Jumaat, 30 Disember 2011

Selamat Tinggal

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan kekasih bagi pencipta kita...sebelum itu, ayuh sama-sama kita mengalunkan selawat ke Nabi Muhammad s.a.w...Allahumma solli wasallim 'ala Muhammad dengan sebanyak yang mungkin...semoga dengan selawat yang kita ungkapkan sebelum-sebelum ini menjadi syafaat bagi kita di akhirat kelak...


************

Rasanya terlalu lama tidak mengungkapkan kata-kata di sini...nak di katakan sibuk..mungkin tidak...tetapi kehadiran mood itu Allah yang menghadirkan dalam hati ana...insya Allah...pada malam ini berlabuhnya tirai 2011 dan bermulanya juga lembaran baru bagi tahun 2012 masihi...subhannallah...cuba kita lihat...tahun yang diciptakan oleh yahudi iaitu Masihi tidak dapat menandingi tahun Hijrah iaitu tahun islam...Islam pasti maju kehadapan dahulu...kadang-kala kita terleka dengan keasyikan dunia, sehingga kita melupakan pencipta kita...Allah...bila nama manusia....sudah pasti, kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan...kerana asal perkataan manusia ialah nisyan...iaitu lupa...oleh itu, kita dapat lihat...ayat-ayat al-quran  yang di turunkan sejak dahulu lagi banyak berkaitan nasihat-menasihati dan tegur-menegur, kerana nasihat-menasihati itu sangat-sangat perlu dalam kehidupan seharian....



**********



Allahu Akbar...cepat sungguh masa berlalu..terasa baru sahaja memasuki tahun 2011...sedar-sedar sudah tiba ke penghujung tahun 2011....terlalu banyak perkara yang berlaku di sepanjang tahun ini....terasa hendak di ungkapan satu persatu...tetapi cukuplah ia di simpan di dalam hati....gembira, sedih semuanya di lalui...dan apakah yang akan kita lalui pada 2012 nanti..??..
dan yang paling penting...
adakah hayat kita masih ada lagi untuk tahun hadapan..??..
sudah pasti Allah telah merencanakan sesuatu yang terbaik untuk hambaNya...apa pun yang kita lalui, pasti ada hikmah di sebaliknya..cuma kita sahaja yang perlu memikirkan dan menghayati hikmahnya...ayuh sama-sama kita menambah amalan dan pahala untuk dibawa ke dunia kekal nanti iaitu "yaumul akhirah"...




***********



setiap orang mengalami kehidupan dan ujian yang berbeza....ada yang gembira...ada yang bersedih...namun bagi ana, biarlah kesediahan yang di hadapi di pengakhiran hari-hari ini menjadi pengubat kebangkitan untuk tahun baru....tekanan yang di hadapi satu persatu itu mungkin tarbiyah dari Allah untuk ana menghadapi sendiri kehidupan yang sebenar pada masa akan datang....hanya kepadaMu aku meminta pertolongan ya Allah...Engkaulah sebaik-baik pendengar...dan Engkau mengetahui apa yang terbaik untukku....


***********

'ala kulli hal...sebagai pengakhiran kata...ana memohon maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki di atas kesilapan ana selama ini...banyak kekurangan ana yang perlu ana perbaiki lagi...dan ana mengambil masa untuk memperbaikinya...semoga kehadiran tahun baru masihi memberi satu perubahan baru dalam diri dan untuk keluarga ana...


************




ilalliqa' maassalamah



0 comments: