Jumaat, 28 September 2012

Be Strong

Bismillahirrahmanirrahim...

....اللهم صلى على سيدنا محمد

sambil-sambil sarapan pagi, ana gunakan sedikit ruang masa ini untuk mengisi blog yang tak seberapa ini

alhamdulillah kini ana sudah masuk 3 minggu pembelajaran untuk semester baru....

alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar

cuma kesihatan sedikit terganggu, mungkin akibat terkejut dengan kelas yang pack

setiap hari masa ana di habiskan di kampus...

keluar jam 7.30 pagi untuk ke kelas dan pulang jam 10.00 malam...

subhanallah, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan yang di hadapi

terutamanya hari khamis, perlu menghadapi 6 kelas...

masa senggang 1 jam di gunakan sebaiknya untuk mengadu segala-gala pada Allah dan juga merehat otak sebentar...

tetapi

ana yakin, semua yang Allah tentukan ini pasti ada hikmahnya

jangan risau empunya diri

Allah sentiasa bersamamu setiap masa...

sabar dan terus bersabar untuk semester ini sahaja..

insya Allah semester depan akan back to normal...

adat dalam perjuangan menuntut ilmu...

pastinya perlu melalui jalan yang sukar untuk  menikmati kemanisanya selepas tamat nanti

yang paling utama ilmu yang diterima itu...

mohon doa dari sahabat-sahabat agar dipermudahkan segala urusan ana..

waakhiran...

Semoga Allah sentiasa merahmati kita dan mengampuni dosa-dosa kita...

ilalliqa'



Ahad, 23 September 2012

Punca Gastrik




Makanan pedas  


orang cakap, kalau xpedas xsedap. memang pon. bukan orang lain je, aku pon cakap mcm tu. kalau nak makan kalau xrasa pedas mmg xsah rasa mcm ada je yang xcukup. sebenarnya makanan pedas sukar untuk diproses dalam perut kita dan menyebabkan perut kita menghasilkan lebih banyak asid untuk menproses makanan tersebut. asid yang banyak ni lah yang menyebabkan berlakunya gastrik dan pedih dalam perut. mesti korang pernah rasa kan? jangan tipulah! lagi satu, makanan pedas ni menyebabkan lebih kalori diperlukan untuk penghadaman sekaligus meningkatkan metabolisma badan. sebab tu untuk kuruskan badan kebanyakan produknya pedas-pedas.
Makanan masam
masam dan asid sangat adik beradik. macam manis dan gula. jadi makanan masam menyebabkan asid berkumpul dalam perut dan gastrik. mudah je. *sedapnya asam nnti petang nak beli la. kih3
Makanan berminyak/berlemak

lemak seperti yang kita ketahui susah nak hadam dan kadang2 menyebabkan selulit. makanan berlemak merangsang lebih banyak asid dikeluarkan oleh badan untuk penghadaman. jadi risiko untuk gastrik bertambah lagi. *dah la pedas, berlemak, masam. tapi yang tu la yang sedapnya. kan? hihi
Merokok
merokok dikatakan mampu mengurangkan kecekapan Lower Esophageal Sphincteryang berfungsi selaku pintu pagar yang membenarkan makanan masuk ke dalam perut dan menutupnya kembali. Apabila LES sering terbuka (kurang cekap), asid perut mudah masuk ke ruang esofagus dan ini amat menyakitkan. sumber sususejat. jadi bagi para perokok. dah bertambah lagikan keburukan merokok. jadi xnak ke berhenti merokok? =)
Stress atau tekanan emosi
apabila berada dalam keadaan stress, kebiasaannya perut akan merembeskan asid dengan banyak. Ini merupakan antara sebab mengapa seseorang terasa hendak “mengunyah” ketika stress. bila stress kita cepat lapar. dari pengalaman aku sendiri semasa kat matrikulasi. mugkin jugak ni yang menyebabkan orang cakap stress menyebabkan berat badan naik. masa kat matrik, hidup agak tertekan masa tu berat badan aku agak naik dan jerawat pon naik, dan pernah kawan aku tak pergi kelas sebab gastrik. bukan sebab tak makan tapi sebab stress. jadi kalau tertekan sediakan makanan. biar gemok asal sihat. *bestnya tgok orang badan tembam2. kita kurus je =(

Kurang/tidak bersenam


bersenam. antara benda yang paling malas aku buat. jangan tiru perangai aku. sebenarnya bersenam boleh membantu kita menghadam makanan dengan baik. bersenam juga dapat membantuk kita mengurangkan stress. jadi bersama-samalah kita mengamalkan hidup sihat. jangan asyik mengadap screen je. bawak2 la berjogging hirup udara segar

Berjalan Tanpa Henti

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

selawat dan salam buat junjungan baginda Nabi Muhammad s.a.w....

اللهم صلى على سيدنا محمد

insya Allah sedikit masa yang terluang ini, ana cuba mengisi sedikit ruang di sini....

subhanallah... benarlah janji Allah... barang siapa yang sentiasa menghadirkan diri ke majlis ilmu, pasti Allah akan membasahi hatinya dengan ketenangan....

insyaAllah azam untuk semester ini, ingin menghadiri banyak majlis ilmu di kampus atau di mana-mana... sedang duduk terleka sewaktu menghadiri satu majlis ilmu pada hari jumaat lalu, tanpa disedari air mata mengalir kerana memikirkan diri yang terasa makin jauh dari Allah...

Ya Allah... ampunilah dosa-dosaku... terangilah hatiku dengan cahaya imanMu.... (Amin Ya Rabala'alamin)

alhamdulillah lewat petang semalam ana berkesempatan untuk pulang ke rumah... "home sick" bak kata sebilangan student... namun ana hanya dapat berjumpa dengan umi sahaja... ana menunggu kepulangan ayah pada malamnya sehinggalah ana terlena di depan laptop... ya Allah Engkau permudahkanlah segala urusan ayahku untuk mencari rezeki... keesok paginya, awal pagi lagi ayah sudah keluar untuk memenuhi permintaan customernya... (dalam hati hanya mampu berkata, tak de rezeki untuk berjumpa ayah)... kehidupan keluarga ana mungkin sedikit jauh berbeza dari dahulu... jika sebelum ini, ayah banyak meluangkan masa bersama keluarga, namun sekarang ayah lebih fokus untuk mencai rezeki di bumi Allah ini... ana cuba tekad untuk menunggu sehingga tengah hari... namun kepulangannya masih belum muncul... deringan telefon bimbit berbunyi, melihat nama di skrin terpapar nama rakan sekelas, pastinya ana sudah membaca apa yang akan di tuturkan... peringatan untuk discussion pada petangnya... subhanallah... fikiran mula berlegar-legar mencari jalan penyelesaian... doa dipohon mengaharapkan jalan penyelesaian yang terbaik... seketika keputasan di buat... perjalanan dari rumah ke kampus, selalunya mengambil masa 30-45 minit, menjadi satu jam... ya Allah kenapa dengan ana ni... tumpuan memandu sedikit terganggu... deraian air mata tiba-tiba mula jatuh menerusi raut wajah... kelajuan perlu di kurangkan... demi mengelak dari risiko yang tidak diingini... dalam hati hanya mampu berdoa... ya Allah selamatkan perjalanan ku ini sehingga selamat sampai ke kampus.... alhamdulillah setelah sejam perjalanan, alhamdulillah ana selamat tiba ke kampus... munajat di tuturkan tanpa henti... alhamdulillah Allah menyelamatkan perjalanan ana...


esok bakal bemulanya kelas... 3 subjek yang bakal bergabung dengan adik-adik tahun satu.... Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan untuk menambah subjek... 11 subjek 25 kredit hour berjaya di tambahkan untuk semester ini... sahabat-sahabat doakan segala urusan ana untuk semester ini dipermudahkan... dan berjaya pada semester ini... ana juga mendoakan untuk kebahagian kalian.... semoga kita semua sentiasa di dalam lembayung rahmat Allah...Amin Ya Rabb...

*yakin dengan kuasa Allah, setiap yang diaturkan itu pasti ada hikmahnya...







Rabu, 12 September 2012

DIAM



Bismillahirrahmanirrahim...

hanya mengambil sedikit waktu pada petang hari ini untuk mengupdate sedikit di ruangan ini....

alhamdulillah ana selesai menguruskan permohonan pertukaran bilik

di harapkan agar permohonan ini dipertimbangkan atas sebab-sebab yang tertentu

minggu ini di isi dengan aktiviti bersama rakan serumah

mengemas, iftar bersama dan sebagainya...

pastinya ana menanti dengan penuh debaran jadual yang terbaru di paparkan

setiap hari jari jemari ini cuba untuk menembusi laen internet...

alhamdulillah rezeki Allah diberi pinjam untuk memakai broadband

syukran teman, atas pengorbananmu

semoga kelak, diri mu mampu untuk terus berkorban demi perjuangan Islam pula...

dan berusaha berkorban untuk keluarga yang di bina...

diam???

apakah maksudnya...??

sebenarnya itulah cara ana,

diam dari menceritakan kepada seseiapa....

isi jodoh pastinya menjadi tanda pertanyaan 

namun ana yakin pasti Allah telah mengaturkan sesuatu yang terbaik untuk ana 

kita hanya mampu berdoa dan lakukan yang terbaik....

'ala kulli hal

semoga kita sentiasa di bawah payung rahmat Allah

dan sentiasa mengharapkan pengampunan Allah...

@________@

Isnin, 10 September 2012

LEMBARAN BARU

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam syahru syawwal yang bakal menanti pengakhirannya... bagi seseiapa yang belum berpuasa enam... gunakan peluang melaluinya...

alhamdulillah hari ini hari pertama ana di kampus untuk meneruskan perjuangan bagi tahun kedua... walaupun sudah berada di usim beberapa hari lebih awal... alhamdulillah pagi tadi selesai segala urusan untuk menambah subjek.. insya Allah pada semester ini ana akan membawa subjek sebanyak 11 subjek iaitu 25 jam kreadit... ini satu cabaran buat ana untuk ana melaluinya... doakan ana dipermudahkan urusan pembelajaran untuk semester ini... 

alhamdulillah semester ini, ana mendapat rakan sebilik yang merupakan rakan sekelas... insya Allah...kemudahan yang Allah berikan untuk ana belajar bersama dengan rakan sekelas... alhamdulillah mereka sentiasa menjaga solat pada waktunya...alhamdulillah...itu yang ana harapkan, agar diri ini tidak leka...

alhamdulillah juga di atas segala kenikmatan yang Allah berikan selama ini... terima kasih buat teman yang banyak membantu dan berada di sisi di saat diri hampir rebah dengan ujian yang di hadapi... membuat hari-hari yang di lalui tenang dan sentiasa berfikiran positif dalam apa jua hal yang berlaku... alhamdulillah terima kasih ya Allah menghadirkan dia di dalam hidupku... walaupun terasa diri ini belum lengkap untuk menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang muslimah... "maafkan ana atas kekurangan ana"... 


alhamdulillah diberi kesempatan untuk menghadiri jamuan raya imam muda... macam tak percaya diri dapat hadir ke majlis seperti ini... syukran kepada yang membawanya....


'ala kulli hal...doakan ana berjaya menempuh semester baru ini...
^__________^





Selasa, 4 September 2012

AZAM BARU

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum w.b.t .... Hamdanlillah wa syukru lillah... selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

hampir dua bulan masa di habis di rumah bersama keluarga

berpuasa bersama, raya bersama

kini rumah kedua di dunia sudah memanggil untuk di isi

berita yang baru di terima

rumah yang bakal didiami nanti akan bercampur dengan adik-adik tahun satu

dan senior-senior sudah di tetapkan rumah masing

semoga Allah menempatkan aku serumah dengan rakan serumah yang sefikrah

masing-masing memahami peraturan duduk rumah

tidak membuat bising pada masa tertentu

ya Allah, aku memohon padaMu ya Allah

Engkau permudahkanlah segala urusanku untuk semester hadapan ini

Amin Ya Rabbal'alamin

niat diperbaharui di setiap semester

doakan segala urusan saya dipermudahkan untk semester baru ni

buat sahabat-sahabat yang bakal menyambung pelajaran untuk degree

selamat berjuang ana ucapkan

semoga segala titipan ilmu yang kita peolehi dapat menjadi panduan dalam hidup kita

ilalliqa'

^_________^


bila la nak dapat rantai macam ni..=)



syukran pada yg snap kn pic ni..=)