Rabu, 28 Mac 2012

UJIAN sebagai tanda tarbiyah ALLAH

Bismillahirahmanirrahim.... Alhamdulillah wassalatuwassalamu'ala sayyidina Muhammad s.a.w...

Alhamdulillah... diberi ruang untuk bernafas dan menikmati hubungan dengan kekasih Agung kita... benar janji Allah... setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya... hari-hari yang dilalui baru-baru sungguh menguji kesabaran sebagai seorang penuntut ilmu... ilmu tidak akan datang kepada kita, jika kita tidak mencarinya... seseorang yang menuntut ilmu pasti akan di uji dengan ujian masing-masing... ujian itu sebenarnya mendekat kita kepadanNya... kadang-kala kita leka dibuai khayalan dan keasyikan dunia sehingga lupa akan kepada pemilik segalanya iaitu Allah... Manusia sudah pasti tidak lari dari melakukan kesilapan... sedangkan Nabi juga pernah melakukan kesilapan dan Allah menegur di dalam al-Quran, ini kan pula kita jauh berbeza jika dibandingkan dengan para sahabat, alim ulama' dahulu...

Allah memberi ujian kepada hambaNya mengikut kemampuan... kadang-kala terasa berat untuk menanggungnya... Allahuakbar... tida terdaya untuk ana melaluinya... setiap kali di dalam solat, perasaan sebak itu hadir, dan hanya mampu mengalirkan air mata tika dalam doa.. keadaan kesihatan yang kadang-kadang mudah berubah-ubah.... namun, ana hanya mampu untuk terus bangkit dan membina semangat semula untuk teruskan perjuangan... ana teringat kata-kata dari seorang guru ana sewaktu diploma dahulu... perkara yang pahit itulah sebenarnya akan lebih diingati berbanding yang manis... kerana perkara yang pahit itulah menyebabkan kita terus bangkit merubah kepada yang manis...untuk akhirnya.... ana mohon maaf andai ada kesilapan dalam penulisan di sini....insya Allah...jumpa lagi di lain ruangan...ilalliqa'...

Rabu, 21 Mac 2012

Hati Semakin Rindu

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t..selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w...kaifahuhalukum jami'an..atamanna antum fi sihhati wassalamah...

Sambil mendengar lagu "setiap kali"... muncul semangat untuk mencoretkan kata-kata di sini...makna yang sungguh tersirat maksud disebaliknya... antaranya adalah... saat manusia ditimpa ujian, saat itulah baru manusia akan mengingati Allah... namun saat manusia di dalam kesenangan dunia, manusia sering kali lupa akan sang penciptanya... ana teringat suatu ketika dulu, sewaktu ana belajar diploma, ana sering memainkan lagu ini sebelum melelapkan untuk memuhasabah diri... bagi ana biar air mata mengalir di malam hari sebelum tidur itu air mata untuk melepaskan segalanya yang terjadi pada hari tersebut dan bila terjaga keesokan paginya adalah hari baru dan semangat yang baru... tetapi... ana terasa lain suasananya di usim ini... ana tidak seperti dulu... kadang-kala hati ini terasa makin jauh dari Allah... kerana kurangnya amalan yang dilakukan... Ya Allah... ampunkan dosa-dosaku... aku terlalu sibuk dengan urusan duniawi... aku sering lupa untuk meningatiMu... Ya Allah... dekatkan hatiku padaMu ya Allah... banyak perkara baru dan pengalaman baru yang diperolehi sepanjang sebulan berada di usim ini... terbaru satu tugasan yang bagi ana agak mencabar... dilantik sebagai setiausaha koko (badminton)... Ya Allah..tidak mampu untuk diungkapkan lagi... permohonan untuk meletakkan jawatan ditolak...Ya Allah, tidak tahu digambarkan perasaan ketika itu... terlalu banyak untuk diungkapkan di sini... tetapi cukuplah ana seorang sahaja yang menyimpannya sebagai satu semangat untuk lakukan tugasan sebaik mungkin...  hari-hari yang dilalui berlalu perlu pergi... satu demi satu perkara dipelajari...berbekalkan ilmu dan pengalaman sewaktu diploma dahulu... cukup memberi semangat untuk ana terus bangkit dari kelemahan... suasananya tidak seperti diploma dahulu... tekanan kerja yang diterima pada setiap minggu bagi setiap subjek..cukup memberi kesan pada diri ana... terasa masa yang di lalui tidak mencukupi... kehidupan ana banyak dihabiskan dengan seorang diri... ana cuba untuk berlajar berdikari sendirian...ana sering mengingat diri ana dengan berkata..."shikin kau sekarang dah 22 tahun...dan sekarang ni dah degree...inilah masanya untuk kau berdikari sendiri tanpa mengharapkan orang lain....cukuplah Allah sebagai peneman setia walau dimana jua berada..."... pernah pada suatu hari... ana dan kawan-kawan yang linkungan umur sebaya, kami semuanya dari diploma berkumpul... masing-masing meluahkan apa yang terbuku di hati... kehidupan di sini keseluruhannya perlu berhadapan dengan adik-adik yang peragainya masih belum matang lagi...kesabaran yang tinggi diperlukan... kami hanya mampu memendam dan cuba memikirkan ianya adalah perkara kecik dan tidka perlu untuk difikirkan secara mendalam... tapi kami tidak kisah semuanya... apa yang penting...tujuan kami di sini adalah untuk belajar... perasaan malu untuk belajar dengan adik-adik semuanya perlu dibuang jauh-jauh... setiap golongan ada kelebihan dan kekurangannya... "give n take"... Insya Allah...yakinlah setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya...waakhiran... sebagai penginatan untuk diri ana yang lemah ini.. sentiasalah perbaharui niat  dan doa yang tidak putus-putus... ilalliqa'maassalamah...




Isnin, 19 Mac 2012

Pilihan yang Terbaik

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah syukur di atas segala nikmat yang telah diberikan....selawat salam di atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.... sedikit masa di ambil untuk mengupdate ruangan ini....sambil merehatkan otak setelah pulun mengulang kaji subjek qiraat yang di ajarkan pagi tadi...bagi ana... subjek qiraat ni... memberi ana banyak ilmu baru berkaitan cara bacaan yang di ajarkan oleh Rasulullah sewaktu ketika dulu... walaupun bagi ana subjek ini tidak semudah yang disangkakan dulu... subjek yang perlu banyak meningati sejarah dan kaedah-kaedah...tumpuan yang sepenuhnya perlu di dalam kuliah amat-amat diperlukan disebabkan ustaz akan tanya di dalam tutorial...sungguh menakutkan...huhu...sebelum tu, ana ingin berkongsi sedikit ilmu yang diterima sewaktu kuliah dakwah semalam bersama pensyarah dari negara arab...untuk berkongsi ilmu pada kami semua...berkenaan cara untuk bercakap...dalam kalam ustaz...ustaz ada menegaskan agar...memulakan ucapan dengan membaca basmalah dan selawat ke atas nabi....supaya setiap apa yang kita tuturkan itu mendapat berkat dari Allah dan steterusnya kata-kata yang ditutukan itu akan keluar dari hati kita sendiri...ana bersyukur di atas segala nikmat yang Allah berikan selama ana berjuang di USIM ini...walaupun baru sebulan di sini...banyak pengalaman dan pengajaran yang diperolehi...kadangkala terasa down pada masa tertentu....namun atas sokongan dan kata-kata semangat dari ummi dan ayah... dan juga si dia memperbaharui semula semangat.... sejak dua menjak beberapa hari ini.... fikiran ana mula melayang jauh...memikirkan pilihan yang terbaik untuk kehidupan ana....samada untuk meneruskan pengajian di USIM atau menyambung di Jordan... "Ya Allah...berikan kepadaku petunjuk dan jalan penyelesaian yang terbaik unutkku..."...Ya Allah...biarlah air mata yang mengalir tika dalam solatku ini adalah sebagai batu lonjatan untuk terus bersemangat mencari ilmuMu...'ala kulli hal...doakan untuk ana agar terus bersemangat berjihad mencari ilmu Allah walau dimana jua berada...maaf salah silap ana andai ana ada menyakitkan hati antum semua....jika ada kesilapan yang ana lakuakan tanpa ana sedari, diaulakan untuk tegur dan nasihati ana...ana undur diri dulu untuk solat zohor...ilalliqamaassalamah....^_^

Sabtu, 17 Mac 2012

Home Sick

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum sahabat dan rakan taulan semua....
semoga antum semua berada dalam keadaan sihat dan dalam jagaan Allah...

"home sick" adalah pilihan tajuk untuk post kali ini...
tapi bagi ana... tp tak ada lah home sick sangat sebab rumah dekat...
tapi bila dah lama tak balik terasa rindu sangat pada keluarga...
alhamdulillah... Allah mengizinkan ana untuk pulang bercuti di rumah...
terubat segala rindu pada umi dan ayah dan juga kucing...hehe..
(tak tinggal kucingnye...hehe)
setelah 30 minit perjalanan melalui desiran hujan lebat...
hanya Allah sahaja di saat itu...dan alhamdulillah selamat tiba dengan selamat...
masa di rumah diisi dengan kerja-kerja yang perlu diselesaikan...
(baru nak release dari fikirkan kerja...hehe)
'ala kullli hal...tanggungjawab sebagai anak, pelajar, hamba Allah perlu di galas seiring...
dan tanggungjawab yang akan dipikul suatu hari nanti sebagai seorang isteri dan ibu...
perkara utama yang perlu dilihat adalah bekalan ilmu untuk semuanya agar segala tanggungjawab yang dipikul sentiasa dalam petunjuk dan redha Allah....

terasa cepat masa berlalu pergi...
tiba masa untuk berangkat pulang ke usim semula...
ikhlaskan hati dan sentiasa perbaharui niat....
semuanya dilakukan semata-mata untuk mendapatkan redha Allah....
Semoga dipermudahkan segala urusan pembelajaran di usim nanti....

insya Allah...untuk akhirnya...
andai ada kesempatan masa...pulanglah ke rumah untuk menziarahi ibu bapa....
sehingga kita bertemu lagi diruangan yang lain...
ilalliqa'maassalam...
^_^



 

                                                           (syukran 'ala hadiah...=)...)
                         (Insya Allah dalam usaha membacanya...banyak tambahan ilmu dalam buku ini...)
                                                                         ^_^



(Jazakumullahu khairuljaza...)
(^_^)

Sabtu, 10 Mac 2012

Ya Allah....

Ya Allah...sungguh berat ujian ini....
aku tidak mampu untuk berdiri sendiri.....
aku perlukan sokongan... Ya Allah...bantulah aku....aku buntu....
aku sungguh tertekan...

Jumaat, 9 Mac 2012

TEKANAN

Bismillahirrahmanirrahim....
Salam setitis qatrunnada...
semoga antum semua sentiasa dalam rahmat Allah....

Plan untuk pulang ke rumah arini terpaksa di batalkan kerana memikirkan kerja....
Ya Allah..aku rindukan ummi dan ayah....
tak mampu untuk menahan air mata dari terus mengalir....
tekanan demi tekanan di hadapi...
semakin hari.... kerja semakin bertambah...
ditambah dengan hafazan...
Ya Allah... aku redha dengan apa yang Engkau berikan untukku...
Aku mengerti, ini adalah sebahagian kecil ujian untuk aku....
jika dibandingkan dengan pejuang-pejuang islam suatu ketika dulu yang jauh di uji dengan ujian yang sangat berat....
Ya Allah ikhlaskan hati ku ini... aku ingin mencari ilmu ikhlas kerana Mu....
mohon maaf kepada rakan-rakan yang ada memberi text message pada ana.... maaf jika tidak di balas...
maafkan ana...
mungkin ana belum serasikan diri dengan kehidupan baru di usim ni...
berhadapan dengan rakan-rakan yang pandai berbahasa arab dan english...
Ya Allah... permudahkan segala urusan ku ini....

mohon doa dari sahabat semua....
ilalliqa'

Carilah Untukmu Seorang IMAM




"Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? "
" Maybe kot. Try search kat google.."
" Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni.."
" Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid.."
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Kita makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.
PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai 'bab orang perempuan' yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
" Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! "
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?
MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki 'berpengajian agama' itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh 'suai-kenal' atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan 'sepenuh ketaatan' kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara cara yang mungkin anda boleh gunakan adalah melalui perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada 'kewajipan' sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan 'tidak' kepada dia jika tidak kena caranya.
Cara berbincang ini , jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, cara perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.
ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.

Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

Rabu, 7 Mac 2012

Duhai Hati

Assalamualaikum semua...
semoga antum berada dalam keadaan sihat walafiat....
mengambil sedikit ruang masa untuk mengupdate blog yang tidak seberapa ni...

kebanyakkan orang selalu berkata...
bila banyak gelak, lepas tu mula la menangis...huhu...
rasanya tak mampu untuk memendam semuanya...
jadual harian di usim...
selalunya ana dan ain akan makan di luar pada petang hari...
thanx sahabatku ain...dapat meredakan apa yang dirasai ketika itu...
kecerian yang di buat-buat dapat dibaca oelah sahabatku....
sebak mula dirasakan...namun hanya mampu untuk menahan....
semuanya diluahkan...
dan
alhamdulillah.... reda yang dapat dirasakan sedikit demi sikit....

ilalliqa'

Khamis, 1 Mac 2012

KERETA

Alhamdulillah... ana bersyukur dengan nikmat yang diberikan selama berada di USIM... selama ini terlalu banyak ana mengeluh... Ya Allah... ampunilah dosa-dosa aku... bersihkanlah hatiku dari kekotoran... 
alhamdulillah... umi dan ayah sanggup menghantar kereta ke USIM untuk ana... ummi ayah... shikin minta maaf susahkan ummi dan ayah... sedang asyik bersembang di dalam kereta ayah bersama umi dan ayah...tiba-tiba air mata mula laju mengalir...kerana memikirkan kesanggupan mereka untuk memberi kesenangan untuk ana... Ya Allah... hanya merekalah yang aku ada di dunia ini...aku tiada adik beradik yang boleh bersusah bersama-sama untuk menjaga mereka ketika di usia tua mereka nanti... sejak dua minggu di sini... saat ingat umi dan ayah pasti sebak itu hadir... dan kadang-kala air mata mula laju membasahi pipi...ana menjadi serba salah bila mana ada sesetengah kawan-kawan yang meminta izin untuk meminjam kereta... ana bukan kedekut untuk memberi pinjam... tetapi kereta itu, bukan kereta milik ana.. kereta itu milik mak saudara ana yang di berikan untuk kegunaan anak-anak buahnya... banyak aspek yang ana fikirkan sebelum memberi keizinan... maafye antum semua...untuk akhirnya...ana harap segala nikmat yang telah diberikan ini membuatkan ana semakin berusaha dan boleh melakukan yang terbaik untuk semester ini...INSYA ALLAH...ana ingin qailullah sebentar sebelum masuk waktu zohor.. penat berjoging dan bermain game di pusat sukan dengan rakan-rakan sekelas...hehe
ilalliqa'..

LAYAKKAH AKU????

Salam sayyidul ayyam..
bukan salam satu malaysia ye...huhu....

sobahannur kullu sohati...
semoga antum semua berada di dalam keadaan sihat dan sentiasa di bawah lindungan Allah...

ana bukanlah insan yang pandai untuk berkata dengan ayat-ayat yang berpuitits
namun, ana cuba untuk belajar mengubah dan memperbaiki segala kekurangan yang ada...
mungkin isi kandungan post sebelum ini agak kurang baik dan dalam ruangan post minggu ini struktur ayat yang dipostkan kurang baik
disebabkan keadaan kesihatan ana yang teruk..sehinggakan tidak mampu untuk meneruskan kata-kata...
alhamdulillah keadaan semakin pulih sedikit
kadang-kala ia kembali semula...
ana hanya mampu menahan sakit kepala dan tonsel..
tidak dapat dibayangkan bagaimanakah keadaan esok hari seharian berada di dalam dewan kuliah utama fakulti
kerana ana perlu menghadiri satu program yang diwajibkan bagi pelajar tahun satu
kawan-kawan...doakan ana agar cepat sembuh dari kesakitan yang dihadapi...

back to the topic...
LAYAKKAH AKU???
tidak dapat dinafikan di dalam sudut hati ini masih terbendung dengan satu perasaan yang tidak dapat diungkapkan... kadangkala dengan air mata sahaja yang mampu untuk diluahkan...
ana bukanlah insan yang sempurna... masih banyak kekurangan yang perlu ana perbaiki...
baru-baru ini, satu kejadian terjadi...
selama ini ana  tidak pernah untuk terus bertanya secara direct..
tetapi, tiba-tiba sahaja ana terlalu berani untuk terus bertanya direct
ana tidak berniat untuk masuk campur hubungan kawan
ana sedar, ana belum menjadi hak yang sah untuk dia...
namun semuanya sedang kami aturkan ke arah yang diredhai..
namun
sebaik-baik perancangan datangnya dari Allah...
mungkin masa kejadian itu, hampir ke waktu maghrib
syaitan mula menghasut mangsnya
tapi ana cuba untuk mengawal pertuturan dengan bercakap dengan nada yang sopan
bertanya dengan soalan yang bukan untuk menyalahi sesiapa..
dan akhirnya..
ana terkilan disebabkan pertanyaan yang dikeutarakan dibalas dengan kata-kata yang agak kurang sopan bagi ana..
ana cuba untuk think positif sewaktu kejadian itu berlalu
sehingga kehari ini... ana masih mengingati kejadian itu
kadang kala jauh di sudut hati ini tiba-tiba hadir satu perasan sakit hati...
"Astaghfirullah"
lafaz istighfar menyejukkan hati semula....
tidak pernah ana merasai sebegini....
ana tidak pernah menyekat hak kebebasan untuk dia berkawan
namun, kebanyakkan orang sering menyalah tafsir maksud tersebut...
manusia diciptakan dengan pelbagai ragam tersendiri

Ya Allah... Ampunilah dosa-dosaku... terimalah taubat ku....