Sabtu, 14 Mei 2011

PERIT TAPI BEHARGA

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan..tidak ternilai banyaknya…semoga Allah sentiasa menunjukkan jalan pada hamba-Nya agar tidak lupa hakikat sebenar nikmat yang Engkau berikan…keputusan peperiksaan untuk semester terakhir sudah pun keluar beberapa hari lepas…seawal pagi lagi…ana mendapat mesej dari rakan sebilik yang mengatakan keputusan sudah keluar…ketika itu segala kerja di tinggalkan sebentar,  terus sahaja mendapatkan laptop untuk online…saat membuka student portal…menggigil tangan dan berdebar-debar tidak terkata…macam-macam persoalan yang menjengah dalam kotak fikiran ketika itu… “ok ke tidak result yang aku peroleh…apapun aku redha dengan keputusan yang diterima kerana ia adalah hasil usaha ku selama ini”…bila keputusan sudah terpapar di skrin laptop..pertama sekali status paper yang di lihat terlebih dahulu..pass/fail..alhamdulillah semuanya pass..kemudian baru melihat gred yang diperolehi…alhamdulillah semuanya A..namun ada satu subjek yang dapat B.. “aku redha ya Allah.. mungkin ini balasan yang patut aku terima atas kelalaian ku...kerana aku tidak bersungguh-sungguh saat itu..”..sungguh terkilan tidak terkata..target ana untuk mendapat semua A tidak tercapai…”aku gagal buktikan pada umi dan ayah untuk dapat GPA 4.00 untuk semester terakhir”..ana pasrah dengan apa yang ana terima semua ini ada hikmahnya..sesungguhnya Allah telah mengatur sesuatu yang terbaik untuk ana jauh lebih baik berbanding apa yang ana rancangkan...namun, ana bersyukur dengan pointer yang perolehi. Sekurang-kurangnya ia sudah mengubati sakit saat pointer jatuh teruk masa semester 5…huhu… ‘ala kulli hal…semua ini satu pengalaman yang tidak dapat dilupa….rindunya suasana belajar, pensyarah, kawan-kawan…rasa tidak sabar untuk menanti hari konvo..namun ada ura-ura yang mengatakan konvo jatuh pada bulan 10…jika betul jatuh bulan 10..mungkin ana tidak dapat menghadirinya... “ tidakkk…aku nak konvo dgn kawan2..nak raihkan kejayaan menghabisan belajar dengan kawan-kawan..”…yang paling utama..aku nak raikan kejayaan diploma ku yang mendapat kelas pertama bersama umi dan ayah..”...ana serahkan semuanya pada Ilahi..sebenarnya penilaian yang sebenar datangnya dari-Nya..apakah nilaian Allah untuk ana…mungkin jauh teruknya nilaian…kerana kurangnya amalan-amalan di dunia ini…Ya Allah..teguhkan iman ku dalam melalui jalan kebenaran..Amin Ya Rabb’alamin…maaf atas salah silap penulis....ilalliqa'

2 comments:

Zierwa Zainal berkata...

npe lau knvo bln 10 enti x dpt dtg??

shikin_shimi berkata...

ana ada hal sikit...=)..harap bukan bulan 10..huhu