Sabtu, 23 Julai 2011

DILEMA

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah dengan izin Allah..ana kembali semula untuk menghidupkan teratak dhaif ini
setelah sekian lama menyepi di sini disebabkan kesibukan kerja
(padahal boleh je online fb..tp xda mood nak update blog..hehe)


baru-baru ini terlalu banyak perkara yang di lalui sehingga keliru untuk membuat keputusan yang terbaik
tangan di tadah di hadapan Allah untuk meluahkan segala yang membelenggu fikiran ketika itu
dengan harapan Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik


apakah yang dikelirukan itu????
soal JODOH ka????








Tunggukan ia....siapakah yang bakal menjadi imam untuk keluarga yang bakal di bina nanti
Insya Allah..Sesunguhnya semuanya Allah telah tetapkan ia sejak kita di dalam rahim ibu lagi...
Siapa orangnya kita serahkan padaNya...
kita sebagai hambanya hanya berusaha mencari dan di iringgi doa kepadaNya..
(rasaye dah lari topik ni....ok...back to topic...hehe..)


delima yang di hadapi lepas agak mengganggu fkiran ana..
ana tidak suka pada tekanan..bila rasa tertekan..
mulalah plan untuk menyendiri sebentar mencari ketenangan
dan juga mencari jalan penyelesaiannya


Ya Allah....
alhamdulillah syukur pada Mu ya Allah atas kurniaan rezeki yang melimpah ruah
Engkau lindungilah diri ini dari sifat mazmumah..
Jauhkan aku dari sifat lupa dan kufur pada nikmat yang Engkau berikan


Alhamdulillah baru-baru ini Allah meluaskan rezeki...
Apabila menerima tawaran untuk lantikan guru JAIS yang diberi tahu akan melaporkan diri pada tarikh yang akan diberi tahu dalam masa terdekat
kemudian diiringi menerima tawaran untuk menyambung pelajaran di USIM pada bulan september ini
dan seterusnya menerima tawaran untuk mengunjungi rumah Allah (Baitullahilharam) di Mekah pada bulan bulan 10 ini


DELIMA..DELIMA...DELIMA...

yang manakah perlu ana aula kan...
rasanya kesemuanya penting tetapi keputusan yang tepat perlu di buat
berfikir...berbincang dengan keluarga dan teman-teman...doa sebagai wasilahnya


Ya Allah...
semoga keputuasan yang di buat ini sentiasa dalam berkat Mu dan rahmat Mu..
tetapkan hati dengan keputusan yang di buat
pasti ada hikmah di sebalinya...

waallahu'alam






0 comments: