Selasa, 4 Oktober 2011

Kehilangan Yang Terasa

Bismillahirrahmanirrahim sebagai pembuka bicara.....

Baru dikesat air mata, bertambah mengalir lagi air mata bila mendengar khabar berita dari jiran....Allahu Rabbi...aku tahu Engkau berada dekat denganku...berikan aku kesabaran untuk menempuhnya...semasa entry ini ditaip...ana sendiri tidak sedar air mata pun turut mengalir lagi...sebak yang telah terkumpul tidak dapat dibendung lagi dan terus mengalir dengan deras.....



satu demi satu perkara yang terpaksa ditempuh...semalam dua kejadian berlaku sekelip mata...dua khabar berita diterima...khabar pertama diterima dari sahabat seperjuangan berkenaan dengan tarikh konvokesyen Kuis....yang telah diawalkan seminggu...sebak mula hadir dalam hati....walaupun cuba untuk ketawa dan senyum...tetapi semuanya itu seolah-olah untuk pengubat hati yang tidak mujarab untuk mengubati kesedihan....namun doa dipohon ke hadrat Ilahi sentiasa semoga ana dan sekeluarga sempat untuk pulang ke Malaysia sebelum hari konvokesyen..."...Ya Allah berikan aku kesempatan untuk aku hadir dan memberikan kejayaan dalam hidup ku untuk ibu bapaku semasa hari konkovokesyenku...."...Amin Ya Rabb....(syukran ustaz sentiasa memberi semangat walaupun dalam keadaan tak sihat...dan buat kawan2 rapat..syukran 'ala kulli hal..semoga Allah merahmati kalian semua..)

keputusan dari Tabung Haji mesih ditunggu-tunggukan...setiap kali ingat tabung haji...hati mula berdebar-debar menunggu tarikh yang terbaru selepas delay kemarin..."....Ya Allah tetapkan lah hati ku ini dengan niat yang satu...untuk menunaikan rukun Islam yang kelima dan beribadah di rumah Mu Ya Allah...dan juga izinkan aku dan keluargaku untuk menziarahi maqam kekasih Mu...Ya Rasulallah...aku tidak sabar untuk menziarahi maqamMu yang selama ini diimpikan2kan..."...Amin Ya Rabb...


Pagi meninggalkan malam berlalu begitu sahaja...walhal ada perkaa yang terjadi pada tengah malam itu....berita dari jiranku sungguh mengejutkan...mendengar kata-katanya..."shikin.....belang dah mati malam tadi.."...Allah sebaknya dirasakan terkumpul tidak mampu untuk ditahan lagi...mengalir juga air mata ini...kucing kesayangan telah pergi menghadap Ilahi....mendengar cerita dari jiran...semua ahli keluarganya turut sedih dan menangis tatkala belang sedang nazak selepas dilanggar...aku tahu along tidak sengaja melanggarnya...

kronologi yang berlaku pada malam semalam.."....Along pegi kat
 kete sebab along nak keluar..tapi belang ikut along...along patah balik bawak belang masuk rumah...tanpa along sedar...bila kete mula bergerak..along dengar bunyi dan rasakan seperti terlanggar sesuatu...rupanya along terlanggar belang...belang yang ketika itu cuba melarikan diri di bawah kereta diseberang jalan pula dengan keadaan sakit...along terus meluru mengambil belang dan membawa ke rumah..masa tu keadaan belang sedang nazak..semua yang melihat xmampu nak tahan kesedihan...dan akhirnya belang pergi menghadap Ilahi...along mengangkatnya untuk ditanam dihadapan rumah....".....(tidak dapat ku menampung air mata ini lagi)

BELANG...walaupun kau telah pergi...tuanmu semua mengharapkan engkau lah syafaat kami di akhirat...membantu kami dipermudahkan urusan semasa di akhirat nanti...(masih terngiang2 dalam fikiran kali terakhir bermain dengan dia dalam stor di bawah tangga rumah)...


(belang yang nakal sentiasa mengusik adik beradiknya yang lain)

(belang ketika berusia tidak sampai sebulan)

(kuat tidoq lepas penat main)

(kuat mengacau kalau tuanya sibuk mengemas rumah)


0 comments: