Ahad, 26 Jun 2011

PENGALAMAN BERHARGA

Bismillahirrahmanirrahim di ucapkan sebagai muqaddimah bingkisan kali ini
baru-baru ini
penulis sempat merasai situasi hari mengambil kad kemajuan di sekolah
teringat suasana sekolah rendah dulu
pelbagai reaksi bermula 2.30 sehingga 5.30 petang
dari 39 orang anak murid, cuma 4 orang yang tida hadir
tak menang tangan dibuatnya
berdepan dengan pelbagai golongan dan kerjaya yang berbeza-beza
namun ada bebarapa detik yang penulis tidak dapat melupakan sehingga kini

*situasi 1*

bila mana seorang ibu menangis di hapadan penulis
meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya setelah sekian lama
anaknya yang berada disebelah turut menagis juga
suasana pilu menyelubungi kelas
penulis hanya mampu menahan takungan air mata berhadapan situasi ketika itu
hanya kata-kata semangat membasahi lidah ketika itu buat ibu dan anak muridku
semoga Allah memberi kesabaran dan ketabahan buat ibu tu untuk terus mendidik anaknya
Amin Ya Rabb

*situasi 2*

Ketika tepat jam menunjukkan masa 5.30 petang
hadir seorang bapa seolah macam kelam kabut
tiba-tiba muncul pelbagai perasaan
(dah la masa tu penulis sahaja guru yang tinggal di dalam kelas, 
yang lain sume dah masuk bilik guru)
macam-macam perasaan timbul
takut, terkejut, xsabar nak balik rumah
tapi memikirkan tanggungjawab
masa yang ada dikorbankan demi kebaikan anak murid
perkara pertama yang terungkap dari mulut bapa anak murid penulis
*ikutkan hati saya, xnak saya datang amik report card ni, tinggalkan dia (anaknya) dalam kelas ni sampai pukul 7*
terkejut dengar ayat yang dituturkan
penulis sudah mengagak perasaan pak cik tu masa tu
perbincangan diteruskan sehingga akhir....

banyak lagi situasi yang di hadapi tetapi tak terdaya nak menyatakan di sini
pengajaran yang dapat di lihat
"ibu bapa mana yang mahu melihat anaknya tidak berjaya, walau apa jua cara pun, mereka tetap akan usaha memenuhi keperluan kita agar kita menjadi anak yang berjaya apabila besar kelak"




0 comments: