Sabtu, 7 Januari 2012

AKU SAYANG PADAMU


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah wa syukrulillah 'ala hazihi ni'mat...selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w...allahummasalliwasallim 'ala muhammad...semoga dengan selawat yang kita titipkan di atas junjungan Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w menjadi wasilah syafaat di akhirat kelak...

Insya Allah...entry kali ini...ana cuba kongsikan apa di rasai sejak beberapa hari ini...ana bukan seorang yang pandai berkata-kata dengan ayat yang indah seperti penulis buku dan sasterawan...namun ana cuba untuk memperbaiki penulisan di sini walaupun tidak sempurna mana...alhamdulillah..pada kelapangan masa ujung minggu ini...ana sempat meluangkan masa bersama sahabat di usim...tempat yang mana ana akan menyambung Ijazah sarjana muda di sana...bila menjejak kan kaki di sana...terasa satu perasaan yang mengalir dalam badan yang tidak dapat diterjemahkan...walaupun sudah beberapa kali ke sana...tujuan asalnya untuk menziarahi sahabat di sana yang sedang menghadapi peperiksaan akhir semester...buat sahabat-sahabatku...maaf mengganggu masa antum study, syukran kerana sudi meluangkan masa bersama kami berkongsikan ilmu dan pengalaman di sana...sedang ana merehat diri selepas makan tengah hari dengan mereka semua...fikiran ana jauh memikirkan masa depan..wajah umi dan ayah bertandang di dalam ingatan...berbaga persoalan menjengah di dalam fikiran...mampukah aku untuk memberikan kejayaan yang cemerlang seperti kejayaan sewaktu diploma dulu...mampukah aku melalui kehidupan di tempat baru, sedangkan aku adalah seorang pelajar yang "extend sem" dan terus masuk ke semester dua...semoga pengalaman sewaktu diploma dulu dapat aku gunakan untuk degree ni...masa tu, dalam fikiran hanya memikirkan kata-kata umi dan ayah..shikin lah harapan dalam keluarga..ia mengingatkan diri ana dengan tanggungjawab..hanya kepada Allah diluahkan semuanya...rasanyanya..siapa sahaja bila menyebut tentang ibubapa pasti hadirnya perasaan sebak dan mula mengalir air mata..."umi ayah..insya ALLAH shikin akan cuba buat yang terbaik...terima kasih atas segalanya...maaf kan kesalahan shikin selama ini...doakan anakku mu ini dipermudahkan laluan dalam hidup dan segala urusan.."..

*terkesan bila melihat video ini..mari sama-sama kita menghayatinya....(bukan tujuan untuk promote..tetapi untuk muhasabh diri..)








0 comments: