Jumaat, 15 April 2011

sikap wanita yang disenangi lelaki

Isteri, suri hati dan penyeri hidup suami. Tapi sayang, kilauan seri itu dibiarkan kelam apabila usia perkahwinan melanjut dalam. Mari kita selusuri sikap wanita yang disenangi suami agar ikatan yang terjalin mekar mewangi.

Sabda Nabi SAW, "Tiga daripada kebahagiaan: "Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau."

(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)

1.Keibuan
Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang [I]stress[/I], cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing dan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu.

2.Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelakkan hati.

3.Penuh pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh melulu sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

4.Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang disenangi lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut; lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

5.Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik rata-rata merupakan idaman si suami. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan mudah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah beranak tiga?

6.Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

7.Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru ,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

8.Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

9.Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan memikat.

Selasa, 29 Mac 2011

TENTANG DIA

Bismillahirrahmanirrahim...


alhamdulillah...sedikit coretan sementara merehatkan diri untuk mengisi ruangan teratak ini...tajuk di atas agak mengejutkan...berkenaan si Dia..apakah itu....jom sama-sama kita ceritakan tentang Dia...


saat pertama kali ana memikirkan Dia..sungguh merungsingkan kepala...adakah keputusan ia diterima atau sebaliknya...ujian demi uian di lalui....kuliah pertama dilalui dengan lancar sehingga minggu seterusnya..tetapi saat tiba pula pada minggu pertengahan semester...Dia..telah menambah kerunsingan dalam fikiran ana...apakah step-step yang sesuai perlu dilalui....tiba-tiba..muncul dalam fikiran satu nama yang sesuai untuk Dia....ana memulakan langkah mengikut step-step yang sesuai dengan menggunakan bahasa-bahasa yang indah....alhamdulillah Dia dapat di selesaikan dan di hantar...tiba pula pada penghujung semester...ana menerima semula keputusan tentang Dia...Allah...tidak dapat dibayangkan perasaan ketika itu...saat nama dipanggil dan di kritik teruk tanpa perundingan lagi dan Dia dipulangkan semula kerana nama Dia tidak sesuai lagi...yang dikesalkan...ana telah menghantarnya awal-awal lagi tetapi biasalah orang yang hantar awal...semuanya telah di timbun dengan kerja-kerja dari orang yang hantar lewat....tidak mengapa..semuanya pasti ada hikmahnya....air mata mula bertakung....tetapi ana kuatkan azam...ini bukan menentukan kegagalan lagi...teruskan usaha.....kini....tiba pula saat..nama Dia di bahaskan....ada yang diterima dan ada yang tidak diterima oleh pensyarah...kadang-kala hilag semangat untuk menyiapkan Dia...tetapi fikirkan tentang kehidupan akan datang...semangat itu datang semula.....


Bilakah nama Dia muncul..???.....


Baru ana teringat....suatu hari....selepas habis ngadu pada-Nya.....tiba-tiba terlintas di fikiran satu nama yang sesuai untuk Dia....Allah...cantiknya aturanMu....tiba-tiba teringat..ketika belajar subjek al-hadith semasa semester 3...seorang pensyarah yang mengajar ana ketika itu...ada mengatakan cuba kamu buat kajian tentang "keistimewaan kurma"....ketika belajar pada waktu itu...masih tidak terpikir lagi...tetapi...tiba-tiba hadir 1 semangat untuk menyahut cabaran kata-kata pensyarah suatu ketika dulu....nama Dia..selama dihantar...hari berlalu dengan aturannya....akhirnya senarai tajuk-tajuk thesis selamat di tampal...alhamdulillah...nama Dia tercatit di papan kenyataan....tajuk dah selamat....jadi sekarang...masa untuk menyiapkan tesis....ujian besar untuk melawan sifat malas dan leka....alhamdulillah berkat dorongan keluarga dan senior-senior yang banyak bagi tunjuk ajar....alhamdulillah...Dia selamat diselesaikan pada hujung semester 6..walaupun di saat-saat akhir itu....terlalu banyak ujian yang ditempuh....yang paling tidak dapat dilupakan saat hendak printkan Dia untuk dijilidkan....Allahuakhbar...ujian demi ujian dilalui....alhamdulillah Allah mendengar rintihan hambanya,...syukur..Alhamdulillah....hadirnya seorang teman yang sudi membantu di saat-saat genting untuk print Dia....(maaf susahkan teman....semoga Allah membalas jasamu.....)...akhirnya....Dia selamat dihantar selepas selesai tamatnya paper terakhir final exam untuk semester terakhir diploma...walaupun di saat-saat akhir untuk mendapatkan pengesahan ketika itu..banyak ujian dilalui lagi...itetapi semua itu satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan....dan.....


apakah Dia itu...??


Dia ialah latihan ilmiah (tesis) ana.....




alhamdulillah..setinggi kesyukuran ku panjatkan kepadaMu Ya Allah...di atas rezeki keputusan terbaik yang Engkau berikan...jadikan aku hamba yang sentiasa menyukuri nikmatMu...


ilalliqa'....^_^

Jumaat, 25 Mac 2011

PENGALAMAN BARU

Bismillahirrahmanirrahim.....
Alhamdulillah..setinggi kesyukuran ku panjatkan kepadaMu Ya Allah di atas segala kenikmatan yang Engkau berikan...Ya Allah..jadikan aku seorang hambaMu yang sentiasa beryukur atas nikmatMu....


Alhamdulillah....ana bersyukur di atas laluan yang Allah berikan buat ana...sungguh cantik percaturanNya...setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya....


Alhamdulillah....5 hari telah berlalu...sungguh memberi kesan kepada diri ana....pelbagai pembaharuan yang ana dapat....sungguh pun memang mengguji kesabaran menjadi seorang ustazah di sekolah...tetapi itulah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan...alhamdulillah...dengan izin Allah...ana diberi peluang lagi untuk menyambung kerja sehingga sebulan lagi....guru ibarat lilin....itulah yang ana rasai sekarang...tatkala leka melayan anak murid...terkenang saat-saat kehidupan ana semasa di sekolah dulu....sungguh berbeza kehidupan pelajar-pelajar sekarang dan dulu...


semoga Allah berkat Allah sentiasa mengiringi setiap apa yang dikerjakan...

Khamis, 17 Mac 2011

PERLUKAH

menitis air mataku
hilangnya sahabat sejati
yang riang dikau ku merindu
persahabatan abadi


setiap detik teringatkan dikau
walaupun kau pergi membawa diri
kasih sayang kita tidak terjangkau
ditemukan impian yang murni


perlukah daku ditinggalkan
perlukah engkau melupakanku
perlukah ada rasa kesangsian
perlukah ada rasa rindu




by: forheart

Khamis, 3 Mac 2011

TARIKH KERAMAT

Bimillahirrahmaniraahim

Lafaz mulia dimulakan terlebih dahulu
baru beberapa hari duduk di rumah sudah terasa bosannya..
lantas teringat kawan2 yang lain...
apakah yang hampa buat dekat rumah sewa tu...
rindu kat hampa semua...
insya Allah...ada rezeki shikin sampai sana...
kita pegi jalan2 & makan ramai2 macam hari tu
kini bermula lah kehidupan ku sebagai penanam anggur tegar dirumah...
tiba-tiba ingatan ku terkenang saat ku melangakah ke kuis pada 12 MAY 2008
terlalu pantas masa berlalu..

sedar-sedar kini ku sudai seesai mengabiskan diploma ku..
23 FEBRUARY 2011 adalah tarikh keramat ku selesai menghabiskan paper terakhir untuk diploma
dan 1 MARCH 2011 adalah tarikh dimana segala tugasan untuk diploma ini selesai
alhamdulillah tesis ku selamat dihantar
satu kenangan yang tidak dapat dilupakan
melalu pelbagai cabaran untuk menyiapkannya
sehinggakan kadang kala tertewas dengan perasaan sendiri
sampai mengalir air mata

Alhamdulillah segala usaha selama ni berbaloi
Allah...aku beryukur dengan nikmat yang Engkau berikan untuk hambaMu ini
namun semua ini takdir Allah...Sesungguhnya setiap apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya..


Ya ALLAH jadikan aku seorang hamba Mu yang sentiasa menyukuri nikmatmu..



Rabu, 2 Mac 2011

REHLAH


Bismillahirrahmanirrahim...


(shifiziwana)

Apa khabar antum semua...semoga sentiasa dalam rahmat Allah...
Alhamdulillah kini ana berkesempatan untuk mengudate blog yang serba kurang ni...
setelah menyelesaikan segala kerja...
Alhamdulillah setinggui kesyukuran padaMu ya Allah...


(gila-gila solehah)


tanggal 25/2/2011-27/2/2011..adalah hari yang
tidak boleh dilupakan
terasa masa terlau cepat berlalu
kadang-kadang terpikir..boleh tak masa ni berhenti
kejap...
kami nak bersama2 dengan kawan2 di
sini..
tapi itu semua aturan Allah..masa tetap akan beredar mengikut ketetapannya..
macam2 aktiviti dilakukan..
walaupun ada beberapa aktiviti dibatalkan tapi semua tu ada hikmahnya...
kami mengisi masa dengan kawan2 bersama2...
santai-santai bersembang2 tentang masa depan..


(choq badaq)

tiba pula hari terakhir di sana....
masing-masing terasa tidak mahu pulang...
ada yang kata boleh tambah 1 hari lagi tak...
sampai ke sesi yang terakhir...
di mana setiap orang di minta untuk memberi ucapan terakhir....
Allah..tidak dapat dibayangkan perasaan ketika
tu..
semuanya mengalirkan air mata...
masa tu...tiada istilah segan atau malu dah....
masing-masing tidak dapat menahan sebak atas perpisahan..
namun..setiap pertemuan pastinya ada perpisahan...
bilakah lagi kita akan berjumpa semula...
semua itu Allah yang tentukan..ada rezeki kita jumpa lagi...

(fisya lisya badsya)

selamat berjuang sahabatku...walau dimana antum semua berada...