Selasa, 29 November 2011

Nice Memory

Bismilllahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t....salam permbuka bicara dengan kalimah yang paling mulia...

Alhamdulillah biiznillahitaála...Allah memberi keizinan dalam hidup ana untuk menarik nafas di bumi Allah ini....setelah sekian lama tidak mencoretkan perkongsian di sini....

Terasa terlalu banyak yang ingin diluahkan...setalah hampir dua bulan jari-jemari ini tidak menari-nari di atas keyboard laptop...ada perkara yang ingin diutamakan terlebih dahalu...dan...alhamdulillah...perkara tersebut telah dapat diselesaikan dengan izin Allah....

9 October 2011 adalah satu tarikh yang begitu bermakna dalam hidup ana....walaupun berat hati untuk meninggalkan bumi Malaysia...namun panggilan untuk menjadi tetamu Allah itu lebih bermakna....saat panggilan jam 9.30 malam dipanggil untuk melapor diri...kesedihan lebih terasa...sedih untuk berpisah dengan sanak saudara...tidak di nafikan debaran di hati ini juga semakin ketara...perjalanan ke KLIA bersama-sama 13 buah bas di excort oleh polis...terasa seperti VIP pula..(hehe)..ini kerana pihak TH ingin mengejar masa untuk masa penerbangan...alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan...rombongan 13 buah bas terus di excord sehingga ke landasan kapal terbang...dan mengambil masa sebentar untuk urusan pastport..seterusnya semua jemaah terus mengambil tempat di dalam pesawat...seramai 450 jemaah haji berlepas dari lapangan terbang KLIA menuju ke lapangan terbang Madinah dengan mengambil masa 8 jam 30 minit...(syukran buat seorang teman yang sudi meneman sehingga pesawat terbang walaupun masa menunjukkan hampir pukul 1.30 pagi....^_^)

~..MADINAH AL-MUNAWWARAH..~
Sudah tentu bila menyebut madinah, pasti setiap muslim akan mengingati tempat bersemadinya maqam kekasih Allah s.w.t iaitu maqam Rasulullah s.a.w...walaupun ketika itu cuaca di madinah melibihi 40 darjah calcius...dengan keadaan kesihatan yang sedikit terjejas..8 hari berada di sana...terasa terlalu pantas masa berlalu...alhamdulillah...ana berpeluang menziari maqam Rasulullah s.a.w dan beberapa kali berkesempatan untuk solat di Raudhah...Subhanallah..tidak terungkap dengan kata-kata...apabila kali pertama menjejak kaki ke masjidil Nabawi...perasaan rindu untuk menziarahi maqam Rasulullah semakin membuak-buak...ketika itu kesabaran yang tinggi perlu ada di dalam diri setiap muslim...kerana perlu bersesak-sesak dengan negara lain...alhamdulillah..kali pertama datang, ana dapat solat berhadapan betul dengan maqam Rasulullah...namun..pada hari seterusnya...hanya dapat solat beberapa kali..dan selebihnya hanya mampu berdoa kerana orang terlalu padat...mungkin kerana sudah tiba masa kemuncak orang dari pelbagai negara turun untuk mengerjakan haji...alhamdulillah..syukur pada Ilahi...kerana memberi keizinan untuk menginap di hotel yang jaraknya 50 meter dari masjid...sungguhpun pelbagai tragedi yang terjadi di hotel tersebut...antaranya..terdapat 3 4 orang jemaah haji jatuh dari escalator..seorang jemaah haji meninggal dunia kerana jatuh dari tingkap bangunan...semoga Allah merahmatinya dan dapat bangkit bersama dengan Rasulullah s.a.w. di akhirat kelak...

~..MEKKAH AL-MUKARRAMAH..~

Perjalanan kemudiannya diteruskan ke tanah haram untuk tujuan yang satu (mengerjakan haji)...pengembaraan berhenti sebentar di Bir Ali untuk berniat ihram umrah...dan meneruskan perjalanan lebih kurang 8 jam...alhamdulillah..jemaah KT 34 selamat tiba di hotel Mekah (Maktab 93) jam 3 pagi...seusai bersiap-siap untuk ke masjid..satu khabar berita diterima dari nenek yang ketika itu duduk menunggu di lobi...di mana ada seorang jemaah haji meninggal dunia di bilik hotel..dia juga masih lagi berada di dalam ihram haji...subhanallah...Allah menjemputnya di tanahNya...semoga Allah merahmatinya...seusai solat subuh..kami sekeluarga berazam untuk menyiapkan umrah wajib (haji tamattu')  bagi mengelakkan berada di dalam ihram terlalu lama...pelbagai pengalaman yang tidak terungkap ketika berada di tanah yang mulia...walaupun pihak tabung haji tidak menggalakkan jemaah haji untuk ke masjid pada waktu zohor kerana cuaca yang terlalu panas...oleh sebab lain..maktab kami adalah maktab yang paling jauh dari masjid...sejauh 1  KM dari masjid...namun kami semua redha dan terima dengan apa yang Allah beri...

tiba pada hari kemuncak haji iaitu pada 9, 10, 11, 12 dan 13 zulhijjah...

Tidak terungkap dengan kata-kata...perlbagai kenangan di lalui....ujian pertama yang kami hadapi...apabila bas yang di naiki dari hotel menuju ke arafah mengambil masa selama 3 jam untuk tiba di khemah arafah...sedangkan masa sebenar untuk tiba lebih kurang 30 minit ke 1 jam...selesai seharian di arafah..perjalanan di teruskan pula ke muzdalifah (untuk bermabit)...ujian kedua di hadapi pula...duduk hampir 8 jam...alhamdulillah suasana angin malam yang sejuk hanya beratapkan langgit...sambil melihat jemaah dari negara lain berjalan kaki menuju ke jamarat dengan laungan talbiah untuk melontar jamaratul kubra bagi melepaskan 10 larangan ihram haji...sayu kedengan jemaah dari negara indonesia yang sudah selesai melontar mengalunkan takbir raya...ingatan tiba-tiba menjengah ke malaysia yang ketika itu baru sahaja selesai menunaikan solat eiduladha...kedengaran kesedihan dari jemaah haji yang membuat ke malaysia dengan ucapan hari raya....perjalanan kemudian diteruskan ke mina...kenangan yang paling tidak boleh di lupai..tanya sahaja jemaah haji..apakah kenangan yang paling tidak boleh dilupai...jawapannya pasti beratur hampir 2 jam di tandas sebelum masuk waktu solat....pelbagai karenah yang dapat dilihat ketika itu....kesabaran yang terlalu tinggi perlu hadir dalam diri setiap orang...4 hari berada di mina pasti tidak dapat dilupakan bagi menyelesaikan wajib haji iaitu melontar bagi ketiga-tiga jamarah...selesai kesemua urusan..jemaah haji pulang ke hotel bagi menyelesaikan baki rukun haji iaitu tawaf dan saie haji....pejam celik...pejam celik...tiba masa 23 November untuk berangkat ke Jeddah dan seterusnya menaiki pesawat ke Malaysia semula...walaupun keadaan kesihatan ketika itu tidak mengizinkan kerana perubahan cuaca dari musim panas ke musim sejuk...alhamdulillah pada 24 November 2011 jam 9.30 malam kami sekeluarga tiba dengan selamat....




"...Ya Allah..murahkan rezeki ku dan keluarga ku untuk datang semula ke rumahMu...izinkan kami sekeluarga dan sahabat-sahabat semua untuk menjadi tetamuMu Ya Allah..."
Amin Ya Rabb....







(menuju ke tempat melontar)

(terowong muassim)


(pagi 13 zulhijjah sebelum pulang ke hotel)

(seusai solat di masjidilharam)


(di masjid quba'')

(kami sekeluarga)
(di arafah)
(bermabit di muzdalifah)




0 comments: