Selasa, 16 November 2010

TAKDIR

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Hamdan Lillah Wasyukran Lillah Li hazini'mat

segala puji-pujian kepada-Mu Ya Allah di atas segala kenikmatan yang selama ini engkau berikan
Semoga diri ini di jauhkan dari golongan yang kufur dengan nikmat-Mu
Nauzubillah

setiap manusia di dunia pasti tidak akan lari dari masalah
hatta masalah kecil mahupun masalah besar
sejauh mana kita mampu melarikan diri untuk tidak memikirkan tentang masalah
pasti sukar untuk melupakannya
kita tidak mampu untuk menjauhi daripada masalah
namun kita perlu untuk berdepan dengan apa jua situasi pun untuk menyelesaikan
walaupun ia amat perit bagi kita

setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya
jadi kita kena kuat i'tiqad kita pada ya Rabb
bahawasanya hanya dia sahaja yang mampu untuk membantu kita
sedangkan pandangan dari sahabat/apapun cara untuk penyelesaiannya yang sudah dijumpai itu adalah wasilah dari Allah

Jangan takut untuk membuat keputusan
tetapi yakinlah saat kita meletakkan sesuatu keputusan itu
pasti ada hikmah disebaliknya yang kita tidak nampak
tidak kira dalam apa jua masalah yang timbul
Kita hanya mampu merancang tetapi perancangan Allah yang paling terbaik
sehingga kan dalam meletakkan masalah pasangan hidup

Insya Allah...jodoh semua telah Allah tetapkan
tetapi jalan untuknya itu yang kita kena berhati-hati untuk memandunya
samada jalan yang kita pilih itu
adalah jalan yang mulia atau sebaliknya
nauzubillah
renungan untuk diri ana sendiri dan untuk kita semua

salam eiduladha dari ana
maaf dipinta andai kata-kata ana di dlam blog ini ada menyentuh perasaan semua
yang baik itu datangnya dari Alllah
yang lemah itu datangnya dari diri yang lemah ini
sehingga berjumpa lagi

wsalam

0 comments: