Ahad, 28 Ogos 2011

TEMAN


Ku Terima Dia..
Seadanya dia,
Seikhlas kasih dari hatiku,
Semurni sebuah ikatan,
Yang tak bisa terungkai walau ombak datang melanda....

Ku Terima Dia..
Teman dikala suka dan duka,
Keluargaku disaat bahagia dan derita,
Pembimbingku dikala aku alpa dan leka,
Temanku dunia akhirat,
Kerna dia begitu bermakna......

Ku Terima Dia..
Kerna kasihku tiada tara,
Menyayangi erti sebuah ikatan mulia,
Terpatri jauh dilubuk hatiku yang dalam,
Syahdu pabila mengenangkan kasihmu yang tidak putus....

Ku Terima Dia..
Kerba Dialah temanku,
Kan kusirami ukhwah ini dengan penuh keikhlasan,
Kan ku bahagiakanmu teman,
Kan ku setia disisimu suka dan duka.
Ikhlas dari hati insan bernama teman...




PERMERGIAN MU RAMADHAN KAMI TANGISI
MAKA KAU BERILAH KAMI PELUANG UNTUK BERTEMU SEMULA DENGAN RAMADHAN YANG AKAN DATANG....
SELAM EIDULFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.....MOHON MAAF ATAS SALAH SILAP....
^_^

Khamis, 11 Ogos 2011

TERAWIH

Bismillahirrahmanirrahim.....
Alhamdulillah setelah sekian lama menunggu saat ini...akhirnya Allah mengizinkan ana untuk melangkah ke masjid untuk menunaikan solat terawih...perasaan tidak terungkap...bila mana setelah seminggu Allah tidak mengizinkan ana untuk menunaikan...
dalam langkah menuju ke masjid...terlintas dipikiran....satu persatu kenangan sewaktu di kuis dulu bersama sahabat-sahabat seperjuangan...
kalau dahulu..selalunya bila tiba waktu ramadhan...semua pelajar kuis sedang "mabuk exam"...start sahaja puasa...start lah juga exam,...walaupun ada paper esok harinya...langkah untuk ke masjid tetap diteruskan kerana yakin...Allah ada bersama kita dan di maha pemurah..


kadang-kala...ana dan sahabat yang lain..berpakat utuk iftar di masjid...lebih-lebih lagi pada tahun akhir pengajian....sunguh terasa kenangan bersama-sama...ada sahaja cerita yang dibual kan dalam perjalanan dari masjid menuju ke hostel...balik dari masjid barulah masing-masing mentelaah kitab dengan pelbagai gaya masing...kalau ada perkara yang dimusykilkan...kami berkumpul untu study bersama....rinduye suasa belaja dulu....adakah suasana seperti itu akan dirasai lagi selepas ini...


selamat berjuang buat sahabat-sahabat seprjuangan semua...ku mendoakan agak Allah mempermudahkan segala urusan kalian walau dari bidang apa pun yang diceburi...

Selasa, 9 Ogos 2011

KENANGAN LALU

Bismillahirrahmanirrahim....


asbahna wa asbahalmulkulillahhi walhamdulillahi la syarikalah la ilahaillahiwalilaihinnusyur...


doa dimulakan sebagai pembuka bicara....


alhamdulillah sewaktu sahur..ana sempat menikmati sebuah cerita kegemaran...iaitu..laukana bainana....namun sekarang..cerita itu tidak lagi muncul...yang ada hanyalah ulangannya sahaja...banya manfaat dari cerita tersebut..sehinggakan..ana menyarankan anak-anak murid ana untuk menonton cerita tersebut dari menonton cerita yang tidak berfaedah...


macam lari tajuk pulak...


sebenarnya nak ceritakan sedikit kenangan ketika di sekolah dulu..al-kisahnya tertibul perasaan untuk menceritakan hal ini..bila mana....menonton tazkirah pagi di MHI...mendengar tazkirah berkaitan puasa...dato hasan din mengatakan...diantara doa yang mustajab ketika sebelum berbuka....saat itu..ana teringat suasana itu dirasai ketika berpuasa sunat di asrama samtaj dulu...jam 6.30 petang ana dan rakan-rakan sudah mula bersiap-siap ke dewan makan untuk mengambil makanan...untuk tiba sampai masa berbuka itu...dalam linkungan 15 minit sebelum azan magrib...muncul seorang rijal (salah seorang pelajar lelaki) yang akan mengetuai bacaan doa bersama pelajar lelaki dan perempuan semua....rindunya suasana seperti itu...tetapi....makin lama semakin pudar suasana itu....


untuk adik-adik yang masih sekolah terutamanya yang bersekolah asrama..hargailah kenangan sewaktu di sekolah anda...kelak...saat itu tidak mungkin akan dirasai lagi...

UJIAN

Bismillahirrahmanirrahim....


segala puji bagi Allah..tuhan sekelian alam..yang berkuasa atas segala perkara...hanya kepadanya hambamu meminta dan mengadu.....Ya Allah..aku bersyukur dapat beribadah sepuas-puasnya dalam keadaan di uji dengan kesakitan...walaupun sakit..tanggungjawab perlu dilaksanakan...biar pun perit janji anak-anak muridku mendapat sesuatu yang baru pada setiap hari...sungguhpun letih melayan 39 orang karenah anak-anak murid di dalam kelas..ilmu yang ada perlu disampaikan juga....dalam perjalanan menuju ke kelas...kesakitan yang dihadapi perlu ditahan....tiba pula waktu untuk masuk kelas...Allah..hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya ketika itu untuk sampai ke tingkat 3...maaf anak-anak murid ku..ustazah tidak dapat memberikan yang terbaik untuk antum hari....tidak mampu untuk bangun dan berjalan-jalan..riak wajah kesakitan terpaksa disimpan dari pengetahuan anak-anak murid....namun..keazaman yang tinggi untuk lihat kesemua wajah anak-anak murid...ku gagahkan diri ini untuk bangun walaupun dalam keadaan sakit yang teruk...terasa air mata ingin mengalir dengan kesakitan yang di alami..terima kasih anak-anak murid..bantu ustazah bawa barang-barang ke bilik guru....saat yang tidak dapat ditahan lagi air mata ini..bila mana ketika bertemu dengan Allah di dalam solat...mengalir air mata menahan kesakitan...ya Allah..kau berikan kesembuhan untuk ku...aku ingin merebut peluang beribadah dalam bulan yang mulia ini....



Isnin, 8 Ogos 2011

UMMI AYAH (2)

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah ujung minggu lalu...ana berkesempatan untuk menolong umi dan ayah di bazar ramadhan..alhamdulillah rezeki Allah berikan buat kami sekeluarga...namun pada hari ahad lepas....keadaan kesihatan ana semakin teruk....ana tidak dapat menolong di bazar....namun...tak sanggup untuk ana bagi tau umi...ana tak nak mereka risau memikirkan kesihatan ana...dalam keadaan sakit teruk...tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak sekolah perlu disiapkan....Allah...sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu....baru-baru ini..ana berkesempatan untuk bertemu rakan sebilik di kuis dulu...mereka terkejut melihat keadaan ana...kelihatan pucat dan semakin susut....mungkin diri sendiri tidak sedar perubahan yang terjadi....


sewaktu di bazar ramadhan...terdetik di dalam hati...ummi dan ayah bersusah payah mencari duit untuk menampung kehidupan family akan datang...oleh kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang..mampukah ana untuk membalas jasa mereka....Allah....Kau berikan untukku kekuatan untuk aku meneruskan kehidupan ini......


Ummi Ayah....
terima kasih telah mendidik anakmu ini menjadi seorang yang berguna....
terima kasih telah membesarkan anakmu dengan sempurna...
terima kasih telah memberi keperluan yang secukupnya...
terima kasih telah memberi kasih sayang yang penuh..
terima kasih untuk segalanya.....
anakmu ini berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh dan tidak akan menyusahkan umi dan ayah pada masa akan datang....
doakan kejayaan anak mu ini...
UMMI dan AYAH..ana uhibbukum jami'an....






UMMI AYAH...


Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka,
Perindahlah ucapanku di hadapan mereka,
Lunakkanlah watakku terhadap mereka,
Lembutkan hatiku untuk mereka.
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, 
Atas didikan mereka padaku,
Pahala atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan,
Atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
Atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
Jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka,
Bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan Perkenan-Mu ya Allah,
Hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila Maghfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku,
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
Sehingga kami semua berkumpul bersama dengan Santunan-Mu,
Di tempat kediaman yang dinaungi Kemuliaan-Mu,
Ampunan-Mu serta Rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
Serta Anugerah yang tidak berakhir,
Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua Pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin...

Ahad, 7 Ogos 2011

SEKETUL DARAH BERNAMA HATI

Bismillahirahmanirrahim....


Alhamdulillah..kini kita sudah menjalani ibadah di dalam bulan mulia ni selama seminggu..kini tinggal berbaki 3 minggu sahaja lagi....ayuh...sama-sama kita berebut-reput mencuri peluang ini....anggaplah kita beribadah seperti kita tidak lagi berjumpa lagi dengan bulan ramdhan yang akan datang...


teringat kenangan sewaktu di asrama sekolah dahulu..alangkah ruginya diri ini..bila memikirkan suasana ketika itu...tidak mengambil peluang untuk berebut-rebut beribadah ketika itu...sedangkan ketika itu...ana masih tiada tanggungjawab apa pun lagi...teringat satu kata-kata dari seorang wardenku sewaktu tazkirah selepas magrib di musollah dahulu..."..kamu gunakanlah peluang ketika ni...masa ni kamu tak ada lagi tanggungjawab..tak ada anak dan suami untuk dijaga...tak berkerja....ini peluang kamu untuk beribadah sepuas-puasnya.."..namun rasanya perasan itu hadir hanya cuma sebentar...semakin lama...semakin lemah semangat itu...ruginya....namun masa tidak dapat kembali semula....


kini....


setelah beberapa tahun meninggalkan zaman asrama di sekolah...dah baru sahaja meninggalkan suasana asrama ketika menuntut diploma lepas....terasa terlalu banyak kekurangan....hati yang terasa kosong..oleh kerana tiada makan rohani...bila dah bekerja...badan mula keletihan...ibadah pun semakin kurang....Allah...lemahnya aku untuk menjadi seorang hambaMu...


"..di sini....ana memohon maaf..buat rakan-rakan...atas kekurangan yang ada pada diri...pernah membuat antum semua terasa...sentiasa tegur diri ana yang lemah ini...."

Rabu, 3 Ogos 2011

1 perjuangan 1 fikrah


Lumrah sang makhluk, punya perasaan CINTA. Ingin cinta mencintai. Cinta antara manusia telah tercipta sejak Adam dan Hawa diciptakan. Hakikatnya, cinta itu telah hadir lebih awal daripada hakikat penciptaan manusia. Cinta daripada sang Pencipta. Dialah yang menciptakan rasa cinta dengan fitrah bahagia, rindu, dendam, gembira dan segala rasa bisa terbias dek perasaan cinta.
Namun, saat sang hamba diuji cinta mereka kepada sang Pencipta...ada yang tewas. Mereka khilaf dalam memilih antara cinta manusia dan cinta Allah S.W.T. Mereka rela meninggalkan tarbiyah kerana cintanya kepada manusia. Apakah cinta Allah S.W.T berhak dipisahkan daripada hati manusia yang kontang ini? Tiadakah tempat di hati ini untuk-Nya? Apakah kedudukan-Nya serendah makhluk ciptaan-Nya sehingga boleh disisihkan sebegitu sahaja?
Hanya segelintir manusia yang melepaskan rasa cintanya terhadap manusia demi rasa cinta yang agung kepada Allah S.W.T. Malangnya, lebih ramai manusia yang melepaskan cinta kepada Allah S.W.T hanya kerana seorang manusia yang kononnya 'sanggup sehidup semati bersama-sama'. Sedangkan, Allah S.W.T tetap mencintai setiap hamba-Nya...

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). [At-Taubah 9:24]


Wajarkah kita meletakkan syarat terhadap cinta terhadap cinta kita kepada Allah S.W.T? Tegar hati yang Allah S.W.T pinjamkan ini meletakkan kedudukan setitis mani yang hina lebih tinggi dari-Nya...
Bukanlah cinta itu dihalang...apatah lagi dilarang. Malah, cinta itu dimuliakan. Bukankah berbeza cinta yang ditemui di jalanan berbanding cinta yang kita temui setelah meredah onak duri dan lautan ujian? Nikmatnya jauh lebih indah...lebih manis...insya-Allah kekal hingga ke syurga..
Justeru, di saat Allah S.W.T melamar kita dengan tarbiyah-Nya, tidakkah kita merasa rugi sekiranya tarbiyah ini hilang disebalik tirai cinta manusia yang rapuh. Bukankah rusuk yang bengkok ini dibengkokkan sesuai dengan keperluannya? Menunduk penuh ketaatan kepada suaminya yang menyerahkan seluruh jiwa kepada Yang Maha Esa.
Aku wanita mujahidah sejati,
Yang tercipta daripada tulang rusuk lelaki yang berjihad,
Bilakah akan datang seorang peminang menghampiriku mengajak untuk berjihad,
Kelak akanku pergi mendampinginya di bumi Jihad.
Aku telah bersiap sedia dengan semua syarat yang diajukan,
Cinta Allah S.W.T, Rasul S.A.W dan jihad fisabilillah,
Aku rela berkelana mengembara dengannya untuk melindungi Diinullah,
Ikhlas menyebarkan dakwah ke segenap penjuru bumi Allah S.W.T.
Aku wanita mujahidah pilihan,
Yang mengalir di nadiku darah lelaki yang berjihad,
Bilakah akan datang menghampiriku seorang peminang yang penuh tawadhuk,
Kelak bersamanya akan kuharungi bahtera lautan jihad.
Andai tidak siap bisa kau pilih,
Agar kelak batin dan jiwa ragamu tidak terusik,
Terbeban dengan semua tingkahku,
Meninggalkan dakwah kerana lebih mencintaimu,
Dan menanggalkan pakaian taqwaku kerana laranganmu.
Biar hidup terasing di dunia asalkan di akhirat kita bahagia,
Bila aku setuju dan kau tidak meraguiku,
Bulat tekadku untuk menemanimu,
Lupa akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota.
Meniti jalan panjang di medan jihad,
Yang ada hanya darah dan airmata tertumpah,
Keringat luka dan kesyahidan pun terulang,
Jika masih ada ragu tertancap dihatimu,
Teguhkan azamku untuk lupakan dirimu.
Aku wanita dari bumi Jihad,
Dengan bekalan semangat berangkat ke padang jihad,
Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati,
Tepiskan semua mimpi yang tidak bererti.
Kerana tidak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri,
Tanpa peneguh langkah kaki dan pendamping perjuangan,
Yang melepaskanku dengan sepotong doa,
Meraih syahid adalah tujuan utama.
Tidak mungkinku pilih dirimu sekiranya dunia dambaanmu,
Lupa kampung halaman dan sanak-saudara,
Tidak mungkin aku memilihmu,
Bila yang fana lebih kau cintai.



Isnin, 1 Ogos 2011

AKU RINDU PADA-MU

Bismillahirrahmanirrahim....


alhamdulillah syukur dengan nikmat yang Allah beri...Ya Allah...hanya pada-Mu aku mengadu...Engkau sahajalah sentiasa mendengar walaupun aku sering lupa pada Kau....Ya Allah...salahkah aku untuk aku berubah menjadi seorang muslimah yang Engkau redhai...aku terlalu hina...aku terlalu dhaif...aku tidak dapat menjadi seorang sahabat yang baik pada kawan-kawanku....aku sedar..sejak keluar dari biah solehah ketika belajar dulu..aku rasakan diri ini terllau banyak berubah...aku makin jauh dengan Engkau...aku tidak seperti dulu....Ya Allah..tabahkan hatiku dengan ujianMu ini....Kau tunjukkan jalan yang terbaik...aku sedar..aku bukanlah yang terbaik untukNya....mungkin ada lagi yang terbaik dariku untukNya...dia berhak memilih...aku bersyukur..kerana aku banyak belajar erti kehidupan...Ya Allah..biarlah air mata yang mengalir ini dapat mengubat kedukaan hati...hanya padaMu aku memohon...