Isnin, 22 April 2013

"Note" tengah malam

Jam di laptop menunjukkan 2.40 pagi.... namun...mata masih bulat dan segar untuk dilelapkan... ya Allah....apa nak jadi dengan aku ni.... esok pagi ada kelas...alhamdulillah..ada 2 mid term di tunda minggu depan... kalau x, makan, tidur semua menghadap buku... tapi aku yakin... Allah berikan semua ini ada hikmahnya... terima kasih ya Allah...Engkau berikan aku ujian ini, pastinya tidak akan aku lupai... walaupun berat untuk aku laluinya... bertemankan air mata sebagai penenang diri dan melepaskan apa yang terbuku di hati... tak usah risau wahai diri ku.. Allah ada sentiasa bersama kamu... mintalah pada Dia, pasti Dia akan maqbulkan... Dialah sebaik-baik peneman yang sentiasa bersamamu... sabar dan terus bersabar... itulah yang menjadikan diri ini kuat... di tambahi dengan ujian hp bermasalah...tak boleh on.. ya Allah.... aku redha dengan semua ini... aku bersyukur dengan apa yang Engkau berikan... walaupun aku tak mampu nak membaikinya dan apatah lagi untuk menukarkan pada yang baru... hm...xpela.... mungkin ada sesuatu yang Allah hidden kan dari aku... aku sangat-sangat mengharapkan Engkau permudahkan urusanku ya Allah.... Allahumma amin..


Sabtu, 20 April 2013

Tanda-tanda Ajal Semakin Hampir

Tanda-tanda Sebelum Kita Meninggal Dunia

100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



Rabu, 10 April 2013

Mid Sem Break

Bismillahirrahmanirrahim....

apa khabar antum semua.. semoga sentiasa dalam berada dalam kasih dan rahmat Allah... sekejap masa berlalu.. pejam celik dah masuk  bulan 4... pastinya ketika ini, semua pelajar ipt sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja dan menghadapi mid term... menakutkan...huhu... (sebab apa takut??..tak cukup preperation)... rasa mcm tak puas cuti mid sem... seminggu je... bagi la kami cuti lama2 sikit..hehe... banyak songeh pulak...hehe... sampai ada orang tu siap cakap..." kesian kat orang tu... dah nak balik ahad ni"...saja nak menjeleskan...tau lah tengah cuti panjang....huhu..(jangan marah ye bila baca nanti)... cuti kali ni rasa macam tak cukup...hehe... sebab ada je perkara nak buat tiap2 hari... pegi library shah alam, pegi pejabat pos renew lesen, pergi nilai cari barang hantaran, pergi jekel cari baju untuk kenduri kahwin nanti, weekend ni ada kenduri bertunang pula... (cara cakap macam kenduri kita pula...hehe... Insya Allah... giliran ana akan menyusul selepas ini)... doa jangan putus-putus ye shikin... Allah nak tengok usaha kamu...(ingatan untuk diri)...sahabat-sahabat dan readers semua... doakan ana  dan pasangan dipermudahkan urusan kami untuk membina baitul muslim... kami mengalu-alukan doa yang terbaik dari antum semua untuk kami...Allah berjanji sekiranya kita mendoakan untuk orang lain, ganjarannya malaikat turut mendoakan untuk kita... dan akan ada orang lain yang akan mendoakan kebaikan untuk kita...insya Allah... ganjaran Allah cukup besar....

bila fikir hari isnin nanti menakutkan pula... ada mid term... uwaaa... tak habis study lagi... semestinya fenomena selepas cuti mid sem... akan melalui suasana "buzy"... Semoga Allah permudahkan segala urusanku...



Rata-rata pastinya ramai dikalangan masyarakat ketika ini sibuk berbualkan tentang isu pilihanraya... tak 
sabar rasanya nak mengundi untuk kali pertama... yang pasti ana akan mengundi ****...undi itu rahsia...hehe... berfikirlah mana yang bak dan mana yang buruk demi kebangkitan negara kita pada masa akan datang... sayangi negara kita.. lakukan satu perubahan demi keadilan rakyat... kaalau ketika ini ana sedang cuti panjang... semestinya ana akan turut sama memerah tenaga berkempem.... Insya Allah ada gajarannya di sisi Allah...namun apakan daya... pelajaran perlu diaulakan dahulu...insya Allah... ada kelapangan masa ana akan cuba mengikuti aktiviti2-aktiviti berkempem...ayuh mahasiswa...bangkitlah berjuang demi Islam khususnya untuk agama kita dan amnya demi keadilan negara kita... oklah...Insya Allah...kita bertemu diruangan yang lain.... maaf salah silap salah.... ilalliqa' ma'assalam...

(maaf..gamabr asal perlu di hiddenkan)

..


Isnin, 8 April 2013

Semua Lelaki Kena Ambil Tahu


Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.

MENANAM URI ANAK

Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.

Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.

Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.


7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

***mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti

8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.