Rabu, 28 Mac 2012

UJIAN sebagai tanda tarbiyah ALLAH

Bismillahirahmanirrahim.... Alhamdulillah wassalatuwassalamu'ala sayyidina Muhammad s.a.w...

Alhamdulillah... diberi ruang untuk bernafas dan menikmati hubungan dengan kekasih Agung kita... benar janji Allah... setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya... hari-hari yang dilalui baru-baru sungguh menguji kesabaran sebagai seorang penuntut ilmu... ilmu tidak akan datang kepada kita, jika kita tidak mencarinya... seseorang yang menuntut ilmu pasti akan di uji dengan ujian masing-masing... ujian itu sebenarnya mendekat kita kepadanNya... kadang-kala kita leka dibuai khayalan dan keasyikan dunia sehingga lupa akan kepada pemilik segalanya iaitu Allah... Manusia sudah pasti tidak lari dari melakukan kesilapan... sedangkan Nabi juga pernah melakukan kesilapan dan Allah menegur di dalam al-Quran, ini kan pula kita jauh berbeza jika dibandingkan dengan para sahabat, alim ulama' dahulu...

Allah memberi ujian kepada hambaNya mengikut kemampuan... kadang-kala terasa berat untuk menanggungnya... Allahuakbar... tida terdaya untuk ana melaluinya... setiap kali di dalam solat, perasaan sebak itu hadir, dan hanya mampu mengalirkan air mata tika dalam doa.. keadaan kesihatan yang kadang-kadang mudah berubah-ubah.... namun, ana hanya mampu untuk terus bangkit dan membina semangat semula untuk teruskan perjuangan... ana teringat kata-kata dari seorang guru ana sewaktu diploma dahulu... perkara yang pahit itulah sebenarnya akan lebih diingati berbanding yang manis... kerana perkara yang pahit itulah menyebabkan kita terus bangkit merubah kepada yang manis...untuk akhirnya.... ana mohon maaf andai ada kesilapan dalam penulisan di sini....insya Allah...jumpa lagi di lain ruangan...ilalliqa'...

0 comments: