Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu
solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi
dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui
(pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R.
Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu
menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab
tertentu.
1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu.
Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah
ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi
bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa
lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka
punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang
terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai
contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada
kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat
elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih
study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu.
Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu
kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak
isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa
ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau
isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan
macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita
tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang
berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang
mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak
larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai
penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari
kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan
perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka
dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya),
lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan
bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu
merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah
keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak
menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang
saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua
tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu
tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja
majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh
Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t,
seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi
menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat,
kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama,
kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la.
Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan
dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan
anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan
berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu,
mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan
untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan
untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk
meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia.
Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul
kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni.
Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah
saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap
menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada
banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun
jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri.
Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang
yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang
yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling
utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka
faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita
susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal
masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama
di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara
orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti
di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin
awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana
ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya.
Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja
membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai
baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi
dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya
kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat.
Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang
kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka
dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)
:: janganlah kita prejudis dan jangan pula memandang serOng..nOrma dan realiti
masyarakat yang sering mempertikaikan kemampuan mereka dalam menunaikan
tanggungjawab patut dielakkan...BUANG SEMUA TANGGAPAN NEGATIF!!LEBIH BAIK
RISAUKAN DAN BERI PERHATIAN KEPADA MEREKA YANG MUDA MUDI YANG
BERPASANG-PASANGAN TANPA IKATAN YANG SAH DAN NYATA HARAM DI SISI AGAMA!! ::
mengapa pilih jalan yang HARAM sedangkan yang HALAL sudah DIA tunjukkan cara
dan jalannya~!!