Jumaat, 19 Julai 2013

Pemergian dia

Bismillahirrahmanirrahim....


Saat entry ini ditaip... terasa berat di kepala ni dan terasa berdenyut-denyut je... dengan cara inilah dapat mengurangkan sedikit kesedihan... 

Berbuka pada petang tadi disambut dengan kesedihan... saat menerima berita mengejut dari jiran tentang keadaan browny yang dah meninggalkan kami... jelas kelihatan di riak wajah ayah begitu sedih dan tidak seceria dan bergurau seperti hari sebelum ini... dari pagi ana mencari di merata tempat... namun, tetap tidak kelihatan... hati dah mula risau... bermacam andaian di dalam fikiran ketika itu... adakah ada orang curi??.. adakah dah mati??.. tapi kalau dah mati mesti nampak badan dia... adakah dia naik kereta ayah, ayah tak perasan terus keluar??.. persoalan itu berlegar-legar dalam ingatan... dan akhirnya terungai dengan jawapan... "Browny telah mati dilanggar"... saat ana di dapur tengah menyiapkan juadah, hati tersentak mendengar pengkhabaran dari ayah... rupanya, jiran ana yang nampak pagi tadi browny dilanggar dan mereka terus menanamnya... terungkai semua persoalan... kelibatnya yang tidak muncul seak dari pagi rupanya telah pergi selama-lamanya... baru ingat nak mandikan dia pagi tadi, disebabkan itu, ana keluar mencarinya sebab dah janji dengan dia nak mandikan dia sebab dia main dalam longkang semalam... rasa bersalah pulak sebab tak bagi dia masuk rumah petang semalam...sebab badannya yang kotor main dalam longkang... rupanya pelukan semalam adalah peluka terakhir dengan browny pada awal pagi semalam...



browny...
tuanmu sekeluarga merindui mu....
browny lah yang akan jadi saksi kami di akhirat nanti...
kerana kami diamanahkan Allah untuk menjaga kamu di dunia ini...
namun... Allah hadirkan kamu sebagai pinjaman sementara selama setahun untuk menceriakan hari-hari kami sekeluarga dengan gelagatmu yang mencuit hati...



browny...
kami sekeluarga rindu untuk mendengar locengmu yang ada di lehermu berbunyi ....
kami sekeluarga rindu untuk bermain-main bersama kamu...
kami sekeluarga rindu untuk mendengar suaramu yang terlalu manja "meow..meow"...
kami sekeluarga rindu untuk memberi kamu makan...
kami sekeluarga rindu untuk mengusap-usap bulu kamu yang gebu dan lembut...




akan tetapi....
Allah lebih menyayangi kamu..
terima kasih ya Allah... kerana pinjamkan browny untuk kami sekeluarga...
tempat untuk menjalankan tanggungjawab untuk menjaganya...hati ini terlalu sedih kehilangan kucing yang terlalu disayangi...
terasa kosong sangat ketika ini... selalu main dengan dia...
terima kasih teman berusaha untuk control kesedihan ana...
ana cuba aupload video dia..tapi tak larat nak menunggu nya,..


0 comments: