepkan agama. Beberapa pendakwah juga sudah menjadi selebriti rancangan sembang ala rancangan yang dikendalikan Oprah, bertentangan dengan tradisi selama ini.

Kini, pada tahun keduanya, peserta pertandingan Ratu Cantik Akhlak itu meningkat tiga kali ganda daripada 75 wanita yang menyertainya pada 2008.

Pertandingan itu dibuka kepada wanita berusia antara 15 dan 25 tahun dan pemenangnya akan diumumkan Julai depan. Juara akan menerima hadiah RM10,000 sementara tempat kedua dan ketiga RM5,000 setiap seorang.

Pemenang tahun lalu, Zahra al-Shurafa berkata, pertandingan itu mendorong wanita muda dan remaja meningkatkan rasa hormat mereka kepada ibu bapa.

"Saya memberitahu mereka, menang bukan menjadi keutamaan. Apa yang penting ialah menghormati ibu bapa anda," kata Zahra, pelajar universiti yang mengambil jurusan Bahasa Inggeris.


Pertandingan ratu cantik memang diadakan di beberapa negara Arab dengan yang paling terbuka ialah di Lubnan, negara paling liberal di rantau itu dengan peserta muncul di televisyen berpakaian bikini, gaun malam yang glamor dan menjawab soalan yang menguji keyakinan serta pengetahuan am mereka.

Di Arab Saudi, pertandingan seumpama itu tidak wujud, malah diharamkan. Sebelum dimulakan Ratu Cantik Akhlak tahun lalu, pertandingan ratu cantik yang diadakan di negara itu hanyalah untuk kambing, biri-biri, unta dan haiwan lain, bertujuan menggalakan ternakan binatang di kalangan rakyat negara itu.

Acara tahun ini dimulakan Sabtu lepas di bandar Safwa yang majoriti penduduknya berfahaman Syiah. Sebahagian besar peserta ju
ga berfahaman Syiah.

Bagaimanapun, ia terbuka kepada sesiapa dan tahun ini, 15 wanita berfahaman Sunni menyertainya, kata Khadra.

Sukaina, 24, pelajar Pengurusan Antarabangsa, berkata, dia menyertai pertandingan itu kerana kasih sayangnya terhadap ibunya.

"Saya berbangga kerana menghormati ibu bapa saya," katanya.

Mengenai ratu cantik seperti yang diadakan di Lubnan?

"Ia masalah perbezaan budaya. Pertandingan yang diadakan di Arab Saudi diterima oleh Islam," katanya.

Seorang lagi peserta, Awsaf al-Mislim,berkata, jika tidak menang pertandingan itu, dia tetap yakin mencapai sesuatu yang lebih penting."Saya berbangga untuk menunjukkan kepada umum bahawa saya bersaing de
ngan peserta lain kerana kasih sayang kepada ibu bapa saya," kata peserta berusia 24 tahun itu....


Allah Subahana Wa Ta’ala berfirman:
Barangsiapa yang menghendaki pahala di dunia saja (maka ia rugi) kerana di sisi Allah ada pahala dunia dan akhrat. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat

[An-Nisaa’: Ayat 134]




















Sama-sama kita renungkan...
Wallahua'lam...
^_^