Ahad, 31 Julai 2011

DIAM ITU LEBIH BAIK

Bismillahirrahmanirrahim....


Setiap apa yang kita cuba rancangkan kadangkala hasilnya tidak seperti yang kita inginkan...namun..semestinya Allah sudah rencanakan yang terbaik untuk kita...nobody is perfect...pesan memasan itulah yang Allah sarankan supaya kita sedar, kita adalah insan yang Allah yang cipta hanya menumpang hidup sebentar di dunia ini...
namun
tidak ada salahnya kita belajar dari kesilapan...terlalu banyak lagi yang perlu dipelajari dalam hidup ini...ana bukanlah insan yang sempurna..banyak kelemahan yang perlu diperbaiki...banyak ilmu yang perlu dipelajari..banyak tunjuk ajar yang diperlukan...tetapi hakikat kejadian manusia ni sering alpa...kadang-kala kita mudah lupa dari mengingatiNya...Ya Allah..ampunkan dosaku...lumrah kehidupan muslimah yang dihidupkan rohnya sebagai seorang yang lembut dan mudah tersentuh...kerana dengan sifat itulah Allah jadikan muslimah sebagai isteri penyejuk hati suami...mampukah ana menjadi seperti saidatina Aisyah...yang memiliki keperibadian yang cukup indah dengan sifat muslimahnya dari setiap sudut..terutamanya dari sudut sebagai seorang isteri..sedangkan ana jauh lebih kurang berbanding saidatina Aisyah...hati muslimah yang cepat tersentuh kadang-kala boleh membawa kepada perkara negatif jika tidak dikawal dan dirawat...oleh itu...wahai kaum adam yang sudah berkahwin jagalah hati isteri antum semua dengan sebaiknya...bagi kaum adam yang sudah hampir membina baitulmuslim..maka jagalah hati bakal zaujahmu dengan sebaiknya...begitu juga kaum hawa yang sudah menjadi zaujah dan juga bakal menjadi zaujah sama-sama persiapkan diri dari segala aspek...mendiamkan diri dan dalam masa yang sama cuba untuk memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik buat zauj suatu hari nanti adalah cara yang terbaik...mohon maaf atas salah silap sepanjang kehidupan ana...
siru 'ala barakatillah...


BERTEMU SEMULA

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah...setinggi kesyukuran ku panjatkan kepada Mu ya Allah...kerana memberi keizinan padaku untuk menikmati Ramadhan kali ini...syukur alhamdulillah..Allah masih memanjangkan nyawaku untuk terus merasa dan memberi peluang padaku untuk menambahkan amal ibadah pada bulan yang mulia ini...sungguhpun ya Allah..bulan ini yang aku tunggu-tunggukan...kerana terlalu banyak fadhilat yang ada pada bulan ini...Ya Allah...kau berikan kekuatan padaku untuk terus beribadah pada-Mu...jika hadir perasan malas dalam diriku..cepat-cepatkanlah kau hindarkan ia...kerana aku tahu sifat itu hadir dalam diri yang telah terdidik selama ini dari bisikan syaitan walaupun syaitan makluk kau itu telah kau garikan ia dalam api neraka-Mu...Ya Allah...aku inginkan ramadhan kali ini ramdhan yang begitu bermakna buatku dengan terdidiknya diriku sepanjang bulan ini dengan disiplin beribadah...akan ku azamkan diriku untuk menghabiskan 1 al-quran..insya Allah..dengan izin-Mu....AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN.....SELAMAT MENYAMBUT RAMDHAN BUAT SAHABAT-SAHABAT SEMUA....

Sabtu, 23 Julai 2011

BUNGA SANG MUJAHID



Aku petik bunga yang indah ini,
Agar ia hiaskan taman sanubariku,
Wanginya semerbak dalam kamar hatiku,
alt
Cantiknya berseri dalam hari-hariku.
Saat aku melamar kamu dulu,
Senyum ayu kamu berikan,
Bergetar jiwa aku tika itu,
Membara rasa cinta ini.
Aku ingat lagi tika itu,
Setelah kamu halal aku miliki,
Tangis syukur yang kamu hadiahkan,
Sekali lagi kamu senyum kepadaku,
Bergetarlah jiwa aku melihatnya,
Bahagianya bukan kepalang.
Oh bungaku,
Kamu tersangatlah indah padaku,
Sentiasa kembang mekar,
Durimu tidak pernah melukakan aku,
Harummu menyenangkan perjuanganku.
Wahai bidadariku,
Api cinta yang kamu nyalakan ini,
Semarakkan lagi semangat dakwahku,
Sabarnya kamu menemaniku,
Di bawah sayap ini kamu setia menunggu,
Pengorbananmu sayang, aku hargai.
Kejelitaan isteriku tidak bisa digambarkan,
Aku lindungkan ia di sebalik purdah sutera,
Dengan taburan warna merah jambu,
Agar jelitanya itu menjadi santapanku seorang,
Tidak mahu aku kongsikan itu,
Kerana ia begitu istimewa padaku.
Bunga sang mujahid ini,
Dihinggap rama-rama Iman sentiasa,
Madu solehahnya jelas terasa,
Embunnya mengalir seinfinitinya,
Cintanya ia pada yang Maha Esa,
Dengan taat padaku mujahidnya tercinta.
Keikhlasan cinta kepada Allah,
Kamu buktikan dengan mentaati aku,
Sungguh bungaku yang indah,
Kamu hadiah Allah yang istimewa,
Hadirnya kamu bisa menyembuh duka,
Dengan cinta itu sebagai ubatnya.
Cintamu wahai bidadariku,
Bisa menikam musuh-musuh di hadapanku,
Bisa luluh jiwa-jiwa mereka itu,
Bisa membangkit nafsu jihad bergelora,
Tenang aku memegang panji tiada resahnya,
Barisan hadapan akan aku mara,
Syahid bahagia pasti aku buru,
Kerana adanya kamu menemaniku.
Bunga sang mujahid ini,
Akanku tunas ia sebaik-baiknya.

DILEMA

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah dengan izin Allah..ana kembali semula untuk menghidupkan teratak dhaif ini
setelah sekian lama menyepi di sini disebabkan kesibukan kerja
(padahal boleh je online fb..tp xda mood nak update blog..hehe)


baru-baru ini terlalu banyak perkara yang di lalui sehingga keliru untuk membuat keputusan yang terbaik
tangan di tadah di hadapan Allah untuk meluahkan segala yang membelenggu fikiran ketika itu
dengan harapan Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik


apakah yang dikelirukan itu????
soal JODOH ka????








Tunggukan ia....siapakah yang bakal menjadi imam untuk keluarga yang bakal di bina nanti
Insya Allah..Sesunguhnya semuanya Allah telah tetapkan ia sejak kita di dalam rahim ibu lagi...
Siapa orangnya kita serahkan padaNya...
kita sebagai hambanya hanya berusaha mencari dan di iringgi doa kepadaNya..
(rasaye dah lari topik ni....ok...back to topic...hehe..)


delima yang di hadapi lepas agak mengganggu fkiran ana..
ana tidak suka pada tekanan..bila rasa tertekan..
mulalah plan untuk menyendiri sebentar mencari ketenangan
dan juga mencari jalan penyelesaiannya


Ya Allah....
alhamdulillah syukur pada Mu ya Allah atas kurniaan rezeki yang melimpah ruah
Engkau lindungilah diri ini dari sifat mazmumah..
Jauhkan aku dari sifat lupa dan kufur pada nikmat yang Engkau berikan


Alhamdulillah baru-baru ini Allah meluaskan rezeki...
Apabila menerima tawaran untuk lantikan guru JAIS yang diberi tahu akan melaporkan diri pada tarikh yang akan diberi tahu dalam masa terdekat
kemudian diiringi menerima tawaran untuk menyambung pelajaran di USIM pada bulan september ini
dan seterusnya menerima tawaran untuk mengunjungi rumah Allah (Baitullahilharam) di Mekah pada bulan bulan 10 ini


DELIMA..DELIMA...DELIMA...

yang manakah perlu ana aula kan...
rasanya kesemuanya penting tetapi keputusan yang tepat perlu di buat
berfikir...berbincang dengan keluarga dan teman-teman...doa sebagai wasilahnya


Ya Allah...
semoga keputuasan yang di buat ini sentiasa dalam berkat Mu dan rahmat Mu..
tetapkan hati dengan keputusan yang di buat
pasti ada hikmah di sebalinya...

waallahu'alam






Isnin, 4 Julai 2011

ZIARAH

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah hujung minggu lalu
ana berkesempatan menziarahi tempat diri ini ditarbiyah supaya menjadi insan yang berjaya dan berguna bersama rakan-rakan
di situ lah diri ini di tarbiyah bermula dari tingakatan 1 sehingga tingkatan 5
Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ) Shah Alam
telah berjaya mentarbiyahkan diri ini supaya menjadi insan berguna
setinggi penghargaan buat guru-guru yang telah mendidikku dari segi akademik dan mentarbiyah semasa di sekolah




Plan yang tidak dirancang telah Allah aturkan untuk ana dan rakan-rakan menuju ke sekolah bersempena Hari Koperasi SAMTTAJ
Alhamdulilah diberi kesempatan untuk berjumpa guru-guru walaupun kebanyakkan sudah pulang ke rumah masing-masing
tetapi 1 perkara yang tidak di sangka apa bila seorang guruku meluangkan masa bersama-sama kami semua di bawah pondok sambil makan dan ketika itu kami sedang khsyuk bermain cerum
pelbagai cerita dan kenangan di buka semula
salah satu soalan ustazah
"kenangan apa yang kamu semua tak boleh lupakan?"
jawab kami semua
"kena lari keliling padang sekolah sebab tak dapat jawab soalan pendidikan islam semasa tingkatan 3"
riuh suasana ketika itu dengan gelak tawa
walaupun sudah lama tidak berjumpa tetapi ingatan guru pada anak murid masih di ingatinya
semoga ukhuwah ini kekal sehingga akhir hayat
buat guruku:
"semoga ilmu yang dicurahkan dapat kami teruskan pada anak didik kami pula..dan pahala itu terus berterusan sampai padamu.."