Khamis, 1 November 2012

~♥~...FENOMENA PADA MASA KINI...~♥~



situasi pertama: 
== ketika masih belajar di sekolah menengah

pesanan orang tua..::.. anak!!! (ikut pada nama manja masing2) habiskan sekolah kau ni dulu, jangan nak bercinta-cinta pulak, fokus pada belajar dulu, belajar sungguh-sungguh sampai dapat keputusan cemerlang, kemudian masuk universiti..

situasi kedua: 
== ketika menuntut di peringkat STAM/STPM/DI
PLOMA/ DEGREE dan setaraf dengannya

pesanan orang tua..::.. anak!!! (ikut pada nama manja masing2), ha!!..dah masuk belajar ni fokus pada belajar, jangan nak pikir lain pula... jangan nak bercinta sana sini... fokus pada study, dapatkan keputusan cemerlang, jangan nak fikirkan pasal kahwin je...

situasi ketiga:
== ketika menuntut di MASTER/ sudah BERKERJA

pesanan orang tua:.. (bagi sesetengah orang)..ha!!!.. bagi habis belajar kau dulu baru boleh fikir nak kahwin, lepas tu kerja cari duit sendiri, nak kahwin kawinlah...

Khulasoh::

Manusia tidak berhak untuk menentukan segalanya, sedangkan Allah lebih berkuasa dalam menentukan nasib kehidupan seseorang. Andai Allah telah memberikan rezekinya awal, maka jangan ditolak, terimalah dengan hati yang terbuka Allah. Dan juga sebaliknya.. berlapang hati menerima segala ketetapan Allah...Manusia hanya merancang, tetapi Allah merancang lebih rapi untuk kita...

0 comments: