Isnin, 4 Julai 2011

ZIARAH

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah hujung minggu lalu
ana berkesempatan menziarahi tempat diri ini ditarbiyah supaya menjadi insan yang berjaya dan berguna bersama rakan-rakan
di situ lah diri ini di tarbiyah bermula dari tingakatan 1 sehingga tingkatan 5
Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ) Shah Alam
telah berjaya mentarbiyahkan diri ini supaya menjadi insan berguna
setinggi penghargaan buat guru-guru yang telah mendidikku dari segi akademik dan mentarbiyah semasa di sekolah




Plan yang tidak dirancang telah Allah aturkan untuk ana dan rakan-rakan menuju ke sekolah bersempena Hari Koperasi SAMTTAJ
Alhamdulilah diberi kesempatan untuk berjumpa guru-guru walaupun kebanyakkan sudah pulang ke rumah masing-masing
tetapi 1 perkara yang tidak di sangka apa bila seorang guruku meluangkan masa bersama-sama kami semua di bawah pondok sambil makan dan ketika itu kami sedang khsyuk bermain cerum
pelbagai cerita dan kenangan di buka semula
salah satu soalan ustazah
"kenangan apa yang kamu semua tak boleh lupakan?"
jawab kami semua
"kena lari keliling padang sekolah sebab tak dapat jawab soalan pendidikan islam semasa tingkatan 3"
riuh suasana ketika itu dengan gelak tawa
walaupun sudah lama tidak berjumpa tetapi ingatan guru pada anak murid masih di ingatinya
semoga ukhuwah ini kekal sehingga akhir hayat
buat guruku:
"semoga ilmu yang dicurahkan dapat kami teruskan pada anak didik kami pula..dan pahala itu terus berterusan sampai padamu.."



0 comments: