Jumaat, 12 Julai 2013

Looking around

Bismillahirrahmanirrahim....

terasa pantas masa berlalu sedar-sedar kita dah masuk hari ke-4 berpuasa... masih berbaki 26 hari sahaja lagi dan berbaki 25 malam lagi untuk berterawih... peluang yang ada ni bukan selalu kita perolehi... cuma setahun sekali... terkesan di dalam hati dalam ucapan tazkirah ustaz ahmad dusuki dalam tazkirahnya semalam di masjid.." orang melayu ni yang ditunggu-tunggu bukannya puasa, tapi raya..."... "sebenarnya di negara arab tak ada pun waktu imsak, dekat Malaysia sahaja yang ada sebab orang melayu ni kuat makan, kalau tak ada waktu imsak, takut sahurnya terlajak"... suasana seperti ni bukan selalu kita jumpa.. hanya 1 tahun sekali... itu pun panjang umur dapat berjumpa lagi tahun tahun hadapannya... seuasai solai witir, saat tahlil dibacakan oleh imam semalam, hati ini terdetik apakah yang dialami orang yang berada di dalam kubur..pasti hari-hai yang dilalui sangat-sangat tidak sabar menunggu bulan ramadhan kerana padanya dihentikan segala seksaan... ya Allah... perasaan hiba terlintas dan tanpa disedari  titisan air mata berjujuran... teringat saudara-mara yang telah pergi terutama Allahyarham atuk... peluang yang tidak dilepaskan adalah doa...  di dalam bulan yang mulia ini... perbanyakkan dan mengharapkan Allah mustajabkannya apa yang kita luahkan padanya...

0 comments: