Jumaat, 27 April 2012

Perjuangan itu mulia

Bismillahirrahmanirrahim.....
Alhamdulillah biiznillahitaa'la untuk bertemu di sini semula... insya Allah, ana cuba meluangkan sedikit masa di sini dengan sebaik mungkin... rasanya makin berkarat blog ini tidak di isi dengan pengisian....huhu seumpama hati kita juga... jika tidak diisi dengan pengisian dan tazkirah ianya juga akan berkarat dan menjadikan peribadi kita semakin tidak tentu hala... Astaghfirullah... kami sentiasa inginkan petunjuk dari Mu... kini negara kita berada di dalam proses perubahan... rakyat mula bengkit untuk menyokong perubahan baru... pasti antum semua sudah mengetahuikan... isu yang sedang menjadi topik bualan setiap masyarakat di dalam Malaysia... iaitu BERSIH... rata-rata memberikan respon bila membicarakan topik ini.... ada yang menyokong... ada yang membantah.... ada yang masih kabur-kabur tentang hal ini... dan ada yang semamangnya tidak ingin mengambil tahu berkaitan isu ini... Ana yakin sejak dari semalam lagi semangat perjuangan di dalam setiap diri penyokong yang sedang menuju ke sana semakin berkobar-kobar untuk menuntut hak yang benar... Ya Allah... Permudahkan urusan mereka semua sehingga selesai himpunan ini dan Engkau lindunganlah mereka supaya sentiasa dalam rahmatMu... ana hanya mampu mengupdate setiap berita terkini dari internet... walaupun terasa sedih kerana tidak berpeluang ke sana.... sambil mendengar lagu nasyid perjuangan... hati kian memberontak dan terasa mahu sahaja terbang ke sana terus... alhamdulillah dapat geng dalam bilik dan rakan kelas yang menyokong pada kebenaran.... lagi menambahkan semangat...hehe...

0 comments: