Memaparkan catatan dengan label zaujah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zaujah. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Ogos 2012

Sifat Wanita

Fakta tentang PEREMPUAN.

* Bila bergaduh, perempuan kurang bersabar. Lagi-lagi bila mood memang tak elok.


* Perempuan kuat beremosi. Kadang-kadang hal remeh pun boleh menyebabkan mereka 

menangis.


* Bila marah, mereka lah LAWYER. Kadang-kadang, yang betul jadi salah, yang salah jadi betul.

Perempuan agak rumit, tapi mereka sgt unik ...

Sabtu, 14 Julai 2012

Tanggungjawab

Bismillahirrahmanirrahim....

sementara mood mengupdate blog ini masih ada... ana cuba ingin berkongsikan sedikit renungan...
dikesempatan waktu terluang yang baru bermula cuti semester... ana sempat menghadiri kenduri walimah mak cik saudara ana...  dah lama rasanya tidak menyaksikan sendiri situasi akad nikah di depan mata sendiri... kali terakhir melihat situasi akad nikah sewaktu ayah ana menjadi wali untuk adik perempuannya sewaktu di kampung perak dahulu... namun ana dapat lihat perbezaan bagi setiap negeri... mungkin ramai yang dah mengetahui, tapi bagi ana ni satu yang menarik dan jarang dilakukan....huhu...orang lain yang bernikah.. ana pula yang sedih...isk3...macam mana la situasi ana nanti...harap dapat kawal kesedihan... jikalau dahulu...selepas akad nikah, terus lakukan upacara pembatalan air sembanyang.... namun kini... satu pembahuruan baharu yang bagi ana patut di aplikasikan di seluruh negara ketika majlis akad nikah dijalankan... upacara yang dimaksudkan ialah upacara penyerahan tanggungjawab... yang mana... pertamanya=si wali perempuan (bapa si pengantin perempuan) memberi ucapan berupa penyerahan tanggungjawab kepada suami anak perempuannya.. keduanya= ibu si pengantin perempuan memberikan ucapan dan akhir sekali ucapan penerimaan tanggungjawab dari si pengantin perempuan... satu cadangan ana, lagi cantiknya si penganting lelaki dan si pengantin perempuan duduk berhadapan dengan kedua ibu bapa si pengantin perempuan....bagi ana mungkin terasa lagi memberi kesan kepada pengantin dalam membina mahligai rumahtangga.... pastinya kaum adam semua berdebar-debar saat ingin melafazkan akad  nikah....sampaikan ada yang perlu ulang dua tiga kali...semoga dijauhkan... cadangan ana...tidak perlu untuk meletakan mas kawin sampai ada sen-sen... ini mungkin akan menyukarkan si pengantin lelaki untuk menyebutnya ketika melafazkan akad nikah.. misalnya, rm 333.33... melihat angkanya begitu unik, seperti artis la katakan nombor semua serupa, tetapi fikirkan tentang perihal orang yang akan melafazkannya... Allah tidak akan menyukarkan hambaNya... cadangan ana lagi, perlu diwajibkan kepada semua pengantin lelaki melakukan solat sunat nikah sebagai tanda kesyukuran...

rata-rata pasti pernah melihat bila lafaz akad nikah di tuturkan dan saksi menyatakan "sah"... si pengantin perempua menitiskan air mata...bagi yang memikirkan tanggungjawab yang baharu dipikulnya, pasti merasakan tangisan air mata itu, adalah air mata yang meminta Allah berikan kekuatan untuk dirinya.... berbalik pada kisah yang ana hadapi tadi... ana terus teringat lagu saat lafaz sakinah... dan secara tidak sengaja, air mata menitik... memikirkan diri ana yang bakal melalui akad nikah nanti... semoga dipermudahkan  laluan ke arah hubungan yang halal dan di redhai Allah... semestinya bercinta selepas halal... itu yang terbaik...

mohon maaf andai ada terkurang dan kekhilafan semasa penulisan... semoga untaian kata-kata ini menjadikan kita semakin sentiasa mendekatkan diri kita pada Allah s.w.t...Amin Ya Rabb...wailalliqa'




mohon maaf copy gambar ini... semoga pic ini menjadi contoh pada masyarakat luar

Ahad, 6 Mei 2012

Isteri Berleter

Seorang lelaki datang ke rumah Umar bagi mengadu perihal isterinya yang suka berleter.


Tatkala sampai, dia mendengar Umar sedang dileteri isterinya. Umar tidak menjawab sepatah pun. Lelaki itu beredar sambil berkata, 


“Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirul Mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana pula dengan aku?”


Selepas itu Umar keluar dari rumahnya lalu terlihat lelaki tadi beredar. 


Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. 


Lelaki itu berkata, “Wahai Amirulmukminin,tujuan kedatanganku adalah untuk mengadu berkenaan perangai buruk isteriku yang suka berleter. Tadi aku baru sahaja mendengar isterimu juga begitu. Lalu aku berkata kepada diriku, kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?”



Umarpun berkata kepadanya, “Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atasku. Sesungguhnya dia memasak makanan untukku, mengadun roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.”

Lelaki itu menjawab, “Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku.”

Umar berkata, “Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya tidak lama. Hanya seketika sahaja.”

Jumaat, 9 Mac 2012

Carilah Untukmu Seorang IMAM




"Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? "
" Maybe kot. Try search kat google.."
" Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni.."
" Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid.."
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Kita makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.
PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai 'bab orang perempuan' yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
" Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! "
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?
MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki 'berpengajian agama' itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh 'suai-kenal' atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan 'sepenuh ketaatan' kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara cara yang mungkin anda boleh gunakan adalah melalui perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada 'kewajipan' sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan 'tidak' kepada dia jika tidak kena caranya.
Cara berbincang ini , jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, cara perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.
ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.

Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.