Selasa, 30 Oktober 2012

♥~....Dua Situasi Pemikiran Masyarakat Zaman Kini....~♥


SITUASI PERTAMA: BILA NAK KAWIN AWAL.....

Rata-rata masyarakat zaman kini, bila cakap isu kahwin awal atau tengok anak-anak muda kahwin awal. Mulalah dengar suara-suara sinis disekeliling..

"Dah gatal la tu nak kahwin awal"...

"Tak reti sabar nak cari keje dulu"...

dan sebagainya...

SITUASI KEDUA: BILA MELIHAT ANAK LELAKI / PEREMPUAN TERUTAMANYA TAK KAHWIN2 LAGI

Rata-rata masyarakat zaman kini, mula buzy body nak tanya-tanya, sehinggakan soalan itu menjadi satu tekanan dan merimaskan bagi sesetangah individu...

"Bila nak kahwin tu??"..

"Ümur tu bukan muda lagi"...

"Tak de ke lelaki yang berkenan ke"...

"Tak de ke perempuan yang berkenan ke"..(tapi yang ni jarang)...

"Tula ko dulu memilih sangat kan da......"...

dan sebagainya...

Kita dapat lihat, dunia pada masa kini telah membataskan hukum agama yang lebih utama... Kadang-kala, hukum AGAMA diketepikan demi untuk urusan DUNIA yang "lebih penting"... Sedangkan Allah telah menjanjikan buat hambaNya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah s.w.t Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

Surah An Nuur : Ayat 32

Sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, nescaya engkau akan selamat".

♥♥♥~....Allah s.w.t. tidak akan memBEBANkan hambaNya, malah Allah s.w.t. telah sediaan jalan yang MUDAH untuk hambaNya...~♥♥♥

(untuk renungan bersama)

0 comments: