Selasa, 6 Disember 2011

Kenangan Semasa Penggembaraan

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum WBT...

Salam di ucapan sebagai pembuka bicara...Hamdanlillah wasyukralillah dengan izinNya dapat menulis sedikit perkongsian di ruangan ini....

terima diucapakan buat rakan taulan dan juga sanak saudara yang sudi menyambut kami sekeluarga dari KLIA sehingga di rumah...walaupun penat ketika itu tetapi tatakala berjumpa dengan semua orang, kepenatan hilang sedikit....sungguhpun agak susah untuk membiasakan diri dengan timing baru ketika baru sampai di Malaysia...kerana jarak masa antara Malaysia dan Mekah 5 jam...rata-rata menanyakan soalan apakah pengalaman yang paling tidak boleh dilupakan??????

jawapannya::::::

sebenarnya terlalu banyak kenangan di sana yang tidak terkata..46 hari berada di Madinah dan juga di Mekkah...saat menggambarkan kaábah di baitullah...air mata pasti mula bergenang....terlalu rindu untuk ke sana semula...saat melakukan tawaf wida'(tawaf selamat tinggal)...air mata sentiasa mengalir dari pusingan pertama sehingga pusingan ke tujuh...apatah lagi ketika itu kami mengejar masa untuk pulang segera ke hotel kerana perjalanan ke hotel sejauh 1KM mengambil masa lama dan seterusnya kami akan bertolak keluar dari Mekah beberapa jam sahaja lagi....oleh kerana terpaksa bergegas pulang ke hotel, maka kami sekeluarga hanya berdoa di hadapan Multazam (tempat mustajab berdoa)....air mata mengalir semakin deras bila mana melihat ka'bah..."...Ya Allah..aku rindu untuk datang semula ke rumahMu..."... setiap saat ana paling wajah melihat Masjidilharam kerana terlalu sedih untuk meninggalkannya....

Setiap jemaah haji mengalami ujian masing-masing...tidak kurang juga, ana sendiri turut mengalami ujian di sana....oleh itu, solat sunat taubat sentiasa dilakukan setiap kali selepas solat fardhu walaupun kita rasa tidak melakukan kesilapan...di tanah haram..bil-bila masa sahaja kita boleh melakukan solat-solat sunat tetapi mengikut khusus solatnya seperti solat dhuha dilakukan pada waktu dhuha....tetapi terasa ruginya tidak dapat solat zohor dan asar di masjidilharam kerana jarak hotel yang jauh dan keadaan cuaca yang panas menyebabkan keadaan kesihatan tidak mengizinkan...pahalanya sama..cuma bezanya afdhal solat dimasjid kerana di situ Allah turunkan rahmat buat hambaNya...

Yang pastinya, tanya sahaja jemaah haji...apakah pengalaman pahit yang dihadapi di hari kemuncak haji (nak kata pahit tidak juga, tetapi sememangnya tidak boleh dilupakan)..?????

Jawapanya:::

beratur panjang untuk menunggu mendapat giliran di tandas....bagi ana tandas di arafah tidak mengambil masa yang lama untuk menunggu...(lebih kurang 30 minit dah dapat turn kalau orang ramai)...TETAPI.....tandas di Mina...2 jam sebelum masuk waktu solat semua orang sudah beratur panjang menunggu...kebanyakkan jemaah hanya mengambil wudu' menggunakan spray air.. cuma urusan hal yang besar terpaksa juga menunggu lama.....pengalaman yang tidak boleh ana lupakan menunggu hampir 2 jam diluar tandas untuk mendapat giliran semasa di Mina...4 hari berada di Mina sungguh menguji kesabaran..kebanyakkannya golongan muda lebih banyak mengalah dan memberi keutamaan kepada warga tua dan golongan warga emas...pelbagai ragam yang dapat di lihat sepanjang menunggu tu...sambil-sambil menunggu dapat juga bersembang dan berkenalan dengan jemaah haji yang datang dari pelbagai golongan dan tempat....setiap saat orang penuh di tandas walaupun pukul 1 2 pagi....apakah sebab terjadinya suasana seperti ini...khemah jemaah haji berada di keliling tandas...bercampur-campur maktab...tandasnya boleh dikira kurang dari 20..jemaah haji yang berada di sekeliling lebih kurang beribu jemaah...ketika itu kesabaran yang tinggi sangat-sangat dipinta dari Nya....alhamdulillah...dengan apa yang Allah beri walaupun berada di dalam keadaan senang atau susah,..

*di sini ana memohon kemaafan sekiranya post kali ini agak tidak sesuai...
yang baik datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari diri ana yang lemah ini....
waallahuálam....


(gambaran suasana tandas di Mina..tetapi ini sebelum hari kemuncak haji)



(gambar suasana ini adalah tandas di arfah dan muzdalifah...mengikut maklumat yang diterima...air di tandas hanya ada pada kemuncak haji sekali setahun sahaja...)


0 comments: