Rabu, 8 Ogos 2012

Resepi Ais Krim Goreng

Bismillahirrahmanirrahim...
Salam Ramadhan Kareem...
Alhamdulillah kita sudah melalui hampir 3 minggu Ramadhan dan berbaki lebih kurang seminggu sahaja lagi untuk kita gunakan peluang beribadah di bulan Ramadhan ini..
pejam celik....pejam celik... dah masuk 10 Ramadhan terakhir ...
di mana salah satu malam itu adalah malam lailatulqadar yang di tunggu-tunggu oleh orang yang berusaha untuk mencarinya....
semoga kita tergolong di antara orang yang teristimewa untuk beribadah di malam lailatulqadar....


berbalik kepada tajuk di atas... di sini saya ingin kongsikan satu resepi ais krim goreng.... 
selalu kita tengok ais krim goreng ni banyak di jual di pasar malam..
kini anda semua boleh lakukannya sendiri... mudah dan cepat...
tidak perlu rungsing tentang bahan-bahannnya... 

antara bahan-bahannya...

1) Beberapa keping roti (ikut kepada yang anda perlukan)
2) Ais krim (ikut pada perisa yang anda suka)
3) Gelas kosong (untuk membentuknya)
4) Sudu (untuk mengaut ais krim)

Langkah-langkah untuk membuatnya;

1) Letak ais krim di antara dua roti. Bentukkan dengan gelas besar atau tupperware.



2) Lepas bentukkan ais krim dalam roti, masukkan ke dalam plastik untuk di simpan di dalam peti sejuk.
(Biarkan beberapa jam selepas melakukan nya, baru siap sedia untuk di goreng).
p/s: selepas di tekap dengan gelas besar, pastikan isi ais krim tidak keluar dengan cara memicit di keliling roti.



3) Sebelum goreng, pastikan minyak betul-betul panas.


4) Keluarkan bahan dari plastik dan goreng lebih kurang 5 minit.
(Jangan sampai hangut, cukup kulit luarnya kuning keemasan).


akhir sekali... siap untuk di hidang especially untuk berbuka puasa.


SELAMAT MENCUBA
^___________^




2 comments:

Latifah Ilyana Ibrahim berkata...

Mahu cuba. Senang banget deh. Ingat kan susah sgt. Akak,kulit tepi roti yg keras tu kita buang yaa??

shikin_shimi berkata...

senang je buatye...kt kolej pn blh buat...hehe...kulit tepi tu buang lepas kita tekap dgn cawan..