Rabu, 30 Mei 2012

hati seorang insan

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah setinggi kesyukuran di panjatkan ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat dan kesenangan yang telah diberikan.. tidak lupa kepada ujian yang pernah diberikan, sungguh membuatkan ana terasa semakin erat denganNya... sungguhpun ketika menghadapi ujian itu, terdetik di dalam hati, terasa tidak mampu untuk menanggungnya lagi... begitulah hati yang bernama manusia... yang sentiasa perlu di basahi dengan zikrullah sebagai pengisian hati... 

hari berlalu pergi... sedar tidak sedar... berbaki seminggu sahaja lagi untuk berjuang di medan imtihan... tidak dapat digambarkan perasaan yang mengalir ketika ini... saat keseorangan di bilik tanpa kedengaran suara guraun ahli bilik untuk beberapa hari ini di sini... timbulnya sedikit perasaan cemburu melihat rakan-rakan yang sudah mula mengangkut beg masing-masing untuk pulang bercuti di rumah sempena study week dan juga mendapat restu ibu dan ayah masing-masing... lantaran itu, lafaz istighfar dan alhamdulillah dituturkan, mengingatkan diri tentang nikmat yang telah di terima... berbanding rakan-rakan lain yang begitu susah untuk pulang ke kampung masing-masing... alhamdulillah, aku bersyukur ya Allah kerana di mudahkan untuk pulang ke rumah pada bila-bila masa sahaja dengan kemudahan yang dipinjamkan Engkau berikan buatku...  

Dah lama rasanya tidak berziarah ke blog sendiri... kerana kekangan laen wifi di sini yang tidak berapa elok... untuk pakai broadband kepunyaan orang terasa tidak sedap hati... hanya mampu untuk online untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang ada... Alhamdulillah... syukur padaMu ya Allah... kerana Engkau telah memudahkan segala urusanku di minggu terakhir ini...

Dah lama rasanya tidak mendengar lagu "keinsafan diri"... ana suka pada liriknya yang cukup mendalam maksudnya dan memuhasabah diri sendiri... rentetan dari peristiwa semalam mendengar lagu ni, ana terasa tersentuh hati dan terasa ingin mengalirkan air mata ketika itu juga (tapi cover2..=)..)...alhamdulillah, ana berkesempatan semalam  untuk menghadiri talk ukhti fatimah syarha dan juga suaminya di dewan kuliah... tajuk yang di bicarakan semalam adalah berkaitan buku yang baru mereka publishkan iaitu "Cinta High Class"... teringat sewaktu ana berkesempatan ke book fair bulan lalu, bersungguh-sungguh ana mencari buku mereka, dan alhamdulillah ana menjumpainya, dan sewaktu di booth geleri ilmu, ana melihat hampir kebanyakkan orang yang beratur ingin membayar, setiap dari mereka memegang buku tu... begitulah aura bagi seorang pendakwah... insya Allah, salah satu impian ana ingin menjadi seperti mereka, sama-sama berkongsi ilmu dan berusaha mencari ilmu bersama bakal zauji... amin Insya Allah... Jodoh itu rahsia Allah...

sejak akhir-akhir ini, hati terasa tidak sedap, memikirkan sesuatu perkara sehingga mendalam... mungkin bercampur tekanan perasaan untuk final kot...(untuk sedapkan hati..hehe..)... seperti rutin harian, hampir setiap malam sebelum melelapkan mata, ana akan bermuhasabah diri dahulu, dan sejak dua menjak ini, ana terasa down dan banyak mendiamkan diri dan mudah untuk mengalirkan air mata, sehinggakan terlelap dengan linangan air mata... cukuplah ana merasai dan ana yakin Allah ada bersama ana untuk ana kongsikan denganNya... walaupun terasa berat untuk melaluinya... 'ala kulli hal... mohon doa dari sahabat-sahabat semua... doakan ana melalui imtihan dengan tenang dan diberi kesihatan yang baik sepanjang imtihan berlangsung... insya Allah, panjang umur kita bertemu di ruangan lain selepas ana menamatkan imtihan ini... bitaufiqwannajah pada semua rakan-rakan yang berada di merata dunia dan khususnya pada student ipta yang bakal menduduki final exam tidak lama lagi... di sini, ana memohon maaf kepada semua rakan-rakan sepanjang di ruangan blog ini ada menyentuh hati atau menyakiti hati sesiapa... ana mohon maaf atas kekurangan ana...dan khususnya buat sahabat sekelas dengan ana... untuk akhirnya, mohon maaf terutama teman atas kekurangan ana, maaf salah dan silap selama ini, halalkan segala yang pernah diberikan dan dipinjamkan oleh Allah untuk kita... doakan untuk ana di sini... 

insya Allah... sanaltaqi fi waqtu akhar...ilalliqa'maassalamah... 
^________^




Jumaat, 18 Mei 2012

Sakitnya

Bismillahirrahmaniirrahim....

Sedikit waktu di ambil untuk mengungkapkan kata-kata di sini... kelas yang pada asalnya pada hari jumaat ada 5 kelas... kesemuanya tiada (batal)... alhamdulillah... bukan ana suka batal (tp dlm hati kdg2 suka jugak batal..hehe)... tp setiap apa yang aturkan pada hari ini cukup membuat ana mengucapkan syukur pada Allah kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat ana... sehari terbaring di atas katil menanggung kesakitan... walaupun telah makan ubat yang di ambil pagi tadi... hanya air mata sahaja yang mampu dijuraikan untuk melegakan hati...  kerisauan memikirkan kelas qiraat pada petang hari, cukup memberi satu tekanan disebabkan tidak terdaya untuk mengulangkaji pelajaran... terasa masa berlalu dengan kosong tanpa membuat ulangkaji.... setiap kesakitan itu kafarah atas dosa-dosa yang telah dilakukan... doakan ana supaya cepat sembuh dan boleh meneruskan mengulangkaji pelajaran....=)




Khamis, 17 Mei 2012

yang PAHIT itulah sebenarnya MANIS

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah.... hamdanillah wasyukrulillah di atas segala kenikmatan yang diperolehi sepanjang hidup ini.... namun kadang-kala manusia tidak lari dari mengeluh atas apa yang diperolehi.... أستغفر الله .... lafaz yang memberi ketenangan hati tatkala di dalam kekusutan... hati terkesan mendengar teguran dan tarbiyah dari pensyarah sewaktu di dalam kelas pagi tadi... "..kita ni Allah sentiasa bagi nikmat, tapi ada jugak kadang-kala keluhan di dalam hati... itulah namanya manusia... mendengar kata-katanya tumpuan mula beranjak memikirkan tentang perihal diri...

berbaki 4 minggu lagi untuk menghadapi musim "exam fever"... cuma gap sehari dan dua hari.... inilah jadual final exam ana.... agak mengejutkan sewaktu 1st time membukanya.... insya Allah... minggu depan minggu terakhir menghantar segala kerja... dan membuat urusan penambahan subjek untuk semester hadapan.... masa perlu diuruskan dengan sebaik mungkin.....









warga vateren dalam bqa1 selepas kelas bahasa arab...=)







Sem ini banyak mengajar ana berdikari sendiri.... pada awalnya agak terasa janggal tanpa kawan di sisi... namun perkara itu di positifkan setiap hari... dan alhamdulillah... ana mampu melaluinya... ana yakin... setiap sesuatu yang Allah jadikan itu ada hikmah di sebaliknya... terasa pada awalnya agak berat untuk menghadapinya, namun semuanya di luahkan pada yang Ilahi... bak kata seorang kawan ana.."hang baru masuk sem ni, semua orang kenal..."...senyuman diukir, dalam hati hanya mampu berkata.."..mana tak ye...kelas semuanya berbeza-beza...inilah takdir yang Allah tentukan untuk aku"...mohon pada semua ahli rakan kelas... saya tak mampu untuk mengingati kesemua nama kalian disebabkan setiap kelas saya berbeza-beza.... BQA1, TQA16,TQA 5,TQA6... ana cukup bersyukur dengan apa yang Allah berikan untuk ana... pada semester pertama diberi tanggungjawab untuk menjadi ajk dalam organisasi cukup memberi ana banyak maklumat baru dan selok belok pengurusan di tempat baru ini...alhamdulillah...walaupun terasa berat pada asalnya kerana memikirkan tugasan kerja yang tersusun.... 'ala kulli hal... semoga final exam ini berjalan dengan lancar....Insya Allah... mohon doanya dari antum semua.... ilalliqa' maassalamah...


love u sahabatku ain...bergambar sewaktu lawatan badminton ke rumah dato' haji sidek (yang dalam komik anak-anak sidek tu)

Rabu, 16 Mei 2012

Lelaki yang Kacak


Lelaki yang kacak… lelaki yang tidak akan mempermainkan perasaan wanita.. tidak akan menabur janji-janji manis.. tidak akan membiarkan wanita menangis teresak-esak kerananya.. tidak akan mengkhianati kepercayaan orang lain.. kerana dia takot pada balasan Allah..
.
Lelaki yang kacak.. lelaki yang tidak akan menipu demi kepentingan diri sendiri.. tidak akan mempergunakan orang lain untuk kesenangan dirinya sendiri.. tidak akan menindas orang yang lemah daripadanya.. kerana dia takot pada balasan Allah..
.
Lelaki yang kacak.. tidak akan menyakiti hati wanita.. tidak akan memukul wanita meskipun isterinya.. kerana dia takot pada balasan Allah..
Lelaki yang kacak.. tidak akan menghabiskan duit wanita untuk kepentingan diri sendiri.. tidak akan mencuri hak orang lain.. tidak akan meruntuhkan rumahtangga orang lain.. kerana dia takot pada balasan Allah…
.
Tetapi…
.
Lelaki yang kacak.. tidak akan melupakan Allah.. tidak akan sesekali ingkar pada perintah Allah.. seorang yang taat pada Allah dan Rasul-Nya… kerana dia mengimpikan syurga Allah..
.
Lelaki yang kacak.. sentiasa ikhlas dalam melakukan amalan seharian.. sentiasa redha dengan ketentuan Ilahi.. sentiasa berserah pada Allah..
.
Lelaki yang kacak.. sentiasa bersabar ketika menghadapi ujian dari Allah.. tidak akan putus asa untuk mengharungi segala ujian yang diberikan.. tidak akan pernah menyalahkan Allah..
.
Lelaki yang kacak.. akan menjadikan jihad fisabilillah sebagai matlamat dalam hidupnya..
.
Lelaki yang kacak.. akan selalu memohon ampun kepada Allah atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan samada dosa kecil mahupun besar.. sengaja atau tidak sengaja..
.
Lelaki yang kacak.. sangat takut kepada ujian Allah dan ancamannya.. sangat takut melakukan dosa kerana dia tahu akan balasan yang akan diperolehi di akhirat kelak..
.
Lelaki yang kacak.. tidak akan mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata.. selalu bertawakal kepada Allah dalam mengharungi kehidupan sehariannya..
.
Lelaki yang kacak.. sentiasa menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah antara mereka.. tidak akan memutuskan silaturrahim sesama saudara mahupun sahabat..
.
Lelaki yang kacak.. sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya, iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran..
Lelaki yang kacak.. sangat kuat memegang amanah… sangat berpegang pada janjinya dan menjaga rahsia kaum keluarga dan sahabat handainya..
.
Dan lelaki yang kacak juga.. seorang yang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia, sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada Allah..
.
Itulah ciri-ciri seorang lelaki yang benar-benar kacak.. bukan kacak di mata manusia sahaja malah kacak di mata Maha Pencipta.. seorang yang mendambakan syurga di akhirat nanti..
.



Imam yang diimpikan oleh semua wanita

“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?


MENCARI SEORANG IMAM

Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA....


Selasa, 15 Mei 2012

Rezeki Allah hadir dalam pelbagai bentuk

Untukmu pencinta Ilahi...
Dari jauh hanya mampuku tolong sedaya yang mampu dan memdoakanmu di sana....

Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya...

La tahzan.... Innallahama'na...
setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah yang terjadi....
Allah takdirkan sesuatu perkara itu ada pengantinya...
untuk menjadikan hambanya sentiasa terikat hatinya padaNya....



Sabtu, 12 Mei 2012

MAK AYAH... "Izinkan anakmu ini untuk bernikah"



mak ayah, saya nak kahwin.. janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

mak ayah, saya nak kahwin. janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

mak ayah saya nak kahwin.jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

mak ayah, saya nak kahwin. walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

mak ayah, saya nak kahwin.. jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

mak ayah, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.

mak ayah, saya nak kahwin.. dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.

mak ayah, saya nak kahwin.. percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.

mak ayah, saya nak kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.

mak ayah, saya nak kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.

mak ayah, saya nak kahwin.. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.

mak ayah, saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.

mak ayah, saya nak kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

mak ayah, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.

mak ayah, saya nak kahwin. tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan ayah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan ayah ini, amin.. 


Selasa, 8 Mei 2012

Final Exam

Bismillahirrahmanirrahim.....

^_____^

Assalamualaikum semua....
Ana doakan semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat Allah....Amin Yarabbal'amin....Insya Allah.....
teringat pada tazkirah sewaktu di dalam kelas hafazan al-Quran minggu lalu... kata-kata peringatan yang sering di ungkapkan oleh guruku sewaktu di dalam kelasnya...

 "kita sentiasa mendoakan untuk diri kita dan orang lain supaya sentiasa dalam rahmat Allah..."..."kerana.... di akhirat kelak.. rahmat itulah yang membawa kita menuju jalan ke syurga berbanding segala amalan kita..."..." adakah kita merasakan amalan kita di dunia ini sudah mencukupi??.."

kata-katanya...membuatkan kami semua diam seketika.... "adakah solat kita sempurna... adakah solat kita diterima Allah..." kata-katanya mematikan lamunan kami... "makanya selepas kita menunaikan solat fardu... berdoalah dan memohon pengharapan agar solat kita diterima seiring dengan solat yang kita lakukan dengan sempurna..."

Insya Allah, ini sebagai satu peringatan dan muhasabah terutamanya kepada diri ana...=)

    *************


alhamdulillah... pagi tadi selesai mid term qiraat dan selesai juga segala mid term untuk semester ini... masa berbaki tidak sampai sebulan sahaja lagi untuk mematikan segala khayalan dan lamunan... tumpuan yang sepenuhnya diperlukan ketika ini... jadual final exam mula dipaparkan semalam.... menambahkan kegerunan bagi semua pelajar... terutamanya ana... yang baru pertama kali bakal menghadapi final exam bagi peringkat dergee ini... sungguh menggerunkan...(tidakkk...final exam dah nak dekat)... lepas final exam, bersambung pula dengan program bahasa... bersabarlah.... suasana belajar inilah yang akan diingati dan dikenang-kenang setelah tamat belajar.... tugasan assigment, pembentangan, kuiz, tahriri, hafazan dan sebagainya masih tersusun...insya Allah... akan ku habiskan dan selesaikan secepat yang mungkin... memudahkan untukku membuat persedian final exam yang menjelma tidak lama lagi... doakan ana di sini dipermudahkan segala urusan...=)




insya Allah... kita bertemu di lain masa biiznillahita'ala....
ilalliqa' maassalamah...
@____@

Ahad, 6 Mei 2012

Isteri Berleter

Seorang lelaki datang ke rumah Umar bagi mengadu perihal isterinya yang suka berleter.


Tatkala sampai, dia mendengar Umar sedang dileteri isterinya. Umar tidak menjawab sepatah pun. Lelaki itu beredar sambil berkata, 


“Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirul Mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana pula dengan aku?”


Selepas itu Umar keluar dari rumahnya lalu terlihat lelaki tadi beredar. 


Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. 


Lelaki itu berkata, “Wahai Amirulmukminin,tujuan kedatanganku adalah untuk mengadu berkenaan perangai buruk isteriku yang suka berleter. Tadi aku baru sahaja mendengar isterimu juga begitu. Lalu aku berkata kepada diriku, kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?”



Umarpun berkata kepadanya, “Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atasku. Sesungguhnya dia memasak makanan untukku, mengadun roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.”

Lelaki itu menjawab, “Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku.”

Umar berkata, “Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya tidak lama. Hanya seketika sahaja.”