Isnin, 1 Oktober 2012

Kelebihan Anak Tunggal

Bismillahirrahmanirrahim....

Allahumma solli'ala saidina Muhammad....

insya Allah sedikit ruang waktu di petang hari ini ini ana kongsikan sedikit perkongsian....

ujian demi ujian di tempuhi... sesungguhnya ana yakin dengan sepenuhnya kebergantungan ana pada Allah... kerana ana yakin, Allah berikan ujian itu pasti ada hikmahnya... hari pertama untuk minggu ke 4 pengajian memberikan satu ujian yang sangat besar bagi diri ana (tetapi masih memikirkan masih ada lagi insan yang terpilih menerima ujian yang lagi dasyat berbanding diri ana)... kelas jam 8 pagi di harungi jua walaupun hampir setengah tumpuan sudah hilang... sedang fikiran sedang berlalu pergi jauh berlari entah ke mana, tiba-tiba nama di panggil untuk menjawab soalan yang ditanya oleh ustaz... subhanallah, riaksi mengejut dan tanpa memikir panjang jawapannya sebenar... alhamdulillah yang dijawab itu betul... seusai kelas tamat, tanpa membuang masa, langkah di atur dengan pantas menuju ke sang kancil di bawah teduhan pokok dan terus pecut ke klinik untuk berjumpa doktor dan mendapat mc... walaupun sedikit keberatan terasa di hati kerana meninggal kelas tetapi di sebabkan keadaan terlalu terdesak, ana terpaksa juga mendapat rehat yang secukupnya... insya Allah, di petang hari begini, ana cuba untuk kongsikan sedikit pengalaman hidup menjadi anak tunggal... mungkin masih ramai sahabat-sahabat belum mengenali ana sebenar-benarnya... ramai yang mengatakan ana ni mempunyai adik-beradik ramai... hakikatnya telah Allah aturkan dan tentukan kehidupan ana sebagai anak tunggal dalam keluarga... menjadi anak tunggal ni ada kelebihan dan kekurangannya...sama juga mempunyai adik- beradik ramai, tetapi jauh berbezanya... soalan lazim yang selalu di tanya bila orang tahu ana anak tunggal:

"Best tak jadi anak tunggal??"
"Mesti dapatkan semua yang nak"
"Tak boring ke???"
dan berbagai lagi...
insya Allah ana akan cuba perjelaskan satu persatu

kelebihan menjadi anak tunggal.....

1) apa-sahaja yang kita minta senang untuk kita perolehi dari ibu bapa. Tetapi itu bukan ana, mungkin semasa ana kecil, mudah untuk mendapat apa-apa tetapi bila sudah mengenjak dewasa ini, jarang untuk mendapat apa yang di hajati. satu contoh ana berikan di sini, dimana ana diberi kebenaran untuk ada hp sendiri setelah ana masuk belajar diploma, itupun ayah yang belikan..ana bukan seperti orang kaya yang lain, minta sahaja, segala permintaan dipenuhi... jauh sekali kehidupan ana yang hidup secara bersederhana..cukuplah dengan pemberian nikmat dari Allah...

2) ana diajar hidup secara bersederhana dan tidak terlalu mewah, jadinya ana berjaya mentarbiyah diri ana untuk menjadi seorang anak yang tidak boros atau kata nama lain loss control of budget... alhamdulillah ana sendiri bukan jenis suka berbelanja, bagi ana ada perkara yang penting baru ana akan minta duit pada umi ayah, itupun kalau dah terdesak... ana lebih suka berdikari sendiri dan tidak menyusahkan umi ayah ana... alhamdulillah Allah kurniakan sifat itu pada ana..

3) sunyi tak duduk rumah sorang2??? soalan yang kerap di tanya..alhamdulillah ana sudah biasa dengan situasi begini.. masa ana banyak di habiskan di sekolah dan asrama.. sejak dari tingakatan satu lagi ana duduk di asrama kemudian sambung untuk diploma juga duduk di asrama dan kini sambung degree pula duduk di asrama juga...  hampir 12 tahun kehidupan ana di habiskan di asrama... jadiye ana tak sunyi bila duduk rumah dan ada kalanya juga tidak dinafikan memang akan terasa bosannya... masa ana hanya banyak di habiskan bersama kawan-kawan...

4) bila jadi anak tunggal ni, semua barang milik kita.. tak perlu risau untuk share.. ana jadi terbawa-bawa sikit perangai tu, ana payah sikit untuk share barang dengan orang jika orang tu tak minta izin dari ana.. duduk di rumah ada barang atau makanan special yang umi siapkan tak perlu berebut bahkan sampai terlebih-lebih.. bila naik kereta, kita sorang2 je yang "kongker" kat belakang, boleh siap baring lagi tu..(time kecik2 je..hehe)...

oklah setakat ni je dulu cerita ana, insya Allah ada masa ana kongsikan pula kekurangan anak tunggal..panjang umur ana, ana cuba kongsikan... maafkan kesalahan ana atas salah silap ana... untuk umi ayah: shikin minta maaf atas dosa-dosa shikin pada umi ayah...wailalliqa'...

















0 comments: