Jumaat, 20 Julai 2012

Kita Bertemu lagi

Bismillahirahmanirrahim...........
Marhaban ya Ramadhan...
Marhaban ya Ramadhan...
Marhaban ya Ramadhan...

sambil menaip sambil melagukannya... lagu dendangan opick... memeriahkan laptop ana yang kesepian... selepas melihat pengumuman puasa di tv... terasa semakin tidak sabar untuk bertemu dengan Ramadhan esok hari... Allahumma balighna fi Ramadhan... Ya Allah sampaikan pada Ramadhan... pastinya pada malam ini ramai jemaah akan berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat terawih... peluang yang bukan selalu di nikmati, hanya sekali sahaja dalam setahun... Bermula maghrib ini, semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan semua pintu neraka di tutup, syaitan diikat dan muslimin dan muslimat yang telah dijemput Allah bebas dari seksaan kubur...oleh itu, marilah kita merebut peluang yang Allah berikan untuk kita yang masih hidup ini berusaha untuk melakukan ibadah dalam setiap ruang waktu...jauhi dari sifat mazmumah seperti riak, bermusuhan dan sebagainya... jadikan bulan yang mulia ini untuk saling bermaafan di antara satu sama lain sekiranya ada salah faham dengan sesiapa... di sini ana ingin kongsikan sesuatu... sekiranya antum mempunyai masa terluang, boleh menonton gambaran dan solat-solat fardhu "live" dari masjid Nabawi (Klik di sini Masjid Nabawi dan dari Masjidilharam (Klik di sini Masjidilharam)... Semoga ruangan ini memberi kebaikan kepada kita semua dan yang paling utama sentiasa mendapat Redha Allah...

0 comments: