Selasa, 24 Disember 2013

Final exam

بسم الله الرحمن الرحيم

#...Lepas penat isi application untuk e-nilai bagi setiap pensyarah, barulah boleh tengok jadual exam yang ditunggu-tunggu... debornya rasa tengok jadual  terutamanya tarikh exam... alhamdulilah... jadual semester ni agak relax sikit... study week pun dekat 2 minggu.. memang banyak waktu free... hohoho...tapi study ye last minit jugak...hehehe... can't... can't... sem ni kena score tinggi...macam biasalah time final mula mata macam panda sebab lewat tidur malam... pagi dah bangun awal... xpelah... sekejap je nanti cuti sem rehat lah puas-puas kat rumah..hehe..#

#...oklah dikesempatan ini... ana ingin memohon kemaafan buat sahabat semua andai pernah mengguris hati sesiapa... halalkan segala ilmu yang pernah di kongsikan bersama... doakan dipermudahkan segala urusan ana sepanjang fina exam ini berlangsung dan seterusnya berjaya untuk semester ni... insya Allah....#

#... insya Allah... ana terpaksa hold blog sebentar demi memfokuskan kepada final exam dahulu... sehingga berjumpa lagi selepas habis final exam ni...#





Rabu, 18 Disember 2013

Aku yang Dulu, Bukanlah yang Sekarang

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah sekian lama nya teratak buruk ana terbiar lama (padahal tak de lah lama sangat..hehe)... akhirnya sedikit masa di ambil untuk mengisinyanya dengan sesuatu peringatan, pengisian dan perkongsian...


Alhamdulillah... thumma alhamdulillah... dengan keadaan hidup sekarang yang lebih terarah dengan di bantu oleh seseorang yang sentiasa di sisi sehingga akhir hayat...  Allahumma amin...

alhamdulillah dengan kehadiran umi ayah, seorang ***** yang sentiasa di sisi... alhamdulillah... kini hati rasa labih tenang untuk menuntut ilmu tanpa ada halangan dan dosa yang berterusan, sedangkan dosa dahulu kala pun masih masih tidak terhitung banyaknya...

alhamdulillah... di ruangan masa yang ada, seusai solat fardhu pasti tidak melepaskan solat sunat taubat... bercakap mengenai solat taubat... pernah ana mendengar salah seorang sahabat bertanya pada seorang lecture di tempat ana  belajar... "Diantara solat sunat taubat dan solat sunat hajat, yang mana perlu diuatamakan".. jawapan dari lecture: " sudah semestinya solat sunat taubat... dalam ruangan waktu yang ada selepas solat fadhu tu, cuba awak amik masa laksanakan 2 rakaat solat sunat taubat..sebab apa saya kata begini, bagaimana Allah nak terima hajat kita sedangkan dalam diri kita ni masih banyak lagi dosa-dosa yang bertimbun"... dalam fikiranku berfikir sejenak... memang betul apa yang dikatakan lecture sebentar tadi.. 

kita berbalik kepada tajuk asal... mengapa ana memilih tajuk seperti di atas... pasti ada reasonnya kan... antaranya:

1) Pertama sekali saiz dahulu ku tidak seperti sekarang..hehe.. kalau dulu badan macam lidi sekarang badan dah macam bola..hoho..(ayat nak hiperbola je ana ni...hehe)...  target cuti sem ni... memang nak back to 50kg semula... macam tak percaya je time diploma dulu 50kg je... memang xbalance pun.. bdan kurus, tp tinggi...hehe... dapat kurus 55kg pn jadilah...sikit2..hehe... bila tengok gambar time diploma dulu lain sangat... kurus yang teramat... hehe.. cincin pun longgar lagi,.tp sekarang.. hm... tenggelam cincin dalam isi jari.hehe... dah2 melalut je... nanti ada orang marah kita nanti...hehe..

2) alhamdulillah sekarang ni bila belajar tenang je... tak ada rasa halangan dah dan tak perlu terbeban fikiran disebabkan ada orang yang sentiasa di sisi ... thank you Allah give him to me...

3) for sure... alhamdulillah sekarang ni hati lebih dekat pada Allah... disebabkan ada orang yang sentiasa akan menasihatkan dan beri teguran untuk penambahbaikan diri... setiap wanita pastinya menginginkan dirinya menjadi seorang wanita solehah untuk dunia, anak yang solehah untuk ibu bapanya, isteri yang solehah untuk suaminya yang disayangi, dan ibu yang solehah untuk zuriat-zuriatnya.... insya Allah... pada masa yang sesuai nanti dan semestinya selepas "halal"... mommy to be... dipermudahkan Allah biiznillahita'ala..

4) kalau dahulu kehidupan masih terumbang ambing... dan kini kehidupan di susun secara rapi... tanggungjawab semakin bertambah... makanya, diri sendiri kena bijak mengurus dengan rapi... antara belajar dan family...namun.. adakalanya kita tidak mampu untuk mengawal emosi dan perasaan saat tekanan dihadapi... apa yang perlu dilakukan saat itu... ingat Allah dan mintaah bantuan dariNya... try pasang ayat Al-Quran, baca Al-Quran, zikir dan sebagainya.... insya Allah... semuanya akan kembali tenang...


5 dan seterusnya di lain hari ye...hehe... sebab nak kena fokus siapkan kerja semula... di sini ana memohon jutaan kemaafan pada semua sahabat handai semua... andai ada salah silap ana sepanjang berbicara dan mengendalikan blog ana ini... doakan segala urusan ana dipermudahkan sepanjang final exam ni dan berlangsung dengan tenang... Allahumma amin... sehingga kita berjumpa lagi di lain hari.... ^_^



p/s:.. duhai *****.... minta izin ye edit blog ni...hehe... maaf tertulis dulu baru cakap...

Jumaat, 29 November 2013

3 week more

بسم اللله الرحمن الرحيم

alhamdulillah 'ala kulli hal... berjaya mengharungi 11 minggu yang lalu... alhamdulillah terlalu banyak situasi Allah bantu permudahkan segala urusan... alhamdulillah... makin dekat dengan final exam, terasa makin kecut pulak...huhu...oh tidak... masih banyak lagi kerja perlu dilaksanakan terutamanya assignment , presentataion yang banyak tersusun...huhu... bila tengok jadual final exam lagi kecut.... start 2, 3, 4, 5, 6, 8, 9, 13.... semester ni hari sabtu ahad pun kena mengadap paper jugak...huhu... so, kena start study awal2... and kena pandai divide kan masa betul-betul antara semua tanggungjawab... ok lah... nak sambung kerja semula... ilalliqa'...

Isnin, 11 November 2013

Fasa kedua semester

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah... alhamdulillah...alhamdulillah... syukur di atas segala pemberian nikmat dariNya... sedar tak sedar dah nak dekat dua bulan ana tak mengupdate blog... kali terakhir pada 23 september 2013... sebagai student pastinya perlu menempuh hari-harinya bersama tugasan-tugasan yang perlu disiapkan... alasan je tu... padahal boleh je update..hehe.. alhamdulillah cuti mid sem pun baru sahaja berlalu... alhamdulillah melalui dengan tenang... dan sentiasa senyum selalu nampaknya.... hehe... "p/s: minta izin update blog ye"...^__^... ana sentiasa berdoa dan mengharpakan doa-doa dari sahabat-sahabat semua agar semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang berlalunya semester ini... dan sentiasa mengharapkan panduan dari Allah untuk terus bijak merancang membahagikan ruang masa dari pelbagai sudut... wailalliqa'...


p/s:... senyum dan terus senyum dan terus bersemangat untuk berlajar...

Isnin, 23 September 2013

Selesai Sudah

Bismillahirrahmanirrahim....

Untuk awal-awalnya ana ingin mengucapkan syukur banyak-banyak pada Allah s.w.t. kerana izinnyaNya dan kuasaNya yang terlalu besar...Subhaallah.. terasa terlalu dekat pada Allah... terasa diri ni kerdil di hadapan Allah.. betapa kedekutnya kita untuk meluangkan masa beribadah kepada Allah, membaca kitabNya iaitu Al-Quran dan sebagainya... namun, Allah tidak pernah berkedekut dengan kita, segala apa yang kita inginkan Dia tunaikan... Alhamdulillah thuma Allhamdulillah... bersyukur sangat-sangat untuk kelas malam ini berjalan dengan lancar... kelas bahasa inggeris bersama adik-adik semester 1... walaupun perbezaan umur agak jauh, namun bagi ana, tiada jurang perbezaan umur, niat kita semua untuk menuntut ilmu... as long as masih hormat -menghormati sudah cukup baik... 'ala kulli hal..bersiap sedia untuk meneruskan perjuangan semester ini dan fokus pada setiap madah yang ditempuh... berundur diri untuk merehatkan minda dan jasmani untuk kelas jam 8 pagi esok... ilalliqa'..

p/s:: can't wait 6 October... ^___^

Khamis, 19 September 2013

Jadual oh jadual

Bismillahirrahmanirrahim...

salam sayyidulayyam... penghulu segala hari... alhamdulillah selesai urusan add subjek... Allahamdulillah thuma alhamdulillah... Allah permudahkan urusan ana pada hari ini... dapat add lagi 1 subjek... jumlah keseluruhan subjek semester ni  9 subjek kesemuanya.. dan ana perlu menempuh 22 creadit hour... terasa macam sikit pula..sebabnya time semester 3 dahulu perlu menempuh 25 kreadit hour.... 'ala kulli hal. bersyukur sangat.. segala urusan pada hari ini dipermudahkan... dan di bawah ni, ana lampirkan jadual ana bagi semester ni... alhamdulillah.. even tak dapat add subjek b,i 2 tapi ddapat gantikan dengan bi 1 pun sudah cukup.... makanya dengan ini ana berhutang lagi dengan usim untuk 2 subjek iaitu hubungan etnik yang akan diambil pada semester 6 nanti dan b.inggeri 2 akan diambil pada semester 7 nanti... thanx to adik athirah sebab teman akak ke sana ke mari and support akak...  oklah.. ana berundur diri dahulu... untuk qailullah sebentar sebelum mengulang hafazan.... ilalliqa'



Letih menunggu

Bismillahirrahmanirrahim...

Sedang jari-jemari rancak menaip di papan keyboard, sambil mendengar zikir terapi hafiz hamidun, tanpa disedari air mata memgalir laju di pipi... segala apa yang ana cuba pendamkan tidak mampu untuk ana simpankan lagi... hanya mampu meluahkan dengan air mata....Minggu ke dua untuk sesi pembelajaran sangat2 menyakitkan... ujian demi ujian yang perlu ana lalui... walaupun ana cuba untuk bergelak ketawa bersama kawan-kawan, namun tetap tidak mampu untuk menghilangkan keresahan memikirkan subjek semester 1 yang tidak tahu apa nasibnya... perit memang perit... selama ni dalam fikiran hanya memikirkan tentang add subjek sahaja... sehinggalan saat genting hari ini... dua tiga kali ana naik pejabat fakulti, sampaikan terpkasa masuk lewat ke kelas... langkah terakhir di lakukan...dan dengan keputusan yang sangat berat... TERPAKSA call en amirul... namun tidak respod... sangat-sangat mengecewakan dan hampa... langkah terakhir diambil... dengan menaip mesej menceritakan masalah ana.... dan sangat2 gembira sejurus menerima respod mesej darinya... namun hampa... bila membaca mesejnya... "wsalam. Hifz alquran 1 sudah masuk. bi 1 semua kumpulan sudah penuh"... ya Allah... luluh hati ni... elok-elok ada mood nak makan, terus biarkan nasi..nasib baik kawan tolong habiskan.. dari pada perot kosong lapar...terus jadi kenyang bila menerima mesej tu... 

ya Allah...berikan aku pertolonganmu untuk menyelesaikan subjek semester 1 yang masih belum aku ambil lagi... ya Allah... berikan aku kekuatan untuk melalui kehidupan ni sehingga selesai tamat pengajianku... 

perancangan asal::

semester 5:: add subjek sem 1 (hifz al-quran dan bi2)... yang lepas hanya hif al-quran1 sahaja
semester 6:: add subjek sem 1 (hubungan etnik)
semester 7:: add subjek sem 1(bi1)

namun... sehingga kini...

persoalan masih menjadi tanda tanya... bagaimana situasi ana ni... esok (jumaat) adalah hari terakhir untuk urusan add subjek... ya Allah... aku perlukan kekuatan... aku cuba untuk tidak mahu menambah semester semata-mata untuk menyelesaikan baki2 subjek semester 1 yang belum aku ambil lagi... Allahumma Rabbi Yassir wala tu'assir... ya Allah permudahkan segala urusanku esok hari...

sambung cerita:::

kisah ana sewaktu kelas braille petang tadi... sangat-sangat menyentuh hati ana... disebabkan subjek braille ni sangat best... ana cuba kuatkan hati ana.. bukan senang untuk kita sesuaikan diri dengan lecture yang sebaya kita atau lebih tua setahun dari kita... tak tipu lah kalau dalam hati ada terdetik malu atau rasa rendah diri atau apa-apa sahajalah bila tahu umur lecturer sebaya kita... kalau sem sebelum ni memang sanagt2 terasa bila menghadapi situasi ni... namun lama kelamaan.. ana cuba untuk menerima kenyataan dan takdir dalam hidup ana... rezeki masing2 Allah dah tetapkan... lagi ana terasa bila tahu lecuture tu dah kahwin...  dalam keadaan umur sebegini.. bukan mudah untuk melawan perasaan dalam hati ni... orang yang berumur sebaya ana dah habis belajar, lepas tu dah kerja dan dah kahwin... sedangkan ana masih ke sana ke sini mencari kelas, ke kuliah ke tutorial... bila dah muncul perasaan macam ni, mula lah teringat perkara-perkara yang lepas... Astaghfirullahal'azim... ya Allah...lurukan hatiku kembali... perbetulkan semula niatku ini...  Allahu'alam... ilalliqa' ma'assalam...

Ahad, 15 September 2013

New Sem

Bismillahirrahmanirrahim,...

wahhh.... dah lama blog ni berabuk sangat2... asyik lalu je tapi tak sempat nak update..hehe.... alhamdulillah...syukur dengan izin Allah... masih berupaya dan bersemangat untuk meneruskan semester baru.... third year... macam tak percaya dah masuk tahun 3... hujung tahun depan habis belajar.. sangat2 tak sabar....hehe... alhamdulillah... semester ni urusan untuk register subjek sem 5 sangat2 mudah... tak perlu naik pejabat untuk add seperti semester2 sebelum ni.... cuma sekarang ana masih dalam kerisauan disebabkan ada dua subjek semester 1 masih belum  masuk... menunggu dan terus menunggu... andai hari esok belum masuk lagi... makanya hari selasa perlu naik ke pejabat bertemu dengan orang pejabat semula... insya Allah semester ni ana tambah 2 subhjek sahaja... disebabkan ada 2 subjek hafazan... makanya terpaksa lah,.. semester 6 nanti tambah 1 subjek sem 1 dan sem 7 nanti tambah 1 subjek lagi... wamakaru wamakarallah...wallahukahairulmakirin,... kita hanya mampu merancang sebaik2 perancang dtgnya dari Allah... alhamdulillah...bersyukur sangat orang yang sangat2 rapat selalu berdamping dengan ku... iaitu umi ayah dan juga teman yang sentiasa bersama.... bukan niat ana nak mengutamakan mereka tapi yang sebenarnya... Allah yang sentiasa bersama dengan ana... alhamdulillah ...alhamdulillah bersyukur sangat2... Allah hadirkan mereka yang sentiasa bersama dengan ana sebagai perantaraan... semester ni kelihatannya subjek2nya begitu mencabar... tp kita jangan anggap ianya berat... kita cuba untuk berfikiran positif... banyakkan doa dan fokus dalam kuliah... doakan ana semua kawan2...dan ana doakan agar antum semua sentiasa dalam rahmat Allah dan dipermudahkan segala urusan antum semua.... wailalliqa'.. ma'assalamah...



Selasa, 3 September 2013

PETUA MENJIMATKAN MINYAK KERETA

Petua jimat minyak kereta :

1. Lepas solat subuh, sebelum
start engine kereta, baca Al-Fatihah & niat utk sedekahkan kepada kedua ibu bapa.

2. Panaskan engine. Biarkan dalam 10 minit.

3. Sebelum matikan engine, bacalah 3 Qul sebanyak 7 kali.

4. Matikan engine kereta.

5. Lepas tu start motor dan terus pergi kerja. Insya'Allah, jimat minyak keta kita...

Selamat mencuba .... ^__^



Jumaat, 26 Julai 2013

Cuci Mata

Bismillahirrahmanirrahim....

semoga antum semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa di bawah Rahmat Allah... sekejap sahaja masa berlalu... terasa macam baru sahaja berpuasa... kini sudah masuk hari ke 18 berpuasa... rata-rata masing-masing sibuk untuk menyiapkan kelengkapan hari raya... hujung minggu pastinya masa yang digunakan untuk menyiapkan semua kelengkapan... baik baby  yang baru lahir sehinggalah ke warga tua... semalam ana sempat keluar berbuka puasa bersama-sama.. (ehem-ehem...sakit tekak pulak...hehe)... sempat juga mencuci mata melihat baju-baju raya di pkns shah alam... suasana kelihatan meriah dengan dendangan lagu raya bergema di merata tempat...sudah penat  berjalan-jalan, apa lagi langkah dilajukan ke bazar ramadhan... aduhai... perlu bersesak di sana.... belinya sikit... perjalanan terasa lama disebabkan kesesakan manusia...

p/s:::  tahniah diucapkan buat teman dengan kesayangan baru anda...hehe... lepas ni tidur pun bertemankan si dia di sisi... sayangilah si dia macam mana anda menjaga mama anda dengan kasih sayang sepenuhnya... i will support you...whatever you do... ana doakan agar teman diberi kekuatan dan dimurahkan rezeki keluarga... guna sebaik-baiknya kamera baru tu... canon EOS 7D kan,.. yang ana ingat camera pro..hehe.. jaga  baik-baik ye seperti mana anda menjaga isteri kamu..(eh ..silap taip pulak.. bakal isteri)...hehe..




(gambar sekadar hiasan)


Jumaat, 19 Julai 2013

Pemergian dia

Bismillahirrahmanirrahim....


Saat entry ini ditaip... terasa berat di kepala ni dan terasa berdenyut-denyut je... dengan cara inilah dapat mengurangkan sedikit kesedihan... 

Berbuka pada petang tadi disambut dengan kesedihan... saat menerima berita mengejut dari jiran tentang keadaan browny yang dah meninggalkan kami... jelas kelihatan di riak wajah ayah begitu sedih dan tidak seceria dan bergurau seperti hari sebelum ini... dari pagi ana mencari di merata tempat... namun, tetap tidak kelihatan... hati dah mula risau... bermacam andaian di dalam fikiran ketika itu... adakah ada orang curi??.. adakah dah mati??.. tapi kalau dah mati mesti nampak badan dia... adakah dia naik kereta ayah, ayah tak perasan terus keluar??.. persoalan itu berlegar-legar dalam ingatan... dan akhirnya terungai dengan jawapan... "Browny telah mati dilanggar"... saat ana di dapur tengah menyiapkan juadah, hati tersentak mendengar pengkhabaran dari ayah... rupanya, jiran ana yang nampak pagi tadi browny dilanggar dan mereka terus menanamnya... terungkai semua persoalan... kelibatnya yang tidak muncul seak dari pagi rupanya telah pergi selama-lamanya... baru ingat nak mandikan dia pagi tadi, disebabkan itu, ana keluar mencarinya sebab dah janji dengan dia nak mandikan dia sebab dia main dalam longkang semalam... rasa bersalah pulak sebab tak bagi dia masuk rumah petang semalam...sebab badannya yang kotor main dalam longkang... rupanya pelukan semalam adalah peluka terakhir dengan browny pada awal pagi semalam...



browny...
tuanmu sekeluarga merindui mu....
browny lah yang akan jadi saksi kami di akhirat nanti...
kerana kami diamanahkan Allah untuk menjaga kamu di dunia ini...
namun... Allah hadirkan kamu sebagai pinjaman sementara selama setahun untuk menceriakan hari-hari kami sekeluarga dengan gelagatmu yang mencuit hati...



browny...
kami sekeluarga rindu untuk mendengar locengmu yang ada di lehermu berbunyi ....
kami sekeluarga rindu untuk bermain-main bersama kamu...
kami sekeluarga rindu untuk mendengar suaramu yang terlalu manja "meow..meow"...
kami sekeluarga rindu untuk memberi kamu makan...
kami sekeluarga rindu untuk mengusap-usap bulu kamu yang gebu dan lembut...




akan tetapi....
Allah lebih menyayangi kamu..
terima kasih ya Allah... kerana pinjamkan browny untuk kami sekeluarga...
tempat untuk menjalankan tanggungjawab untuk menjaganya...hati ini terlalu sedih kehilangan kucing yang terlalu disayangi...
terasa kosong sangat ketika ini... selalu main dengan dia...
terima kasih teman berusaha untuk control kesedihan ana...
ana cuba aupload video dia..tapi tak larat nak menunggu nya,..


Isnin, 15 Julai 2013

I got it back

Bismillahirrahmanirrahim...

just short note... ^__^

alhamdulillah... syukur sangat2 Allah panjang usia untuk merasai lagi ramadhan sehingga hari ini... sedar tak sedar dah masuk seminggu kita berpuasa... still ada 23 hari sahaja lagi... back to the topic... "I got it back"... ya Allah... tak tergambar perasaan masa tu...masa jumpa tu hanya mampu mengucapkan syukur pada Allah... menangis sekejap sebab terlalu seronok dengan barang yang kita terlalau sayang... alhamdulillah Allah maqbulkan doa... untuk bertemu balik dengan cik cincin... tapi ana sorokkan lagi berita gembira tu dulu... sebab time jumpa tu waktu pagi.... jadinya, ana lewat sikit inform pada teman sebab tak nak gangu dia dalam kelas... but, actually, until now, i still remember the situation was happen at the day... hehe... sangat suprise... bila ingat balik mesti tersenyum sorang-sorang... tujuan utama nak cari tako yaki... tapi diri sendiri kena suprise... nak teman cari board punya pasal... sangup tahan sakit kaki... ingat nak pegi event maybank rupenya cari kedai lain...ingatye saje servey... rupeye terus beli... macam nak terbang pun ada masa tu sebab heppy...hehe... banyak pulak ingatnya... sudah semestinya kenangan yang akan diingati...

dalam keadaan seronok... terasa sedih memikirkan diri ini yang banyak kelemahan... banyak salah silap pernah dilakukan... tapi still menerima diri yang serba kekurangan ini... ya Allah... berilah kekuatan buat diriku untuk mengubah yang lemah kepada yang lebih baik... Amin ya Rabb...

Jumaat, 12 Julai 2013

Looking around

Bismillahirrahmanirrahim....

terasa pantas masa berlalu sedar-sedar kita dah masuk hari ke-4 berpuasa... masih berbaki 26 hari sahaja lagi dan berbaki 25 malam lagi untuk berterawih... peluang yang ada ni bukan selalu kita perolehi... cuma setahun sekali... terkesan di dalam hati dalam ucapan tazkirah ustaz ahmad dusuki dalam tazkirahnya semalam di masjid.." orang melayu ni yang ditunggu-tunggu bukannya puasa, tapi raya..."... "sebenarnya di negara arab tak ada pun waktu imsak, dekat Malaysia sahaja yang ada sebab orang melayu ni kuat makan, kalau tak ada waktu imsak, takut sahurnya terlajak"... suasana seperti ni bukan selalu kita jumpa.. hanya 1 tahun sekali... itu pun panjang umur dapat berjumpa lagi tahun tahun hadapannya... seuasai solai witir, saat tahlil dibacakan oleh imam semalam, hati ini terdetik apakah yang dialami orang yang berada di dalam kubur..pasti hari-hai yang dilalui sangat-sangat tidak sabar menunggu bulan ramadhan kerana padanya dihentikan segala seksaan... ya Allah... perasaan hiba terlintas dan tanpa disedari  titisan air mata berjujuran... teringat saudara-mara yang telah pergi terutama Allahyarham atuk... peluang yang tidak dilepaskan adalah doa...  di dalam bulan yang mulia ini... perbanyakkan dan mengharapkan Allah mustajabkannya apa yang kita luahkan padanya...

Sabtu, 6 Julai 2013

Hadiah Istimewa

Bismillahirrahmanirrahim....

Sebelum melangkah masuk tidur... ana mengambil sedikit sahaja masa untuk memenuhkan ruangan teratak buruk ana ni...hehe... masa di ambil sedikit hari ini untuk berjalan sebentar... menolong teman di sana mencari bahan assignment, bahan tesis dan juga jadi cikgu dia kejap...hehe... tapi ada satu perkara yang sangat-sangat membuat kan ana terasa kecewa dan serba salah sangat-sangat... hanya air mata peneman tuan badan... ana dah buat kesilapan besar hilangkan barang yang sangat-sangat berharga... ya Allah... menangis tak berlagu dah di buatnya... hadiah yang sangat berharga diterima ketika tahun 2010 dahulu menyorok dari ana... (ayat kasi sedap sikit... nak sedapkan hati diri sendiri... sebab dah sebe salah sangat-sangat)... di mana kamu cik cincin... jangan main sorok-sorok dah... penat saya cari kamu di merata... saya tak mengalah.. saya cuba cari kamu lagi...

ucapan ikhlas dari hati:::

MAAFKAN ana... ASIF JIDDAN... atas kelemahan dan kesilapan besar ana... maafkan ana... jazakumullahu khairaljaza' atas pengantiannya yang baru... hehe... (ayat yang selebihnya by PM ye...ehehe...)


oklah... malam semakin mencemburui kita... Bismikallahumma ahya waamut.... maafkan salah dan salah silap ana semua sahabat sekalian...



(hadiah yang sangat berharga dan memberi kenangan... semoga menjumpainya semula)




(kejutan besar yang diterima... ^___^..._


Sabtu, 29 Jun 2013

Tesis

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah thum Alhamdulillah masih diberi peluang lagi untuk bernafas di dunia ini... menyambung sisa hidup yang tidak tahu bila penghujungnya... Ya Allah... ampunilah dosa-dosaku terangilah hati ku dengan cahaya imanMu... hampir seminggu sahaja lagi bakal bertemu bulan yang kita nanti-nantikan... AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN... rasa tak sabar nak berpuasa, solat terawih secara berjemaah di masjid... pasti suasananya cukup indah... alhamdulillah dapat berpuasa bersama keluarga... tiba-tiba fikiran ni melangkau jauh meningatkan kenangan sewaktu berpuasa di KUIS dahulu... sahur dan berbuka bersama-sama dengan akak bilik... miss you all akak-akakku sekalian... dalam masa yang sama berpuasa dalam keadaan tengah musim final exam.. memang mencabar... lagi-lagi bila paper petang,.. (tak tercakap perot time tu dah macam-macam muzik ada...hehe)...

berbalik kepada tajuk asal... terasa cepat masa berlalu.. untuk tahun 3 pengajian ni bakal bertemu dengan cik Tesis lagi... sebenarnya tahun 4 nanti... time sem 7... tapi bagi ana...ana lebih suka bersiap sedia awal... mula bersungguh mencari tajuk yang bersesuaian... kalau dulu dalam bhasa melayu tapi untuk degree ni full in arabic.. wah... agak mencabar sedikit.. apapun kena tetap berusaha juga menyiapkannya...
untuk sekarang ni... tiba masanya untuk ana bersama-sama menolong teman di sana menyiapkan tesisnya... sementara menunggu turn ana pula..hehe.. hidup ini perlu give and take... seperti yang selalu dia ingatkan...mana yag kita kurang sentiasa di ingatkan dan diperbetulkan..

oklah nak bersiap-siap ke nilai... ilalliqa'..


(sejarah bible.. agak mencabar tajuknya.. tapi kita cuba positifkan minda dengan menganggap mudah untuk di fahamai dan disiapkan..insya Allah..mudah dengan izinNya..)



(selepas penat duduk lama di PNM.. langkah di lajukan untuk ke himpunan blackout tapi sayangnya dah terlewat sikit.. jalan semunya ditutup... haluan di tukar ke KLCC untuk mencari popcorn garrett...hehe)


(Tesis ana sewaktu diploma dahulu..sangat-sangat memberi kenangan dalam menyiapkannya)



International Night

Bismillahirrahmanirrahim....

sementara menunggu masuk waktu isyak sekejap lagi... terasa tercabar pula...hehe... ada orang tu dah update blog.. selepas puas memujuk...(mesti kembang dia...hehe...jangan marah)...ingin ana kongsian di sini... kenangan sewaktu menghadiri international night event... bagi ana di sini... ana tolak kan politik atau ketaksuban agama ke tepi sebentar... niat ana menghadiri untuk mengetahui tradisi, budaya, pemakanan pakaian dan sebagainya bagi setiap negara...most of them from arabian... by the way..sepanjang perjalanan dari pintu fakulti ke dewan utama... terdapat lebih 20 booth dari setiap negara... oleh kerana peluang seperti ini bukan selalu di dapati, makanya tanpa membuang masa ana dan sahabat lain mengadakan sesi lawatan ke setiap booth.. yang pasti kompomnya baunya almaklumlah... tahan jela..hehe... sebenarnya bukanlah bau busuk..tapi bagi rakyat malaysia ianya agak kurang menyenangkan... bagi mereka kemian itu di gunakan untk wangian seperti perfume.. but seperti yang kita sedia maklum bagi orang malaysia kemian itu digunakan untuk upacara memanggil jin, bomoh dan perkara-perkara khurafat dan syirik... jauh terpesong dari agama...

berbalik pada tajuk asal... event ni bermula pada pukul 8 malam dan berakhir pada pukul 12 tengah malam... sangat seronok dan cukup terhibur... sempat juga merekod dengan mengunakan hp baru...hik2... dan malam itu jugalah lah countdown birthday ana 22 mei...hehe... selesai program jam 12 tengah malam... lakah di aturkan secepat mungkin... mana tak ye.. nak drive balik tengah2 malam... Allah...hanya Dia sahaja yang tau perasaan ketika itu... melalui jalan yang gelap... agak seram... bukan taut dengan hantu... tetapi takut dengan manusia yang berniat jahat... sebab dah ada kes di situ pelajar kena samun... huhu.. maklumlah jalan menuju ke usim sekarang dah cantik macam2 boleh jadi.. alhamdulillah selamat sampai di kolej kediama sutera indah berdekatan dengan tesco... sampai-sampai pagar dah tutup dan di soal oleh pengawal... adoi...jenuh nak menjawab... rasa nak je angkut NC sekali bagi lepas masuk gate...hehe... untuk akhirnya.. ingin ana katakan di sini... pengalaman sewaktu belajar ni mungkin kita tak akan jumpa bila kita selesai habis belajar nanti...


(salah satu tarian dari negara...(tak ingat dah sebab terlalu banyak)...)





(bila iphone dah lama tak bertemu galaxy grand... pastinya banyak perkara yang ingin di sembangkan dan bincangkan... tak gitu teman di sana... hehe...)

Khamis, 27 Jun 2013

Heppy Heppy

Assalamualaikum semua....

Menjengah ke blog sebentar sementara menunggu masuk waktu Maghrib untuk berbuka dan menunggu orang di sana pulang mengajar...

Alhamdulillah cukup seminggu ana selesai menamatkan final exam bagi second year... dan masuk 3rd year... (mood: xsabar nak habis belajar...hehe...)... siapa2 yang faham buat faham lah ye... alhamdulillah sepanjang menjawab final...Allah permudakan untuk menjawabnya walaupun tatkala hampir ke penghujung final menghadapi dua masalah besar... alhamdulillah masih mampu di atasi... masakan untuk tiba di penghujung paper.. ana terpaksa mematikan hp untuk keamanan... thank you teman selalu di samping ana dan hormat ana time final exam...saling memahami masa masing-masing...

penat tu tak payah nak cakap... rasa nak tercabut tangan dengan kaki ni turun naik angkat barang... terpaksa dua kali angkut... tu pakai kereta....kalau rumah jauh naik bas... tak tahulah nak gambarkan macam mana..

oklah...nak bersiap-siap utuk iftar... jumpa lagi..

Khamis, 13 Jun 2013

Berehat Sebentar

Bismillahirrahmanirrahim....

Saat kita duduk jatuh ditimpa ujian... hati kita di uji dengan bermacam perasaan... senyum yang cuba dipalitkan di wajah hilang sedikit demi sedikit di hijabi dengan air mata yang mengalir... itulah lumrah kehidupan... tidak semuanya yang kita harapkan itu benar-benar terjadi... namun.. jangan sekali-kali berundur dan kalah dengan semua yang dihadapi... kelak akan datangnya berita gembira buatmu... sabar itu kunci dalam kehidupan kita....

sedikit waktu diambil semasa rehat yang senggang ni... gap 3 hari sebelum bertemu 5 paper lagi pada minggu hadapan... dan terus bercuti semester.... pastinya inilah masa yang sangat-sangat ditunggu....

ingin ana coretkan sedikit ruangan di sini... walaupun tidak seberapa...

alhamdulillah 5 paper sudah berlangsung dan exam pada hari ini sangat mencabar... tatkala bertemu dua subjek yang agak mencabar dalam masa satu hari...perasaan yang terbuku dihati hanya Allah sahaja yang tahu... bertemankan air mata setiap waktu tatkala hati di serahkan pada Allah... mengharapkan satu keajaiban dan pertolonganNya... Subhanallah... Allah tidak mengecewakan hambaNya, bahkan menghiburkan hati kita dengan segala pemberiannya...

sedikit ruang masa yang ana ada ni, sempat ana isikan masa menonton cerita cinta dan wahyu...(episod akhir)..pasti tidak akan dilepaskan... siapa yang tak seronok dan ternanti-nanti apakah ending ceritanya... ^_^... satu cerita yang bagi ana bagus berbanding drama-drama lain... ada juga drama yang bagus.. sumanya serita ini adalah salah satu cerita yang bagus... sejak dari drama warkah cinta sehingga cinta dan wahyu, setiap sudutan kisahnya ana ikuti... tengok bukan sekadar suka-suka, yang penting isi dari ceritanya yang kita ambil... paling ana terkesan dalam cerita ini pada episode akhir... Cinta dah Wahyu (Last Episode),,,  jangan lupa saksikan... hihi...

apa yang ana dapati dari cerita ini....

1) Cinta itu fitah manusia... sejauh mana kita cuba lari dari memikirkannya pasti akan tetap memikirkannya...
2) Hati dan perasaan kita tidak mampu untuk dipaksa-paksa...
3) Jodoh itu sudah di tetapkan... tetap atau lambat pasti akan bertemu juga dengan pasangan kita... bersertakan dengan usaha...
4) Ana seronok tengok cerita ni, walimah yang diadakan simple dan kehadiran pihak pengantin lelaki datang di sambut dengan selawat... seperti kedatangan Rasulullah s.a.w. ketika tibanya di Madinah... orang-orang Madinah menyambut kehadiran Rasulullah s.a.w. dengan perasaan dan suasana yang cukup gembira dengan dendangan selawat...
5) Yang paling ana suka, wanita di dalamnya memakai niqab... seperti yang ana inginkan dan cuba istiqamahkan...
6) Andai kita betul inginkan sesuatu itu, berdoalah dengan istiqamah dan tidak putus asa... 

dan seteterusnya....hehe...

banyak lagi...

sebelum cuti bermula sudah beberapa kad undangan perkahwinan diterima... dan berita gembira kami terima minggu lepas... seorang sahabt kami telah selamat melahirkan anak perempuan... dah dapat anak buah kami semua..ni yang ke berapa tak tahu dah..hehe... ana bila lagi nak bagi anak buah... tunggu kahwinlah kan... doakan urusan ana dan pasangan dipermudahkan dalam melalui laluan ke arah membina baitulmuslim... untuk  coretan kata penutup di sini... mohon maaf andai ada kata-kata yang menyakiti hati hati sesiapa yang mengenali ataupun tidak... waillalliqa'....ma'assalam..

Jumaat, 31 Mei 2013

Final Exam Coming

Bismillahirrahmanirrahim....

Disini saya ingin mengambil sedikit masa yang terluang ini...  untuk memohon jutaan kemaafan buat sahabat andai semua yang mengenali diri  ini dari hujung ramut sehingga huung kaki... maaf dipinta andai ada menguris  hati mana-mana pihak yang pernah mengenali saya.. halalkan apa yang pernah diberi.... doakan saya dipermudahkan segala urusan sepanjang final exam berlangsung... dan diberi ketenangan semasa menjawab exam....


terima kasih banyak-banyak buat sahabat handai yang banyak membantu saya dari setiap aspek kerja.... dan terutama umi dan yaah yang banyak membantu dari sengenap sudut... tidak pernah dilupakan juga buat teman saya yang tidak pernah jemu untuk turut membantu (dia baca kembang nanti..hehe...jangan marah ye)...dan sentiasa ada di sisi.... hehe... 

time to focus on final exam.. cuti study week seminggu ni ingin ku penuhi sebaiknya.... lepas ni kena kurangkan on9.... pulun2 betul study... ^___^

Sabtu, 25 Mei 2013

Final Exam

Bismillahirrahmanirrahim...

setelah sekian lama tidak mengupdate blog.... kini ana cuba meluangkan sedikt masa disini untuk mengaturkan jari jemari menaip utaian kata demi kata.... hampir setiap hari ana meluangkan sedikit masa menjungguk sebentar di blog sendiri... namun.. seperti kosong dan tiada keinginan untuk menaip bicara di sini..dan hanya tersimpan sebagai draft sahaja... hari berlalu dengan pantas... semakin dekatnya dengan final exam... bermula 10/6/2013 sehingga 21/6/2013... menghadapi paper setiap hari isnin sehingga hari jumaat bagi dua minggu berturut... sungguh mencabar... hanya kepada Allah ana sandarkan semuanya... makanya ana perlu menggunakan masa sebaiknya membuat ulang kaji... tapi kadang kala ada masanya ana  turut terkecundang juga... Astaghfirullahal'azim.. lemahnya iman ana ni... ya Allah kuatkan diriku ini untuk melalui mehnah kehidupan dan pancaroba di dunia ini... doakan dipermudahkan urusan ana sepanjang final exam berlangsung ... segala apa yang terjadi ada hikmahnya... 

yakin dengan Allah... ngadulah pada Allah..

ya Allah berikan yang terbaik buatku dan berikanlah apa yang aku perlukan bukan apa yang aku inginkan....

Amin Ya Rabbal'alamin..

Isnin, 22 April 2013

"Note" tengah malam

Jam di laptop menunjukkan 2.40 pagi.... namun...mata masih bulat dan segar untuk dilelapkan... ya Allah....apa nak jadi dengan aku ni.... esok pagi ada kelas...alhamdulillah..ada 2 mid term di tunda minggu depan... kalau x, makan, tidur semua menghadap buku... tapi aku yakin... Allah berikan semua ini ada hikmahnya... terima kasih ya Allah...Engkau berikan aku ujian ini, pastinya tidak akan aku lupai... walaupun berat untuk aku laluinya... bertemankan air mata sebagai penenang diri dan melepaskan apa yang terbuku di hati... tak usah risau wahai diri ku.. Allah ada sentiasa bersama kamu... mintalah pada Dia, pasti Dia akan maqbulkan... Dialah sebaik-baik peneman yang sentiasa bersamamu... sabar dan terus bersabar... itulah yang menjadikan diri ini kuat... di tambahi dengan ujian hp bermasalah...tak boleh on.. ya Allah.... aku redha dengan semua ini... aku bersyukur dengan apa yang Engkau berikan... walaupun aku tak mampu nak membaikinya dan apatah lagi untuk menukarkan pada yang baru... hm...xpela.... mungkin ada sesuatu yang Allah hidden kan dari aku... aku sangat-sangat mengharapkan Engkau permudahkan urusanku ya Allah.... Allahumma amin..


Sabtu, 20 April 2013

Tanda-tanda Ajal Semakin Hampir

Tanda-tanda Sebelum Kita Meninggal Dunia

100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



Rabu, 10 April 2013

Mid Sem Break

Bismillahirrahmanirrahim....

apa khabar antum semua.. semoga sentiasa dalam berada dalam kasih dan rahmat Allah... sekejap masa berlalu.. pejam celik dah masuk  bulan 4... pastinya ketika ini, semua pelajar ipt sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja dan menghadapi mid term... menakutkan...huhu... (sebab apa takut??..tak cukup preperation)... rasa mcm tak puas cuti mid sem... seminggu je... bagi la kami cuti lama2 sikit..hehe... banyak songeh pulak...hehe... sampai ada orang tu siap cakap..." kesian kat orang tu... dah nak balik ahad ni"...saja nak menjeleskan...tau lah tengah cuti panjang....huhu..(jangan marah ye bila baca nanti)... cuti kali ni rasa macam tak cukup...hehe... sebab ada je perkara nak buat tiap2 hari... pegi library shah alam, pegi pejabat pos renew lesen, pergi nilai cari barang hantaran, pergi jekel cari baju untuk kenduri kahwin nanti, weekend ni ada kenduri bertunang pula... (cara cakap macam kenduri kita pula...hehe... Insya Allah... giliran ana akan menyusul selepas ini)... doa jangan putus-putus ye shikin... Allah nak tengok usaha kamu...(ingatan untuk diri)...sahabat-sahabat dan readers semua... doakan ana  dan pasangan dipermudahkan urusan kami untuk membina baitul muslim... kami mengalu-alukan doa yang terbaik dari antum semua untuk kami...Allah berjanji sekiranya kita mendoakan untuk orang lain, ganjarannya malaikat turut mendoakan untuk kita... dan akan ada orang lain yang akan mendoakan kebaikan untuk kita...insya Allah... ganjaran Allah cukup besar....

bila fikir hari isnin nanti menakutkan pula... ada mid term... uwaaa... tak habis study lagi... semestinya fenomena selepas cuti mid sem... akan melalui suasana "buzy"... Semoga Allah permudahkan segala urusanku...



Rata-rata pastinya ramai dikalangan masyarakat ketika ini sibuk berbualkan tentang isu pilihanraya... tak 
sabar rasanya nak mengundi untuk kali pertama... yang pasti ana akan mengundi ****...undi itu rahsia...hehe... berfikirlah mana yang bak dan mana yang buruk demi kebangkitan negara kita pada masa akan datang... sayangi negara kita.. lakukan satu perubahan demi keadilan rakyat... kaalau ketika ini ana sedang cuti panjang... semestinya ana akan turut sama memerah tenaga berkempem.... Insya Allah ada gajarannya di sisi Allah...namun apakan daya... pelajaran perlu diaulakan dahulu...insya Allah... ada kelapangan masa ana akan cuba mengikuti aktiviti2-aktiviti berkempem...ayuh mahasiswa...bangkitlah berjuang demi Islam khususnya untuk agama kita dan amnya demi keadilan negara kita... oklah...Insya Allah...kita bertemu diruangan yang lain.... maaf salah silap salah.... ilalliqa' ma'assalam...

(maaf..gamabr asal perlu di hiddenkan)

..


Isnin, 8 April 2013

Semua Lelaki Kena Ambil Tahu


Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.

MENANAM URI ANAK

Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.

Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.

Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.


7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

***mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti

8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.




Ahad, 24 Mac 2013

Santai-santai

Assalamualaikum w.b.t... kaifahalukum jami'an.... semoga antum semua berada dalam keadaan sihat dan dalam jagaan Allah... asyik lalu je kat blog sendiri, tapi hanya mampu pandang je, sebab rasa tak ada mood nak update dan disebabkan kesuntukan masa... alhamdulillah segala urusan dipermudahkan.... terasa semester ni terlalu penat... berbanding semester lepas... kadang-kadang dalam kuliah pun terasa ngantuk sebab selalu tidur lambat... lambat bukan mesej pakwe ye... lambat sebab menyiapkan kerja dan buat sedikit revision.." azam ku pada awal semester lalu perlu aku tepati"... kadang-kala bila duduk seorang diri, fikiran ana merenung jauh... teringat kenangan dan diri ana sewaktu diploma dulu... sangat berbeza pada ketika ini... mungkin suasana belajar dan hostel pun sangat berbeza... tetapi perlu juga dilalui...degree tidak semudah diploma... dalam fikiran ni duk memikir, bilalah nak habis belajar ni... untuk menyedapkan hati... fikirkan hanya ada 3 semester je lagi... lepas tu habis... yeah...hehe... lepas tu....teeeettttt... plan yang seterusnya....

bila dah balik rumah ni... nak datangkan mood belajar tu perl mujahadah...hehe.... esok pagi kena balik sebab ada kelas ganti ilmu rijal.... minggu ni terpaksa balik sebab ada urusan family... tak pe..berkorban untuk seseorang... oklah.. sekadar coretan kosong... maaf slah silap ana... insya Allah...ada masa kita bertemu lagi... ilalliqa'...

Khamis, 21 Mac 2013

PEMERGIAN SYEIKH RAMADHAN SAID AL-BUTHI


SYAHIDNYA SYAIKH RAMADHAN AL-BUTHI

Terjemahan kenyataan Penuh oleh Fadhilatus Syaikh Abul Huda Al-Yaaqubi di atas Syahidnya Fadhilatus Syaikh Ramadhan Al-Buti (Di Petik dari FB Syaikh Abul Huda) :

Aku mengucapkan takziah ke atas diriku dan seluruh alam Islami di atas Syahidnya Al-Allamah Al-Jalil As-Syaikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti.

Allah Subhanahu Wa Taala telah mengurniakan pengakhiran hayatnya dengan kebaikan dan mengurniakan beliau kemulian Syahid.

Sesungguhnya pemergian beliau Rahimahullah adalah satu kehilangan besar buat Umat Islam seluruhnya. Beliau merupakan seorang Mujaddid dalam Pemikiran dan Aqidah.

Beliau adalah seorang Alim Rabbani yang berjuang membela Islam dan Ahlus Sunnah Wal Jamaah berdekad lamanya di Mimbar Dimasyq dan Kuliah Syariah.

Dalam berita yang disiarkan di televisyen Syria, beliau telah meninggal dunia akibat dibom oleh pengebom berani mati.

Aku menghalakan tanggungjawab Syahidnya beliau terhadap kerajaan aku mempunyai maklumat yang sangat panas dan teliti yang sangat dekat dengan Fadhilatus Syaikh bahawasanya As-Syaikh Al-Buti sedang berusaha untuk keluar dari Syria akan tetapi kerajaan telah mengenakan sekatan keselamatan yang sangat ketat ke atas beliau.

Fadhilatus Syaikh Al-Buti di dalam majlis-majlis khas beliau sentiasa mencela ‘An-Nasiriyin’ dan sentiasa mendoakan kehancuran buat mereka.

Aku mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pengeboman ini,samada ianya dilakukan oleh pihak kerajaan ataupun Jamaah Takfiryah sebagaimana didakwa oleh pihak kerajaan – kerana Jamaah Takfiriyah ini sememang asal mereka memerangi Ahlus Sunnah.

Kita semua mendoakan rahmat Allah ke atas pemergian Fadhilatus Syaikh Al-Buti dan semua pihak yang turut syahid bersamanya.

Kita mendoakan agar Allah menempatkan beliau dan mangsa agar ditempatkan di kedudukan Para Syuhada’.
Aku akan sentiasa menyebut tentang Fadhilatus Syaikh Al-Buti yang telah Syahid dengan segala kebaikan,pujian dan penghormatan.
Beliau akan kekal sebagai seorang Tokoh yang Alim dari kalangan Ulamak Ummah Islamiah.

Aku walaupun berselisih pandangan dengan Beliau dalam persoalan “Khuruj ‘alal Imam” dan “Menyokong pemerintah”,dan walaupun aku sentiasa menyanggah pandangan beliau berkali-kali,tidaklah aku membawa dalam jiwaku melainkan Cinta dan Penghormatan terhadap beliau.

Semoga Allah merahmati beliau dengan Rahmat yang seluas-luasnya,dan memberikan buat Para Musliman sebaik-baik gantian ke atas pemergian beliau,dan semoga Allah mengurniakan kesabaran dan ketenangan buat anak-anak dan ahli keluarga beliau.

INNALILLAHI WA INNA ILAIHI ROJI`UN......
Telah berpulang ke Rahmatullah ulama dunia AL'ALIM AL `ALLAMAH ASY SYAIKH SAID RAMADLAN AL BUTHI rahimahullahuta`ala tepat saat beliau mengisi Ta`lim di Masjid Al Iman di Kota Damaskus, Suriah, ba`da maghrib Kamis, 21 Maret 2013.

Beliau wafat karena serangan bom bunuh diri yg diduga dilakukan oleh kelompok teroris Salafi di Suriah. Informasi awal menyebutkan bahwa 23 murid Syeikh Al Buty yang juga sedang menghadiri mejelis itu terbunuh dan 40 lainnya menderita luka-luka. SUNGGUH BELIAU ADALAH ULAMA YANG SHOLEH DIMASA KINI MIN AHLISSUNNAH WAL JAMAAH. Semoga Allah meridhoinya dan beliau ditempatkan di Surga Nya bersama Rosul Shollallohu alaihi wasallam.....
 
share dari link fb ~Haniff Abu Talib
beberapa karya agung IMAM MUHAMMAD SAEED RAMADHAN AL BOUTI RAHIMAHULLAH :

1. Muhadhorot Fil Fiqhil Muqharin Ma’a Muqaddimati Fi Bayani Asbabi Ikhtilafi al-Fuqaha’ Wa Ahammiyyati Dirasatil Fiqhil Muqarin (Problematika Dalam Fiqh Muqarin, Sebab Terjadinya Perbedaan Fuqaha’, Dan Pentingnya Mempelajari Fiqh Muqarin) محاضرات في الفقه المقارن مع مقدمه في بيان اسباب اختلاف الفقهاء و اهميه دراسه الفقه المقارن

2. Al-Islam Maladz Kulli Mujtama’at Insaniyyah; Limadza Wa Kaifa? (Islam Tempat Berlindung Seluruh Masyarakat Sosial; Mengapa dan Bagaimana?) محاضرات في الفقه المقارن مع مقدمه في بيان اسباب اختلاف الفقهاء و اهميه دراسه الفقه المقارن

3. Al Jihad Fil Islam; Kaifa Nafhamuhu ? Wa Kaifa Numarisuhu? (Jihad dalam Islam; Bagaimana Kita Memahami dan Melaksanakannya? الاسلام ملاذ كل المجتمعات الانسانيه:لماذا..و كيف Salafiyyah; Marhalah Zamaniyyah Mubarakah La Madzhab Islami السلفيه:مرحله زمنيه مباركه لا مذهب اسلامي

4. Al ‘Uqhubat Islamiyyah; Wa ‘Aqduhu al-Tanaqhudhu Bainaha Wa Baina Ma Yusamma Bithobi’ihal ‘Ashri العقوبات الاسلاميه:و عقده التناقض بينها و بين ما يسمي بطبيعه العصر

5. Hurriyatul Insan Fi Dhilli ‘Ubudiyyahatihi Lillah (Kebebasan Manusia Dalam Beribadah) حريه الانسان في ظل عبوديته لله

6. Difa’ ‘An Islam Wa Tarikh (Belaan Terhadap Islam dan sejarah) دفاع عن الاسلام و
التاريخ. Al Islam Wa ‘Asru; Tahaddiyat Wa ‘Afaq (Islam dan Modernisme; Sebuah Tantangan dan Harapan) الاسلام و العصر:تحديات و افاق

7. Al Aqidah Al Islamiyyah wa Al Fikr al Mu’asirah

8. Al La Madzhabiyyah Akhtaru Bid’atin Tuhaddidu as Syari’ah Al Islamiyyah

9. Al Mazdhab al Iqtishady Baina Syuyu’iyyah Wal Islam
10. Dhawabitu Al Maslahat Fi As Syariah al Islamiyyah
11. Fi Sabilillahi Wa Al Haq
12. Fiqhus Sirah
13. Hiwar Haula Musykilati Hadhariyyah
14. Kubra Yaqiniyyati al Kauniyyah
15. Mbahitsul Kitab Wa As Sunnah min ‘Ilmi Ushulil Fiqhi
16. Mamuzain, Qishatu Hubbub Nabati Fi Al Ardhi wa Aina’u fi As Sama’, Mutarjamah
17. Manhaj Al Hadharah al Insaniyyah Al Jadaliyyah
18. Manhaj Al ‘Audah Ilal Islam
19. Masalatu Tahdidi an Nashli Wiqayatn wa ‘Ilajan
20. Min Al fikri wa Al Qalbi
21. Min Rawaiyl Qur’an
22. Naqdul Auhami Al Maddiyah Al Jadaliyah
23. Tajribatut Tarbiyah Al Islamiyyah Fi Mizan Al Bahts
24. Al insan Wa Adatullahi Fi Al Ardli
25. Al islamu Wa Muskilatus sabab
26. Bathinul Ismi al Khatar Fi Hayatl Muslimin
27. Hakadza Fal Nad’u al Islam
28. Ila Kulli fatatin Tu’minu Billah
29. Man Huwa Sayyidu al Qadri fi Hayatil Insan
30. Minal Mas’ul ‘An Takhallufi Al Muslimin
31. Min Asrari Alk Manhaj Al Islami
 
share dari link fb ~Kumpulan Foto Ulama dan Habaib
 
INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN

Kabar duka telah meninggalnya seorang ulama besar dunia, guru kita semua, pemikir dari Damaskus Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Bouthiy (Penulis Kitab Fiqh as-Sirah) yang menjadi korban ledakan bom bunuh diri pada tanggal 21 Maret 2013 saat Maghrib waktu setempat. Terlepas dari sikap beliau terhadap keadaan politik Syria akhir-akir ini.

Semoga beliau senantiasa mendapat aliran pahala atas setiap jasa baik beliau selama hidupnya dan Allah mengampuni dosa-dosa beliau. Aamiin yaa Mujiibassaailiin.

Lahu al-Faatihah...

(Foto beliau adalah yang sedang menjadi imam sholat)


SEKILAS TENTANG ASY-SYAHID ASY-SYEIKH DR. RAMADHAN AL-BOUTHIY (1929-2013)



Muhammad Said Ramadhan al-Bouthiy, seorang ulama yang mutakhashish dalam ilmu Islam. Beliau sangat dihormati oleh banyak ulama terkemuka di dunia Islam. Bahkan pengaruhnya telah tumbuh secara signifikan di dunia Islam, terutama dengan kaum muda Muslim.
 


Beliau menimba ilmu pendidikan di madrasah Damaskus, kemudian ke Mesir untuk belajar di Universitas al-Azhar asy-Syarief dan mendapatkan gelar doktor Fakultas Syari’ah. Beliau telah menulis lebih dari 60 buku tentang isu-isu Islam dan menjadi uswah dalam menjaga Madzhab Arba’ah (madzhab yang empat) dan aqidah Ahlussunnah dalam manhaj Asya’irah.

Beliau berasal dari Kurdi, lahir pada tahun 1929 di Botan, Turki. Kemudian hijrah bersama ayahnya, Mulla Ramadhan al-Bouthiy ke Damaskus pada tahun 1933, pada saat itu beliau masih berumur 4 tahun.

Syeikh al-Bouthiy merupakan ulama Sunni yang ahli dalam bidang akidah dan falsafah madiyah. Beliau telah menulis sebuah buku kritik materialisme dialektis, tetapi dalam pandangan fiqih yang dijadikan benteng untuk madzhab fiqih Islam dan akidah Sunni Asy’ariyah dari pandangan salafi.

Beliau menulis sebuah buku yang berjudul, “اللامذهبية أكبر بدعة تهدد الشريعة الإسلامية” artinya: Tidak bermadzhab adalah sebesar-besar bid’ah yang mengancam syari’ah islamiyah dan buku yang lain berjudul “السلفية مرحلة زمنية مباركة وليست مذهب إسلامي”

Dalam salah satu bukunya yang paling populer “الجهاد في الإسلام” artinya: Jihad dalam Islam (tahun 1993): al-Bouthiy menunjukkan bagaimana pemahaman yang buruk tentang istilah jihad telah menyebabkan pelecehan terhadap Muslim maupun non-Muslim. Mereka telah memanipulasi ide jihad untuk keuntungan mereka sendiri, dengan kedok bahwa jihad harus dilakukan sesuai dengan dasar fiqh Islam.

Beliau adalah seorang ulama yang tidak berpolitik. Terlihat beliau sangat menjauhi hal ini, serta menyarankan pada ulama yang lain untuk meninggalkan perpolitikan.

Shiekh al-Bouthiy telah memberikan dampak besar pada dunia Muslim, khususnya melalui karya ilmiahnya. Beliau menulis untuk berbagai jurnal. Dia juga telah mengembangkan reputasi karena kemampuannya menangani dan menanggapi pertanyaan isu-isu yang berkenaan dengan hukum Islam.

Beliau menyelesaikan dirasah Tsanawiyah asy-Syar’iyah di Ma’had at-Tawajjuh al-Islamiyyah di Suriah. Pada tahun 1953 beliau mengambil Fakultas Syariah di Universitas al-Azhar dan memperoleh syahadah ‘alamiyah pada tahun 1955.

Pada tahun berikutnya beliau masuk Fakultas Bahasa Arab Universitas al-Azhar, dan memperoleh Diploma Pendidikan di akhir tahun itu.

Beliau diangkat dosen di Fakultas Syariah Universitas Damaskus pada tahun 1960. Beliau dikirim ke Fakultas al-Azhar untuk menyelesaikan program doktoral dalam ushul syari’ah islamiyah dan memperoleh syahadah pada tahun 1965.

Beliau diangkat sebagai dosen Fakultas Syariah di Universitas Damaskus pada tahun 1965 dan juga sebagai wakil dekan. Selang beberapa waktu beliau kemudian diangkat menjadi dekan Fakultas Syari’ah.

Beliau masih aktif dalam berbagai muktamar dan seminar internasional. Beliau merupakan anggota Majma’ al-Maliky untuk Penelitian Peradaban Islam di Amman. Beliau juga anggota Dewan Tertinggi dari Akademi Oxford.

Beliau adalah Dewan Penasehat tinggi Anggota untuk Yayasan Tabah di Abu Dhabi. Beliau mampu berbicara dalam bahasa Turki dan Kurdi, dan lancar dalam berbahasa Inggris

Diantara karya tulis beliau adalah sebagai berikut:

المرأة بين طغيان النظام الغربيّ ولطائف التشريع الربانيّ، وله ترجمة باللغة الإنجليزية
الإسلام والعصر.
ضوابط المصلحة في الشريعة الإسلاميّة - وهو الأطروحة التي نال بها البوطي درجة الأستاذيّة "الدكتوراه" من كلية الشريعة والقانون في جامعة الأزهر (من مقدمة الطبعة الثالثة للكتاب عينه).
أوربة من التقنية إلى الروحانية ـ مشكلة الجسر المقطوع.
برنامج: دراسات قرآنية.
شخصيات استوقفتني.
شرح وتحليل الحكم العطائية (لابن عطاء الله السكندري).
كبرى اليقينيات الكونية.
السلفية مرحلة زمنية مباركة وليست مذهب إسلامي.
اللامذهبية أخطر بدعة تهدد الشريعة الإسلامية.
هذه مشكلاتهم.
وهذه مشكلاتنا.
كلمات في مناسبات.
مشورات اجتماعية من حصاد الإنترنت.
مع الناس مشورات وفتاوى.
منهج الحضارة الإنسانية في القرآن.
هذا ما قلته أمام بعض الرؤساء والملوك.
يغالطونك إذ يقولون.
من الفكر والقلب.
ترجمة رواية مموزين.
لا يأتيه الباطل، وهو كشف لأباطيل يختلقها ويلصقها بعضهم بكتاب الله عزّ وجلّ
فقه السيرة النبوية
الحب في القرآن ودور الحب في حياة الإنسان
الإسلام ملاذ كل المجتمعات الإنسانية، لماذا؟ وكيف؟
الظلاميون والنورانيون
هذا والدي

Bagi Anda yang ingin mengunjungi website beliau, silahkan buka www.bouti.net 
 
إنا لله وإنا إليه راجعون

Innalillah wa inna ilaihi rajiun.. sebaknya jiwa..
Takziah kepada diri dan umat Islam semua atas pemergian Syeikh Muhammad Saied Ramadhan Al-Bouty yang terbunuh syahid hari ini ( malam jumaat ) dalam sebuah letupan berani mati di Masjid Al-Imaan ketika sedang menyampaikan kuliah mingguannya di situ. Berita Television Syria melaporkan sedemikian.
Kata Al-Habib Ali-Al-Jufri "Aku telah menelefonnya dua minggu lepas dan beliau (Dr Ramadhan Al-Buti) berkata pada akhir kalamnya "

"Tidak tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku sedang mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku"

Pada beberapa hari sebelum kewafatannya, beliau berkata "Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap ia tidak terlepas dari ganjaran ijtihad"

(yang betul mendapat dua ganjaran dan yang tidak mendapat satu ganjaran)

Sesungguhnya pemergian beliau Rahimahullah adalah satu kehilangan besar buat Umat Islam seluruhnya.

Al-Fatihah buat Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buthi.

Semoga Allah s.w.t mengampuni dosanya, menerima segala amalannya, merahmatinya serta menempatkannya bersama-sama dengan para syuhada' dan para salihin. Amin
رحم الله إمامنا وشيخنا الجليل الأستاذ العلامة محمد سعيد البوطي غفر له وأكرمه ونفعنا به وبعلومه في الدارين.
إنا لله وإنا إليه راجعون
Innalillah wa inna ilaihi rajiun.. sebaknya jiwa..

Takziah kepada diri dan umat Islam semua atas pemergian Syeikh Muhammad Saied Ramadhan Al-Bouty yang terbunuh syahid hari ini ( malam jumaat ) dalam sebuah letupan berani mati di Masjid Al-Imaan ketika sedang menyampaikan kuliah mingguannya di situ. Berita Television Syria melaporkan sedemikian.

Kata Al-Habib Ali-Al-Jufri "Aku telah menelefonnya dua minggu lepas dan beliau (Dr Ramadhan Al-Buti) berkata pada akhir kalamnya "

"Tidak tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku sedang mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku"

Pada beberapa hari sebelum kewafatannya, beliau berkata "Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap ia tidak terlepas dari ganjaran ijtihad"

(yang betul mendapat dua ganjaran dan yang tidak mendapat satu ganjaran)

Sesungguhnya pemergian beliau Rahimahullah adalah satu kehilangan besar buat Umat Islam seluruhnya.

Al-Fatihah buat Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buthi.

Semoga Allah s.w.t mengampuni dosanya, menerima segala amalannya, merahmatinya serta menempatkannya bersama-sama dengan para syuhada' dan para salihin. Amin

رحم الله إمامنا وشيخنا الجليل الأستاذ العلامة محمد سعيد البوطي غفر له وأكرمه ونفعنا به
وبعلومه في الدارين.