Jumaat, 17 Februari 2012

Murah Rezeki dengan Perkahwinan

Islam sebagai satu jalan dan cara hidup komprehensif memberi penekanan penting meletakkan garis panduan serta piawaian tinggi yang terperinci bagi membimbing manusia ke arah keredaanNya. Dalam Islam, perkahwinan dan hubungan suami isteri serta seisi keluarga adalah perkara mulia dipandang penting.
Allah SWT yang mencipta manusia dengan sebaik kejadian, meletakkan unsur syahwat dan menanam perasaan kasih sayang yang bergerak selari dengan perkembangan kemanusiaan itu sendiri. Islam meraikan fitrah dan keperluan hidup manusia, contohnya keperluan ingin dikasihi, mempunyai pasangan hidup serta keluarga sebagai tempat menerima serta mencurahkan kasih sayang.
Oleh itu, semua orang yang berkemampuan dan cukup syarat dianjurkan berkahwin dan membina keluarga. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah al-Rum, ayat 21)
Islam turut memberi panduan bagi golongan muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya sama ada mencukupi atau tidak untuk menanggung keluarga. Dalam hal ini, sekiranya usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepasnya, yakinlah bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu. Ia dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud:
“Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur, ayat 32)
Namun begitu, sekiranya seseorang belum mempunyai kemampuan dan persediaan menempuh kehidupan berkeluarga, maka hendaklah berusaha menahan hawa nafsu dengan sebaiknya. Panduan itu diberikan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud:
“Wahai orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) dapat mengawal mata dan kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Islam sebenarnya tidak menggalakkan umatnya mengambil sikap berkecuali dengan tidak mementingkan urusan perkahwinan. Rasulullah SAW pernah menggambarkan kegembiraan Baginda di akhirat dengan bilangan umatnya yang ramai hasil daripada perkahwinan berlangsung di kalangan umatnya. Sabda Baginda SAW bermaksud: “Nabi SAW menyuruh kami supaya berkahwin dan melarang kami membujang. Larangan itu beliau tekankan dengan cukup keras dengan bersabda:
“Nikahilah wanita yang subur dan penyayang, kerana aku berasa bangga melihat umatku yang ramai pada hari kiamat kelak.” (Riwayat Ahmad)
Namun begitu, kita perlu melihat dengan lebih terperinci bahawa apa yang menjadi impian Rasulullah SAW adalah umatnya ramai, berkualiti, mempunyai jati diri Muslim sebenar. Apakah yang dikatakan perkahwinan itu? Dr Wahbah al-Zuhayli dalam kitabnya al-Fiqh al-Islamiy meletakkan definisi perkahwinan atau al-nikah sebagai ‘satu akad yang menghalalkan pergaulan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan bukan muhrim, menimbulkan hak dan kewajipan antara kedua-dua mereka.’ Menerusi definisi ini, beberapa perkara penting dapat dikeluarkan:
Pertama, perkahwinan menyatukan antara dua insan yang saling menyintai dengan menggunakan akad ijab kabul yang sah dalam Islam. Ia berkait perjanjian dengan Allah untuk menjaga perkara yang digariskan antara mereka selepas akad dilaksankan. Justeru, perkahwinan mempunyai nilai keagamaan, ketundukan kepada Allah dan mematuhi peraturan yang Allah tetapkan untuk dijaga di sepanjang prkahwinan berlangsung.
Kedua, adalah jelas bahawa perkahwinan hanya boleh berlaku di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Dengan itu, Islam tidak membenarkan hubungan sesama muhrim walaupun mereka saling mencintai seperti anak dan bapa, adik beradik, anak saudara dengan bapa saudara dan sebagainya. Termasuklah hubungan muhrim yang terbina dari pertalian darah, susuan dan persemendaan.
Ketiga, hanya selepas wujudnya akad perkahwinan, barulah wujud hak dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi dan ditunaikan pasangan terbabit. Hak isteri adalah tanggungjawab suami untuk tunaikan dan hak suami menjadi tanggungjawab isteri untuk tunaikan. Hak anak yang lahir selepas ikatan itu menjadi tanggungjawab ayah dan ibu untuk tunaikan. Istilah tanggungjawab pula memberi konotasi yang besar, perkara yang ditanggung dan perlu ditunaikan dengan ikhlas, jika gagal maka ada pertanggungjawaban di hadapan Allah di akhirat kelak terhadap pengabaian dan kegagalan itu. Itulah elemen keagamaan dan ketundukan kepada Allah di dalam perkahwinan.
Keempat, definisi itu juga menjelaskan bahawa pasangan yang belum berkahwin, sama ada yang sedang bercinta atau bertunang, belum wujud sebarang hak dan tanggungjawab antara mereka. Hubungan mereka belum dihalalkan agama dan mereka tidak boleh bebas bergaul, berpegangan tangan, berpelukan apatah lagi melakukan hubungan kelamin kerana Islam tidak mengiktiraf mereka sebagai pasangan yang sah. Inilah yang paling ketara antara perkahwinan di sisi pandangan barat dan Islam. Bagi golongan barat, apabila pasangan saling cinta mencintai, maka hubungan kelamin adalah suatu yang lumrah. Agama tidak mempunyai peranan dalam pembawaan dan keputusan dibuat. Kerana itu, melakukan hubungan kelamin, mempunyai anak sebelum berkahwin adalah perkara bukan mengaibkan atau pelik dalam masyarakat mereka. Islam tidak membenarkan kita menyerupai dan mengambil langkah seperti mereka.
Kelima, akad perkahwinan adalah ikatan murni antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama dalam sebuah rumah tangga. Nilai keagamaan sangat jelas dizahirkan di mana tertolaklah perkahwinan sama jantina, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Barat menerima perkembangan yang berlaku di mana lelaki boleh berkahwin dengan lelaki dan wanita berkahwin dengan wanita. Ia kerana perkahwinan bagi mereka adalah titik akhir penzahiran kecintaan antara dua insan. Tidak ada hubung kait dengan elemen keagamaan. Sedangkan Islam sama sekali tidak mengiktiraf hubungan gay atau lesbian. Bahkan Islam tidak mengiktiraf perkahwinan mana-mana pihak yang membuat pembedahan tukar jantina. Islam tidak mengiktiraf perkahwinan lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki.
Keenam, perkahwinan adalah ikatan suci yang bukan saja menggabungkan dua insan, tetapi dua keluarga dan keturunan. Maka silaturahim antara manusia akan berkembang dan kehidupan lebih berseri.

Ahad, 12 Februari 2012

Debaran Kian Terasa

Bimillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah bi iznillahita'ala..saya cuba untuk mengisi sedikit masa dengan mengisi ruangan blog yang tersedia kosong ini....

sedar tak sedar tinggal berbaki seminggu sahaja lagi... bila memikirkannya pasti terasa berdebar-berdebar...

Ya Allah aku sangat-sangat perlukan mu untuk meluahkan apa yang terbuku di hati...

*...Ya Allah...tetapkan hati kami untuk sentiasa mengingati Mu saat berada di dalam kesenangan mahupun di dalam kesusahan....



Isnin, 30 Januari 2012

Aktiviti Hujung Minggu

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah thumalhamdulillah di atas nikmat yang Allah kurniakan kepada kita semua...

diharapkan agar semua rakan-rakan dalam keadaan sihat dan sentiasa berada dibawah lembayung Rahmat Allah s.w.t..

tiba-tiba pula terasa kali ni ingin mengupdate blog
^_^
(padahal nak hilangkan ngantuk)

Ya Allah...bila nak study je mula la mengantuk...tapi bila menghadap laptop ke tv ke...mata ni bulat je...huhu...

Allahuakbar...

kenapa aku mudah tertewas dengan godaan syaitan....
Ya Allah bantulah aku...
(mood: sedih...=(...)

asyik sdih-sedih je sejak kebelakangan ni...
meh kita happy-happy balik...

alhamdulillah hujung minggu lalu...masa saya terisi dengan aktiviti bersama-sama sahabat-sahabat...
pada hari sabtu lalu...Allah mengizinkan kami semua untuk bertemu semula di antara kawan-kawan sekolah rendah...kira macam runion jugak lah...
dah lama rasanya tak main bowling...rasakan padahnya tangan dah sakit...
dah lama tak exercise tangan...hehe...
tp alhamdulillah...beransur baik...
penat jugak rasanya balik petang tu..rasanya tak buat apa pun...juz jalan-jalan teman kawan-kawan window shooping...
so far so good..hehe...sebab saya dapat menghappykan diri yang dilanda kemurungan @ kesedihan....

p/s to: 
tq kakak bilikku dan kak along (teman) bcoz of give me support..
^_^

esok harinya pula (ahad)...
aktiviti ke walimah kawan sekolah menengan pula...dah rasa macam runion sekolah pula sebab ramai kawan-kawan yang turun...
mungkin sebab cuti semeser sekarang ni selaras...jadi memudahkan semua untuk jumpa semula...
memang tarikh yang sesuai walimah ini sebab kawan saya yang kahwin ni pun masih study lagi...
bagusnya dapat kahwin muda-muda kan...
tiba-tiba perasaan mula sayu...
terfikirkan tentang diri ini..bilakah masanya yang Allah telah tetapkan untuk saya...
insya Allah..
yakinlah ia akan tiba cuma masanya kita tak tahu bila...
kita sebagai manusia hanya mampu berusaha dan berdoa kepadaNya tanpa putus asa
telah Allah tetapkan rezeki, jodoh, ajal semuanya telah Allah tentukan sejak kita di dalam rahim ibu kita lagi...


p/s:

برك الله لكا وبرك عليكما وجمع بينكما في خير


selamat pengatin baru untuk sahabatku wan nur atiqah dan pasangannya
semoga kekal hingga akhir hayat dan seterusnya sehingga ke syurga...




terasa penat juga...drive ke sana ke mari selama dua hari berturut-turut...
sampai sakit kaki...hehe..
alhamdulillah beransur pulih...
(tak pe sekali sekala....hehe)

p/s to ain:
maaf kan saya ye xdapat datang ke usim semalam (isnin)...saya tak berapa sihat..kaki sakit sangat...xberani nak drive ke usim...

balik dari  walimah sahabat...perancangan seterusnya ingin ke pameran karangkraf kat seksyen 15...
dari jauh sudah kelihat kereta berderet-deret....Allah...terus putus semangat dengan cuaca mendungnya...sempat turunkan kawan je kat situ tapi kena tempuh juga jem...
tak sangup rasanya meredah jem...krem kaki ni duduk dalam jem...
alhamdulillah...Allah dah rancangkan yang terbaik untuk kami...

sampai sahaja di rumah...
umi ajak ziarah cik ana (kawan umi) kat KPJ selangor...
walaupun terasa penatnya tapi memikirkan ingin melihat baby...
terus bersemangat kembali...
sampai di hospital...saya pula yang bersemangat cari wad bersalin...
padahal selalunya sayalah yang paling penakut bila ada dekat hospital
hehehe

tak sabar rasanya nak pegang baby masa tu sebab baby tengah menyusu masa tu...
Allah...hanya Allah sahaja yang tahu perasaan gembira masa tu...
tiba-tiba terfikir...
benarlah...seorang ibu yang sedaya upaya menahan sakit untuk mengeluarkan anaknya...akan mengalir air mata saat melihat anak yang dikandungkan selama  9 bulan telah selamat dilahirkan...
hilang segenap penat lelah yang dirasakan ketika itu bila melihat anaknya...
subhanallah...sungguh cantik ciptaan Engkau...

setiap masa saya lihat baby tu...rasa gembira sangat bila lihat baby baru lahir...bila mendengar tangisannya membuatkan saya makin mengingatkan kuasa Allah...
Allahuakbar...

tiba-tiba terfikir...bilakah rumah saya akan di isi dengan suara bayi...dah lama rasanya hidup kesunyian...
namun...saya hanya mampu berdoa dan terus berdoa tanpa putus asa...
(tiba-tiba mengalir pula air mata..huhu..)

(masa ni nama dalam proses pencarian yang sesuai..tapi panggil je muhammad)
^_^

(sehabis kuat dia nangis sebab umi hadap dia ke cahaya luar tingkap..silau mata ye...)
^_^



(eh2..pandai juga saya bedung baby...belajar praktik2...hehe..sehabis kuat dia nangis nak betulkan baju dia cz nak betulkan bedung...tepuk-tepuk dia sampai dia lelap.hehe..)
^_^



(lengguh tangan pegang rasanya...3.79KG lahir by operation...) 
^_^





















Ahad, 15 Januari 2012

KELIRU

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah
setinggi kesyukuran di atas nikmat yang Allah kurniakan selama ini

sementara mood  yang hadir secara tiba-tiba untuk mengisi blog ini
ingin saya titipkan sedikit penulisan di sini
"eh..kenapa tiba-tiba tukar pakai 'saya' pula ni..???.."
insya Allah...pada tahun ni...saya cuba untuk memberi kelainan sedikit.
sebenarnya tiada bezanya antara "..ANA=SAYA..."
cuma penggunaan "ANA" itu adalah dhamir di dalam bahasa arab yang membawa maksud saya

semenjak dua menjak ni
hati mula di uji sedikit demi sedikit

mesti sahabat semua tertanya
Keliru apa ye??
keliru untuk memilih pasangan hidup ka??
oh...tidak...bukan keliru itu...
tetapi
keliru untuk memilih tempat meneruskan perjuangan mencari ilmu Allah
sedangkan kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri
Subhanallah..Engkau telah menciptakan taman-taman syurga di dunia lagi untuk hamba-Mu
kurniakan kepada kami semangat untuk meneruskan niat kami meneroka ilmu-ilmu-Mu Ya Allah...



Hanya doa yang mampu untuk di luahkan pada sang Pencipta untuk meluahkan segala yang terbuku di hati
KELIRU untuk membuat keputusan yang terbaik
inilah yang paling ditakuti
takut untuk membuat keputusan
Namun, yakinlah setelah apa sahaja keputusan yang telah kita lakukan 
tawakal dan redha dengan keputsan itu
ada hikmah yang terselindung 
yang kita tidak tahu

"..Manusia hanya MERANCANG..namun..sebaik-baik PERANCANGAN adalah datang dari ALLAH.."
kerana Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita





Rabu, 11 Januari 2012

Bingkisan Hati




Ya Allah...Tetapkan hati kami untuk sentiasa mengingati-Mu melebihi segala-galanya..

Sabtu, 7 Januari 2012

AKU SAYANG PADAMU


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah wa syukrulillah 'ala hazihi ni'mat...selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w...allahummasalliwasallim 'ala muhammad...semoga dengan selawat yang kita titipkan di atas junjungan Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w menjadi wasilah syafaat di akhirat kelak...

Insya Allah...entry kali ini...ana cuba kongsikan apa di rasai sejak beberapa hari ini...ana bukan seorang yang pandai berkata-kata dengan ayat yang indah seperti penulis buku dan sasterawan...namun ana cuba untuk memperbaiki penulisan di sini walaupun tidak sempurna mana...alhamdulillah..pada kelapangan masa ujung minggu ini...ana sempat meluangkan masa bersama sahabat di usim...tempat yang mana ana akan menyambung Ijazah sarjana muda di sana...bila menjejak kan kaki di sana...terasa satu perasaan yang mengalir dalam badan yang tidak dapat diterjemahkan...walaupun sudah beberapa kali ke sana...tujuan asalnya untuk menziarahi sahabat di sana yang sedang menghadapi peperiksaan akhir semester...buat sahabat-sahabatku...maaf mengganggu masa antum study, syukran kerana sudi meluangkan masa bersama kami berkongsikan ilmu dan pengalaman di sana...sedang ana merehat diri selepas makan tengah hari dengan mereka semua...fikiran ana jauh memikirkan masa depan..wajah umi dan ayah bertandang di dalam ingatan...berbaga persoalan menjengah di dalam fikiran...mampukah aku untuk memberikan kejayaan yang cemerlang seperti kejayaan sewaktu diploma dulu...mampukah aku melalui kehidupan di tempat baru, sedangkan aku adalah seorang pelajar yang "extend sem" dan terus masuk ke semester dua...semoga pengalaman sewaktu diploma dulu dapat aku gunakan untuk degree ni...masa tu, dalam fikiran hanya memikirkan kata-kata umi dan ayah..shikin lah harapan dalam keluarga..ia mengingatkan diri ana dengan tanggungjawab..hanya kepada Allah diluahkan semuanya...rasanyanya..siapa sahaja bila menyebut tentang ibubapa pasti hadirnya perasaan sebak dan mula mengalir air mata..."umi ayah..insya ALLAH shikin akan cuba buat yang terbaik...terima kasih atas segalanya...maaf kan kesalahan shikin selama ini...doakan anakku mu ini dipermudahkan laluan dalam hidup dan segala urusan.."..

*terkesan bila melihat video ini..mari sama-sama kita menghayatinya....(bukan tujuan untuk promote..tetapi untuk muhasabh diri..)