Khamis, 7 Februari 2013

APABILA JANIN BERSENAM




Janin di dalam kandungan juga sensitif terhadap persekitaran ibunya. Sentuhan lembut tangan ibu pada bahagian perut boleh membuatkan janin bertindak balas terhadap rangsangan yang diberikan. Hal ini berlaku kerana, janin di dalam kantung rahim sebenarnya bergerak.

Gerakan pada janin ini selalunya dapat dikesan antara minggu ke-18 hingga minggu ke-22. Sudah tentu ibu begitu terharu malah gembira setiap kali merasai gerakan janin.

Secara umumnya, janin akan bergerak pada kiraan normal sebanyak 10 kali dalam satu hari atau sekali dalam satu jam. Gerakannya akan menjadi lebih aktif pada sebelah malam. Keadaan itu sebenarnya dipengaruhi oleh hormon di dalam tubuh ibu yang bertindak lebih aktif pada malam hari. Begitu juga dengan keaktifan gerakan janin juga berbeza antara satu sama lain. Sebab itulah, ibu tidak perlu membandingkan gerakan janin dengan ibu-ibu yang lainnya. Sememangnya gerakan janin itu cukup unik sifatnya.

1. Menggeliat
Setiap kali anda bangun daripada tidur, anda akan meng geliat terlebih dahulu. Janin juga begitu. Dia akan mengalami keadaan lenguh selepas beberapa jam tidur bersama ibunya. Gerakan meregangkan otot tubuh itu dilakukan beberapa kali dalam sehari. Perlu diketahui juga, janin yang menge liat di pagi hari mampu untuk membangunkan anda dari tempat tidur. Aksi janin anda akan lebih dirasai jika ibu berbaring dalam keadaan terlentang.

2. Janin Juga Melakukan Senaman
Bagaimana bentuk senaman janin? Janin akan membuat gerakan meluruskan kaki kanan ke hadapan, diikuti kaki kirinya. Ia juga akan meluruskan tangan ke depan, diikuti tangan kirinya. Ibu pula merasai seolah-olah janin membuat gerakan menendang dan menyiku, walhal janin sedang melatih otot tubuhnya untuk meregang.

3. Menghisap Ibu Jari
Gerakan ini bukan sahaja dilaku kan oleh bayi atau kanak-kanak, janin di dalam kandungan juga boleh melaku kan aksi sebegini. Selalunya janin akan memasukkan ibu jarinya ke dalam mulut apa bila ibunya menikmati makanan yang enak. Janin akan menunggu turunnya zat-zat pemakanan yang diambil ibunya untuk sampai ke aliran darahnya melalui plasenta. Indah bukan fakta ini.

4. Berpusing
Ketika anda sedang sibuk bekerja, janin juga mahu menikmatinya. Ketika itulah ia sibuk menggerakkan kedua-dua tangan. Apatah lagi, apabila ia menganggap tali pusat yang menghubungkan janin dengan ibunya adalah sesuatu benda yang menarik. Ia akan memusing-musingkan tali pusat dan menggunakannya untuk berpindah dari satu posisi ke posisi yang lain.

5. Mengetuk Janin
Keadaan ini boleh dikesan atau menerima tindak balas daripada janin apabila ia telah memasuki usia 24 minggu. Lagi pula, dalam usia ini janin sudah boleh memberi tindak balas kepada usapan tangan kerana sistem saraf pusat di seluruh tubuhnya sudah membesar sehingga ia mampu bertindak balas terhadap rangsangan sentuhan yang sedikit menekan. Tindak balas itu menandakan janin kembali menyapa salam dari ibunya.

6. Gerakan Di Tulang Rusuk
Apabila anda cuba berehat ataupun tidur, janin tidak mahu mengikut. Seolah-olah ia masih mahu bergerak dan bermain dengan cecair hangat ketuban. Gerakan itu adakalanya anda dapat rasai sampai ke bahagian tulang rusuk. Itu bermakna, janin sedang meminta ibunya memberi tindak balas agar membelai dan mengusap tubuhnya dari luar sehingga ia tertidur.

7. Aksi ‘Hormat’
Cuaca hangat di luar juga turut dirasai janin. Misalnya ketika berada di pantai yang terdedah dengan bahang mentari dengan mengenakan pakaian yang nipis dan jarang, janin akan melakukan aksi ‘hormat’ iaitu menutup mata atau kepalanya kerana silau tatkala melihat cahaya yang tembus ke dalam perut.

Fahami Kaedah Membaca Gerakan Janin
Waktu terbaik untuk anda mengamati gerakan janin adalah pada sebelah malam iaitu ketika anda sedang berehat di rumah. Apabila kandungan telah memasuki trimester tiga, bacaan yang sesuai adalah bermula daripada sebelah pagi.

Sekiranya anda merasa gerakan janin, sama ada kuat atau perlahan, bermakna janin anda dalam keadaan baik. Apabila janin anda tidak aktif seperti biasa, kemungkinan ia dalam keadaan malas. Seharusnya ibu menggerakkannya dengan mengusap perut untuk beberapa ketika. Jika janin tidak memberi tindak balas terhadap rangsangan anda dan ia berlanjutan sehingga sehari, segerakan ke hospital untuk memantau keadaannya. Kenali gerakan janin sesuai dengan usia mereka.

(sumber Pama.com)


*** Walaupun saya belum berkahwin lagi, tak salahkan untuk share pasal keibuan ini... sebab suatu hari nanti saya juga akan mengalaminya... In Sha Allah... artikal ini menyingkap seribu satu keajaiban kuasa Allah yang menjadikan kita dengan cukup sempurna dan perkaitan seorang bayi yang masih lagi berada doi dalam kandungan dengan ibunya, walaupun bayi tersebut belum lahir ke dunia... Subhanallah... Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu para bakal-bakal ibu diluar sana yang sedang menunggu kehadiran si kecil...
^________^





Rabu, 6 Februari 2013

WAJARKAH SI SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN




Zaman sekarang ni,sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda? (^__^)





Selasa, 5 Februari 2013

Ayuh Kita Cuba Sama-sama Amalkan

Doa untuk dapat SUAMI SOLEH:

"Allahumma Zawwijni Zaujan Soolihan"
(Ya Allah, kahwinkanlah daku dengan suami yang soleh) .

Doa untuk dapat ISTERI SOLEHAH:

"Allahumma Zawwijni Zaujatan Soolihatan"
(Ya Allah, kahwinkanlah daku dengan isteri yang solehah)

Isnin, 4 Februari 2013

Warkah Cinta


Amir Mukhlis adalah penuntut di Maahad Tahfiz Al-Quran dan ditakdirkan berkenalan dengan pelajar Naim Lilbanat iaitu Wardah dalam satu sesi pertemuan antara redaksi sekolah. Amir dibesarkan dalam keluarga yang subur dengan atmosfera agama. Beliau dididik dan dibesarkan oleh ibubapa yang faham asas-asas agama dengan baik. Malah, ibubapa Amir sering berbicara dan memberitahu bahawa Amir perlu menjadi pemimpin apabila beliau besar nanti. Disebabkan itu, Amir sangat fokus pada pengajian dan komitmennya amat tinggi terhadap pelajaran.



Wardah pula berasal dari keluarga yang agak kucar-kacir disebabkan bapanya mempunyai beberapa karekter yang negatif. Bapa Wardah seorang yang materialistik dan tidak menyukai karekter agamawan. Dia juga tidak mahu Wardah belajar di sekolah agama kerana memandangkan jaminan kerjaya yang kurang cerah. Bagi bapa Wardah, belajar agama adalah membazir masa dan wang, kerana tiada pulangan besar yang diperolehi daripada ilmu agama. Berbeza dengan ilmu profesional yang lain. Wardah cuba menyedarkan bapanya bahawa tanggapan seperti itu adalah salah. Atas dasar itu, beliau mahu mencari bakal suami yang berprinsip dan boleh menjadi tauladan kepada keluarganya.

Dari konflik keluarga itu membuatkan Wardah sentiasa mencari-cari lelaki ideal yang sesuai dijadikan tempat sandaran. Akhirnya, pertemuan secara tidak sengaja dengan Amir membuahkan cetusan rasa kagum dalam diri Wardah. Wardah mengambil langkah pro aktif dengan meminta sepupunya iaitu Rahim yang belajar di sekolah yang sama dengan Amir Mukhlis. Wardah cuba mencuri perhatian Amir melalui bantuan sepupunya Rahim, namun Amir tidak mahu memberikan respon. Dia berkeras tidak mahu bercinta demi menjaga kesucian agama dan status penghafaz al-Quran.

Dalam diam, Amir menghormati Wardah dan mengkaguminya disebabkan Wardah dalah antara pelajar terbaik sekolah Naim Lil Banat. Secara berhati-hati Amir cuba memberi nasihat dan peringatan kepada Wardah agar tidak bercinta dan mengikut gelora emosi remaja yang mudah dibuai kasmaran. Wardah menjadi keliru adakah Amir menyukainya atau tidak? Beberapa kali Wardah cuba mendapatkan kepastian, namun Amir tetap menggantung jawapan.

Amir pernah memberitahu kepada Wardah “Kalau ada jodoh, tidak ke mana. Takkan lari gunung dikejar” Dengan harapan Wardah mengerti bahawa dia akan setia. Malah, Amir juga cuba untuk tidak mencari orang lain. Namun, ungkapan seperti itu tidak mampu meyakinkan Wardah.

Beberapa minggu sebelum Amir ke Mesir, beliau terlibat dengan satu kemalangan kecil. Iaitu dia terlanggar seorang pelajar maahad sewaktu mengundurkan kereta. Pelajar itu luka di tangan dan Amir memberikan sapu tangan kepadanya. Gadis yang luka itu adalah BALQIS. Dari insiden itu, Balqis terlupa memulangkan sapu tangan dan menyimpannya dengan baik. Pertemuan ini berlaku seketika sahaja (Bahagian ini sengaja tidak diketengahkan, hanya pembaca yang tekun akan menyedarinya)

Beberapa tahun Wardah menggantung harapan dan berkomunikasi dengan Amir melalui surat dan telefon. Biarpun begitu, Amir tetap dengan sikapnya. Sehinggalah mereka menjejakkan kaki ke menara gading. Wardah ke Universiti Malaya dan Amir pula ke Universiti Al-Azhar, Kaherah. Wardah yang merasakan dirinya bertepuk sebelah tangan semakin tertekan dengan keegoan Amir. Ketika itu, Wardah pula dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan bapanya iaitu Syamsul.

Bapanya memilih Syamsul dengan niat memisahkan anaknya daripada mengahwini Amir. Juga disebabkan Syamsul adalah seorang pemuda yang bergaji besar serta mempunyai pekerjaan yang mantap. Sedangkan Amir masih lagi bergelar mahasiswa dan belum tentu mendapat pekerjaan yang selesa. Akhirnya Wardah kecewa dengan sikap Amir dan merelakan dirinya dilamar. Akhirnya Wardah berkahwin dengan Syamsul.

Sebaik menerima berita perkahwinan Wardah, Amir mula menyedari ada sesuatu kehilangan dalam dirinya. Dia mula merasakan kerinduan yang amat. Barulah dia sedar apa itu mencintai dalam diam. Namun, cintanya sudah dimiliki orang. Amir mula menyesal dengan sikapnya sendiri. Dia cuba mencari dimanakah kesilapannya? Dia sedar, selama ini dia terlalu rigid dan langsung tidak meluahkan perasaan sebenarnya. Disebabkan itu, dia berazam untuk bersikap dengan lebih matang dan rasional.

Sewaktu Amir sedang meneruskan pengajian di Al-Azhar, Mesir. Amir menyimpan luka kesedihan yang dalam itu. Dia mahu mempastikan bahawa persepsi bapa Wardah adalah silap. Agamawan tidak akan merempat sekalipun mereka tidak menjadi seorang yang kaya raya. Dari situ, Amir memaksa dirinya bekerja keras, dia mula membina karisma seorang pemimpin. Dia terus mengaplikasikan ilmu-ilmu yang pernah dipelajari oleh guru-guru dan ustaz-ustaznya di maahad dahulu.

Secara tidak langsung, Amir memasang cita-cita untuk menjadi penulis dan pendakwah. Dia memasuki team editorial dan menjadi pengarang utama di majalah mahasiswa Mesir. Dia mula menulis dan mengarang untuk melepaskan perasaannya itu secara estetika. Dia menulis catatan untuk memberikan motivasi dalam dirinya sendiri dan orang lain. Dia mahu sedarkan agamawan bahawa golongan ilmuan harus berjuang terus-terusan menyampaikan ilmu dalam semua bidang mahupun lapangan. Khususnya bidang seni serta penulisan.

Beberapa tahun berlalu dan pengambilan mahasiswa-mahasiswi baru dari malaysia ke universiti Al-Azhar berlangsung. Suatu hari, satu insiden telah berlaku membabitkan Amir dengan seorang siswi baru yang bernama Balqis. Beliau telah menyelamatkan Balqis dari situasi genting. Disebabkan itu, Balqis yang baru kematian ibubapa cuba mencari seseorang untuk dijadikan sumber inspirasi. Dalam masa yang sama, secara kebetulan berlaku beberapa insiden ke atas diri Balqis, dan ternyata Amir juga yang mampu menyelesaikan kesemua masalah itu.

Dalam diam, Balqis meminati Amir dan cuba mendekatinya. Melihat perwatakan dan mengenali prinsip diri beliau. Balqis mula meyakini bahawa Amirlah orang yang mampu menjaganya dunia dan akhirat. Amir masih cuba menjaga status pelajar agama dan seorang penghafaz Al-Quran, Amir tetap menjaga kesucian diri sekalipun Balqis mengharapkan perhatian darinya. Memandangkan beliau pernah bersikap ‘keras’ terhadap Wardah, Amir mahu membawa pendekatan baru dalam dirinya terhadap Balqis.

Amir pernah menyelamatkan Balqis daripada terkena satu kemalangan, dia juga pernah mendapatkan semula beg duit Balqis yang pernah diragut seorang pencopet. Tetapi, semua jasanya itu sengaja ditutup serta dia meminta Izzuddin agar memberitahu secara umum. Secara tidak langsung balqis akhirnya mengetahui kebenaran, dia kagum dengan keikhlasan Amir. Beberapa kali dia cuba memberitahu perasaannya, namun Amir seakan menolak.

Satu eksepedisi ke Jabal Musa atau Bukit Tursina telah berlangsung. Amir, Izzuddin dan Balqis turut serta dalam eksepedisi itu. Kali ini berlaku satu lagi insiden dan akhirnya Balqis benar-benar tidak dapat menahan perasaanya terhadap Amir. Balqis juga menunjukkan sapu tangan yang pernah diberikan oleh Amir ketika dia terlanggar Balqis. Amir baru tersedar, Balqis adalah gadis yang pernah ditemui secara tidak langsung di Malaysia dahulu. Tercetus dari situ, Amir mula berazam untuk menerima Balqis dengan baik.

Malangnya, sebelum ekspedisi itu berakhir, Amir jatuh pengsan dan dibawa ke hospital. Lalu dia didapati menghidap tumor di kepala. Dia diramalkan oleh doktor akan mati tidak lama lagi.

Hasrat Amir untuk menerima Balqis akhirnya menjadi kabur semula. Dia tidak mahu menerima Balqis seandainya dia terpaksa meninggalkan gadis itu sendirian selepas ini. Pasti situasi itu akan menyebabkan Balqis menderita. Dalam masa beliau membawa dilema yang besar. Ketika itu, dia mula berhadapan satu konflik dengan Izzuddin yang mempunyai perasaan terhadap Balqis. Amir cuba memberi jalan kepada Izzuddin yang mempunyai perasaan terhadap Balqis. Amir memilih untuk beralah. Namun, salah faham telah wujud antara mereka berdua. Ketika konflik kian meruncing, Amir ditimpa sakit yang kronik. Dia kian terbeban dengan harapan Balqis, tekanan sahabatnya dan masalah kesihatan.

Amir perlu membuatkan keputusan besar dalam hidupnya. Sama ada di mahu pulang ke Malaysia dan menjalankan pembedahan, atau dia perlu meneruskan serta menamatkan pengajian tanpa memikirkan lagi soal hidup atau mati. Akhirnya dia memutuskan untuk terus belajar, sebaik keputusan akhir peperiksaan hampir diumumkan. Amir diterbangkan ke Malaysia. Ibubapa Amir baru mengetahui penyakit yang dihidapinya dan membuat keputusan agar Amir menjalani pembedahan.

Balqis dan Izzuddin baru menyedari bahawa selama ini Amir berperang dengan perasaan sendiri demi menjaga perasaan orang lain. Malah Amir berperang dengan kesakitan dan penyakitnya, demi untuk tidak membebankan orang lain. Balqis masih berdoa agar jodoh antara mereka masih ada. Manakala Izzuddin hanya mampu merasa kesal dengan kebodohan sikapnya.

Amir menjalani pembedahan. Dia selamat. Keputusan peperiksaan akhir juga diumumkan, Amir mendapat keputusan cemerlang sekalipun beliau menduduki peperiksaan dalam keadaan berperang dengan kesakitan. Semua sahabat Amir beranggapan bahawa Amir sudahpun meninggal dunia. Termasuk juga Balqis.

Amir memilih untuk merahsiakan bahawa dirinya masih hidup.

Rabu, 16 Januari 2013

rest and rest

Allamdulillah...setelah sekian lama mendiamkan diri...kini berpeluang semula untuk mengupdate blog yang tak seberapa ni...hihi..keutamaan diberikan kepada final exam yang berlangsung selama dua minggu berturut-turut...alhamdulillah berjaya melepasinya...dan kini menanti debaran keputusannya....(lupakan sebentar tentang keputusan..hehe)..back to topic... selama 1 semester ni berlangsung pelbagai kejadian berlaku... namun, akhirnya ana berjaya mengharungi...alhamdulillah...setinggi kesyukuran kehadrat Allah...diatas segala apa yang telah DIA berikan untuk ana selama ini, di atas segala apa yang ana pinta, dimaqbulkan...agar dipermudahkan segala urusan semester 3 yang baru sahaja selesai...alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah... 


(sempat bergambar dengan sahabat baikku sebelum check out dari hospital)


                                        ****************************************

selesai sahaja tamatnya paper terakhir pada hari jumaat jam 5 petang terus sahaja mencari hp untuk menaip masej dan membuat panggilan pada rakan-rakan untuk program pada keesokan harinya...sudah semestinya berjuang ke stadium merdeka...seawal pagi sabtu perjalanan bermula...walaupun berdepan dengan pelbagai situasi...baby white tibe2 meragam....temperature naik tinggi...menggerunkan...jadiye kena tinggal kan dekat kuis...maka kami pun terpaksalah menaiki prebet ke ktm bangi...tiba sahaja di ktm bangi, sudah kelihatan ramai yang memakai baju kuning...tiba-tiba rasa tak sabar nak sampai ke himpunan...hehe...perjalanan kami diteruskan..dan alhamdulillah kami selamat tiba di stadium....situasi di stadium ketika itu sudah agak ramai walaupun kelihatan masih kosong lagi pada jam 11 pagi...namun, jumlah tu semakin bertambah dan tambah sehingga kelihatan stadium itu sangat padat dengan ratusan ribu penyokong...alhamdulillah...walaupun dalam keadaan yang sangat padat, kewajipan yang utama mesti dilakukan... seusai solat zohor langkah diaturkan ke  luar stadium mencari tempat yang bersih untuk menunaikan solat zohor...dalam keadaan sesak dan padat, mulalah laen telepon pun hilang..jenuh hantaq mesej, tak lepas (2x)...berkali-kali hantar...masa tu dapat mesej sangat berharga...hoho...jejak kasih punya pasal...tp bila dah keluar dari stadium dekat stesyen train, berderet mesej masuk...masa tu tawakal je...balik dengan kawan-kawan...dengan kepadatan orang dalam train...sampai tersalah laluan, nasib naik terperasan dan tersalah flow..ehehe...tukar train, patah balik..dalam kerisauan memikirkan tentang diri yang akan pulang keseorang...alhamdulillah...disambut seseorang di stesen...thanks to someone for guide me...








Sabtu, 12 Januari 2013

Syeikh al-Mutawalli Sya'rawi


KEALIMAN YANG DIKAGUMI, KEMATIAN YANG DITANGISI
Umat Islam hari ini terkejut dan tersentak apabila seorang Imam yang memperjuangkan Islam sehingga digelar sebagai "Lampu Kebenaran" telah meninggal dunia ketika berurnur 87 tahun. Beliau adalah Syeikh al-Mutawalli Sya'rowi yang dilahirkan pada 19 April 1911 M di Mayyit Ghemar, Daqohliah.
Beliau menghabiskan hidupnya dengan memperjuangkan kalimah Allah SWT, menerangkan Islam dengan kefahaman yang sahih, menafsirkan al-Quran dengan uslub yang tiada bandingnya hingga mampu menarik pendengar. Beliau telah mendapat syahadah tertinggi dari kuliah Lughah Arabiah pada tahun 1941 M dan Syahadah 'Alimiyyah dengan kebenaran mengajar pada tahun 1943.
Syeikh al-Mutawalli Sya'rowi pernah bertugas sebagai tenaga pengajar di Ma'ahad Dini Tanta, Ma'ahad Iskandariah dan Ma'ahad Zaqaziq, seterusnya dipanggil oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengajar di sana pada tahun 1950. Beliau berhijrah ke Universiti al-Malik Abdul Aziz al-Mukarramah sebagai pensyarah di Kuliah Syariah selama 10 tahun. Kemudian, dilantik sebagai Timbalan Mudir di Ma'ahad Tanta pada 1960 dan dinaikkan pangkat sehingga akhirnya menjadi Menteri Waqaf dan Kementerian Hal Ehwal Azhar pada tahun 1976. Beliau juga merupakan anggota Majma' Bu'uth al-Islamiyyah, anggota Majlis Syura dan juga Majma' Lughah 'Arabiyyah.
Sejak kecil lagi beliau dikenali dengan nama as-Syeikh al-Amin (yang amanah) dan pernah dipenjara ketika beliau menuntut di Ma'had Zaqaziq selama sebulan akibat mengadakan sambutan sempena mengingati Saad Zaghlul, seorang ulama al-Azhar yang pada ketika itu berjuang menentang kerajaan. 
WASIAT
"Sebelum Syeikh Sya' rowi meninggal dunia, beliau telah mengumpulkan anak-anak cucunya lalu berwasiat agar tidak bergaduh dalam masalah harta. Sesiapa yang inginkan harta, ambillah hartanya. Malah beliau berwasiat bahawa perbalahan mereka biarlah pada masalah agama. Pusaka agama yang beliau tinggalkan ialah tafsir al-Quran, hadis dan ilmu-ilmu beliau. Beliau juga berwasiat perkara yang sama kepada seluruh umat Islam".
HIKMAH ANUGERAH ALLAH
Beliau telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan ilmu yang tinggi, ingatan yang kuat serta peribadi yang sempurna. Sewaktu beliau menjawat Menteri Waqaf Mesir, seorang doktor pernah berkata : "Aku himbang apabila kamu menjawat jawatan ini, ia akan menyibukkan kamu dalam banyak perkara". Lalu Syeikh Sya'rowi menyatakan : "Bertenang! Sesungguknya mereka (kesibukan) tidak akan dapat menewaskan aku."
Syeikh Sya'rowi menjadi Menteri Waqaf Mesir selama 2 tahun, walaupun demikian, jawatan tersebut tidak mengubah pendiriannya sedikitpun. Beliau merupakan seorang yang amat pemurah dan menafqahkan gaji yang diperolehi kepada pelajar-pelajar dan orang-orang faqir. Beliau juga amat cinta kepada kaum keluarga Nabi SAW. Beliau lebih gemar tinggal berhampiran dengan kawasan Hussain dan sentiasa menziarahi maqam Saiyyidah Nafisah serta sentiasa menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di perkarangan Masjid Hussain.
Syeikh Sya'rowi juga merupakan seorang peniaga yang berjaya. Salah seorang anaknya, Ahmad berkata bahawa ayahnya telah mengkhaskan gaji kepada beberapa orang penduduk yang tinggal di Kaherah, Tanta dan Doqdus (kampung beliau). Beliau juga mengkhaskan bayaran ceramah di radio-radio dan televisyen serta tulisan-tulisan dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah untuk kebajikan. Wang 250 juta Pound Mesir (lebih kurang 73 juta Us Dollar) yang merupakan hadiah daripada Raja Dubai telah didermakan sebanyak 500,000 Junaih (lebih kurang 146,000 Us Dollar) kepada pelajar-pelajar al-Azhar dan yang selebihnya telah didermakan kepada Kementerian Waqaf bagi diedarkan kepada penghafaz-penghafaz al-Quran.
SAAT KEMATIAN
Sebelum Syeikh Sya'rawi rneninggal dunia, beliau mengalami kesakitan yang parah pada dadanya menyebabkan beliau tidak mampu untuk hernafas dengan baik dan sakit tulang. Anak saudaranya yang bernama Hajah Suad menyatakan bahawa sewaktu hampir saat kematian, beliau cuba untuk bangun dan berteriak dengan suara yang jelas sehingga didengari oleh orang yang berada di sekelilingnya, "Selamat datang wahai Hussain ! Kamu telah datang sendiri berjumpa aku, aku gcmbira dengan kedatanganmu". Kemudiannya, beliau melafazkan ucapan hamdallah lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Jenazah beliau telah dikebumikan di kampungnya iaitu Doqdus berdasarkan wasiat beliau sendiri. Jenazahnya telah dihawa oleh anak-anak muridnya, penduduk kampung serta semua pencinta beliau. Hampir sejuta orang telah menghadiri pengkebumian beliau.