Khamis, 1 Mac 2012

LAYAKKAH AKU????

Salam sayyidul ayyam..
bukan salam satu malaysia ye...huhu....

sobahannur kullu sohati...
semoga antum semua berada di dalam keadaan sihat dan sentiasa di bawah lindungan Allah...

ana bukanlah insan yang pandai untuk berkata dengan ayat-ayat yang berpuitits
namun, ana cuba untuk belajar mengubah dan memperbaiki segala kekurangan yang ada...
mungkin isi kandungan post sebelum ini agak kurang baik dan dalam ruangan post minggu ini struktur ayat yang dipostkan kurang baik
disebabkan keadaan kesihatan ana yang teruk..sehinggakan tidak mampu untuk meneruskan kata-kata...
alhamdulillah keadaan semakin pulih sedikit
kadang-kala ia kembali semula...
ana hanya mampu menahan sakit kepala dan tonsel..
tidak dapat dibayangkan bagaimanakah keadaan esok hari seharian berada di dalam dewan kuliah utama fakulti
kerana ana perlu menghadiri satu program yang diwajibkan bagi pelajar tahun satu
kawan-kawan...doakan ana agar cepat sembuh dari kesakitan yang dihadapi...

back to the topic...
LAYAKKAH AKU???
tidak dapat dinafikan di dalam sudut hati ini masih terbendung dengan satu perasaan yang tidak dapat diungkapkan... kadangkala dengan air mata sahaja yang mampu untuk diluahkan...
ana bukanlah insan yang sempurna... masih banyak kekurangan yang perlu ana perbaiki...
baru-baru ini, satu kejadian terjadi...
selama ini ana  tidak pernah untuk terus bertanya secara direct..
tetapi, tiba-tiba sahaja ana terlalu berani untuk terus bertanya direct
ana tidak berniat untuk masuk campur hubungan kawan
ana sedar, ana belum menjadi hak yang sah untuk dia...
namun semuanya sedang kami aturkan ke arah yang diredhai..
namun
sebaik-baik perancangan datangnya dari Allah...
mungkin masa kejadian itu, hampir ke waktu maghrib
syaitan mula menghasut mangsnya
tapi ana cuba untuk mengawal pertuturan dengan bercakap dengan nada yang sopan
bertanya dengan soalan yang bukan untuk menyalahi sesiapa..
dan akhirnya..
ana terkilan disebabkan pertanyaan yang dikeutarakan dibalas dengan kata-kata yang agak kurang sopan bagi ana..
ana cuba untuk think positif sewaktu kejadian itu berlalu
sehingga kehari ini... ana masih mengingati kejadian itu
kadang kala jauh di sudut hati ini tiba-tiba hadir satu perasan sakit hati...
"Astaghfirullah"
lafaz istighfar menyejukkan hati semula....
tidak pernah ana merasai sebegini....
ana tidak pernah menyekat hak kebebasan untuk dia berkawan
namun, kebanyakkan orang sering menyalah tafsir maksud tersebut...
manusia diciptakan dengan pelbagai ragam tersendiri

Ya Allah... Ampunilah dosa-dosaku... terimalah taubat ku....

2 comments:

zeen berkata...

sabo2...

shikin_shimi berkata...

hm...sabar dah ni....