Rabu, 25 Mei 2011

MINGGU PEPERIKSAAN

Bismillahirrahmanirraim

Tiba pula perasaan ingin mengupdate semula...hehe..
minggu tekanan bagi semua pelajar sekolah yang mana mereka perlu mengahadapi peperiksaan pertengahan tahun bagi sekolah kebangsaan dan agama
kesian melihat mereka...namun apakan daya...ingin berjaya kesusahan itu yag perlu dilalui dahulu
setiap malam pada minggu ini jadual tidur mula berubah
kebiasaannya sebelum pukul 11/12 mula melelapkan mata
namun minggu ni..ada tugasan yang perlu diselesaikan...
perlu menghabiskan menanda kertas exam anak-anak murid dalam minggu ini juga
ditambah pula dengan keadaan kesihatan yang tidak berapa menentu
semoga Allah permudahkan segala urusan dalam perjuangan ini
ilalliqa'

(tugas yang perlu diselesaikan)



(mencatat rekod markah dalam buku rekod JAIS)

SAMBUTAN HARI GURU

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdlillah...dengan izin Allah
ana dapat kembali untuk mengisi ruangan blog yang serba kurang ini
mungkin disebabkan kekangan masa dan ketiadaan mood untuk mengupdate..hehe..
sementara mengisi masa rehat menanda kertas exam anak murid
 ingin ana coretkan sedikit pengalaman sebagai pendidik
hari demi hari berlalu
banyak perkara yang dipelajari dari persekitaran
semua itu lumrah kehidupan
yang pasti Allah jadikan semuanya itu ada hikmahnya...





(bersama anak murid tahun dua...berhimpit-himpit nak bergambar..tersepit ustazahnya..hehe..)

HARI GURU

sinonimnya kita sering menyambut di sekolah dulu pada setiap tahun tetapi sebagai pelajar
kini ana pula merasainya suasana menyambut hari guru sebagai guru
sungguh menyeronokan bila ukhuwah yang terjalin diantara guru utuh kerana Allah
banyak perkara yang dipelajari dari akak-akak disekolah...oleh sebab ana dalam ketogori paling muda..hehe..
(maaf..terbalik pula...)

saat tiba di sekolah...ana melangkah ke pejabat..guru-guru semua berwajah ceria walaupun hujan lebat di saat itu...masing-masing memikirkan aktiviti yang dirancangkan sebelum ini mungkin dibatalkan..namun Allah telah mengaturkan satu perancangan yang sungguh cantik..guru besar memberi arahan...para pelajar diminta untuk berkumpul di kantin untuk sesi jamuan....ana terus melangkah ke kelas yang berada ditingkat 3...dari jauh..ana sudah mendengar jeritan anak-anak murid "ustazah ashkin"...senyuman terukir menuju kelas...ana berazam pada hari itu "no marah2 pada anak murid..hehe"...tiba di kelas seorang demi seorang bersuara sehingga tak terlayan...sambil tangan menghulur hadiah hari guru...jauh di sudut penjuru, kelibat seorang pelajar yang menyendiri.."ustazah saya xada hadiah untuk ustazah..makanan pun saya xbawak.."..sayu dihati melihatnya..."ustazah xminta hadiah apa pun...cuma ustazah nak awak hadiahkan ustazah kejayaan awak...tu paling bermakna bagi ustazah.."..pujukan demi pujukan akhirnya melenturkan hatinya untuk bergerak ke kantin bersama teman-temannya...selepas selesai sesi jamuan..alhamdulillah hujan mula berhenti...aktiviti diteruskan diantara guru dan pelajar...keceriaan terpancar disetiap wajah guru dan murid...Alhamdulillah satu pengalaman baru dalam hidup ana..thanx to Allah...^_^


(terima kasih anak-anak muridku..semoga antum berjaya dalam hidup dunia & akhirat..Amin Ya Rabb)

(hadiah bagi aktiviti hari guru..alhamdulillah rezeki Allah..no 1 bagi kesemua aktiviti..)





Sabtu, 14 Mei 2011

PERIT TAPI BEHARGA

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan..tidak ternilai banyaknya…semoga Allah sentiasa menunjukkan jalan pada hamba-Nya agar tidak lupa hakikat sebenar nikmat yang Engkau berikan…keputusan peperiksaan untuk semester terakhir sudah pun keluar beberapa hari lepas…seawal pagi lagi…ana mendapat mesej dari rakan sebilik yang mengatakan keputusan sudah keluar…ketika itu segala kerja di tinggalkan sebentar,  terus sahaja mendapatkan laptop untuk online…saat membuka student portal…menggigil tangan dan berdebar-debar tidak terkata…macam-macam persoalan yang menjengah dalam kotak fikiran ketika itu… “ok ke tidak result yang aku peroleh…apapun aku redha dengan keputusan yang diterima kerana ia adalah hasil usaha ku selama ini”…bila keputusan sudah terpapar di skrin laptop..pertama sekali status paper yang di lihat terlebih dahulu..pass/fail..alhamdulillah semuanya pass..kemudian baru melihat gred yang diperolehi…alhamdulillah semuanya A..namun ada satu subjek yang dapat B.. “aku redha ya Allah.. mungkin ini balasan yang patut aku terima atas kelalaian ku...kerana aku tidak bersungguh-sungguh saat itu..”..sungguh terkilan tidak terkata..target ana untuk mendapat semua A tidak tercapai…”aku gagal buktikan pada umi dan ayah untuk dapat GPA 4.00 untuk semester terakhir”..ana pasrah dengan apa yang ana terima semua ini ada hikmahnya..sesungguhnya Allah telah mengatur sesuatu yang terbaik untuk ana jauh lebih baik berbanding apa yang ana rancangkan...namun, ana bersyukur dengan pointer yang perolehi. Sekurang-kurangnya ia sudah mengubati sakit saat pointer jatuh teruk masa semester 5…huhu… ‘ala kulli hal…semua ini satu pengalaman yang tidak dapat dilupa….rindunya suasana belajar, pensyarah, kawan-kawan…rasa tidak sabar untuk menanti hari konvo..namun ada ura-ura yang mengatakan konvo jatuh pada bulan 10…jika betul jatuh bulan 10..mungkin ana tidak dapat menghadirinya... “ tidakkk…aku nak konvo dgn kawan2..nak raihkan kejayaan menghabisan belajar dengan kawan-kawan..”…yang paling utama..aku nak raikan kejayaan diploma ku yang mendapat kelas pertama bersama umi dan ayah..”...ana serahkan semuanya pada Ilahi..sebenarnya penilaian yang sebenar datangnya dari-Nya..apakah nilaian Allah untuk ana…mungkin jauh teruknya nilaian…kerana kurangnya amalan-amalan di dunia ini…Ya Allah..teguhkan iman ku dalam melalui jalan kebenaran..Amin Ya Rabb’alamin…maaf atas salah silap penulis....ilalliqa'

Rabu, 11 Mei 2011

LANGKAH DEMI LANGKAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...dengan izin Allah...diri ini diberi peluang dan semangat serta mood untuk menghidupkan teratak dhaif ini semula...bulan mei ini terasa terlalu sunyi...mungkin ana tak bekerja...terlalu mudah untuk memikir benda yang simple sampai jadi rumit...diharapkan semuanya kembali ceria semula setelah kerja kembali....saat keseorangan di rumah...terasa sunyi teramat...setiap kali menghadap Ilahi..air mata ini mudah mengalir...terasa hati makin jauh dari-Nya...hati ini bagai kan mati..tidak di isi dengan makanan pengisian ilmu seperti dulu-dulu...teringat suasana ketika belajar di kuis...ana dan kawan-kawan sentiasa saling mengingati...bila ada majlis ilmu je...cepat je masing-masing ingatkan...setiap petang kami sama-sama berjalan kaki ke masjid sampai ke isyak...bila balik dari masjid..macam-macam cerita di buka...suka..duka..segalanya kami kongsikan bersama...Ya Allah..aku rindukan suasana seperti itu..namun rindu aku pada-Mu tiada siapa mampu tandinginya..sesungguhnya Engkau telah ciptakan semua ini untuk kami...terima kasih ya Allah...simbahilah hati-hati kami dengan ketenangan untuk terus mengingati-Mu...bila tiba hujung minggu..fikiran ni terkenang kenangan bersama kawan-kawan di rumah sewa...macam biasa lah kalau dah lama tak jumpa dikumpul segala cerita..pakat bukak cerita bila jumpa sampai tidur pukul 2 pagi...tapi yang manisnya bila kami tiba masuk waktu solat...masing-masing saling mengingati..solat jemaah bersama...kawan-kawan bila kah kita akan berjumpa semula...doa dariku..semoga kalian berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan laluan hidup antum semua...gambar di bawah menjadi tanda dalam melalui stage demi stage..semoga laluannya tidak tersasar dari syariat...Ya Allah..Kau pelihara hati kami..agar tidak leka dengan godaan-godaan dunia..Amin Ya Rabb....