Ahad, 31 Julai 2011

DIAM ITU LEBIH BAIK

Bismillahirrahmanirrahim....


Setiap apa yang kita cuba rancangkan kadangkala hasilnya tidak seperti yang kita inginkan...namun..semestinya Allah sudah rencanakan yang terbaik untuk kita...nobody is perfect...pesan memasan itulah yang Allah sarankan supaya kita sedar, kita adalah insan yang Allah yang cipta hanya menumpang hidup sebentar di dunia ini...
namun
tidak ada salahnya kita belajar dari kesilapan...terlalu banyak lagi yang perlu dipelajari dalam hidup ini...ana bukanlah insan yang sempurna..banyak kelemahan yang perlu diperbaiki...banyak ilmu yang perlu dipelajari..banyak tunjuk ajar yang diperlukan...tetapi hakikat kejadian manusia ni sering alpa...kadang-kala kita mudah lupa dari mengingatiNya...Ya Allah..ampunkan dosaku...lumrah kehidupan muslimah yang dihidupkan rohnya sebagai seorang yang lembut dan mudah tersentuh...kerana dengan sifat itulah Allah jadikan muslimah sebagai isteri penyejuk hati suami...mampukah ana menjadi seperti saidatina Aisyah...yang memiliki keperibadian yang cukup indah dengan sifat muslimahnya dari setiap sudut..terutamanya dari sudut sebagai seorang isteri..sedangkan ana jauh lebih kurang berbanding saidatina Aisyah...hati muslimah yang cepat tersentuh kadang-kala boleh membawa kepada perkara negatif jika tidak dikawal dan dirawat...oleh itu...wahai kaum adam yang sudah berkahwin jagalah hati isteri antum semua dengan sebaiknya...bagi kaum adam yang sudah hampir membina baitulmuslim..maka jagalah hati bakal zaujahmu dengan sebaiknya...begitu juga kaum hawa yang sudah menjadi zaujah dan juga bakal menjadi zaujah sama-sama persiapkan diri dari segala aspek...mendiamkan diri dan dalam masa yang sama cuba untuk memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik buat zauj suatu hari nanti adalah cara yang terbaik...mohon maaf atas salah silap sepanjang kehidupan ana...
siru 'ala barakatillah...


0 comments: