Rabu, 4 Januari 2012

~..Selamat Menuntut Ilmu..~

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah...sedar tak sedar...kita sudah masuk hari ke empat pada tahun baru 2012...terasa gerun pula ana memikirkan 2012 ini...mungkin kerana terlalu memikirkan hal study yang bakal di harungi tidak lama lagi..Allahuakbar...terlalu banyak yang perlu ana ulang kaji...setelah hampir setahun meninggalkan zaman belajar..Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan ana untuk bermujahadah mengingati ilmu-ilmu yang telah dipelajari sewaktu berada di KUIS dahulu...insya Allah berbaki masa sebulan sahaja lagi sebelum mendaftar masuk ke peringkat degree...saya cuba menghabiskan sukatan yang telah dirancangkan sebelum ini...yang paling penting..dapat menghabiskan hafazan untuk juzu' satu...sahabat-sahabat doakan ana dipermudahkan untuk menghafalye...teringat satu kata-kata dari seorang guru...sistem pada masa kini yang menggunakan medium peperiksaan atau ujian bagi sesuatu pembelajaran ada baiknya dan ada kurangnya...sebahagian besar pelajar...berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dan adakah mampu dia mengusai ilmu yang telah dipelajari sebelum itu sampai bila-bila...dan adakah ilmu yang dipelajari itu hanya untuk diluahkan di dalam kertas ujian sewaktu peperiksaan, selepas itu hilang kesemuanya...Ya Allah...lemahnya hambaMu ini...terkadang aku tewas dengan ujian ini...memang benar apa yang di katakan oleh guru berkenaan...dan ana pernah merasai pengalaman tersebut...ilmu yang dipelajari semata-mata untuk peperiksaan tidak akan kekal lama..bahkan boleh sahaja sebelum peperiksaan ia hilang dalam inbox ingatan otak kita...selepas melalui pengalaman sedemikian..terasa lemahnya diri...Subhanaallah...sungguh hebat kuasaMu...segalanya telah terjadi jadikan ia sebagai pengajaran...niatkan di dalam hati tujuan untuk menimba ilmu itu untuk mendapatkan keredhaan Allah dan untuk kongsikan bersama dengan orang lain...natijahnya pasti Allah akan tunjukkan selepas melaluinya..jauhilah tujuan menuntut ilmu untuk peperiksaan...kata-kata ini ana ambil sewaktu mendengar taklimat penerangan tentang sistem pondok dalam lawatan ke kelantan baru-baru ini...ana begitu tertarik dengan pendekatan yang digunakan di dalam sistem pendidikan pondok...ia berteraskan penerangan sedetailnya...dan mengkaji kitab-kitab lama dan tiada peperiksaan besar untuk melepasi tahap-tahap...walaupun hidup di pondok serba kekurangan....tetapi ganjaran yang Allah berikan begitu besar di akhirat...biah yang sentiasa mendekat hati kita kepada Allah...'ala kulli hal...sama-sama kita muhasabah diri untuk mendekatkan lagi hati kita kepada Allah..

Hari ini juga pelajar-pelajar sekolah sudah memulakan sesi persekolahan...semoga adik-adik semua sentiasa dikurniakan semangat untuk terus menuntu ilmu...teringat kepada anak murid ana sebelum ini yang sudah berinjak pada tahap baru...ustazah doakan semoga anak-anak murid ustazah setiasa diberikan semangat untuk belajar...terima kasih kerana tak lupakan ustazah walaupun kita tidak berjumpa lagi...akhirulkalam...ilmu adlaah hak milik Allah...Dia berkuasa untuk memberi dan mengambilnya semua jika kita lupakanNya...









0 comments: