Khamis, 8 Disember 2011

Konvokesyen

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt....

rasanya belum terlambat untuk mengucapkan tahniah buat sahabat-sahabatku semua atas kejayaan antum dapat menyempurnakan pengajian di peringkat diploma....
MABRUK!!!!!!!
tiga tahun kita bersama melalui susah dan senang bersama..
alhamdulillah ukhuwahfillah yang Allah berikan untuk kita semua terjalin begitu indah dalam redhaNya...
alhamdulillah syukur kepada Ilahi...kerana mengurniakan kami seorang mentor yang perihatin terhadap menteenya...
syukran kepada ustaz abdul mukti kerana banyak membantu kami dalam berkongsi ilmu dan pengalaman...
tidak lupa juga buat semua pensyarah-pensyarah kami yang turut sama berkongsi ilmu dan pengalaman...
sejuta kemaafan kami mohon dari semua pensyarah yang telah mengajar kami dan redhailah ilmu yang telah diberikan kepada kami semua....
26 November 2011 adalah hari yang bermakna buat kami semua...
alhamdulillah dapat bertemu semula setelah sekian lama tidak berjumpa...
saat itu ana baru sahaja tiba di Malaysia...
24 November jam 9.30 malam ana sampai di KLIA dan menunggu urusan bagasi dan sebagainya...
25 November pagi bekejar ke KUIS untuk urusan raptai konvo dan mengambil jubah dari sahabat rapat..
walaupun kepenatan dalam diri ini tidak hilang lagi dan keadaan kesihatan tidak mengizinkan..namun saat dapat bertemu dengan sahabat semua...semuanya terasa terus hilang...
terlalu gembira dapat bertemu dengan rakan-rakan...
syukran buat sahabat ana nur ain binti sulaiman kerana banyak menolong menguruskan segala urusan konvo sepanjang ketiadaan ana di Malaysia...
(ain..kalu hang baca..jangan terharu pulak...hihi..)
dan tiba hari kemuncaknya pada 26 November 2011
semua graduan menaiki pentas sebagai kenangan...

"..Ya Allah..Kau peliharalah ilmu yang telah kami pelajari di dalam ingatan kami semua dan berikan kami kekuatan untuk terus mengamalkan ilmu yang telah dipelajari..."
"..Ya Allah...aku bersyukur dengan nikmat kejayaan yang Engkau berikan buatku..berilah aku peluang lagi untuk aku memberikan kejayaan yang cemerlang buat kedua ibu bapaku untuk peringkat degree di USIM nanti.."
Amin Ya Rabb...





(sewaktu raptai)


(syukran kepada yang memberi..mak usu, anis nadira (sepupu), kak nora, kak wawa, kak nor, dan juga teman...=)....)





(bersama mentor kami)



(bagaimanakah keputusan dalam transkrip tu..alhamdulillah..=)..)



(bersama umi dan ayah)

0 comments: