Rabu, 31 Oktober 2012

TEMAN DAN MESRA

Antara sunnah Nabi s.a.w. dalam bab kekeluargaan adalah membantu isteri memasak di dapur! 

Kalau tak pandai masak, 

tolong la basuh sayur ke, 

potong bawang ke, 

blender kunyit ke ape ke, kan? 

Tak pun tolong kacau masakan kat dalam kuali. 

Kalau hangus, kurang-kurang kena bebel je.. hehe.. 


buat bakal suami

rajin2 menolong isteri mengurus hal rumah tangga..

^____^


Selasa, 30 Oktober 2012

~ ♥ ~ KeraNa~MU, aku bahaGia ~ ♥ ~

Ya ALLAH..
Aku tenang begini demi ZAUJ tercinta..
Kecantikanku, kesempurnaanku, kemanjaanku dan keistimewaan yang terpapar pada jasadku ini hanyalah untuk tatapan imam HALALKU, zauj yang ku cintai..
Tomahan demi tomahan, cacian demi cacian sememangnya dilemparkan kepadaku...namun aku tidak gentar dan tidak juga lemah kerana zauj pelindungku..
Allah telah menghadiahkan seorang suami yang amat penyayang dan cintakan agama-Mu ya ALLAH...
Syukran kerana inilah jodohku yang telah ENGKAU CATATKAN DI LAUH MAHFUZ ku...
ALHAMDULILLAH~

♥ khas buat Pemilik Cinta Ku Setelah Allah dan Rasul..zauj ku.. ♥






♥~....Dua Situasi Pemikiran Masyarakat Zaman Kini....~♥


SITUASI PERTAMA: BILA NAK KAWIN AWAL.....

Rata-rata masyarakat zaman kini, bila cakap isu kahwin awal atau tengok anak-anak muda kahwin awal. Mulalah dengar suara-suara sinis disekeliling..

"Dah gatal la tu nak kahwin awal"...

"Tak reti sabar nak cari keje dulu"...

dan sebagainya...

SITUASI KEDUA: BILA MELIHAT ANAK LELAKI / PEREMPUAN TERUTAMANYA TAK KAHWIN2 LAGI

Rata-rata masyarakat zaman kini, mula buzy body nak tanya-tanya, sehinggakan soalan itu menjadi satu tekanan dan merimaskan bagi sesetangah individu...

"Bila nak kahwin tu??"..

"Ümur tu bukan muda lagi"...

"Tak de ke lelaki yang berkenan ke"...

"Tak de ke perempuan yang berkenan ke"..(tapi yang ni jarang)...

"Tula ko dulu memilih sangat kan da......"...

dan sebagainya...

Kita dapat lihat, dunia pada masa kini telah membataskan hukum agama yang lebih utama... Kadang-kala, hukum AGAMA diketepikan demi untuk urusan DUNIA yang "lebih penting"... Sedangkan Allah telah menjanjikan buat hambaNya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah s.w.t Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

Surah An Nuur : Ayat 32

Sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, nescaya engkau akan selamat".

♥♥♥~....Allah s.w.t. tidak akan memBEBANkan hambaNya, malah Allah s.w.t. telah sediaan jalan yang MUDAH untuk hambaNya...~♥♥♥

(untuk renungan bersama)

Ahad, 21 Oktober 2012

Perkahwinan perlu diancang sebaiknya



Sedang ambil 'ibrah cerita kawan-kawan yang bersengkang mata mendodoikan anak pada pukul 3 pagi. Menyediakan sarapan dan mengemas rumah pula selepas itu. Sedangkan dia perlu ke pejabat jam 7 pagi sehingga 8 malam.

Sebelum itu, dia bersabar dengan karenah isterinya yang sedang mengandung diuji alahan tidak suka aroma badan suami.

Sebelum itu, dia berusaha mencukupkan duit sara keluarga kecilnya dengan memotong banyak peruntukan hobinya seperti memancing, melancong dan mengeteh.

Sebelum itu, dia berjaya menawan sendiri hati mertua, meyakinkan sendiri hati ayah bonda, bukannya merengak-rengek untuk dibantu oleh pihak ketiga.

Sebelum itu, dia sangat sedar siapa dirinya dan siapa pula wanita pilihannya.

Sesungguhnya, perkahwinan itu separa kehidupan, pilihlah ia dengan sebuah kematangan dan kesedaran. Matang dan sedar itulah yang hilang ketika teruna dan dara sedang mabuk cinta.

- copied from Ust. IHSAN fadhli

p/s: kepada lelaki2 yg berkata ayat2 seumpama dengan "izinkan sy menjadi imam awak" (gedik islamic) "saya harap awk sudi trima saya" or "saya sukakan awk" n yg seumpama dgnnya kpd prempuan, fikir,fikir dan fikir kesediaan kamu! Apa yg kamu tuturkan, menjadi pegangan kpd si perempuan. Menjadi ksetiaan drpd pihak prempuan. Sedangkn kamu hanya berkata2, tnpa memikirkn persediaan n kesediaan kamu untuk memikul tanggungjawab. Akhirnya, setelah memberi harapan kpd si wanita, kamu tiada berbuat apa2, tiada perancangan n persediaan ke arah membina masjid. Hanya bermanis ayat,berlembut tulang lidah berkata2 dgn perempuan. Awas wahai lelaki. Jika tidak bersedia untuk memiliki tanggungjawab, usah lakukan ssuatu yg menunjukkn kamu mahukan nya!!

A: saya sukakan awk
B: jumpa la mak ayah saya..
A: erk.. Tgkla mcm mne
(ini jenis yg main2)

A: awak, izinkan sy jd imam awak..
B: jumpa la mak ayah sy
A: Alhamdulillah. Sy dh jmpe mrk. Sy bkenalan dh dgn mrk
B: jadi..macam mana?
A: awak jgn cr org lain ye. 4 thn lg kte btunang n trus kahwin
(slps drpd tu, trus senyap. Si prmpuan ttanya2)

A: awak,sudi x trima saya?inshAllah sy akan jmpe parents awk.
B: truskn. Kputusn mrk kputusn sy.
A: alhmdulillah. Fmly kte smua stuju. Mnggu dpn btunang,ye?
After pertunangan,
B: What is ur next plan?
A: maafkn saya. Saya x bersedia. Awk tunggu sy lg 5 thn ye.
(waaaa.. This is crazy!)

Perempuan, stop being stupid! Klu betul seorg lelaki tu sukakan kamu, pastikn dia bsedia ntk mnggalas tanggungjwb mbina masjid. Nk pastikn kesedian dia, lihat kpd pncapaian,ksungguhn n prancangan dia. Klu dia x bsedia, kamu juga usah bsedia mngambil serius kata2nya!!

Dan AWAS wahai laki-laki, wanita tdk menganggap Harta yg kamu miliki sbg tanda kesediaan kamu. Krn ksediaan itu terletak pd diri kamu, iman kamu, taqwa kamu, hbungan kamu dgn Allah dan tanggungjawab ntk menjaga diri si isteri dgn sebaik yg mungkin!

Jumaat, 19 Oktober 2012

Perjalanan Waktu

Bismillahirrahmanirrahim...

Kaifahalukum jami'an????
semoga antum berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam jagaan Allah...
kesibukkan kerja membataskan diri untuk mengupdate blog...
kesenggangan masa di ambil untuk mencari bahan di internet...
subhanaallah... hanya Allah mengetahui apa yang terjadi dalam hidupku...satu demi satu ujian perlu di hadapi... hanya air mata yang menemani diri saat tangan di tadah mengharapkan pertolongan Allah...
kepadatan masa bermula hari isnin sehingga hari jumaat membataskan diri untuk mengulang kaji pelajaran...ditambah kelas malam yang perlu dihadiri setiap malam... ya Allah bantulah aku... masa hujung minggu dirasakan sangat berharga... hati bermonolog: "kadang-kala terasa cepatkanlah masa berlalu, aku nak habiskan semester ni cepat, dah tak sanggup melaluinya... 25 kreadit hour yang perlu aku laluinya lagi pada semester 5 nanti...tidak..."...hati bermuhasabah semula:.."Allah telah banyak permudahkan segala urusanku, kenapa aku banyak sangat merungut... mungkin masa aku mengahadap Allah terlalu kurang... aku akui Ya Allah, aku jarang untuk bersamaMu, jarang untuk mengingatiMu.. Ampunilah aku ya Allah..."..

melihat rakan-rakan berpeluang menaiki pentas untuk anugerah dekan sangat memberi kesan dalam diri ana... ana akui ana terlalu cemburu.. dalam hati berbicara: "kenapa aku tidak dapat seperti mereka? kenapa diploma dulu aku boleh lakukannya, kenapa sakarang aku tidak berjaya mendapat keputusan seperti dahulu?"..terlalu banyak persolan yang terhitung dalam benak fikiran... Alhamdulillah dengan rezeki Allah memberi keputusan yang cemerlang... walaupun tidak sampai pada target, insya Allah, Allah akan berikan pada masanya yang sesuai...

insya Allah, berbaki 4 hari lagi sebelum bermulanya cuti pertengahan semester... pastinya masa digunakan sebaiknya untuk mengulangkaji dan mengahafal... doakan ana di sini dapat melaluinya dalam keadaan tenang...



wailalliqa'

Ahad, 7 Oktober 2012

Doa Ibu Mustajab

~...Buat para wanita, bakal bergelar ibu dan juga yang bergelar ibu...~

>>..setiap lafaz kata yang dituturkan oleh ibu itu satu doa... kerana doa ibu itu mustajab... andai ibu berkata "degil" pada anaknya, maka akan "degil"lah anaknya dan pelbagai lagi lafaz lain... jangan di salahkan anak kerana permulaannya itu dituturkan dari tutur kata ibu tadi... maka berhati-hatilah sebelum berkata...doakanlah untuk anak-anak dan berkata lah dengan nada yang baik kerana ianya satu doa...<<

waallahu'alam



>>>...bersabarlah dalam melalui kehidupan yang penuh mencabar ini... biarlah air mata mengalir sentiasa di dunia, tetapi wajah gembira sedang menunggu di akhirat....<<<

Ujian itu Manis


Bismillahirrahmanirrahim….
Sekadar untuk mengisi ruang di sini… kepadatan masa yang dipinjamkan Allah untuk digunakan sebaiknya…  segala apa pun yang kita terima ini adalah hak milik Allah… Dia beri nikmat sihat, sakit, gembira, sedih, senang mahupun susah… semua itu wasilah dalam mencapai kasih sayang dariNya… penilaian dapat di lihat sejauh mana kasih saying kita pada Allah… setiap air mata yang berguguran mengalir akan di nilai Allah… biarlah kita menangis di dunia ini dengan tangisan keinsafan memohon keampunan dariNya berbanding kita menangis ketika di akhirat nanti yang tidak dapat menolong kita apa pun… ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami di dunia ini, terimalah segala amalan kami… tempatkanlah kami di bawah rahmat-Mu.. Amin Ya Rabbal’alamin…

Isnin, 1 Oktober 2012

Kelebihan Anak Tunggal

Bismillahirrahmanirrahim....

Allahumma solli'ala saidina Muhammad....

insya Allah sedikit ruang waktu di petang hari ini ini ana kongsikan sedikit perkongsian....

ujian demi ujian di tempuhi... sesungguhnya ana yakin dengan sepenuhnya kebergantungan ana pada Allah... kerana ana yakin, Allah berikan ujian itu pasti ada hikmahnya... hari pertama untuk minggu ke 4 pengajian memberikan satu ujian yang sangat besar bagi diri ana (tetapi masih memikirkan masih ada lagi insan yang terpilih menerima ujian yang lagi dasyat berbanding diri ana)... kelas jam 8 pagi di harungi jua walaupun hampir setengah tumpuan sudah hilang... sedang fikiran sedang berlalu pergi jauh berlari entah ke mana, tiba-tiba nama di panggil untuk menjawab soalan yang ditanya oleh ustaz... subhanallah, riaksi mengejut dan tanpa memikir panjang jawapannya sebenar... alhamdulillah yang dijawab itu betul... seusai kelas tamat, tanpa membuang masa, langkah di atur dengan pantas menuju ke sang kancil di bawah teduhan pokok dan terus pecut ke klinik untuk berjumpa doktor dan mendapat mc... walaupun sedikit keberatan terasa di hati kerana meninggal kelas tetapi di sebabkan keadaan terlalu terdesak, ana terpaksa juga mendapat rehat yang secukupnya... insya Allah, di petang hari begini, ana cuba untuk kongsikan sedikit pengalaman hidup menjadi anak tunggal... mungkin masih ramai sahabat-sahabat belum mengenali ana sebenar-benarnya... ramai yang mengatakan ana ni mempunyai adik-beradik ramai... hakikatnya telah Allah aturkan dan tentukan kehidupan ana sebagai anak tunggal dalam keluarga... menjadi anak tunggal ni ada kelebihan dan kekurangannya...sama juga mempunyai adik- beradik ramai, tetapi jauh berbezanya... soalan lazim yang selalu di tanya bila orang tahu ana anak tunggal:

"Best tak jadi anak tunggal??"
"Mesti dapatkan semua yang nak"
"Tak boring ke???"
dan berbagai lagi...
insya Allah ana akan cuba perjelaskan satu persatu

kelebihan menjadi anak tunggal.....

1) apa-sahaja yang kita minta senang untuk kita perolehi dari ibu bapa. Tetapi itu bukan ana, mungkin semasa ana kecil, mudah untuk mendapat apa-apa tetapi bila sudah mengenjak dewasa ini, jarang untuk mendapat apa yang di hajati. satu contoh ana berikan di sini, dimana ana diberi kebenaran untuk ada hp sendiri setelah ana masuk belajar diploma, itupun ayah yang belikan..ana bukan seperti orang kaya yang lain, minta sahaja, segala permintaan dipenuhi... jauh sekali kehidupan ana yang hidup secara bersederhana..cukuplah dengan pemberian nikmat dari Allah...

2) ana diajar hidup secara bersederhana dan tidak terlalu mewah, jadinya ana berjaya mentarbiyah diri ana untuk menjadi seorang anak yang tidak boros atau kata nama lain loss control of budget... alhamdulillah ana sendiri bukan jenis suka berbelanja, bagi ana ada perkara yang penting baru ana akan minta duit pada umi ayah, itupun kalau dah terdesak... ana lebih suka berdikari sendiri dan tidak menyusahkan umi ayah ana... alhamdulillah Allah kurniakan sifat itu pada ana..

3) sunyi tak duduk rumah sorang2??? soalan yang kerap di tanya..alhamdulillah ana sudah biasa dengan situasi begini.. masa ana banyak di habiskan di sekolah dan asrama.. sejak dari tingakatan satu lagi ana duduk di asrama kemudian sambung untuk diploma juga duduk di asrama dan kini sambung degree pula duduk di asrama juga...  hampir 12 tahun kehidupan ana di habiskan di asrama... jadiye ana tak sunyi bila duduk rumah dan ada kalanya juga tidak dinafikan memang akan terasa bosannya... masa ana hanya banyak di habiskan bersama kawan-kawan...

4) bila jadi anak tunggal ni, semua barang milik kita.. tak perlu risau untuk share.. ana jadi terbawa-bawa sikit perangai tu, ana payah sikit untuk share barang dengan orang jika orang tu tak minta izin dari ana.. duduk di rumah ada barang atau makanan special yang umi siapkan tak perlu berebut bahkan sampai terlebih-lebih.. bila naik kereta, kita sorang2 je yang "kongker" kat belakang, boleh siap baring lagi tu..(time kecik2 je..hehe)...

oklah setakat ni je dulu cerita ana, insya Allah ada masa ana kongsikan pula kekurangan anak tunggal..panjang umur ana, ana cuba kongsikan... maafkan kesalahan ana atas salah silap ana... untuk umi ayah: shikin minta maaf atas dosa-dosa shikin pada umi ayah...wailalliqa'...