Selasa, 28 Ogos 2012

Wajah Baru

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum semua....

semoga antum semua sentiasa dalam jagaan Allah...

Alhamdulillah, keadaan diri semakin pulih...

segalanya diluahkan kepada Allah....

tidak mampu untuk dibendung perasaan yang di hadapi....

asasnya segalanya di sandarkan pada Allah...

Pasti Allah akan mendengar segala luahan hambaNya...

dan

Membantu hambaNya...

Alhamdulillah, ana selesai membuat account facebook yang baru....

mungkin itu lebih memberi ketenangan untuk ana berbicara dengan rakan akhowat sahaja....

apa yang terjadi pada account lama?????

nantikan ia...

masih dalam perancangan....

apa nama account FB baru????

account FB baru menggunakan nama penuh ana....

semakin hampir untuk meneruskan perjuangan, terasa semakin berdebar....

tiba-tiba perasaan itu hadir,

masa di isi dengan mengulang kaji subjek-subjek semester hadapan...

pastinya ingin lakukan yang lebih terbaik sebelum ini...

alhamdulillah, segala apa yang diluahkan selama ini di makbulkan Allah...

berjaya menarik diri dari mengikuti kem di bawah program naib canselor...

kerana memberi keutamaan pada kursus bahasa yang tertangguh dahulu...

alhamdulillah... alhamdulillah....alhamdulillah...

walaupun terasa terkilan tidak dapat memberi tahu pada teman pada saat berita gembira ini diterima

namun, kegembiraan itu disambut deraian air mata bertemankan Allah sentiasa di sisi....

Ya Allah... berikan aku kekuatan untuk melalui kehidupan ini... permudahkan segala urusan kehidupanku...

Amin Ya Rabbalálamin..

Isnin, 27 Ogos 2012

Segengam Tabah


Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya


LIKU-LIKU KEHIDUPAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk menarik nafas di muka bumi ini... 
Saat entri ini di taip, hujan membasahi bumi dengan derasnya....
terasa kesejukan mengalir masuk dalam tubuh yang kerdil ini....
terjaganya dari buaian mimpi dengan satu perasaan yang tidak dapat diungkapkan...
langkah di aturkan ke bilik air untuk mengambil wudu' dan terus duduk duduk di tikar sembahyang...
perasaan masih terkedu....
diam seribu bahasa.... terkelu untuk berkata apa-apa...
seusai menghadap Allah... tangan di tadah memohon ampun dari Allah... 
deraian air mata berjurai-jurai membasahi telekung...
mengadu segala apa yang terbuku di dalam hati....
sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya...
terasa kerdilnya diri ini, untuk menerima ujian yang menimpa...
jasad yang selama ini kuat, seperti tiada daya untuk bangkit semula....
kekuatan seperti hilang sekelip mata...tidak mampu untuk melakukan apa-apa...
apakah masih ada jalan untuk aku memperbaiki diri menjadi muslimah...
terasa malu untuk berhadapan dengan Allah, dosa yang masih banyak dilakukan...
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku... terimalah segala-segala ibadah ku... berikan aku laluan untuk aku perbaiki diri menjadi yang lebih baik... Amin Ya Rabbal'alamin....





Jumaat, 17 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI


♥~...Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami...Kami memohon terimalah juga segala amal ibadah kami sepanjang bulan Ramadhan ini, berilah kami peluang untuk bertemu di Ramadhan akan datang...~♥


♥♥♥~....SeLamAt HaRi RaYa AiDUiLfItRi... MAAF ZAHIR DAN BATIN...~♥♥♥


♥~...Semoga kita berpeluang lagi untuk bertemu di Ramadhan tahun hadapan...~♥


:::saya tuan empunya blog dan sekeluarga ingin memohon maaf salah dan silap, ada terkasar bahasa, atau perbuatan yang tanpa disedari menguris hati mana pihak sepanjang perkenalan:::

Rasulullah s.a.w. apabila tibanya hari raya Eidulfitri, beliau akan menyebut
تقبل الله منا ومنكم
kepada sesiapa yang beliau jumpai 

Rasulullah juga pergi ke masjid dengan melalui jalan yang berbeza sewaktu pergi dan sewaktu pulang dari masjid untuk menunaikan solat Hari raya Eidulfitri..

^________^




Selasa, 14 Ogos 2012

Cemburu

Perempuan kuat cemburu seperti Saidatina Aisyah


TETAPI


Rasulullah s.a.w. pandai memujuknya


(lumrah dalam diri setiap muslim itu wujudnyta perasaan cemburu)


(mungkin bukan cemburu pada seseorang tetapi cemburu pada hal yang lain)

Rabu, 8 Ogos 2012

Resepi Ais Krim Goreng

Bismillahirrahmanirrahim...
Salam Ramadhan Kareem...
Alhamdulillah kita sudah melalui hampir 3 minggu Ramadhan dan berbaki lebih kurang seminggu sahaja lagi untuk kita gunakan peluang beribadah di bulan Ramadhan ini..
pejam celik....pejam celik... dah masuk 10 Ramadhan terakhir ...
di mana salah satu malam itu adalah malam lailatulqadar yang di tunggu-tunggu oleh orang yang berusaha untuk mencarinya....
semoga kita tergolong di antara orang yang teristimewa untuk beribadah di malam lailatulqadar....


berbalik kepada tajuk di atas... di sini saya ingin kongsikan satu resepi ais krim goreng.... 
selalu kita tengok ais krim goreng ni banyak di jual di pasar malam..
kini anda semua boleh lakukannya sendiri... mudah dan cepat...
tidak perlu rungsing tentang bahan-bahannnya... 

antara bahan-bahannya...

1) Beberapa keping roti (ikut kepada yang anda perlukan)
2) Ais krim (ikut pada perisa yang anda suka)
3) Gelas kosong (untuk membentuknya)
4) Sudu (untuk mengaut ais krim)

Langkah-langkah untuk membuatnya;

1) Letak ais krim di antara dua roti. Bentukkan dengan gelas besar atau tupperware.



2) Lepas bentukkan ais krim dalam roti, masukkan ke dalam plastik untuk di simpan di dalam peti sejuk.
(Biarkan beberapa jam selepas melakukan nya, baru siap sedia untuk di goreng).
p/s: selepas di tekap dengan gelas besar, pastikan isi ais krim tidak keluar dengan cara memicit di keliling roti.



3) Sebelum goreng, pastikan minyak betul-betul panas.


4) Keluarkan bahan dari plastik dan goreng lebih kurang 5 minit.
(Jangan sampai hangut, cukup kulit luarnya kuning keemasan).


akhir sekali... siap untuk di hidang especially untuk berbuka puasa.


SELAMAT MENCUBA
^___________^




Jumaat, 3 Ogos 2012

Sifat Wanita

Fakta tentang PEREMPUAN.

* Bila bergaduh, perempuan kurang bersabar. Lagi-lagi bila mood memang tak elok.


* Perempuan kuat beremosi. Kadang-kadang hal remeh pun boleh menyebabkan mereka 

menangis.


* Bila marah, mereka lah LAWYER. Kadang-kadang, yang betul jadi salah, yang salah jadi betul.

Perempuan agak rumit, tapi mereka sgt unik ...

CINTA

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya.Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam, dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup.Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2




Rabu, 1 Ogos 2012

Kelebihan solat di Masjidilharam





Bismillahirrahmanirrahim

Salam Ramadhan kareem untuk kalian yang berkunjung di sini....
(dalam hati berkata "ada ke orang nak datang tengok fb aku ni"..hehe)
yang penting fb ni ana cuba gunakan untuk mengisi dengan maklumat yang boleh dikongsikan bersama dan pengalaman serta kisah-kisah yang ana lalui dalam kehidupan...
bila solat terawih di masjid berdekatan dengan rumah ni, pastinya akan mengalir air mata pada suatu ketika....
disebabkan hati ini terlalu rindu untuk menjejakkan kaki lagi ke Masjidilharam dan Masjid Nabawi...
saat imam melafazkan ayat demi ayat bermula dari surah al-Fatihah hati tersentuh...
terasa diri ini berada di masjidilharam berimamkan syeikh Maheer...
subhanallah...
rinduku pada Mekah sedikit terubat....


 setelah selesai menyempurnakan umrah, baru boleh tutup muka
 ^___^

Ya Allah... aku bersyukur di atas rezeki yang engkau berikan buatku... Engkau berikanlah aku peluang lagi untuk aku menziarahi dan beribadah di rumahMu dan kekasihMu Muhammad s.a.w... Amin Ya Rabbalálamin...

Subhanallah..
tidak terungkap dengan kata-kata bila kotak kenangan di dalam ingatan ni terus melayang mengingati saat sebulan berada di Mekkah...
Pelbagai kisah yang dihadapi di sana...
Tempat yang paling Mustajab untuk berdoa...
bebrapa kisah ana semasa di Mekkah....
suatu pagi lebih kurang pukul 4 pagi ana memberanikan diri seorang diri berjalan dari hotel ke Masjidilharam sejauh 1KM... 
walaupun takut seorang diri berjalan ke Masjid, namun ana gagahkan jua berjalan, ana yakin Allah sentiasa di sisi hambaNya...
alhamdulillah ana tiba di Masjid dengan selamat, ana gunakan peluang yang ada untuk ana menyendiri mencari kekuatan dan meluahkan segala yang terbuku di hati... melakukan solat-solat sunat, membaca al-Quaran...
seusai solat subuh ana mengambil peluang untuk turun ke dataran kaa'bah untuk solat...
jika di Makkah tiada waktu yang haram untuk melakukan solat sunat...subhanallah...tempat yang begitu istimewa... bila mata tertangkap melihat kaa'bah hati terpegun sebentar, tanpa disedari air mata meluncur laju mengalir.... setelah selesai melakukan solat sunat ana gunakan peluang untuk mengadu pada Allah... subhanallah... satu peristiwa yang sungguh menakjubkan... istikharah yang dilakukan terus mendapat petunjuk dari Allah... Subhanallah... air mata terus mengalir ketika menerima mesej dari Malaysia pada 12/11/2012...
sedar tidak sedar matahari mula berinjak untuk muncul tegak di langit... ana mengatur langkah pulang ke hotel untuk berehat... sedang dalam perjalan keluar dari dataran Masjidilharam kelihatan kelompok-kelompok burung yang sedang menikmati gandum yang disedekah oleh orang-orang yang lalu di situ... di dalam hati ana cuma terdetik "hati-hati shikin, tengok bawah takut ada najis burung"...tuppppp....
lepas tu terasa ada sesuatu yang jatuh di depan mata, dan bila melihat di tar jalan, rupanya yang jatuh di depan mata tadi adalah najis burung... subhanallah... setiap apa yang kita tuturkan Allah akan bayar cash... terus sahaja ana melafaz Istighfar memohon keampunan dari Allah... alhamdulillah najis tu tidak terkena telekong, cuma jatuh di depan ana sahaja...

untuk akhirnya...
ana mengaharapkan kepada rakan-rakan yang membaca... tanamkan di dalam hati untuk mengunjungi Makkah... Insya Allah, Allah akan memudahkan laluannya dengan memberi rezeki tanpa disedari... 

bagi sesiapa yang ingin membawa ibu bapa turut sama mengerjakan haji, atau ibu bapa kalian atau kalian sendiri...
pastikan mendaftar untuk mengerjakan haji... jangan tersilap pandang... membuka akaun tabung haji tidak bermakna sudah mendaftar haji... dua perkara ini berbeza... untuk sistem terbaru... bagi sesiapa yang ingin berhajat menunaikan haji... dan mendaftar untuk menunaikan haji, anda berkemungkinan akan mendapat panggilan ke tanah suci tahun 30 tahun akan datang... namun tahun itu boleh berubah, semuanya perancangan Allah.. kita sebagai manusia hanya merancang...

bagi sesiapa yang tidak faham... macam ni contohnya... sekiranya anda mendaftar haji pada tahun 2012 ini, anda akan diberi tahun 2042 sebagai anggaran anda akan di pilih ke tanah suci... jadi, bermula dari sekarang yang muda-mudi ini gunakan peluang untuk mendaftarkan diri... seolaknya bila masih muda ini gunakan peluang untuk ke sana kerana tenaga masih banyak... urusan Umrah dan Haji ini tidak perlu untuk menghafal doa-doa yang banyak... cume yang utamanya perlu diingat rukun-rukun dan syarat-syaratnya... selebihnya adalah perbuatan yang sangat-sangat memerlukan tenaga yang banyak...



Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu sambahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain.” (Imam Ahmad)




1. Umat Islam digalakkan mengerjakan solat fardhu mahupun sunat di masjid-masjid atau surau-surau kerana bersembahyang secara bejemaah mempunyai kelebihan yang banyak berbanding dengan solat sendirian di rumah
2. Masjidil Haram dan masjid Nabawi pula adalah dua buah masjid yang mempunyai fadhilat yang besar bagi umat Islam yang berkesempatan mengerjakan ibadat di dalamnya.
3. Mereka yang mengerjakan sembahyang di Masjid Nabawi akan mendapat seribu fadilat, manakala mereka yang mengerjakan sembahyang di masjidil Haram pula mendapat seratus ribu fadhilat.
4. Kelebihan Masjidil haram di mekah adalah disebabkan di dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat seluruh umat Islam di dunia ini.




 di bawah ini ana selitkan satu video salah seorang imam Masjidilharam...syeikh Maheer... ana suka cara bacaan dia... time ana di Makkah dulu, ana perasan imam ni akan menjadi imam untuk solat Maghrib dan Isyak... sampai di sini sahaja dulu...bertemu di lain masa... selamat melakukan amal ibadah di bulan mulia ini...
^______^