Ahad, 26 Jun 2011

PENGALAMAN BERHARGA

Bismillahirrahmanirrahim di ucapkan sebagai muqaddimah bingkisan kali ini
baru-baru ini
penulis sempat merasai situasi hari mengambil kad kemajuan di sekolah
teringat suasana sekolah rendah dulu
pelbagai reaksi bermula 2.30 sehingga 5.30 petang
dari 39 orang anak murid, cuma 4 orang yang tida hadir
tak menang tangan dibuatnya
berdepan dengan pelbagai golongan dan kerjaya yang berbeza-beza
namun ada bebarapa detik yang penulis tidak dapat melupakan sehingga kini

*situasi 1*

bila mana seorang ibu menangis di hapadan penulis
meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya setelah sekian lama
anaknya yang berada disebelah turut menagis juga
suasana pilu menyelubungi kelas
penulis hanya mampu menahan takungan air mata berhadapan situasi ketika itu
hanya kata-kata semangat membasahi lidah ketika itu buat ibu dan anak muridku
semoga Allah memberi kesabaran dan ketabahan buat ibu tu untuk terus mendidik anaknya
Amin Ya Rabb

*situasi 2*

Ketika tepat jam menunjukkan masa 5.30 petang
hadir seorang bapa seolah macam kelam kabut
tiba-tiba muncul pelbagai perasaan
(dah la masa tu penulis sahaja guru yang tinggal di dalam kelas, 
yang lain sume dah masuk bilik guru)
macam-macam perasaan timbul
takut, terkejut, xsabar nak balik rumah
tapi memikirkan tanggungjawab
masa yang ada dikorbankan demi kebaikan anak murid
perkara pertama yang terungkap dari mulut bapa anak murid penulis
*ikutkan hati saya, xnak saya datang amik report card ni, tinggalkan dia (anaknya) dalam kelas ni sampai pukul 7*
terkejut dengar ayat yang dituturkan
penulis sudah mengagak perasaan pak cik tu masa tu
perbincangan diteruskan sehingga akhir....

banyak lagi situasi yang di hadapi tetapi tak terdaya nak menyatakan di sini
pengajaran yang dapat di lihat
"ibu bapa mana yang mahu melihat anaknya tidak berjaya, walau apa jua cara pun, mereka tetap akan usaha memenuhi keperluan kita agar kita menjadi anak yang berjaya apabila besar kelak"




Sabtu, 11 Jun 2011

KERINDUAN MELANDA

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah sekian lama menyepi dari menghidupkan teratak usang ini
kini muncul semula untuk titipkan kata-kata walaupun tidak sehebat sasterawan dan penulis-penulis lain
Masa kian berlalu
detik demi detik di lalui 
tanpa disedari sudah cukupkah amalan yang hendak di bawa di akhirat nanti
Allah...terllau dhaif nya hamba-Mu ini
Perjuangan baru bakal bermula 
bermulanya berdikari sendiri mencari ilmu dan harta untuk sedikit tampungan di dunia ni
RINDU pada teman seperjuangan dan tenaga pengajar ketika diploma dulu
RINDU semakin menebal untuk meneruskan pelajaran pada peringkat digree
RINDU suasana belajar bersama teman-teman...
RINDU untuk belajar kitab-kitab arab....
bilakah diri ini dapat merasainya
perancangan Allah adalah yang terbaik berbanding kita yang merancangnya
suatu perkara yang sangat ana takuti...
bilamana ilmu yang dipelajari suatu ketika dulu..mula pudar dalam ingatan...
Ya Allah...pelihara lah ilmu yang telah aku pelajari sebelum ini..
SAHABAT...maafkan diriku...bukan diriku tidak mahu meneruskan perjuangan bersama dengan antum semua..namun..ada suatu perkara yang perlu aku utamakan....kiranya antum semua sudah mengetahuinya ketika kita duduk bersama dulu...semoga berjaya untuk kalian di sana...uhibbukumjami'an...



Rabu, 1 Jun 2011

BERSIAR-SIAR DI PUTRAJAYA

Bismillahirrahmanirrahim....





(berjalan-jalan di alamanda,putrajaya)

Alhamdulillah...dengan izin Allah...
mempertemukan kami dengan perancangan yang tidak dirancang lebih awal...
kita hanya merancang tetapi sebaik-baik perancangan datangnya dari Allah...
semuanya ada hikmahnya...
walaupun sekejap berjalan-jalan disekitar putrajaya semalam...
namun bermakna buat kami dapat bertemu semua...
terasa kekurangan kerana tidak semuanya hadir...
semuanya ada hal penting yang perlu di aula kan...
alhamdulillah perkenalan kami lebih dari 10 tahun...
masing-masing dalam bidang masing-masing...
semoga ukhuwah ini kekal hingga akhir hayat....





(di masjid besi..)

(dilaman perkarangan masjid)