Jumaat, 30 Disember 2011

Sedetik Rindu

Sedetik rindu menyapa lembut hatiku ,
Sejambak bunga kerinduan mekar di taman hati ,
Seharum kelopak-kelopak mawar kerinduan ini melambai syahdu ,
Sehalus itu perasaan rindu ini bermahkota megah di taman hati...

Sedetik terus berdetik tanpa hentinya ,
Sedetik kian laju sehingga tiada sedarnya ,
Sedetik rindu ini terus melakar namanya ,
Hanya dia insan yang bertakhta megah di taman fitrah dariNYa...

Begitu hebat penangan perasaan ,
Sehingga insan lain gentar untuk bertandang ,
Tidak mungkin hati ini berdusta pada Tuhan ,
Memohon restu dariNya dalam membina hubungan...

Andai suatu detik ketika nanti milik kita ,
Sedetik rindu ini tiada pernah dipersia ,
Hanya cinta yang indah sebagai gantinya ,
Buatmu yang ku nanti kehadirannya...

Bukan untuk kadar sedetik ,
Tetapi kekal untuk selamanya ,
Hingga ke syurgaNya ,
Kau dan aku disana ,
Bersama mengapai cintaNya.....

-quoted-


Selamat Tinggal

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan kekasih bagi pencipta kita...sebelum itu, ayuh sama-sama kita mengalunkan selawat ke Nabi Muhammad s.a.w...Allahumma solli wasallim 'ala Muhammad dengan sebanyak yang mungkin...semoga dengan selawat yang kita ungkapkan sebelum-sebelum ini menjadi syafaat bagi kita di akhirat kelak...


************

Rasanya terlalu lama tidak mengungkapkan kata-kata di sini...nak di katakan sibuk..mungkin tidak...tetapi kehadiran mood itu Allah yang menghadirkan dalam hati ana...insya Allah...pada malam ini berlabuhnya tirai 2011 dan bermulanya juga lembaran baru bagi tahun 2012 masihi...subhannallah...cuba kita lihat...tahun yang diciptakan oleh yahudi iaitu Masihi tidak dapat menandingi tahun Hijrah iaitu tahun islam...Islam pasti maju kehadapan dahulu...kadang-kala kita terleka dengan keasyikan dunia, sehingga kita melupakan pencipta kita...Allah...bila nama manusia....sudah pasti, kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan...kerana asal perkataan manusia ialah nisyan...iaitu lupa...oleh itu, kita dapat lihat...ayat-ayat al-quran  yang di turunkan sejak dahulu lagi banyak berkaitan nasihat-menasihati dan tegur-menegur, kerana nasihat-menasihati itu sangat-sangat perlu dalam kehidupan seharian....



**********



Allahu Akbar...cepat sungguh masa berlalu..terasa baru sahaja memasuki tahun 2011...sedar-sedar sudah tiba ke penghujung tahun 2011....terlalu banyak perkara yang berlaku di sepanjang tahun ini....terasa hendak di ungkapan satu persatu...tetapi cukuplah ia di simpan di dalam hati....gembira, sedih semuanya di lalui...dan apakah yang akan kita lalui pada 2012 nanti..??..
dan yang paling penting...
adakah hayat kita masih ada lagi untuk tahun hadapan..??..
sudah pasti Allah telah merencanakan sesuatu yang terbaik untuk hambaNya...apa pun yang kita lalui, pasti ada hikmah di sebaliknya..cuma kita sahaja yang perlu memikirkan dan menghayati hikmahnya...ayuh sama-sama kita menambah amalan dan pahala untuk dibawa ke dunia kekal nanti iaitu "yaumul akhirah"...




***********



setiap orang mengalami kehidupan dan ujian yang berbeza....ada yang gembira...ada yang bersedih...namun bagi ana, biarlah kesediahan yang di hadapi di pengakhiran hari-hari ini menjadi pengubat kebangkitan untuk tahun baru....tekanan yang di hadapi satu persatu itu mungkin tarbiyah dari Allah untuk ana menghadapi sendiri kehidupan yang sebenar pada masa akan datang....hanya kepadaMu aku meminta pertolongan ya Allah...Engkaulah sebaik-baik pendengar...dan Engkau mengetahui apa yang terbaik untukku....


***********

'ala kulli hal...sebagai pengakhiran kata...ana memohon maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki di atas kesilapan ana selama ini...banyak kekurangan ana yang perlu ana perbaiki lagi...dan ana mengambil masa untuk memperbaikinya...semoga kehadiran tahun baru masihi memberi satu perubahan baru dalam diri dan untuk keluarga ana...


************




ilalliqa' maassalamah



Khamis, 8 Disember 2011

Konvokesyen

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt....

rasanya belum terlambat untuk mengucapkan tahniah buat sahabat-sahabatku semua atas kejayaan antum dapat menyempurnakan pengajian di peringkat diploma....
MABRUK!!!!!!!
tiga tahun kita bersama melalui susah dan senang bersama..
alhamdulillah ukhuwahfillah yang Allah berikan untuk kita semua terjalin begitu indah dalam redhaNya...
alhamdulillah syukur kepada Ilahi...kerana mengurniakan kami seorang mentor yang perihatin terhadap menteenya...
syukran kepada ustaz abdul mukti kerana banyak membantu kami dalam berkongsi ilmu dan pengalaman...
tidak lupa juga buat semua pensyarah-pensyarah kami yang turut sama berkongsi ilmu dan pengalaman...
sejuta kemaafan kami mohon dari semua pensyarah yang telah mengajar kami dan redhailah ilmu yang telah diberikan kepada kami semua....
26 November 2011 adalah hari yang bermakna buat kami semua...
alhamdulillah dapat bertemu semula setelah sekian lama tidak berjumpa...
saat itu ana baru sahaja tiba di Malaysia...
24 November jam 9.30 malam ana sampai di KLIA dan menunggu urusan bagasi dan sebagainya...
25 November pagi bekejar ke KUIS untuk urusan raptai konvo dan mengambil jubah dari sahabat rapat..
walaupun kepenatan dalam diri ini tidak hilang lagi dan keadaan kesihatan tidak mengizinkan..namun saat dapat bertemu dengan sahabat semua...semuanya terasa terus hilang...
terlalu gembira dapat bertemu dengan rakan-rakan...
syukran buat sahabat ana nur ain binti sulaiman kerana banyak menolong menguruskan segala urusan konvo sepanjang ketiadaan ana di Malaysia...
(ain..kalu hang baca..jangan terharu pulak...hihi..)
dan tiba hari kemuncaknya pada 26 November 2011
semua graduan menaiki pentas sebagai kenangan...

"..Ya Allah..Kau peliharalah ilmu yang telah kami pelajari di dalam ingatan kami semua dan berikan kami kekuatan untuk terus mengamalkan ilmu yang telah dipelajari..."
"..Ya Allah...aku bersyukur dengan nikmat kejayaan yang Engkau berikan buatku..berilah aku peluang lagi untuk aku memberikan kejayaan yang cemerlang buat kedua ibu bapaku untuk peringkat degree di USIM nanti.."
Amin Ya Rabb...





(sewaktu raptai)


(syukran kepada yang memberi..mak usu, anis nadira (sepupu), kak nora, kak wawa, kak nor, dan juga teman...=)....)





(bersama mentor kami)



(bagaimanakah keputusan dalam transkrip tu..alhamdulillah..=)..)



(bersama umi dan ayah)

Selasa, 6 Disember 2011

Kenangan Semasa Penggembaraan

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum WBT...

Salam di ucapan sebagai pembuka bicara...Hamdanlillah wasyukralillah dengan izinNya dapat menulis sedikit perkongsian di ruangan ini....

terima diucapakan buat rakan taulan dan juga sanak saudara yang sudi menyambut kami sekeluarga dari KLIA sehingga di rumah...walaupun penat ketika itu tetapi tatakala berjumpa dengan semua orang, kepenatan hilang sedikit....sungguhpun agak susah untuk membiasakan diri dengan timing baru ketika baru sampai di Malaysia...kerana jarak masa antara Malaysia dan Mekah 5 jam...rata-rata menanyakan soalan apakah pengalaman yang paling tidak boleh dilupakan??????

jawapannya::::::

sebenarnya terlalu banyak kenangan di sana yang tidak terkata..46 hari berada di Madinah dan juga di Mekkah...saat menggambarkan kaábah di baitullah...air mata pasti mula bergenang....terlalu rindu untuk ke sana semula...saat melakukan tawaf wida'(tawaf selamat tinggal)...air mata sentiasa mengalir dari pusingan pertama sehingga pusingan ke tujuh...apatah lagi ketika itu kami mengejar masa untuk pulang segera ke hotel kerana perjalanan ke hotel sejauh 1KM mengambil masa lama dan seterusnya kami akan bertolak keluar dari Mekah beberapa jam sahaja lagi....oleh kerana terpaksa bergegas pulang ke hotel, maka kami sekeluarga hanya berdoa di hadapan Multazam (tempat mustajab berdoa)....air mata mengalir semakin deras bila mana melihat ka'bah..."...Ya Allah..aku rindu untuk datang semula ke rumahMu..."... setiap saat ana paling wajah melihat Masjidilharam kerana terlalu sedih untuk meninggalkannya....

Setiap jemaah haji mengalami ujian masing-masing...tidak kurang juga, ana sendiri turut mengalami ujian di sana....oleh itu, solat sunat taubat sentiasa dilakukan setiap kali selepas solat fardhu walaupun kita rasa tidak melakukan kesilapan...di tanah haram..bil-bila masa sahaja kita boleh melakukan solat-solat sunat tetapi mengikut khusus solatnya seperti solat dhuha dilakukan pada waktu dhuha....tetapi terasa ruginya tidak dapat solat zohor dan asar di masjidilharam kerana jarak hotel yang jauh dan keadaan cuaca yang panas menyebabkan keadaan kesihatan tidak mengizinkan...pahalanya sama..cuma bezanya afdhal solat dimasjid kerana di situ Allah turunkan rahmat buat hambaNya...

Yang pastinya, tanya sahaja jemaah haji...apakah pengalaman pahit yang dihadapi di hari kemuncak haji (nak kata pahit tidak juga, tetapi sememangnya tidak boleh dilupakan)..?????

Jawapanya:::

beratur panjang untuk menunggu mendapat giliran di tandas....bagi ana tandas di arafah tidak mengambil masa yang lama untuk menunggu...(lebih kurang 30 minit dah dapat turn kalau orang ramai)...TETAPI.....tandas di Mina...2 jam sebelum masuk waktu solat semua orang sudah beratur panjang menunggu...kebanyakkan jemaah hanya mengambil wudu' menggunakan spray air.. cuma urusan hal yang besar terpaksa juga menunggu lama.....pengalaman yang tidak boleh ana lupakan menunggu hampir 2 jam diluar tandas untuk mendapat giliran semasa di Mina...4 hari berada di Mina sungguh menguji kesabaran..kebanyakkannya golongan muda lebih banyak mengalah dan memberi keutamaan kepada warga tua dan golongan warga emas...pelbagai ragam yang dapat di lihat sepanjang menunggu tu...sambil-sambil menunggu dapat juga bersembang dan berkenalan dengan jemaah haji yang datang dari pelbagai golongan dan tempat....setiap saat orang penuh di tandas walaupun pukul 1 2 pagi....apakah sebab terjadinya suasana seperti ini...khemah jemaah haji berada di keliling tandas...bercampur-campur maktab...tandasnya boleh dikira kurang dari 20..jemaah haji yang berada di sekeliling lebih kurang beribu jemaah...ketika itu kesabaran yang tinggi sangat-sangat dipinta dari Nya....alhamdulillah...dengan apa yang Allah beri walaupun berada di dalam keadaan senang atau susah,..

*di sini ana memohon kemaafan sekiranya post kali ini agak tidak sesuai...
yang baik datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari diri ana yang lemah ini....
waallahuálam....


(gambaran suasana tandas di Mina..tetapi ini sebelum hari kemuncak haji)



(gambar suasana ini adalah tandas di arfah dan muzdalifah...mengikut maklumat yang diterima...air di tandas hanya ada pada kemuncak haji sekali setahun sahaja...)


Selasa, 29 November 2011

Nice Memory

Bismilllahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t....salam permbuka bicara dengan kalimah yang paling mulia...

Alhamdulillah biiznillahitaála...Allah memberi keizinan dalam hidup ana untuk menarik nafas di bumi Allah ini....setelah sekian lama tidak mencoretkan perkongsian di sini....

Terasa terlalu banyak yang ingin diluahkan...setalah hampir dua bulan jari-jemari ini tidak menari-nari di atas keyboard laptop...ada perkara yang ingin diutamakan terlebih dahalu...dan...alhamdulillah...perkara tersebut telah dapat diselesaikan dengan izin Allah....

9 October 2011 adalah satu tarikh yang begitu bermakna dalam hidup ana....walaupun berat hati untuk meninggalkan bumi Malaysia...namun panggilan untuk menjadi tetamu Allah itu lebih bermakna....saat panggilan jam 9.30 malam dipanggil untuk melapor diri...kesedihan lebih terasa...sedih untuk berpisah dengan sanak saudara...tidak di nafikan debaran di hati ini juga semakin ketara...perjalanan ke KLIA bersama-sama 13 buah bas di excort oleh polis...terasa seperti VIP pula..(hehe)..ini kerana pihak TH ingin mengejar masa untuk masa penerbangan...alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan...rombongan 13 buah bas terus di excord sehingga ke landasan kapal terbang...dan mengambil masa sebentar untuk urusan pastport..seterusnya semua jemaah terus mengambil tempat di dalam pesawat...seramai 450 jemaah haji berlepas dari lapangan terbang KLIA menuju ke lapangan terbang Madinah dengan mengambil masa 8 jam 30 minit...(syukran buat seorang teman yang sudi meneman sehingga pesawat terbang walaupun masa menunjukkan hampir pukul 1.30 pagi....^_^)

~..MADINAH AL-MUNAWWARAH..~
Sudah tentu bila menyebut madinah, pasti setiap muslim akan mengingati tempat bersemadinya maqam kekasih Allah s.w.t iaitu maqam Rasulullah s.a.w...walaupun ketika itu cuaca di madinah melibihi 40 darjah calcius...dengan keadaan kesihatan yang sedikit terjejas..8 hari berada di sana...terasa terlalu pantas masa berlalu...alhamdulillah...ana berpeluang menziari maqam Rasulullah s.a.w dan beberapa kali berkesempatan untuk solat di Raudhah...Subhanallah..tidak terungkap dengan kata-kata...apabila kali pertama menjejak kaki ke masjidil Nabawi...perasaan rindu untuk menziarahi maqam Rasulullah semakin membuak-buak...ketika itu kesabaran yang tinggi perlu ada di dalam diri setiap muslim...kerana perlu bersesak-sesak dengan negara lain...alhamdulillah..kali pertama datang, ana dapat solat berhadapan betul dengan maqam Rasulullah...namun..pada hari seterusnya...hanya dapat solat beberapa kali..dan selebihnya hanya mampu berdoa kerana orang terlalu padat...mungkin kerana sudah tiba masa kemuncak orang dari pelbagai negara turun untuk mengerjakan haji...alhamdulillah..syukur pada Ilahi...kerana memberi keizinan untuk menginap di hotel yang jaraknya 50 meter dari masjid...sungguhpun pelbagai tragedi yang terjadi di hotel tersebut...antaranya..terdapat 3 4 orang jemaah haji jatuh dari escalator..seorang jemaah haji meninggal dunia kerana jatuh dari tingkap bangunan...semoga Allah merahmatinya dan dapat bangkit bersama dengan Rasulullah s.a.w. di akhirat kelak...

~..MEKKAH AL-MUKARRAMAH..~

Perjalanan kemudiannya diteruskan ke tanah haram untuk tujuan yang satu (mengerjakan haji)...pengembaraan berhenti sebentar di Bir Ali untuk berniat ihram umrah...dan meneruskan perjalanan lebih kurang 8 jam...alhamdulillah..jemaah KT 34 selamat tiba di hotel Mekah (Maktab 93) jam 3 pagi...seusai bersiap-siap untuk ke masjid..satu khabar berita diterima dari nenek yang ketika itu duduk menunggu di lobi...di mana ada seorang jemaah haji meninggal dunia di bilik hotel..dia juga masih lagi berada di dalam ihram haji...subhanallah...Allah menjemputnya di tanahNya...semoga Allah merahmatinya...seusai solat subuh..kami sekeluarga berazam untuk menyiapkan umrah wajib (haji tamattu')  bagi mengelakkan berada di dalam ihram terlalu lama...pelbagai pengalaman yang tidak terungkap ketika berada di tanah yang mulia...walaupun pihak tabung haji tidak menggalakkan jemaah haji untuk ke masjid pada waktu zohor kerana cuaca yang terlalu panas...oleh sebab lain..maktab kami adalah maktab yang paling jauh dari masjid...sejauh 1  KM dari masjid...namun kami semua redha dan terima dengan apa yang Allah beri...

tiba pada hari kemuncak haji iaitu pada 9, 10, 11, 12 dan 13 zulhijjah...

Tidak terungkap dengan kata-kata...perlbagai kenangan di lalui....ujian pertama yang kami hadapi...apabila bas yang di naiki dari hotel menuju ke arafah mengambil masa selama 3 jam untuk tiba di khemah arafah...sedangkan masa sebenar untuk tiba lebih kurang 30 minit ke 1 jam...selesai seharian di arafah..perjalanan di teruskan pula ke muzdalifah (untuk bermabit)...ujian kedua di hadapi pula...duduk hampir 8 jam...alhamdulillah suasana angin malam yang sejuk hanya beratapkan langgit...sambil melihat jemaah dari negara lain berjalan kaki menuju ke jamarat dengan laungan talbiah untuk melontar jamaratul kubra bagi melepaskan 10 larangan ihram haji...sayu kedengan jemaah dari negara indonesia yang sudah selesai melontar mengalunkan takbir raya...ingatan tiba-tiba menjengah ke malaysia yang ketika itu baru sahaja selesai menunaikan solat eiduladha...kedengaran kesedihan dari jemaah haji yang membuat ke malaysia dengan ucapan hari raya....perjalanan kemudian diteruskan ke mina...kenangan yang paling tidak boleh di lupai..tanya sahaja jemaah haji..apakah kenangan yang paling tidak boleh dilupai...jawapannya pasti beratur hampir 2 jam di tandas sebelum masuk waktu solat....pelbagai karenah yang dapat dilihat ketika itu....kesabaran yang terlalu tinggi perlu hadir dalam diri setiap orang...4 hari berada di mina pasti tidak dapat dilupakan bagi menyelesaikan wajib haji iaitu melontar bagi ketiga-tiga jamarah...selesai kesemua urusan..jemaah haji pulang ke hotel bagi menyelesaikan baki rukun haji iaitu tawaf dan saie haji....pejam celik...pejam celik...tiba masa 23 November untuk berangkat ke Jeddah dan seterusnya menaiki pesawat ke Malaysia semula...walaupun keadaan kesihatan ketika itu tidak mengizinkan kerana perubahan cuaca dari musim panas ke musim sejuk...alhamdulillah pada 24 November 2011 jam 9.30 malam kami sekeluarga tiba dengan selamat....




"...Ya Allah..murahkan rezeki ku dan keluarga ku untuk datang semula ke rumahMu...izinkan kami sekeluarga dan sahabat-sahabat semua untuk menjadi tetamuMu Ya Allah..."
Amin Ya Rabb....







(menuju ke tempat melontar)

(terowong muassim)


(pagi 13 zulhijjah sebelum pulang ke hotel)

(seusai solat di masjidilharam)


(di masjid quba'')

(kami sekeluarga)
(di arafah)
(bermabit di muzdalifah)




Jumaat, 7 Oktober 2011

Mengatur Langkah Demi Langkah

Bismillahirrahmanirrahim....

Ujian demi ujian dilalui dengan sabar dan redha...Alhamdulillah di atas nikmat yang Allah berikan..terasa manisnya nikmat yang diperolehi selepas melalui ujian demi ujian..

."...aku tahu Ya Allah..ini cuma persedian ujian yang Engkau berikan sebelum berangkat..."..."..oleh itu, aku menadah tangan memohon keampunan di atas segala dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibubapaku dan juga dosa-dosa seluruh muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau yang sudah pergi menghadapMu..."...

"....Ya Allah...aku mengucap syukur di atas rezeki yang Engkau berikan dan aku mengucap syukur kerana Engkau telah memilih ku dan keluargaku untuk menjadi tetamu ke rumahMu menunaikan ibadah dan juga menunaikan rukun Islam yang kelima...Ya Allah...dengan kuasa Mu...aku memohon agar Engkau permudahkan segala urusanku dan juga ahli kelurgaku dan Engkau kurniakan rezeki kesihatan untuk kami semua dalam menyelesaikan rukun Islam yang kelima dan ibadah-ibadah yang dilakukan di sana nanti...."....

 Amin Ya Rabbalálamin....


(p/s:: dengan ini saya Noor Ashikin Mohd Suhaimi...ingin memohon kemaafan sekiranya sepanjang perkenalan dengan antum semua ada mengguris hati mana-mana pihak atau ada membuat kesalahan sebelum ini...

doakan segala urusan saya dan keluarga dipermudahkan di sana dan diberi kesihatan yang baik....Insya ALLAH...)





Selasa, 4 Oktober 2011

Kehilangan Yang Terasa

Bismillahirrahmanirrahim sebagai pembuka bicara.....

Baru dikesat air mata, bertambah mengalir lagi air mata bila mendengar khabar berita dari jiran....Allahu Rabbi...aku tahu Engkau berada dekat denganku...berikan aku kesabaran untuk menempuhnya...semasa entry ini ditaip...ana sendiri tidak sedar air mata pun turut mengalir lagi...sebak yang telah terkumpul tidak dapat dibendung lagi dan terus mengalir dengan deras.....



satu demi satu perkara yang terpaksa ditempuh...semalam dua kejadian berlaku sekelip mata...dua khabar berita diterima...khabar pertama diterima dari sahabat seperjuangan berkenaan dengan tarikh konvokesyen Kuis....yang telah diawalkan seminggu...sebak mula hadir dalam hati....walaupun cuba untuk ketawa dan senyum...tetapi semuanya itu seolah-olah untuk pengubat hati yang tidak mujarab untuk mengubati kesedihan....namun doa dipohon ke hadrat Ilahi sentiasa semoga ana dan sekeluarga sempat untuk pulang ke Malaysia sebelum hari konvokesyen..."...Ya Allah berikan aku kesempatan untuk aku hadir dan memberikan kejayaan dalam hidup ku untuk ibu bapaku semasa hari konkovokesyenku...."...Amin Ya Rabb....(syukran ustaz sentiasa memberi semangat walaupun dalam keadaan tak sihat...dan buat kawan2 rapat..syukran 'ala kulli hal..semoga Allah merahmati kalian semua..)

keputusan dari Tabung Haji mesih ditunggu-tunggukan...setiap kali ingat tabung haji...hati mula berdebar-debar menunggu tarikh yang terbaru selepas delay kemarin..."....Ya Allah tetapkan lah hati ku ini dengan niat yang satu...untuk menunaikan rukun Islam yang kelima dan beribadah di rumah Mu Ya Allah...dan juga izinkan aku dan keluargaku untuk menziarahi maqam kekasih Mu...Ya Rasulallah...aku tidak sabar untuk menziarahi maqamMu yang selama ini diimpikan2kan..."...Amin Ya Rabb...


Pagi meninggalkan malam berlalu begitu sahaja...walhal ada perkaa yang terjadi pada tengah malam itu....berita dari jiranku sungguh mengejutkan...mendengar kata-katanya..."shikin.....belang dah mati malam tadi.."...Allah sebaknya dirasakan terkumpul tidak mampu untuk ditahan lagi...mengalir juga air mata ini...kucing kesayangan telah pergi menghadap Ilahi....mendengar cerita dari jiran...semua ahli keluarganya turut sedih dan menangis tatkala belang sedang nazak selepas dilanggar...aku tahu along tidak sengaja melanggarnya...

kronologi yang berlaku pada malam semalam.."....Along pegi kat
 kete sebab along nak keluar..tapi belang ikut along...along patah balik bawak belang masuk rumah...tanpa along sedar...bila kete mula bergerak..along dengar bunyi dan rasakan seperti terlanggar sesuatu...rupanya along terlanggar belang...belang yang ketika itu cuba melarikan diri di bawah kereta diseberang jalan pula dengan keadaan sakit...along terus meluru mengambil belang dan membawa ke rumah..masa tu keadaan belang sedang nazak..semua yang melihat xmampu nak tahan kesedihan...dan akhirnya belang pergi menghadap Ilahi...along mengangkatnya untuk ditanam dihadapan rumah....".....(tidak dapat ku menampung air mata ini lagi)

BELANG...walaupun kau telah pergi...tuanmu semua mengharapkan engkau lah syafaat kami di akhirat...membantu kami dipermudahkan urusan semasa di akhirat nanti...(masih terngiang2 dalam fikiran kali terakhir bermain dengan dia dalam stor di bawah tangga rumah)...


(belang yang nakal sentiasa mengusik adik beradiknya yang lain)

(belang ketika berusia tidak sampai sebulan)

(kuat tidoq lepas penat main)

(kuat mengacau kalau tuanya sibuk mengemas rumah)


Setia dan Sedia Dalam Ikatan


"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)
Membina ikatan persis membina sebuah mahligai terindah, tapaknya perlu kukuh atas landasan kecintaan, dilengkapi batu bata kepercayaan dan diperteguh tiang kasih sayang. Tampak cantik dihias rona bebunga di taman, saat mentari pagi menyimbah cerlang sinarnya. Si Tiung singgah mengalun, berkicauan lagu cinta, saksi romantisnya jiwa. Namun, membinanya bukanlah semudah menyaksikannya, nampak kirana di mata tetapi memerlukan kudrat dan keringat dalam memacunya.
"Lelaki yang baik diciptakan untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik."
Dalam memateri sebuah ikatan, elemen setia dan sedia menjadi perlambangan sejauh mana kekuatan sebuah ikatan. Berseminya ikatan tanpa kesetiaan, ibarat menunggu rumah ditelan rebah. Bertautnya ikatan tanpa kesediaan, ibarat menanti mahligai musnah berkecai.
Saat memilih untuk membina ikatan, eloklah diteliti apakah kita telah melengkapi keduanya.Bersetia menjalin cinta dan menongkah badai kehidupan bersama. Tidak pernah goyah diduga godaan, tidak pernah rebah diuji cabaran apatah lagi gundah disuntik rintangan. Hidup bersama rencahnya berjuta. Tika itulah kesetiaan benar-benar memainkan peranan.
Apabila lengkap elemen kesetiaan, lihatlah pula kepada elemen kesediaan. Usah sekadar terpesona dengan lafaz dan janji di bibir manis, namun intailah kesediaan menerima yang tak pernah gerimis. Ilmu agama disisip kemas di dada, agar hasutan syaitan dan iblis bisa ditepis. Sedia membimbing dan dibimbing. Nafsu amarah bukan wasilah melampiaskan kemarahan bukan pada tempatnya. Toleransi sebagai benteng utuhnya rukun sebuah ikatan.
''Sebaik-baik perhiasan di dunia ini ialah wanita solehah''
Ketahuilah wanita solehah, bahawa dirimu amat bernilai. Selautan emas waima segunung permata bukan tandinganmu kerana dirimu jauh lebih tinggi nilainya di kaca mata Islam. Usah mudah memberi cinta, kelak binasa jiwa. Sebaliknya, ujilah si dia agar simpulan kasih tidak mudah terungkai, ikatan sayang tidak mudah bercerai.
Jika ingin memilih membina ikatan, maka bersiagalah kerana era penuh air mata dan duka akan menantimu. Kuatkanlah keteguhan nalurimu agar segala yang ditempuhi mendapat inayah-Nya. Ingatlah bahawa mencari bahagia itu tidak ubah seperti menanam si mawar berduri. Sebaik ditanam tidak terus berputik bunga kirana, tetapi tumbuh dahulu duri yang berbisa.
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: "Manusia yang utama adalah orang mukmin yang alim. Jika diperlukan dia diberikan manfaat, jika tidak diperlukan, dia pun kaya dengan dirinya sendiri."
Bagi arjuna, keperkasaan bukanlah bukti kelelakian sebenarmu. Layar bahtera akan dapat terus menyusur pantai impian, walau badai merempuh apabila mahligai ikatan dinakhodakan oleh lelaki yang beriman. Bisa melindungi dan membajai kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
Menjadi pemimpin terulung kebanggaan pasangan, menyalur bimbingan dan pendidikan kepada ahli keluarga dan tidak merelakan diri menjadi dayus sehingga di akhirat kelak mendapat celaka. Bijaksana dalam merencana keputusan agar tidak menyinggung hati dan perasaan. Rasulullah menjadi tauladan dalam menjadi suami idaman. Suami ibarat mentari, memberi cahaya dan kehangatan. Isteri bagai bulan, cantik dan indah dipandang.
(Cincin adalah sebagai wasilah)




~....p/s: semoga dipermudahkan laluannya dalam meraih cinta  yang Allah redhai...
~....Rabbi Yassir walatuássir...~
Amin Ya Rabbalálamin
~...Alhamdulillah...syukran kepada pihak yang memberinya...~
''Selembar benang berkait, akhirnya berpakai jua, setapak kaki berdikit, akhirnya berdiri juga''
Kepada sesiapa yang merasa diri masih bergelut dalam kekurangan dan belum memenuhi elemen-elemen ini, jadi bermulalah sekarang. Andai diri tidak setia, belajarlah memahami hakikat kesetiaan, signifikannya dalam ikatan.
Andai diri tidak sedia, namun mengharap bunga di taman larangan, penuhilah pengetahuan agama di dadamu. Kalungkanlah di jiwamu rasa tanggungjawab walaupun rasa jahil membelenggumu. Muhasabahlah diri agar terbinanya hubungan berkekalan hingga penghujungnya...

Isnin, 26 September 2011

GEMBIRA + SEDIH

Bismillahirrahmanirrahim...


butir-butir bicara di susun dan datangnya dari Allah.....
alhamdulillah...diberi keizinan untuk melangkah mendengar makanan rohani dan pembasah hati yang sentiasa kering ini.... sejuk mata memandang bila mana ribuan orang hadir mendengar tazkirah di masjid semalam...apa yang paling terkesan bila mana ustaz mengatakan... apa yang kita tuturkan itu semuannya datang dari Allah... bak kata ustaz.." kita lihat..orang bisu..ada lidah x..ada gigi x, tapi boleh cakap x?...kita bandingkan kita yang boleh berkata ni... ada lidah x, ada gigi x?..sama sahaja..lihat di situ..suara itu Allah yang izinkan....jadi sama-sama kita jaga pertuturan...(pesanan ustaz azhar idrus dalam kuliah magribnya semalam)....


debaran kian terasa...hari berganti hari...masih berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk berangkat...alhamdulillah cuti pula jatuh pada hari pelajar-pelajar sedang PSRA...jadinya dapat cuti dan terus menamatkan kerja...berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk menyiapkan segala persiapan...dengan keadaan kesihatan yang tidak berapa menentu...Ya Allah...berikan kami kekuatan untuk melakukan ibadah di rumah Mu...Amin Ya Rabb....


teman-teman....doakn ana sekeluarga diberi rezeki kesihatan untuk beribadah di sana nanti...

Khamis, 22 September 2011

MENANTI DETIK-DETIK

Bissmillahirrahmanirrahim......
Ya Allah izinkan aku untuk merungkaikan kata-kata di sini....maka Kau lindungilah aku dari berkata yang tidak berfaedah untuk diriku dan juga orang lain.... semakin dekat semakin di uji...Ya Allah..kadang-kala aku tidak mampu untuk menanggungnya....aku perlukan Engkau menenangkanku disisiku...Ya Allah..aku cuba untuk menyembunyikan perasaan yang terbendung di dalam hati ini..namun aku tewas ya Allah....bilamana air mata mula menitis dan mengalir... Ya Allah...aku tahu ada hikmah disebaliknya...ujian di sini hanya kecil sahaja...Engkau menginginkan aku untuk belajar menerima ujian dengan setabahnya di sini...sebelum memulakan mengatur langkah di rumah Mu nanti Ya Allah.... Ya Allah berikan aku rezeki kesihatan di sini dan juga semasa melakukan ibadah di rumahMu nanti Ya Allah.... dan Kau berikan rezeki kesihatan buat kedua ib u bapaku jua.... Amin Ya Rabb...


Isnin, 5 September 2011

SELAMAT HARI RAYA

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah setelah kita berjaya menghabiskan sebulan berpuasa di dalam bulan ramadhan..pastinya ramai yang tidak sabar untuk bertemu dengan syawal pula...syukur ke hadrat Ilahi dengan segala nikmat yang Allah berikan....semoga Allah memeberi peluang kepada kita untuk bertemu dengan ramadhan akan datang...




peluang beraya di kampung digunakan sebaiknya untuk bertemu dengan sanak saudara dan bermaaf-maafan...kegembiraan jelas terpancar diwajah setiap orang yang dapat bertemu dengan snak saudara...


sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah...sekali kita menjalinkan ukhuwah seberapa banyak pahala Allah berikan...jauhi permusuhan...rapatkan ukhuwah dengan bermaafan....dengan ini saya memohon maaf sekiranya ada melakukan salah dan silap terhadap antum semua...


kullu 'am wa antum bikhair..

^_^

Ahad, 28 Ogos 2011

TEMAN


Ku Terima Dia..
Seadanya dia,
Seikhlas kasih dari hatiku,
Semurni sebuah ikatan,
Yang tak bisa terungkai walau ombak datang melanda....

Ku Terima Dia..
Teman dikala suka dan duka,
Keluargaku disaat bahagia dan derita,
Pembimbingku dikala aku alpa dan leka,
Temanku dunia akhirat,
Kerna dia begitu bermakna......

Ku Terima Dia..
Kerna kasihku tiada tara,
Menyayangi erti sebuah ikatan mulia,
Terpatri jauh dilubuk hatiku yang dalam,
Syahdu pabila mengenangkan kasihmu yang tidak putus....

Ku Terima Dia..
Kerba Dialah temanku,
Kan kusirami ukhwah ini dengan penuh keikhlasan,
Kan ku bahagiakanmu teman,
Kan ku setia disisimu suka dan duka.
Ikhlas dari hati insan bernama teman...




PERMERGIAN MU RAMADHAN KAMI TANGISI
MAKA KAU BERILAH KAMI PELUANG UNTUK BERTEMU SEMULA DENGAN RAMADHAN YANG AKAN DATANG....
SELAM EIDULFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.....MOHON MAAF ATAS SALAH SILAP....
^_^

Khamis, 11 Ogos 2011

TERAWIH

Bismillahirrahmanirrahim.....
Alhamdulillah setelah sekian lama menunggu saat ini...akhirnya Allah mengizinkan ana untuk melangkah ke masjid untuk menunaikan solat terawih...perasaan tidak terungkap...bila mana setelah seminggu Allah tidak mengizinkan ana untuk menunaikan...
dalam langkah menuju ke masjid...terlintas dipikiran....satu persatu kenangan sewaktu di kuis dulu bersama sahabat-sahabat seperjuangan...
kalau dahulu..selalunya bila tiba waktu ramadhan...semua pelajar kuis sedang "mabuk exam"...start sahaja puasa...start lah juga exam,...walaupun ada paper esok harinya...langkah untuk ke masjid tetap diteruskan kerana yakin...Allah ada bersama kita dan di maha pemurah..


kadang-kala...ana dan sahabat yang lain..berpakat utuk iftar di masjid...lebih-lebih lagi pada tahun akhir pengajian....sunguh terasa kenangan bersama-sama...ada sahaja cerita yang dibual kan dalam perjalanan dari masjid menuju ke hostel...balik dari masjid barulah masing-masing mentelaah kitab dengan pelbagai gaya masing...kalau ada perkara yang dimusykilkan...kami berkumpul untu study bersama....rinduye suasa belaja dulu....adakah suasana seperti itu akan dirasai lagi selepas ini...


selamat berjuang buat sahabat-sahabat seprjuangan semua...ku mendoakan agak Allah mempermudahkan segala urusan kalian walau dari bidang apa pun yang diceburi...

Selasa, 9 Ogos 2011

KENANGAN LALU

Bismillahirrahmanirrahim....


asbahna wa asbahalmulkulillahhi walhamdulillahi la syarikalah la ilahaillahiwalilaihinnusyur...


doa dimulakan sebagai pembuka bicara....


alhamdulillah sewaktu sahur..ana sempat menikmati sebuah cerita kegemaran...iaitu..laukana bainana....namun sekarang..cerita itu tidak lagi muncul...yang ada hanyalah ulangannya sahaja...banya manfaat dari cerita tersebut..sehinggakan..ana menyarankan anak-anak murid ana untuk menonton cerita tersebut dari menonton cerita yang tidak berfaedah...


macam lari tajuk pulak...


sebenarnya nak ceritakan sedikit kenangan ketika di sekolah dulu..al-kisahnya tertibul perasaan untuk menceritakan hal ini..bila mana....menonton tazkirah pagi di MHI...mendengar tazkirah berkaitan puasa...dato hasan din mengatakan...diantara doa yang mustajab ketika sebelum berbuka....saat itu..ana teringat suasana itu dirasai ketika berpuasa sunat di asrama samtaj dulu...jam 6.30 petang ana dan rakan-rakan sudah mula bersiap-siap ke dewan makan untuk mengambil makanan...untuk tiba sampai masa berbuka itu...dalam linkungan 15 minit sebelum azan magrib...muncul seorang rijal (salah seorang pelajar lelaki) yang akan mengetuai bacaan doa bersama pelajar lelaki dan perempuan semua....rindunya suasana seperti itu...tetapi....makin lama semakin pudar suasana itu....


untuk adik-adik yang masih sekolah terutamanya yang bersekolah asrama..hargailah kenangan sewaktu di sekolah anda...kelak...saat itu tidak mungkin akan dirasai lagi...