Isnin, 29 November 2010

UKHUWAH


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..syukur kepada-Mu Ya Allah dengan segala nikmat yang engkau berikan selama ini
semoga dijauhkan dari sifat kekufuran

rasanya terlalu lama tidak menjengah ke teratak buruk ini
untuk mencoretkan sedikit pengisian dan pengajaran untuk dikongsikan

kini...ana cuba menghitung hari demi hari untuk meninggalkan segalanya di tempat yang telah banyak mengajar erti kehidupan ini
tiba-tiba terlalu banyak perasaaan yang hadir
semuanya bercampur baur
satu demi satu kenangan terlintas di ingatan ini
di sini juga tempatku mengenal erti islam yang sedalam-dalamnya
semoga ilmu yang diperolehi ini dapat ana praktikkan dan dikongsikan dengan semua masyarakat selepas ini
di sini juga ana menemui ramai sahabat-sahabat dan kenalan
bermulalah ukhuwah yag dibina kerana Allah
semoga Allah merahmati ukhuwah ini

terlalu banyak untuk diperkatakan
namun yang penting di saat ini
doa yang tidak putus-putus
setiap yang langkah yang kita kerjakan sentiasa dalam rahmat Allah
"ukhuwah yang di bina kerana Allah..Insya Allah akan berkekalan sehingga akhir hayat...tetapi ukhuwah yang di bina atas niat lain pasti akan mendapat natijahnya yang kurang baik"



sama-sama kita renungkan
yang baik itu datang dari Allah
yang kurang tu datangnya dari kelemahan diri ini
namun pada hakikatnya semua itu datang dari Allah
ilalliqa'

Selasa, 16 November 2010

TAKDIR

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Hamdan Lillah Wasyukran Lillah Li hazini'mat

segala puji-pujian kepada-Mu Ya Allah di atas segala kenikmatan yang selama ini engkau berikan
Semoga diri ini di jauhkan dari golongan yang kufur dengan nikmat-Mu
Nauzubillah

setiap manusia di dunia pasti tidak akan lari dari masalah
hatta masalah kecil mahupun masalah besar
sejauh mana kita mampu melarikan diri untuk tidak memikirkan tentang masalah
pasti sukar untuk melupakannya
kita tidak mampu untuk menjauhi daripada masalah
namun kita perlu untuk berdepan dengan apa jua situasi pun untuk menyelesaikan
walaupun ia amat perit bagi kita

setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya
jadi kita kena kuat i'tiqad kita pada ya Rabb
bahawasanya hanya dia sahaja yang mampu untuk membantu kita
sedangkan pandangan dari sahabat/apapun cara untuk penyelesaiannya yang sudah dijumpai itu adalah wasilah dari Allah

Jangan takut untuk membuat keputusan
tetapi yakinlah saat kita meletakkan sesuatu keputusan itu
pasti ada hikmah disebaliknya yang kita tidak nampak
tidak kira dalam apa jua masalah yang timbul
Kita hanya mampu merancang tetapi perancangan Allah yang paling terbaik
sehingga kan dalam meletakkan masalah pasangan hidup

Insya Allah...jodoh semua telah Allah tetapkan
tetapi jalan untuknya itu yang kita kena berhati-hati untuk memandunya
samada jalan yang kita pilih itu
adalah jalan yang mulia atau sebaliknya
nauzubillah
renungan untuk diri ana sendiri dan untuk kita semua

salam eiduladha dari ana
maaf dipinta andai kata-kata ana di dlam blog ini ada menyentuh perasaan semua
yang baik itu datangnya dari Alllah
yang lemah itu datangnya dari diri yang lemah ini
sehingga berjumpa lagi

wsalam

Ahad, 14 November 2010

SABAR

Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah dengan izin Allah..
kiranya ada secebis masa untuk untuk mengupdate blog ni

cuti pertengahan semester hanya seminggu
terasa xcukup je...
mana x ye...lepas ni xde cuti panjang lagi
melainkan cuti akhir semester bulan 3 nanti
huhuhuhu
cuti yang ada terasa macam xcuti disebabkan kerja yang menimbun

Ya Allah dengan izin-Mu
jumaat lepas ana dapat berjumpa dengan penyelia tesis ana
tidak dapat dibayangkan perasaan dengan pelbagai masalah timbul
terasa tidak terarah
Alhamdulillah Allah sentiasa ada untuk membantu
bukan senang untuk berjumpa dengan lect
terkena pulak minggu lepas semua lect tengah sibuk buat soalan final exam
Allah ujiannya
macam-macam dalam pikiran ni timbul
bagaimana dengan tesis aku ni???
Alhamdulillah lect memberi msg supaya berjumpa dengannya selepas solat jumaat
tidak dapat dibayangkan perasaan gembiranya di saat itu
saat tiba di pintu bilik lect..
tiba2 1 perasaan hadir....
"takutnya aku tesis ku tidak diterima"
diminta untuk buat semula....
Namun Allah lebih mengetahui segalanya
Alhamdulillah kata-kata yg positif dr ustazah
"kamu buat betul2, sy bg awak A"..
terasa bersemangat untuk menyiapkannya secepat mungkin....
"lepas kamu selesai edit bab 1. 2. 3 ni...awak boleh terus sambung terus bab 4"
lepas tu dah boleh buku kn..."
Ya Allah aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah....
di saat kesedihan dilanda ujian demi ujian...namun terselit disebaliknya kegembiraan....
sesungguhnya Allah sentiasa ada bersama dengan kita...

ilalliqa'
^_^

Jumaat, 12 November 2010

RENUNG-RENUNGKAN LAH


Jika kamu memancing ikan..
.Setelah ikan itu terlekat di mata kail,

hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.



Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...



Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperlu
anmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi...


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalka
nnya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan
nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan ya
ng lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL...





Rabu, 10 November 2010

SABAR MENGHARUNGINYA


Bismillahirrahmanirrahim
Asssalamualaikum wbt

pertama sekali ku panjatkan kesyukuran kepada-Mu Ya Allah
dengan segala kenikmatan yang engkau berikan
aku redha dengan ujian yang engkau berikan
sesungguhnya engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku
sungguh berat ujian yang aku terima

Ya ALLAH..ringankan la penderitaan ini
sesungguhnya aku mengetahui..engkau tidak akan memberi ujian melainkan dengan engkau seorang sahaja yang mengetahi kemampuan seseorang untuk mengharunginya

satu ujian besar juga untuk menjaga hati dan bisikan syaitan
lemahnya diri ini
sedangkan hati ini hanya milik Allah
mungkinkah ini jalannya Ya ALLAH
yang selama ini aku merintah pada Engkau
mungkinkah Allah ingin menyelamatkan diri ini daripada
terus leka
aku redha dengan semuanya
sesungguhnya setiap yang berlaku pastinya ada hikmah disebaliknya





ucapan terima kasih kepada seorang teman di atas barang yang dipesankan pada seseorang semalam
maaf sekiranya ana ni menyusahkan kehidupanmu
menyendiri bukan bermakna lupa
namun...ana cuba untuk mencari kekuatan
semoga dirimu bahagia di samping orang tersayang yang lebih memahami dirimu
yang sentiasa di sisimu setiap masa berbanding diri yang lemah ini
walaupun ana tidak tahu...tetapi Allah lebih mengetahui
dia yang mengaturkan segalanya
pikir-pikanlah apa yang terbaik untuk semuanya..duhai teman

Illaliqa'

Rabu, 3 November 2010

BAHAN TESIS vs LAWATAN





بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Alhamdulillah syukur kepada-Mu ya Allah.....Dengan izin-Mu, hambam

u yang dhaif ni masih diberi peluang untuk meneruskan perjuangan ini......Syukur yang tidak terhingga kepada-Nya yang mencipta kan kita dengan sebaik-baik ciptaan



***********************

Terasa telalu cepat masa belalu tanpa kita sedari......Namun masa yang telah berlalu tidak mungkin akan berputar kembali walau dengan apa cara sekalipun.....Mungkin bagi diri yang lemah ini dan juga sahabat-sahaba lain....Yang mana kami merasakan semester ini tekanannya untuk menyiapkan tesis....Sungguh mengejutkan apabila diberitahu semasa ku

liah supaya setiap pelajar perlu menghantar tesis pada minggu ke 12 (pertengahan bulan 1

).....Namun setiap apa yang diberitakan itu pasti ada kebakan nya utntuk setiap pelajar....Alhamdulillah dikesempatan yang ada pada minggu lalu....Ana bersama sahabat cuba untuk mengisi ma

sa untuk pergi ke purpustakaan awam islam

(bersama sahabat:fiza,k.odah,shah,jia)

Namun...

Apa yang terjadi.......Apabila kami sampai...perpustakaan didapati tutup...

Rupa-rupanya kami mendapat maklumat yang salah....Terpancar wajah-wajah kehampaan di setiap wajah kami semua....Kami redha dengan apa yang terjadi..semua ini pasti ada hkmahnya....Kami menjadi seumpama tunggul seketika pada masa tu...Disebabkan

perancangan sebenar tidak menjadi....Ketika itu ana hanya mampu merintih pada-Nya...Lindungilah kami semua dari bencana....Berilah kami jalan yang terbaik...Perlbagai perasaan timbul...manakan tidak berada di tengah-tengah bandar kuala lu

mpur....Kami percaya Allah sentiasa ada untuk melindungi kami...Tibe-tiba muncul idea dari sahabat-sahabat untuk melawat ke muzium kesenian islam....Kami meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki semata-mata....Agak letih dengan masing-masi

ng tidak makan lagi....Mungkin tiada rezeki kami....Habis kami tanya orang-orang disitu kedai makan.....Semua mengatakan hari ni kedai makan tutup

p/s: lain kali sebelum pergi mana-mana makan dulu....hehehe

******************

Setibanya di muzium kesenian islam..kelihatan wajah-wajah yang muram tadi berubah kecerian....ada dikalangan dari kami tidak pernah sampai..ada yang pernah sama\pai beberapa tahun lalu sewaktu sekolah....alhamdulilah banyak ilmu yang kami perolehi...kami percaya inilah yang Allah telah rancangkan yang terbaik untuk kami....

Kami menunaikan solat zohor di masjid negara...rasanya sudah lama

kami semua tidak pernah sampai ke sini sejak beberapa tahun yang lalu....ini suatu pengalaman yang kami tidak akan lupakan...

***************

Timbul pula idea untuk ke planeterium negara....walau apa pun cara kami berusaha juga menapak untuk sampai ke sana...terasa macam seorang musafir yang tiada hala tuju yang tetap..alhamdulillah kami sampai juga dengan selamat walaupun pada masa tu,cuaca sangat mendung dengan angin yang sungguh kuat....Alhamdulillah Allah selamatkan kami...setbanya kami ke planeterium..hujan pun mula turun dengan lebatnya....kami masuk dengan niat untuk mencari dan menambah ilmu Allah...saat untuk pulang ke kampus....tiba-tiba terpikir,bagaimana hendak pulang dengan hujan yang sungguh lebat...alhamdulilah hujan telah berhenti,kami pun memulakan langkah untuk pulang ke kampus....pada masa ini..tidak digambarkan macam-macam perasaan bercampur-baur...gembira dapat mengukir kenangan bersama sahabat-sahabat,lapar sebab perot tak terisi sejak dari pagi lagi...umpama macam orang berpuasa dan seumpamanya....

******************

Kami meneruskan perjalanan pulang ke kampus....Alhamdulillah kami tiba dengan selamat.....walaupun perjalanan yang dilalui sungguh menguji kami semua...namun kami merasakan semua ini datang dari Allah....

perancangan untuk mencari bahan tesis bertukar kepada lawatan....

Kita hanya mampu merancang....namun sebaik-baik perancangan datang dari Allah....

Semua ini hanya kisah dari seorang hamba yang dhaif....

Yang baik datangnya dari Allah...dan yang lemah datang dari diri yang lemah ini..namun kedua-duanya semua datang dari Allah.....

ilalliqa'

^_^