Rabu, 1 Ogos 2012

Kelebihan solat di Masjidilharam





Bismillahirrahmanirrahim

Salam Ramadhan kareem untuk kalian yang berkunjung di sini....
(dalam hati berkata "ada ke orang nak datang tengok fb aku ni"..hehe)
yang penting fb ni ana cuba gunakan untuk mengisi dengan maklumat yang boleh dikongsikan bersama dan pengalaman serta kisah-kisah yang ana lalui dalam kehidupan...
bila solat terawih di masjid berdekatan dengan rumah ni, pastinya akan mengalir air mata pada suatu ketika....
disebabkan hati ini terlalu rindu untuk menjejakkan kaki lagi ke Masjidilharam dan Masjid Nabawi...
saat imam melafazkan ayat demi ayat bermula dari surah al-Fatihah hati tersentuh...
terasa diri ini berada di masjidilharam berimamkan syeikh Maheer...
subhanallah...
rinduku pada Mekah sedikit terubat....


 setelah selesai menyempurnakan umrah, baru boleh tutup muka
 ^___^

Ya Allah... aku bersyukur di atas rezeki yang engkau berikan buatku... Engkau berikanlah aku peluang lagi untuk aku menziarahi dan beribadah di rumahMu dan kekasihMu Muhammad s.a.w... Amin Ya Rabbalálamin...

Subhanallah..
tidak terungkap dengan kata-kata bila kotak kenangan di dalam ingatan ni terus melayang mengingati saat sebulan berada di Mekkah...
Pelbagai kisah yang dihadapi di sana...
Tempat yang paling Mustajab untuk berdoa...
bebrapa kisah ana semasa di Mekkah....
suatu pagi lebih kurang pukul 4 pagi ana memberanikan diri seorang diri berjalan dari hotel ke Masjidilharam sejauh 1KM... 
walaupun takut seorang diri berjalan ke Masjid, namun ana gagahkan jua berjalan, ana yakin Allah sentiasa di sisi hambaNya...
alhamdulillah ana tiba di Masjid dengan selamat, ana gunakan peluang yang ada untuk ana menyendiri mencari kekuatan dan meluahkan segala yang terbuku di hati... melakukan solat-solat sunat, membaca al-Quaran...
seusai solat subuh ana mengambil peluang untuk turun ke dataran kaa'bah untuk solat...
jika di Makkah tiada waktu yang haram untuk melakukan solat sunat...subhanallah...tempat yang begitu istimewa... bila mata tertangkap melihat kaa'bah hati terpegun sebentar, tanpa disedari air mata meluncur laju mengalir.... setelah selesai melakukan solat sunat ana gunakan peluang untuk mengadu pada Allah... subhanallah... satu peristiwa yang sungguh menakjubkan... istikharah yang dilakukan terus mendapat petunjuk dari Allah... Subhanallah... air mata terus mengalir ketika menerima mesej dari Malaysia pada 12/11/2012...
sedar tidak sedar matahari mula berinjak untuk muncul tegak di langit... ana mengatur langkah pulang ke hotel untuk berehat... sedang dalam perjalan keluar dari dataran Masjidilharam kelihatan kelompok-kelompok burung yang sedang menikmati gandum yang disedekah oleh orang-orang yang lalu di situ... di dalam hati ana cuma terdetik "hati-hati shikin, tengok bawah takut ada najis burung"...tuppppp....
lepas tu terasa ada sesuatu yang jatuh di depan mata, dan bila melihat di tar jalan, rupanya yang jatuh di depan mata tadi adalah najis burung... subhanallah... setiap apa yang kita tuturkan Allah akan bayar cash... terus sahaja ana melafaz Istighfar memohon keampunan dari Allah... alhamdulillah najis tu tidak terkena telekong, cuma jatuh di depan ana sahaja...

untuk akhirnya...
ana mengaharapkan kepada rakan-rakan yang membaca... tanamkan di dalam hati untuk mengunjungi Makkah... Insya Allah, Allah akan memudahkan laluannya dengan memberi rezeki tanpa disedari... 

bagi sesiapa yang ingin membawa ibu bapa turut sama mengerjakan haji, atau ibu bapa kalian atau kalian sendiri...
pastikan mendaftar untuk mengerjakan haji... jangan tersilap pandang... membuka akaun tabung haji tidak bermakna sudah mendaftar haji... dua perkara ini berbeza... untuk sistem terbaru... bagi sesiapa yang ingin berhajat menunaikan haji... dan mendaftar untuk menunaikan haji, anda berkemungkinan akan mendapat panggilan ke tanah suci tahun 30 tahun akan datang... namun tahun itu boleh berubah, semuanya perancangan Allah.. kita sebagai manusia hanya merancang...

bagi sesiapa yang tidak faham... macam ni contohnya... sekiranya anda mendaftar haji pada tahun 2012 ini, anda akan diberi tahun 2042 sebagai anggaran anda akan di pilih ke tanah suci... jadi, bermula dari sekarang yang muda-mudi ini gunakan peluang untuk mendaftarkan diri... seolaknya bila masih muda ini gunakan peluang untuk ke sana kerana tenaga masih banyak... urusan Umrah dan Haji ini tidak perlu untuk menghafal doa-doa yang banyak... cume yang utamanya perlu diingat rukun-rukun dan syarat-syaratnya... selebihnya adalah perbuatan yang sangat-sangat memerlukan tenaga yang banyak...



Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu sambahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain.” (Imam Ahmad)




1. Umat Islam digalakkan mengerjakan solat fardhu mahupun sunat di masjid-masjid atau surau-surau kerana bersembahyang secara bejemaah mempunyai kelebihan yang banyak berbanding dengan solat sendirian di rumah
2. Masjidil Haram dan masjid Nabawi pula adalah dua buah masjid yang mempunyai fadhilat yang besar bagi umat Islam yang berkesempatan mengerjakan ibadat di dalamnya.
3. Mereka yang mengerjakan sembahyang di Masjid Nabawi akan mendapat seribu fadilat, manakala mereka yang mengerjakan sembahyang di masjidil Haram pula mendapat seratus ribu fadhilat.
4. Kelebihan Masjidil haram di mekah adalah disebabkan di dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat seluruh umat Islam di dunia ini.




 di bawah ini ana selitkan satu video salah seorang imam Masjidilharam...syeikh Maheer... ana suka cara bacaan dia... time ana di Makkah dulu, ana perasan imam ni akan menjadi imam untuk solat Maghrib dan Isyak... sampai di sini sahaja dulu...bertemu di lain masa... selamat melakukan amal ibadah di bulan mulia ini...
^______^






6 comments:

ismi nurash berkata...

subhanallah..bestnya dpt jejak masjidilharam :)

zeen berkata...

tu da molek pakai niqab.. =D

sHiMi sHinHae~ berkata...

kalau dpt pegi solat kt masjidilharam ,mmg sgt indah ..insyaallah suatu ms nnti :')

shikin berkata...

Ismi nurash::...alhamdulillah rezeki Allah beri...semoga Allah murahkan rezeki kita utk mjadi tetamuNYA suatu hari nnti...

shikin berkata...

razin::..insyaAllah..mohon doanya...

shikin berkata...

shimi::betul tu...kenangan yg xdpat dilupakan... semoga Allah murahkan rzki kita utk mnjdi tetamuNya suatu hari nanti..=)