Khamis, 19 September 2013

Letih menunggu

Bismillahirrahmanirrahim...

Sedang jari-jemari rancak menaip di papan keyboard, sambil mendengar zikir terapi hafiz hamidun, tanpa disedari air mata memgalir laju di pipi... segala apa yang ana cuba pendamkan tidak mampu untuk ana simpankan lagi... hanya mampu meluahkan dengan air mata....Minggu ke dua untuk sesi pembelajaran sangat2 menyakitkan... ujian demi ujian yang perlu ana lalui... walaupun ana cuba untuk bergelak ketawa bersama kawan-kawan, namun tetap tidak mampu untuk menghilangkan keresahan memikirkan subjek semester 1 yang tidak tahu apa nasibnya... perit memang perit... selama ni dalam fikiran hanya memikirkan tentang add subjek sahaja... sehinggalan saat genting hari ini... dua tiga kali ana naik pejabat fakulti, sampaikan terpkasa masuk lewat ke kelas... langkah terakhir di lakukan...dan dengan keputusan yang sangat berat... TERPAKSA call en amirul... namun tidak respod... sangat-sangat mengecewakan dan hampa... langkah terakhir diambil... dengan menaip mesej menceritakan masalah ana.... dan sangat2 gembira sejurus menerima respod mesej darinya... namun hampa... bila membaca mesejnya... "wsalam. Hifz alquran 1 sudah masuk. bi 1 semua kumpulan sudah penuh"... ya Allah... luluh hati ni... elok-elok ada mood nak makan, terus biarkan nasi..nasib baik kawan tolong habiskan.. dari pada perot kosong lapar...terus jadi kenyang bila menerima mesej tu... 

ya Allah...berikan aku pertolonganmu untuk menyelesaikan subjek semester 1 yang masih belum aku ambil lagi... ya Allah... berikan aku kekuatan untuk melalui kehidupan ni sehingga selesai tamat pengajianku... 

perancangan asal::

semester 5:: add subjek sem 1 (hifz al-quran dan bi2)... yang lepas hanya hif al-quran1 sahaja
semester 6:: add subjek sem 1 (hubungan etnik)
semester 7:: add subjek sem 1(bi1)

namun... sehingga kini...

persoalan masih menjadi tanda tanya... bagaimana situasi ana ni... esok (jumaat) adalah hari terakhir untuk urusan add subjek... ya Allah... aku perlukan kekuatan... aku cuba untuk tidak mahu menambah semester semata-mata untuk menyelesaikan baki2 subjek semester 1 yang belum aku ambil lagi... Allahumma Rabbi Yassir wala tu'assir... ya Allah permudahkan segala urusanku esok hari...

sambung cerita:::

kisah ana sewaktu kelas braille petang tadi... sangat-sangat menyentuh hati ana... disebabkan subjek braille ni sangat best... ana cuba kuatkan hati ana.. bukan senang untuk kita sesuaikan diri dengan lecture yang sebaya kita atau lebih tua setahun dari kita... tak tipu lah kalau dalam hati ada terdetik malu atau rasa rendah diri atau apa-apa sahajalah bila tahu umur lecturer sebaya kita... kalau sem sebelum ni memang sanagt2 terasa bila menghadapi situasi ni... namun lama kelamaan.. ana cuba untuk menerima kenyataan dan takdir dalam hidup ana... rezeki masing2 Allah dah tetapkan... lagi ana terasa bila tahu lecuture tu dah kahwin...  dalam keadaan umur sebegini.. bukan mudah untuk melawan perasaan dalam hati ni... orang yang berumur sebaya ana dah habis belajar, lepas tu dah kerja dan dah kahwin... sedangkan ana masih ke sana ke sini mencari kelas, ke kuliah ke tutorial... bila dah muncul perasaan macam ni, mula lah teringat perkara-perkara yang lepas... Astaghfirullahal'azim... ya Allah...lurukan hatiku kembali... perbetulkan semula niatku ini...  Allahu'alam... ilalliqa' ma'assalam...

0 comments: