Rabu, 25 Mei 2011

SAMBUTAN HARI GURU

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdlillah...dengan izin Allah
ana dapat kembali untuk mengisi ruangan blog yang serba kurang ini
mungkin disebabkan kekangan masa dan ketiadaan mood untuk mengupdate..hehe..
sementara mengisi masa rehat menanda kertas exam anak murid
 ingin ana coretkan sedikit pengalaman sebagai pendidik
hari demi hari berlalu
banyak perkara yang dipelajari dari persekitaran
semua itu lumrah kehidupan
yang pasti Allah jadikan semuanya itu ada hikmahnya...





(bersama anak murid tahun dua...berhimpit-himpit nak bergambar..tersepit ustazahnya..hehe..)

HARI GURU

sinonimnya kita sering menyambut di sekolah dulu pada setiap tahun tetapi sebagai pelajar
kini ana pula merasainya suasana menyambut hari guru sebagai guru
sungguh menyeronokan bila ukhuwah yang terjalin diantara guru utuh kerana Allah
banyak perkara yang dipelajari dari akak-akak disekolah...oleh sebab ana dalam ketogori paling muda..hehe..
(maaf..terbalik pula...)

saat tiba di sekolah...ana melangkah ke pejabat..guru-guru semua berwajah ceria walaupun hujan lebat di saat itu...masing-masing memikirkan aktiviti yang dirancangkan sebelum ini mungkin dibatalkan..namun Allah telah mengaturkan satu perancangan yang sungguh cantik..guru besar memberi arahan...para pelajar diminta untuk berkumpul di kantin untuk sesi jamuan....ana terus melangkah ke kelas yang berada ditingkat 3...dari jauh..ana sudah mendengar jeritan anak-anak murid "ustazah ashkin"...senyuman terukir menuju kelas...ana berazam pada hari itu "no marah2 pada anak murid..hehe"...tiba di kelas seorang demi seorang bersuara sehingga tak terlayan...sambil tangan menghulur hadiah hari guru...jauh di sudut penjuru, kelibat seorang pelajar yang menyendiri.."ustazah saya xada hadiah untuk ustazah..makanan pun saya xbawak.."..sayu dihati melihatnya..."ustazah xminta hadiah apa pun...cuma ustazah nak awak hadiahkan ustazah kejayaan awak...tu paling bermakna bagi ustazah.."..pujukan demi pujukan akhirnya melenturkan hatinya untuk bergerak ke kantin bersama teman-temannya...selepas selesai sesi jamuan..alhamdulillah hujan mula berhenti...aktiviti diteruskan diantara guru dan pelajar...keceriaan terpancar disetiap wajah guru dan murid...Alhamdulillah satu pengalaman baru dalam hidup ana..thanx to Allah...^_^


(terima kasih anak-anak muridku..semoga antum berjaya dalam hidup dunia & akhirat..Amin Ya Rabb)

(hadiah bagi aktiviti hari guru..alhamdulillah rezeki Allah..no 1 bagi kesemua aktiviti..)





0 comments: