Jumaat, 15 Februari 2013

Allahuakbar

Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar...
sungguh besar kuasaMu... tak terdaya untuk aku melaluinya...
Ya Allah ringkan bebanan yang aku sedang pikulkan ini...
Aku keliru dalam keadaan ini...
Aku perlukan kekuatan...


Dalam keadaan mana kita cuba untuk bergelak ketawa, pasti pengubatnya ketawa sebagai tarbiyah yang Allah hantarkan agar sentiasa mengingati dia... ana cuba sekuat hati untuk mempercayai segala apa yang terjadi ini ada hikmahnya... walaupun segala takdir ini rahsia Allah... ya Allah... ana perlu kuat... be strong shikin...

tak sanggup melihat deritanya ayah menahan kesakitan... sehingga beberapa hari... duduk terbaring hanya ubat untuk merehatkan diri... tatkala mata menatap wajahnya yang menahan kesakitan, deraian air mata mula menitis tanpa disedari... sudah beberapa hari tidak keluar mencari rezeki... ya Allah.. Engkau berikan kesembuhan untuk ayahku... ampunilah dosa-dosa kedua ibubapaku... murahkan rezeki keluargaku... Allahumma Amin..

Kisah Hati Seorang Perempuan


Kisah Hati Perempuan Pada Seseorang | Kadang dia sering menyembunyikan satu rasa yang sakit pada seseorang sehinggakan menitis airmatanya namun kita tidak melihat.Kerana menanggis dia dalam senyap.Menanggis dia dalam hatinya.. Deritanya sukar kita pahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir.

KISAH HATI PEREMPUAN PADA SESEORANG

Dan kadang bila kita mampu melihat air matanya yang mengalir.Sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya.Dan seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu.Dan jika kita terus biarkan dia dalan kesedihan, mungkin dia melakukan perkara di luar kawal.. Bimbinglah dia.. Tenangkan lah hatinya.
Di saat menitisnya air matanya itu, jika kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai lagi perasaannya.Dia akan menerima kata katamu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara.Dan jika kamu berpesan jangan menanggis lagi dan akan menjaganya.Lantas dia akan mengenggam erat tanganmu.Di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya.
Dan kadang dia jarang menyatakan kata rindu, janganlah kamu berangkapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu. Sengaja dia memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga bunga jika seorang yang dia cintai memberitahu sedang rindukanya.Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Kadang dia tidak dapat melakukan kerja kerana amat merindui kamu.
Apabila dia berkata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata. katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Kerana kamulah dunianya selamanya.
Kadang dia menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Kata orang keras keras hati perempuan mampu cair dengan janji manis sang pemujanya.
Dan kadang apabila dia berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.Dia terlalu emosional.Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri kamu.
Itulah sedikit kisah hati perempuan pada seseorang.Seseorang di sini bermaksud lelaki yang disayangi dan dicintainya.Jika anda bukan lelaki tersebut, sejauh mana langkahmu pasti tiada hasilnya.Kerana sekali perempuan itu telah jatuh hati, amat susah untuk si dia melepaskan di dalam jiwanya.Akan mengambil masa yang lama untuk pulih.

Rabu, 13 Februari 2013

Tumpang Gembira

Bismillahirrahmanirrahim.......

Terasa dah lama tak mencoretkan cerita di sini... malas pulak no nak on laptop sendiri dan menaip...hehe.. aisyhhh...kena buang sifat malas ni... kasi tukar bagi rajin... still in process la katakan untuk tarbiyah diri menjadi wanita solehah, wife to be and insya Allah mom to be... Allahumma Amin... cuti ni terasa malas nak online rasanya... setakat online sekajap-sekejap sahaja... untuk tengok berita-berita terbaru dalam negara dan luar negara, baca artikel-artikel, tanya khabar kawan-kawan lama... tapi setiap kali online mesti lalu dekat blog sendiri... (terdetik dalam hati:: bilalah aku nak update blog ni.,..hehe)... cuti semester pun sudah hampir ke penghujungnya...terasa tak puas cuti kali ni,  tak sampai dua minggu je cutinya sebab kena attend kursus bahasa hari tu... alhamdulillah selesai register course... macam biasa portal saya akan menghadapi masalah bagi setiap semester... pasti ada subjek2 yang tercicir, baru ada 4 subjek, kena tambah 4 subjek lagi dan 1 subjek sem 1 di fakulti FST... doakan urusan saya dipermudahkan sepanjang semester 4 ni,..

pastinya bila dah register mesti kena tengok result dulu kan... conform rata-ra semua student merasai debaran nak tengok result... macam biasa...bila sorang dah dapat bukak result, confirm punya disebarkan pada yang lain... mula sume berpusu-pusu nak log in tengok result masing2... termasuk lah saya....ehehe... serve pun jadi down... laen sesak... tapi kali ni saya bagi la laluan pada student lain tengok result kome dulu... relax2...hehe...padahal debor tak terkata... alhamdulillah dengan result yang diterima... Allah beri mengikut usaha yang telah dilakukan... alhamdulilah... alhamdulillah... alhamdulillah... berbalik kepada tajuk yang ingin saya nyatakan di sini...( alamak macam syarahan pulak...hehe)... dah lama xcakap kat depan... bila dah mencapai umur begini... memang tak putus2 terima jemputan walimah di merata tempat... kadang2 terpikir, bila pula aku nak buat invitation untuk walimah aku ni..ehehe... Amin insya Allah tak lama lagi... hujung minggu lalu saya sempat memenuhi invatation dari 2 orang sahabat... pagi sabtu lagi sudah keluar dari rumah untuk melihat detik pernikahan sahabat sekolah rendah ana, tapi tak sempat... apa pun dapat sembang2 dengan pengantin pun cukup dah... mintak tips perkahwinan...hehe.... ni pic kawan saya yang kawin hari itu.... semoga ikatan perkahwinan yang di bina kekal hingga ke akhir hayat.... برك الله لكما وجمع بينكا في خير..... mabruk 'alaikuma untuk kamu puan atikah zulfa dan pasangannya...^______^ 




alhamdulillah pada pagi ahadye pula, berkesempatan ke batu pahat johor, menghadiri walimah seorang lagi sahabat yang sama belajar di kuis... perkenalan dia dan zauj sejak di kuis, sama-sama 1 kelas semasa diploma dahulu... akhirnya membawa ke arah pertemuan yang halal... itu namanya jodoh... sangat unik... hehe....credit to someone.... ^__^... thank you so much bawa ana dan sahabat ana ke johor...hehe... walaupun agak penat pegi balik hari... (padahal duduk je pun, bukan buat apa, bukannya jadi driver...hehe)... semoga ikatan perkahwinan yang di bina kekal hingga ke akhir hayat.... برك الله لكما وجمع بينكا في خير.... mabruk 'alaikuma puan ashuha dan pasangannya...=)






akhir kalam, gembira rasanya dapat melihat sahabat-sahabat bahagia dengan pasangan yang halal buat mereka... ana harap readers semua doakan agar dipermudahkan  segala urusan saya ke arah ikatan yang halal... Allahumma amin.....
maaf sekiranya ada tersalah bicara yang menyentuh hati sesiapa,... ilalliqa'... ^__^

Khamis, 7 Februari 2013

‎Tips Menjadi Pasangan Yang Baik




1.TERIMA SEADANYA
Jangan cuba mengubah pasangan anda mengikut kemahuan kita.Ingat,pasangan yang kita kahwini itu ataupun yang dicintai itu adalah pilihan kita sendiri.Jangan terlalu dambakan kesempurnaan.Terima segala kekurangan,kerana tiada manusia yang sempurna.Cuba fikirkan kebaikan pasangan kita daripada terus memikirkan kekurangan atau keburukannya.

2. BERKOMUNIKASI SECARA TERBUKA.
Jangan selalu membuat andaian tentang perasaan pasangan kita.Adalah lebih baik mengajak pasangan kita berbincang secara terbuka tentang semua perkara.
Belajar mengekspresikan perasaan dengan cara yang terbaik supaya pasangan dapat memahami ketika kita marah,terluka,tersinggung ataupun gembira.Ucaplah kata sayang sekerap yang boleh,walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan kerana itulah yang mahu didengar oleh pasangan.Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.

3. AKTIVITI BERSAMA.
Aktiviti bersama mampu merapatkan hubungan.Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama.Misalnya menonton video di rumah atau menonton wayang.
Kita perlu berhati -hati bila pasangan lebih gemar bersama kawan2 melebihi pasangan sendiri.Ini petanda tidak baik.

4.TUNJUKKAN CINTA ANDA.
Selepas berumahtangga,sesetengah orang kurang mengambil perhatian terhadap terhadap hati pasangan masing2.Ada yang kata....
Sudah kahwin untuk apa romantik lagi?
Itulah tanggapan yang salah.Rasa cinta dan sayang tidak salah diluahkan melalui sejambak bunga buat isteri ataupun menyediakan makan malam yang romantis untuk suami.Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah perkara yang mampu mengekalkan hubungan.

5. KAWAL PERASAAN.
Apabila sedang marah ataupun ada perkara yang mengganggu kita cuba bertenang dan bertanya kepada pasangan.Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana itu hanya akan membawa kepada pergaduhan Pasangan akan menghargai ,sekiranya kita bertenang ketika menghadapi sebarang situasi.

6. JANGAN UNGKIT KISAH LALU
Berhenti mengungkit masa lalu yang negatif.Tidak ada sesiapa yang mahu mengingati kesilapan apatah lagi kesilapan itu merupakan kenangan pahit ataupun memalukan.Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan kita sebagai senjata setiap kali berlaku pergaduhan.

7. KURANGKAN RASA CEMBURU.
Setiap individu tidak boleh lari daripada perasaan cemburu.Namun,cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana sikap itu boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri.Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya pada pasangan.

8.JAGA KOMITMEN ANTARA SATU SAMA LAIN.
Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi kerana sikap ini akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita.Menjaga kepercayaan memerlukan komitmen supaya dapat membina satu perhubungan yang sihat.Apabila pasangan merasakan kita mula mengabaikan komitmen maka bersiap sedialah akan kehilangannya.

9. JUJUR.
Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan.Jangan sesekali menipu pasangan kerana sikap itu antara punca suatu perpisahan.Kejujuran yang dimaksudkan ialah kejujuran dalam mengungkapkan perasaan kepada pasangan kita.Sekiranya kita terluka,katakan kita terluka.Beritahu dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.

♥ Bagi yang ingin mendapatkan petua atau tips Suami Isteri kekeluargaaan dan anak-anak, anda boleh klik LIKE ( 
Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim ) Syukran ♥

sumber : buku 60 tip menjadi isteri cantik dan solehah.



APABILA JANIN BERSENAM




Janin di dalam kandungan juga sensitif terhadap persekitaran ibunya. Sentuhan lembut tangan ibu pada bahagian perut boleh membuatkan janin bertindak balas terhadap rangsangan yang diberikan. Hal ini berlaku kerana, janin di dalam kantung rahim sebenarnya bergerak.

Gerakan pada janin ini selalunya dapat dikesan antara minggu ke-18 hingga minggu ke-22. Sudah tentu ibu begitu terharu malah gembira setiap kali merasai gerakan janin.

Secara umumnya, janin akan bergerak pada kiraan normal sebanyak 10 kali dalam satu hari atau sekali dalam satu jam. Gerakannya akan menjadi lebih aktif pada sebelah malam. Keadaan itu sebenarnya dipengaruhi oleh hormon di dalam tubuh ibu yang bertindak lebih aktif pada malam hari. Begitu juga dengan keaktifan gerakan janin juga berbeza antara satu sama lain. Sebab itulah, ibu tidak perlu membandingkan gerakan janin dengan ibu-ibu yang lainnya. Sememangnya gerakan janin itu cukup unik sifatnya.

1. Menggeliat
Setiap kali anda bangun daripada tidur, anda akan meng geliat terlebih dahulu. Janin juga begitu. Dia akan mengalami keadaan lenguh selepas beberapa jam tidur bersama ibunya. Gerakan meregangkan otot tubuh itu dilakukan beberapa kali dalam sehari. Perlu diketahui juga, janin yang menge liat di pagi hari mampu untuk membangunkan anda dari tempat tidur. Aksi janin anda akan lebih dirasai jika ibu berbaring dalam keadaan terlentang.

2. Janin Juga Melakukan Senaman
Bagaimana bentuk senaman janin? Janin akan membuat gerakan meluruskan kaki kanan ke hadapan, diikuti kaki kirinya. Ia juga akan meluruskan tangan ke depan, diikuti tangan kirinya. Ibu pula merasai seolah-olah janin membuat gerakan menendang dan menyiku, walhal janin sedang melatih otot tubuhnya untuk meregang.

3. Menghisap Ibu Jari
Gerakan ini bukan sahaja dilaku kan oleh bayi atau kanak-kanak, janin di dalam kandungan juga boleh melaku kan aksi sebegini. Selalunya janin akan memasukkan ibu jarinya ke dalam mulut apa bila ibunya menikmati makanan yang enak. Janin akan menunggu turunnya zat-zat pemakanan yang diambil ibunya untuk sampai ke aliran darahnya melalui plasenta. Indah bukan fakta ini.

4. Berpusing
Ketika anda sedang sibuk bekerja, janin juga mahu menikmatinya. Ketika itulah ia sibuk menggerakkan kedua-dua tangan. Apatah lagi, apabila ia menganggap tali pusat yang menghubungkan janin dengan ibunya adalah sesuatu benda yang menarik. Ia akan memusing-musingkan tali pusat dan menggunakannya untuk berpindah dari satu posisi ke posisi yang lain.

5. Mengetuk Janin
Keadaan ini boleh dikesan atau menerima tindak balas daripada janin apabila ia telah memasuki usia 24 minggu. Lagi pula, dalam usia ini janin sudah boleh memberi tindak balas kepada usapan tangan kerana sistem saraf pusat di seluruh tubuhnya sudah membesar sehingga ia mampu bertindak balas terhadap rangsangan sentuhan yang sedikit menekan. Tindak balas itu menandakan janin kembali menyapa salam dari ibunya.

6. Gerakan Di Tulang Rusuk
Apabila anda cuba berehat ataupun tidur, janin tidak mahu mengikut. Seolah-olah ia masih mahu bergerak dan bermain dengan cecair hangat ketuban. Gerakan itu adakalanya anda dapat rasai sampai ke bahagian tulang rusuk. Itu bermakna, janin sedang meminta ibunya memberi tindak balas agar membelai dan mengusap tubuhnya dari luar sehingga ia tertidur.

7. Aksi ‘Hormat’
Cuaca hangat di luar juga turut dirasai janin. Misalnya ketika berada di pantai yang terdedah dengan bahang mentari dengan mengenakan pakaian yang nipis dan jarang, janin akan melakukan aksi ‘hormat’ iaitu menutup mata atau kepalanya kerana silau tatkala melihat cahaya yang tembus ke dalam perut.

Fahami Kaedah Membaca Gerakan Janin
Waktu terbaik untuk anda mengamati gerakan janin adalah pada sebelah malam iaitu ketika anda sedang berehat di rumah. Apabila kandungan telah memasuki trimester tiga, bacaan yang sesuai adalah bermula daripada sebelah pagi.

Sekiranya anda merasa gerakan janin, sama ada kuat atau perlahan, bermakna janin anda dalam keadaan baik. Apabila janin anda tidak aktif seperti biasa, kemungkinan ia dalam keadaan malas. Seharusnya ibu menggerakkannya dengan mengusap perut untuk beberapa ketika. Jika janin tidak memberi tindak balas terhadap rangsangan anda dan ia berlanjutan sehingga sehari, segerakan ke hospital untuk memantau keadaannya. Kenali gerakan janin sesuai dengan usia mereka.

(sumber Pama.com)


*** Walaupun saya belum berkahwin lagi, tak salahkan untuk share pasal keibuan ini... sebab suatu hari nanti saya juga akan mengalaminya... In Sha Allah... artikal ini menyingkap seribu satu keajaiban kuasa Allah yang menjadikan kita dengan cukup sempurna dan perkaitan seorang bayi yang masih lagi berada doi dalam kandungan dengan ibunya, walaupun bayi tersebut belum lahir ke dunia... Subhanallah... Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu para bakal-bakal ibu diluar sana yang sedang menunggu kehadiran si kecil...
^________^





Rabu, 6 Februari 2013

WAJARKAH SI SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN




Zaman sekarang ni,sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda? (^__^)





Selasa, 5 Februari 2013

Ayuh Kita Cuba Sama-sama Amalkan

Doa untuk dapat SUAMI SOLEH:

"Allahumma Zawwijni Zaujan Soolihan"
(Ya Allah, kahwinkanlah daku dengan suami yang soleh) .

Doa untuk dapat ISTERI SOLEHAH:

"Allahumma Zawwijni Zaujatan Soolihatan"
(Ya Allah, kahwinkanlah daku dengan isteri yang solehah)

Isnin, 4 Februari 2013

Warkah Cinta


Amir Mukhlis adalah penuntut di Maahad Tahfiz Al-Quran dan ditakdirkan berkenalan dengan pelajar Naim Lilbanat iaitu Wardah dalam satu sesi pertemuan antara redaksi sekolah. Amir dibesarkan dalam keluarga yang subur dengan atmosfera agama. Beliau dididik dan dibesarkan oleh ibubapa yang faham asas-asas agama dengan baik. Malah, ibubapa Amir sering berbicara dan memberitahu bahawa Amir perlu menjadi pemimpin apabila beliau besar nanti. Disebabkan itu, Amir sangat fokus pada pengajian dan komitmennya amat tinggi terhadap pelajaran.



Wardah pula berasal dari keluarga yang agak kucar-kacir disebabkan bapanya mempunyai beberapa karekter yang negatif. Bapa Wardah seorang yang materialistik dan tidak menyukai karekter agamawan. Dia juga tidak mahu Wardah belajar di sekolah agama kerana memandangkan jaminan kerjaya yang kurang cerah. Bagi bapa Wardah, belajar agama adalah membazir masa dan wang, kerana tiada pulangan besar yang diperolehi daripada ilmu agama. Berbeza dengan ilmu profesional yang lain. Wardah cuba menyedarkan bapanya bahawa tanggapan seperti itu adalah salah. Atas dasar itu, beliau mahu mencari bakal suami yang berprinsip dan boleh menjadi tauladan kepada keluarganya.

Dari konflik keluarga itu membuatkan Wardah sentiasa mencari-cari lelaki ideal yang sesuai dijadikan tempat sandaran. Akhirnya, pertemuan secara tidak sengaja dengan Amir membuahkan cetusan rasa kagum dalam diri Wardah. Wardah mengambil langkah pro aktif dengan meminta sepupunya iaitu Rahim yang belajar di sekolah yang sama dengan Amir Mukhlis. Wardah cuba mencuri perhatian Amir melalui bantuan sepupunya Rahim, namun Amir tidak mahu memberikan respon. Dia berkeras tidak mahu bercinta demi menjaga kesucian agama dan status penghafaz al-Quran.

Dalam diam, Amir menghormati Wardah dan mengkaguminya disebabkan Wardah dalah antara pelajar terbaik sekolah Naim Lil Banat. Secara berhati-hati Amir cuba memberi nasihat dan peringatan kepada Wardah agar tidak bercinta dan mengikut gelora emosi remaja yang mudah dibuai kasmaran. Wardah menjadi keliru adakah Amir menyukainya atau tidak? Beberapa kali Wardah cuba mendapatkan kepastian, namun Amir tetap menggantung jawapan.

Amir pernah memberitahu kepada Wardah “Kalau ada jodoh, tidak ke mana. Takkan lari gunung dikejar” Dengan harapan Wardah mengerti bahawa dia akan setia. Malah, Amir juga cuba untuk tidak mencari orang lain. Namun, ungkapan seperti itu tidak mampu meyakinkan Wardah.

Beberapa minggu sebelum Amir ke Mesir, beliau terlibat dengan satu kemalangan kecil. Iaitu dia terlanggar seorang pelajar maahad sewaktu mengundurkan kereta. Pelajar itu luka di tangan dan Amir memberikan sapu tangan kepadanya. Gadis yang luka itu adalah BALQIS. Dari insiden itu, Balqis terlupa memulangkan sapu tangan dan menyimpannya dengan baik. Pertemuan ini berlaku seketika sahaja (Bahagian ini sengaja tidak diketengahkan, hanya pembaca yang tekun akan menyedarinya)

Beberapa tahun Wardah menggantung harapan dan berkomunikasi dengan Amir melalui surat dan telefon. Biarpun begitu, Amir tetap dengan sikapnya. Sehinggalah mereka menjejakkan kaki ke menara gading. Wardah ke Universiti Malaya dan Amir pula ke Universiti Al-Azhar, Kaherah. Wardah yang merasakan dirinya bertepuk sebelah tangan semakin tertekan dengan keegoan Amir. Ketika itu, Wardah pula dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan bapanya iaitu Syamsul.

Bapanya memilih Syamsul dengan niat memisahkan anaknya daripada mengahwini Amir. Juga disebabkan Syamsul adalah seorang pemuda yang bergaji besar serta mempunyai pekerjaan yang mantap. Sedangkan Amir masih lagi bergelar mahasiswa dan belum tentu mendapat pekerjaan yang selesa. Akhirnya Wardah kecewa dengan sikap Amir dan merelakan dirinya dilamar. Akhirnya Wardah berkahwin dengan Syamsul.

Sebaik menerima berita perkahwinan Wardah, Amir mula menyedari ada sesuatu kehilangan dalam dirinya. Dia mula merasakan kerinduan yang amat. Barulah dia sedar apa itu mencintai dalam diam. Namun, cintanya sudah dimiliki orang. Amir mula menyesal dengan sikapnya sendiri. Dia cuba mencari dimanakah kesilapannya? Dia sedar, selama ini dia terlalu rigid dan langsung tidak meluahkan perasaan sebenarnya. Disebabkan itu, dia berazam untuk bersikap dengan lebih matang dan rasional.

Sewaktu Amir sedang meneruskan pengajian di Al-Azhar, Mesir. Amir menyimpan luka kesedihan yang dalam itu. Dia mahu mempastikan bahawa persepsi bapa Wardah adalah silap. Agamawan tidak akan merempat sekalipun mereka tidak menjadi seorang yang kaya raya. Dari situ, Amir memaksa dirinya bekerja keras, dia mula membina karisma seorang pemimpin. Dia terus mengaplikasikan ilmu-ilmu yang pernah dipelajari oleh guru-guru dan ustaz-ustaznya di maahad dahulu.

Secara tidak langsung, Amir memasang cita-cita untuk menjadi penulis dan pendakwah. Dia memasuki team editorial dan menjadi pengarang utama di majalah mahasiswa Mesir. Dia mula menulis dan mengarang untuk melepaskan perasaannya itu secara estetika. Dia menulis catatan untuk memberikan motivasi dalam dirinya sendiri dan orang lain. Dia mahu sedarkan agamawan bahawa golongan ilmuan harus berjuang terus-terusan menyampaikan ilmu dalam semua bidang mahupun lapangan. Khususnya bidang seni serta penulisan.

Beberapa tahun berlalu dan pengambilan mahasiswa-mahasiswi baru dari malaysia ke universiti Al-Azhar berlangsung. Suatu hari, satu insiden telah berlaku membabitkan Amir dengan seorang siswi baru yang bernama Balqis. Beliau telah menyelamatkan Balqis dari situasi genting. Disebabkan itu, Balqis yang baru kematian ibubapa cuba mencari seseorang untuk dijadikan sumber inspirasi. Dalam masa yang sama, secara kebetulan berlaku beberapa insiden ke atas diri Balqis, dan ternyata Amir juga yang mampu menyelesaikan kesemua masalah itu.

Dalam diam, Balqis meminati Amir dan cuba mendekatinya. Melihat perwatakan dan mengenali prinsip diri beliau. Balqis mula meyakini bahawa Amirlah orang yang mampu menjaganya dunia dan akhirat. Amir masih cuba menjaga status pelajar agama dan seorang penghafaz Al-Quran, Amir tetap menjaga kesucian diri sekalipun Balqis mengharapkan perhatian darinya. Memandangkan beliau pernah bersikap ‘keras’ terhadap Wardah, Amir mahu membawa pendekatan baru dalam dirinya terhadap Balqis.

Amir pernah menyelamatkan Balqis daripada terkena satu kemalangan, dia juga pernah mendapatkan semula beg duit Balqis yang pernah diragut seorang pencopet. Tetapi, semua jasanya itu sengaja ditutup serta dia meminta Izzuddin agar memberitahu secara umum. Secara tidak langsung balqis akhirnya mengetahui kebenaran, dia kagum dengan keikhlasan Amir. Beberapa kali dia cuba memberitahu perasaannya, namun Amir seakan menolak.

Satu eksepedisi ke Jabal Musa atau Bukit Tursina telah berlangsung. Amir, Izzuddin dan Balqis turut serta dalam eksepedisi itu. Kali ini berlaku satu lagi insiden dan akhirnya Balqis benar-benar tidak dapat menahan perasaanya terhadap Amir. Balqis juga menunjukkan sapu tangan yang pernah diberikan oleh Amir ketika dia terlanggar Balqis. Amir baru tersedar, Balqis adalah gadis yang pernah ditemui secara tidak langsung di Malaysia dahulu. Tercetus dari situ, Amir mula berazam untuk menerima Balqis dengan baik.

Malangnya, sebelum ekspedisi itu berakhir, Amir jatuh pengsan dan dibawa ke hospital. Lalu dia didapati menghidap tumor di kepala. Dia diramalkan oleh doktor akan mati tidak lama lagi.

Hasrat Amir untuk menerima Balqis akhirnya menjadi kabur semula. Dia tidak mahu menerima Balqis seandainya dia terpaksa meninggalkan gadis itu sendirian selepas ini. Pasti situasi itu akan menyebabkan Balqis menderita. Dalam masa beliau membawa dilema yang besar. Ketika itu, dia mula berhadapan satu konflik dengan Izzuddin yang mempunyai perasaan terhadap Balqis. Amir cuba memberi jalan kepada Izzuddin yang mempunyai perasaan terhadap Balqis. Amir memilih untuk beralah. Namun, salah faham telah wujud antara mereka berdua. Ketika konflik kian meruncing, Amir ditimpa sakit yang kronik. Dia kian terbeban dengan harapan Balqis, tekanan sahabatnya dan masalah kesihatan.

Amir perlu membuatkan keputusan besar dalam hidupnya. Sama ada di mahu pulang ke Malaysia dan menjalankan pembedahan, atau dia perlu meneruskan serta menamatkan pengajian tanpa memikirkan lagi soal hidup atau mati. Akhirnya dia memutuskan untuk terus belajar, sebaik keputusan akhir peperiksaan hampir diumumkan. Amir diterbangkan ke Malaysia. Ibubapa Amir baru mengetahui penyakit yang dihidapinya dan membuat keputusan agar Amir menjalani pembedahan.

Balqis dan Izzuddin baru menyedari bahawa selama ini Amir berperang dengan perasaan sendiri demi menjaga perasaan orang lain. Malah Amir berperang dengan kesakitan dan penyakitnya, demi untuk tidak membebankan orang lain. Balqis masih berdoa agar jodoh antara mereka masih ada. Manakala Izzuddin hanya mampu merasa kesal dengan kebodohan sikapnya.

Amir menjalani pembedahan. Dia selamat. Keputusan peperiksaan akhir juga diumumkan, Amir mendapat keputusan cemerlang sekalipun beliau menduduki peperiksaan dalam keadaan berperang dengan kesakitan. Semua sahabat Amir beranggapan bahawa Amir sudahpun meninggal dunia. Termasuk juga Balqis.

Amir memilih untuk merahsiakan bahawa dirinya masih hidup.