Sabtu, 29 Jun 2013

Tesis

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah thum Alhamdulillah masih diberi peluang lagi untuk bernafas di dunia ini... menyambung sisa hidup yang tidak tahu bila penghujungnya... Ya Allah... ampunilah dosa-dosaku terangilah hati ku dengan cahaya imanMu... hampir seminggu sahaja lagi bakal bertemu bulan yang kita nanti-nantikan... AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN... rasa tak sabar nak berpuasa, solat terawih secara berjemaah di masjid... pasti suasananya cukup indah... alhamdulillah dapat berpuasa bersama keluarga... tiba-tiba fikiran ni melangkau jauh meningatkan kenangan sewaktu berpuasa di KUIS dahulu... sahur dan berbuka bersama-sama dengan akak bilik... miss you all akak-akakku sekalian... dalam masa yang sama berpuasa dalam keadaan tengah musim final exam.. memang mencabar... lagi-lagi bila paper petang,.. (tak tercakap perot time tu dah macam-macam muzik ada...hehe)...

berbalik kepada tajuk asal... terasa cepat masa berlalu.. untuk tahun 3 pengajian ni bakal bertemu dengan cik Tesis lagi... sebenarnya tahun 4 nanti... time sem 7... tapi bagi ana...ana lebih suka bersiap sedia awal... mula bersungguh mencari tajuk yang bersesuaian... kalau dulu dalam bhasa melayu tapi untuk degree ni full in arabic.. wah... agak mencabar sedikit.. apapun kena tetap berusaha juga menyiapkannya...
untuk sekarang ni... tiba masanya untuk ana bersama-sama menolong teman di sana menyiapkan tesisnya... sementara menunggu turn ana pula..hehe.. hidup ini perlu give and take... seperti yang selalu dia ingatkan...mana yag kita kurang sentiasa di ingatkan dan diperbetulkan..

oklah nak bersiap-siap ke nilai... ilalliqa'..


(sejarah bible.. agak mencabar tajuknya.. tapi kita cuba positifkan minda dengan menganggap mudah untuk di fahamai dan disiapkan..insya Allah..mudah dengan izinNya..)



(selepas penat duduk lama di PNM.. langkah di lajukan untuk ke himpunan blackout tapi sayangnya dah terlewat sikit.. jalan semunya ditutup... haluan di tukar ke KLCC untuk mencari popcorn garrett...hehe)


(Tesis ana sewaktu diploma dahulu..sangat-sangat memberi kenangan dalam menyiapkannya)



0 comments: